Monday 16 December 2013

Kembara Bumi Barakah~

Alhamdulillah. Selesai sudah Eksplorasi Palestina 2013 anjuran Kelab Sahabat Aqsa UKM.
Banyak pengalaman dan ilmu baru yang Huda peroleh sepanjang hampir sebulan lebih Huda turut serta dalam program ini.
Huda sangat bersyukur kerana dengan izin Allah,Huda dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Sekretariat Eksplorasi Palestina UKM :)
Dapat mengenali rakan-rakan yang sangat baik dan tidak lokek ilmu.



Dapat mengetahui lebih lanjut tentang isu saudara seakidah kita yang tertindas terutama di Palestin,Syria dan Mesir.

Dapat mengenali rakan-rakan baru dalam kalangan peserta terutama dari kalangan peserta bukan UKM.

Pada 15 Dis(Ahad),saya ditugaskan untuk menjaga checkpoint Save Ummah di mana para peserta perlu mengasingkan barangan yang perlu diboikot dan tidak perlu diboikot.
ibrah atau pengajaran daripada aktiviti ini ialah supaya peserta khususnya dan masyarakat amnya dapat mengenali barangan yang perlu diboikot di samping memberi kesedaran kepada mereka bahawa perbuatan boikot ini menunjukkan sokongan kepada saudara kita yang tertindas terutama di Palestin.





Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
hilang segala penat lelah apabila melihat semua peserta bersemangat sepanjang 2 hari program ini berlangsung.
Sama-samalah kita mengambil manfaat dan pengajaran sepanjang 2 hari ini.Jom sebar dan kongsikan apa yang diperoleh kepada rakan2 yg lain 
Maaf jika ada salah dan silap sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih atas kerjasama anda semua.
inshaaAllah,panjang umur kita jumpa lagi 


#NHS #teampendaftaran #ep2013 #success :)

No comments:

Post a Comment