Wednesday 2 November 2011

Wang



Definisi

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

Ciri-ciri wang terbahagi kepada 6 iaitu:-
  1. Diterima umum - penerimaan dan keyakinan orang ramai terhadap komoditi yang dijadikan wang
  2. Penawaran terhad - apabila penawarannya terhad, ini akan menjamin kestabilan nilainya dan mendapat kepercayaan oleh orang ramai
  3. Kestabilan nilai - merupakan barang yang mempunyai nilai yang tidak mudah berubah atau tidak mudah susut nilainya
  4. Tahan lama - komoditi yang tidak mudah rosak
  5. Mudah dibawa - ringan dan bersaiz kecil memudahkan pengguna membawanya
  6. Boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil - lebih memudahkan urus niaga
Jenis-jenis wang
terbahagi kepada 3 iaitu:-
  1. Duit Syiling - Diperbuat daripada logam iaitu nikel dan gangsa. Merupakan wang tanda dan wang sah yang terhad. Contohnya 50 sen.
  2. Wang Kertas - Wang dicetak bersandarkan kepada rizab antarabangsa. Merupakan wang tanda dan wang sah yang tidak terhad. Contohnya RM2.
  3. Deposit Semasa - Merupakan wang yang disimpan dalam akaun semasa di bank perdagangan. Wang ini tidak diterima sebagai wang sah
Fungsi-fungsi wang
pula terbahagi kepada 4 iaitu:-
  1. Perantaraan Pertukaran - perlu membuat bayaran untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan
  2. Unit Ukuran Nilai - sesuatu barang / perkhidmatan dinilai dalam bentuk harga
  3. Simpanan Nilai - menggalakkan orang ramai membuat tabungan dan pelaburan
  4. Bayaran Tertunda - membolehkan pembayaran dilakukan secara ansuran
Kebaikan Sistem Wang Berbanding dengan Sistem Barter
  1. Perantaraan Pertukaran
  2. Ukuran Nilai
  3. Simpanan Nilai
  4. Bayaran Tertunda

No comments:

Post a Comment