SOALAN :
"Sekiranya sumber bakteria itu adalah bukan dari najis bayi (sumber lain), perlukah mengalami proses pengasingan dan penyucian?..."   JAWAPAN :  Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah, Merujuk kepada soalan anda, petikan fatwa tersebut adalah bermaksud setiap alkohol yang terhasil diharuskan untuk tujuan minuman sekiranya ia terhasil bukan melalui proses pembuatan arak, bukan niat menghasilkan arak dan dalam kuantiti kurang 1%. Perlu diingat juga, Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum. Manakala isu bakteria baik adalah perkara yang berbeza. Jika bakteria terhasil secara semula jadi atau proses tertentu daripada haiwan atau tumbuhan, maka ia diharuskan melainkan ia datang dari benda najis seperti babi dan anjing. Bakteria dari babi dan anjing adalah haram digunakan dan tidak boleh disucikan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Halal: http://www.halal.gov.my/v3/ Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Fatwa: http://www.e-fatwa.gov.my/ Wallahua'lam  
Hit: 0 Laman Asal