Monday, November 9, 2015

BAHAGIA SELEPAS BERCERAI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani 

Dulu kak linda berfikir dan terus berfikir atas PERPISAHAN yang Allah berikan ini, mengundang kesedihan berpanjangan, kekecewaan selamanya dan kesengsaraan dalam hidup ini tanpa suami di sisiku. Tapi itu tidak sama sekali, Allahurabbi! Allah punya kuasa mengatasi segalanya. Kak Linda diberi ketenangan, kegembiraan, pengajaran, kesedaran dan KEBAHAGIAAN apabila kesedihan, kekecewaan dan kehancuran yang aku alami sebelum ini. Betul! Allah memberi ujian itu kepada hambaNya yang mampu hadapi. Saat diri ini diuji dulu memang kak Linda sangat lemah, tidak habis memikirkan di mana kurangnya diri ini sehingga kak Linda diperlakukan begini. Alhamdulilah di atas sokongan saudara mara, rakan-rakan dan terutama anak-anak yang dikasihi sentiasa bersamaku waktu itu. Kak Linda bangun mencari "Sesuatu" dariNya. Disitu Kak Linda menemuinya sehingga sekarang.. alhamdulilah.. syukur YaAllah! Kau mengingatkan aku tentang kewujudanMu. Ya Allah aku mohon moga kau jagalah hati ini supaya tidak terpesong dari landasanMu, sentiasa ku beristiqhamah kepadaMu. Kerana aku hambaMu yang sangat berdosa dan lemah. Tolonglah aku ya Allah!

Selama hampir dua tahun hidup dengan berstatus ini, kak linda banyak menghadapi pelbagai ujian terutamanya hati di usik oleh insan yang bergelar lelaki, tatkala itu hati ini diguris dan dikecewakan. subhanaAllah! Allahuakhbar! hanya Allah yang tahu, kak linda hampir lupa padaNya. Tapi Dia menyayangi diri ini kerana dengan sekejap Allah ketuk kembali hati ini supaya ingatkan Dia. Syukur!
Mulai saat itu kak linda tetapkan hati untuk meninggalkan semua perkara itu dan hanya berdoa kepada Dia supaya kak linda akan jumpa jodoh yang terbaik untuk kak linda dengan anak-anak dengan izinNya, andai tiada jodoh itu kak linda redha padaNya kerana Dia merancang itu sangat baik untuk kita. Jodoh ini umpama menunggu saat kematian, masa mana? bila? pukul berapa? Hanya Dia ja yang tahu. Jika kita hendak jodoh yang baik, kita haruslah berubah menjadi baik. Apa-apa pun diri sendiri kena berubah dulu, baru dapat yang baikkan. InshaAllah.

 "Ya Allah...kau jadikan aku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman, dan berilah daku kegembiraan dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan, Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya." Ameen.

Sesungguhnya setiap kesedihan itu Allah beri kita kegembiraan sekiranya kita mengingatiNya dan bersabar. Sabar itu di awalnya pahit tapi di akhirnya Manis.  Alhamdulilah.. kak linda dah temui sikit-sikit ketenangan itu, Allah! sayangnya Dia kat diri ini sebab kaklinda diberi kesempatan melakukan perkara-perkara yang menyembuhkan hati ini, kerana hati ini milikNya. 

 Ya Allah hidupkan kami dengan IMAN
Ya Allah matikan kami dalam IMAN 
Ya Allah bangkit kami dengan IMAN
Dan masukkan ke SyurgaMu dengan IMAN.








No comments: