Ma'lumat Ammah

Tahukah anda Peribahasa " Seperti Anjing dengan bayang-bayangnya" adalah peribahasa yang sebenarnya hanya diada-aakan oleh para pencinta bahasa. akan tetapi peri bahasa ini betul dan tepat kepada manusia yang ada impian yang telah tercapai tetapi bersifat tamak untuk mahu lagi impian yang kemungkinan tidak akan dia dapat.

Selasa, 9 Februari 2010

Rahsia Solat Tahajjud

Solat tahajud dapat perkukuh iman, elak perbuatan khianat

DARIPADA Abdullah, katanya: "Diceritakan kepada Rasulullah, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam hingga Subuh. Maka bersabda Rasulullah: Orang itu telah dikencing oleh syaitan di kedua-dua telinganya." Hadis riwayat al-Bukhari.

Mengambil berat mengenai solat akan menjadikan seseorang Muslim bebas serta aman daripada gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.

Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajud) adalah amalan sangat dituntut oleh Islam bahkan boleh menjadikan iman seseorang itu kuat. Amalan itu juga mampu menjadi benteng menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.

Islam menyarankan umatnya berwuduk sebelum tidur, membaca ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap.

Abu Hurairah meriwayatkan: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke pagi.”

Selasa, 2 Februari 2010

Selemah-lemah iman

Kita sering mendengar ungkapan "tepuk dada tanya selera"....sedar tidak sedar ia termasuk dalam perkara yang membabitkan kelemahan iman. Jika semua perkara kita kata tepuk dada tanya selera..maka kita akan menghadapi kecelaruan dalam memastikan setiap ibadah yang kita lakukan adalah ibadah yang terbaik atau tidak.

Cari Blog Ini