Tuesday, September 15, 2009

Malaikat Jibril





Ruh ul-Qudus (Malaikat Jibril) mempunyai tugasan lain yg lebih besar daripada yg kita tahu di atas.
Setahu saya, Jibril ni pembantu yg amat rapat kepada Allah SWT. Mungkin juga dia adalah ketua para Malaikat.
Dulu, ketua para Malaikat adalah Azazil. Tapi dia ingkar tak mau sujud kepada Nabi Adam, maka dia kufur
kepada Allah SWT sehingga dimasukkan ke dalam Neraka. Azazil inilah yg dinamakan "Iblis". Asal perkataan, "Balasaa", yaitu yg "kecewa"...

Berbalik kepada Malaikat Jibril. Selain dari tugas dia yg kita tahu menyampaikan wahyu Allah, dia juga
membawa 'urusan' Allah utk hamba2-Nya yg beribadat pada malam Qadr. Rujuk surah Al-Qadr, ayat: 1-5.

2. Ruh org beriman sewaktu nak meninngal dunia juga didatangi Malaikat Jibril utk diangkat ke langit bertemu Allah Taala. Ketika Sakaratul Maut, Iblis akan menggoda anak Adam dengan pelbagai cara. Semasa itu, jika hamba Allah itu seorang yg beriman dan taat pada ajaran Ar-Rab-nya, Malaikat Jibril akan menghampirinya lalu menghalau para syaitan iblis daripada mengganggu utk diambil ruhnya oleh Malaikat Izrail (Pencabut nyawa).

3. Di syurga kelak, Malaikat JIbril akan membawa semua penduduk syurga utk bertemu dgn Allah Az-Zawajalla
di satu tempat bernama Hadhiratul Quddus yg terletak di dalam syurga Khuldi. Malaikat Jibril lah nanti yyg membuka pintunya utk para penghuni syurga lain masuk. Hadhiratul Quddus ini adalah satu tempat yg tak pernah langsung dijejaki oleh makhluk lain selain malaikat yg menjaganya. Di sini jua kita akan mendengar "kalam" Allah Yg Maha Merdu. Dan akan dibuka hijab penglihatan semua penduduk syurga utk melihat Zat Allah SWT Yang Maha Suci lagi Mulia....Subhanallah. Ya Allah Ya Tuhan ku...masukkanlah aku bersama org beriman lain bertemu dgn-Mu Yallah...Rindunya aku utk bertemu dgn-Mu..