Friday, May 13, 2011

PaNtUn MELAYU: mAkSuD yG TeRsUrAt & tErSiRaT Di SeBaLiKnYa





SaLaM. ArY NiE aK NaK cUbE MeNgHuRaiKaN mAkSuD yG tErSiRaT yG WuJuD dLm PaNtUn MELAYU. oLeH iTu, aK tELaH MeMiLiH sErAnGkAp PaNtUn MELAYU yG aK RaSe KoRg sUdAh SeRinGkALi MeNdENgArNyA. SePeRti Yg Ak KoNgSiKaN PaDa PoSt yG LePaS, MaSyArAkAt MELAYU sEcArA UmUmNyA mErUpAkAn sAtU bAnGsA yG HaLuS TiDaK KiRa dPd PeRbUaTaN, TiNgKaH LaKu MaHuPuN pErCaKaPaN & kAtAnYa. HaL iNi KeRaNa sEtiAp KaTa2 yG DiUnGkApKaN oLeH oRg MELAYU aDaLaH bErBenTuK KiAsAn & bEgiTu dLm MaKsUdNyA. sO, ArY NiE aK aKn CuBa MeNgHuRAiKaN mAksUd yG tErSiRaT DiSeBaLiK pAnTun yG tELaH aK PiLiH.

PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR,
MASAK SEBIJI DIATAS PETI,
HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR,
HUTANG BUDI DIBAWA MATI,

Baris pertama: PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR
Kenapa mesti aktiviti belayar dan bukannya aktiviti lain?
Apakah kaitan pisang dengan aktiviti pelayaran?
Mengapa pisang emas dibawa belayar dan bukannya pisang lain?
Sebenarnya aktiviti pelayaran bukan sengaja diselitkan ke dalam baris pantun ini tetapi ianya mempunyai kaitan yang amat rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu dahulu. Hal ini kerana aktiviti pelayaran merupakan aktiviti yang sudah sebati dalam kehidupan masyarakat Melayu dahulu terutamanya masyarakat Melayu yang menjalankan aktiviti ekonomi yang berasaskan maritim atau kelautan. Contoh aktiviti ekonomi masyarakat yang berasaskan maritim ini sudah tentunya nelayan, perdagangan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang berasaskan kelautan ini sudah tentu akan memerlukan mereka untuk terlibat dalam aktiviti pelayaran ini. Selain itu, masyarakat Melayu dahulu turut menggunakan jalan air seperti sungai dan laut sebagai sistem perhubungan yang utama. Keadaan ini sudah tentu memerlukan mereka belayar.

Mengapa pisang dibawa belayar dan bukannya makanan lain? Apakah kaitan pisang dengan aktiviti pelayaran? Secara umumnya aktiviti pelayaran memerlukan tempoh masa yang agak panjang. Hal ini kerana pada zaman dahulu kapal-kapal hanya dapat belayar berdasarkan tiupan angin disebabkan mereka menggunakan kapal layar. Tempoh masa pelayaran yang agak panjang sudah tentu memerlukan makanan yang agak tahan lama. Oleh itu, pisang sesuai dibawa sewaktu belayar disebabkan sifatnya yang tahan lama. Hal ini kerana pada zaman dahulu tidak terdapat peralatan dan teknologi canggih untuk menyimpan dan memasak makanan di atas kapal. Selain itu, tempoh pelayaran yang agak panjang juga turut memerlukan makanan yang dapat membekalkan tenaga dengan cepat dan berterusan kepada anak kapal. Oleh itu, makanan yang sesuai untuk membekalkan tenaga dengan cepat dan berterusan sudah tentu adalah pisang. Secara faktanya pisang merupakan antara buah yang dapat membekalkan tenaga dengan segera kepada tubuh badan. Hal ini sudah tentu menjadikan pisang sebagai makanan yang paling sesuai untuk dibawa dalam aktiviti pelayaran. Disebabkan itu tidak hairanlah pisang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan aktiviti pelayaran. Ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu dahulu sudah mengetahui terlebih dahulu kelebihan dan khasiat pisang berbanding kita.

Kenapa pisang emas dibawa belayar dan bukannya pisang lain? Jawapannya adalah kerana pisang emas merupakan pisang yang mempunyai rasa yang paling enak berbanding pisang-pisang lain. Selain itu, warnanya yang segar dan kuning keemasan sudah tentu dapat memikat selera manusia, walaupun ianya adalah pisang yang bersaiz kecil. Hasil kajian membuktikan bahawa warna yang menarik pada buah dan makanan dapat membangkitkan selera manusia. Oleh itu, tidak hairanlah jika pisang emas dipilih sebagai makanan yang dibawa aktiviti pelayaran. Selain itu, menurut petua orang dahulu, pisang emas adalah makanan yang paling sesuai untuk menghindarkan dan mengurangkan mabuk laut (Aku dapat petua ini sewaktu berbual dengan orang tua di Padang Kemunting, Melaka). Wallahua’lam.

Baris kedua: MASAK SEBIJI DIATAS PETI

Mengapa pisang tersebut hanya masak sebiji dan tidak masak secara keseluruhan?
Mengapa pisang tersebut masak diatas peti dan bukannya ditempat lain?

Mengapa pisang tersebut hanya masak sebiji dan tidak masak secara keseluruhan? Jawapannya adalah kerana sifat semulajadi pisang emas itu sendiri yang akan masak secara sedikit demi sedikit dan bukannya secara keseluruhan. Hal ini membolehkan ianya dimakan dan disimpan secara berpanjangan. Disebabkan sifat semulajadi pisang emas ini maka ianya amat sesuai untuk dibawa belayar.

Mengapa pisang tersebut masak diatas peti dan bukannya ditempat lain? Jawapannya adalah kerana peti merupakan tempat untuk menyimpan barang atau bekalan makanan di dalam kapal. Oleh kerana pisang merupakan sejenis makanan maka ianya sesuai untuk diletakkan diatas peti. Tetapi mengapa pisang tersebut diletakkan diatas peti dan bukannya di dalam peti? Hal ini kerana jika pisang tersebut diletakkan di dalam kawasan yang tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik maka sudah tentulah pisang tersebut akan mudah rosak. Selain itu, haba yang terdapat di dalam peti tersebut sudah tentu akan mempercepatkan proses menjadikan pisang tersebut masak. Apabila pisang tersebut masak dalam tempoh masa yang singkat maka sudah tentu ianya tidak dapat disimpan lama. Di samping itu, pisang tersebut diletakkan diatas peti adalah bertujuan bagi memudahkan anak kapal melihat dan memakannya.

Baris ketiga: HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR

Mengapa hutang emas dan bukan benda lain?
Mengapa hutang emas boleh dibayar?

Mengapa hutang emas dan bukan benda lain? Jawapannya adalah kerana emas merupakan antara logam yang paling berharga berbanding logam atau barang-barang lain. Selain itu, emas juga merupakan barangan yang melambangkan status seseorang. Manakala hutang pula adalah simbol kepada kemiskinan. Hal ini kerana hanya orang miskin sahaja yang berhutang. Oleh itu, emas merupakan sesuatu yang agak sukar untuk dimiliki oleh orang miskin.

Mengapa hutang emas boleh dibayar? Secara zahirnya emas adalah sejenis barangan yang mempunyai nilai yang tinggi. Dalam masyarakat Melayu, emas hanya mampu dimiliki oleh golongan pemerintah dan pembesar sahaja. Walaupun sesukar mana sekalipun untuk memilikinya tetapi ianya masih mampu dimiliki. Dalam baris ini menunjukkan setinggi mana sekalipun nilai sesuatu barangan yang dihutang tetapi ianya masih boleh dibayar.

Baris keempat: HUTANG BUDI DIBAWA MATI

Mengapa hutang budi dibawa sampai ke mati?

Mengapa hutang budi dibawa sampai ke mati? Jawapannya adalah pada pegangan masyarakat Melayu itu sendiri yang amat mementingkan adab dan kesopanan. Setinggi mana pun nilai barangan di dunia ini ianya masih tidak dapat menandingi akhlak yang baik. Bagi masyarakat Melayu, hutang budi yang nampak remeh pada pandangan mata kita tidak dapat ditandingi atau dinilai oleh barangan-barangan yang berharga. Bagi masyarakat Melayu itu, jika seseorang itu pernah berbudi kepadanya maka ianya tetap akan dikenang walaupun orang tersebut telah meninggal dunia. Begitulah sikap masyarakat Melayu yang begitu merendah diri dan mementingkan adab dan kesopanan. Kesimpulannya, setinggi mana pun status atau kedudukan seseorang, ianya masih tidak dapat menandingi seseorang yang mempunyai akhlak yang baik. Hasil daripada kesimpulan ini dapat dilihat bahawa harta di dunia hanyalah sementara tetapi apabila kita sudah meninggal dunia yang hanya dibawa adalah amalan sewaktu kita di dunia.

Ok r sAmPai Di SiNi sAjALaH KuPaSaN aK mEngEnAi mAksUd yG tErsiRat & TeRsUrAt yG wUjUd dLm WaRiSaN MaSyArAkAt MELAYU Yg BeRnAmA PaNtUn iNi. SeBeNaRnYa MaSiH bYk LaGi MaKsUd yG TeRsEmBuNyi xDpT aK UnGkApKaN MeLaLui PaNtUn TeRsEbUt. So aK hArAp kOrG dPt RuNgKaiKaN mAknA DiSeBaliK sEtiAp bAriS PaNtUn TeRsEbUt. sO dPt kiTe LiHaT bEtApA hALuSnYa mAsYaRaKaT MELAYU iTu. WaLaU HaNyA dLm SeRaNgKaP PaNtUn sEkALipUn iAnYa tEtAP mEnGaNdUnGi 1001 mAkNa BaiK yG TeRsUrAt mAhUpUn Yg TeRsiRat. SeGaLa KeKuRaNgAn aTaU KeSiLaPaN aK mOhOn MaAf dAn MoHoN DiPeRbAiKi sEGaLa yG KuRaNg. SeKiAn...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...