Bukit Katil : Lebih dari RM9,000 berjaya dikutip pada program ceramah membantah kekejaman kerajaan haram Mesir di Dataran Kebangkitan Rakyat di sini malam tadi. Ceramah tersebut dihadiri lebih dari 1,000 rakyat negeri Melaka yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam ceramahnya menegaskan bahawa rampasan kuasa di Mesir adalah kerajaan haram dan mesti dikutuk oleh semua negara demokrasi kerana ianya jelas membelakangkan semangat demokrasi.  "Presiden Morsi telah dipilih secara sah oleh kira-kira 52 % rakyat Mesir, tiba-tiba tentera merampasa mandat rakyat malah lebih teruk lagi mereka membunuh rakyat yang berhimpun secara aman" "Malangnya kerajaan kita diam membisu tidak mengutuk rampasan kuasa dan pembunuhan rakyat Mesir, sedangkan Parlimen Peranchis, Jerman dan Britain telah mengutuk tindakan tersebut, Parlimen Malaysia hendak bersidang pun takut" tegas Mohammad. Turut berceramah pada program anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Ketua Dewan Ulama PAS Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail dan Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim. Gambar atas : Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Hajah Kintan Man menyampaikan sumbangan Dewan Muslimat PAS Negeri kepada rakyat Mesir yang diterima oleh Hj Mohamad Sabu.
sumber: Blog PAS Bukit Katil 
Hit: 11 Laman Asal