A bad one.

Yang masih suka marah².
Tapi selalu kesal bila anak² dah senyap. Tidur.

Atau paling kurang. Masa masing² sudah dengan sendirinya baca #bismikallahummaahyawaamut.

Time tu la mula terhegeh².
Dari lubuk hati yang paling dalam memujuk, menunjuk kasih.

Abang penat ye?
Esok kakak nak beli mi ye?
Nak beli kuih makan dengan kawan²?
Sayang Ummi sikit.
Barulah nak rasa nikmat anak² cium seluruh muka.

Dia bakal tahu bila dah besar sikit nanti.
Setiap malam sebelum tidur, Ummi minta maaf kat tuhan.
Minta Allah jadikan Ummi lebih baik sebagai ibu.
Minta supaya Ummi tak lagi naik suara kalau anak² buat silap, bila anak² bertindak normal sebagai kanak².

Aisha, Muhammad.
Maafkan Ummi ye.
Esok Ummi cuba tak marah² terlarut dalam emosi. Moga Allah letakkan sabar yg banyak dalam diri.
Marah dalam tenang. Marah bersulam nasihat.

Hit: 0 Laman Asal