ANALISIS TEKS MONODRAMA NISYA KHALEED KARYA SENI BAYAN
Monolog adalah sebuah pengucapan panjang (kebiasaannya adalah pengucapan dari hatinya) yang disampaikan oleh satu orang pemain tanpa ada sebarang interaksi langsung dengan pemain yang lainnya. Ada ketikanya watak utama ini akan mengajuk watak-watak lain dalam penceritaannya. Istilah ini berasal dari perkataan Yunani iaitu `monos’ yang bermaksud `sendiri’ dan `logos’ iaitu `pengucapan’. Pemain monolog adalah narator yang menceritakan sebuah cerita melalui watak yang mengungkapkan pemikiran dan perasaannya samada untuk dirinya, mengenai watak lain atau juga kepada penonton. Menurut Kyle Deguzman (2023) menyatakan monolog boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu soliloki, dramatik dan monolog dalaman (internal). Jenis monolog ini bergantung pula kepada siapa monolog itu disampaikan. Soliloki ialah watak menyampaikan ucapan panjang kepada dirinya sendiri dan bukannya kepada watak lain atau kepada penonton. Watak yang bercakap dengan dirinya sendiri cuba menganalisis pemikiran, emosi,