Kawan-kawan mari kita lekatkan DOA ini di board bilik kita
Supaya ianya akan mengingatkan kita supaya untuk memulakan sesuatu kita perlu berdoa
mari kita amalkan bersama
|
class miss DIA part 1 (BEL120) |
Doa agar dikurniakan
kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna ( mengulangkaji pelajaran)
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan
hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu,
kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.
Doa
selepas mengulangkaji pelajaran :
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan
hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya.
Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.
Doa sebelum masuk ke
dalam dewan peperiksaan :
Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan
petunjuk-Mu”.
Doa apabila terlupa
ketika menjawab soalan
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa.
Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.
Doa memohon kejayaan cemerlang :
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap
ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta
kemenangan ke atas musuh”.
Doa ketika menerima
kertas soalan :
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah
bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham
perkataanku.”
Doa ketika sukar untuk
menjawab soalan :
“Wahai Tuhan yang maha hidup
lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
Kejar cita-cita nescaya cinta akan menyusurinya