Rabu, 8 Ogos 2007

Awas, 'checklist' taktik kotor BN menjelang pilihan raya!

Menjelang pilihan raya, para pengundi dan rakyat umumnya perlu bersiap siaga dengan manipulasi Barisan Nasional (BN) dan Umno menggunakan taktik kotor yang akan mengaburi dan mengelabui mata serta hati para pengundi semasa kempen atau sewaktu hari mengundi.
Lazim seperti diketahui umum Umno-BN akan terus menggunakan Stategi 3M untuk melakukan penipuan, rasuah dan ugutan secara besar-besaran bagi memenangi pilihan raya iaitu; “Machinery” (Jentera), “Media” (Media) dan “Money” (Wang).
Berikut adalah kemungkinan beberapa perancangan “Machinery” (jentera) yang perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak khususnya para pengundi yang mungkin akan berulang demi untuk memenangkan Umno BN dalam pilihan raya umum akan datang:-
1. Daftar pemilih yang berbeza dan menimbulkan kekeliruan orang ramai (Kes di Gombak pada tahun 1999)
2.Ramai nama orang yang sudah meninggal dunia masih ada dalam daftar pengundi.
3.Terdapat juga puluhan nama pengundi yang berumur lebih 100 tahun di satu-satu tempat (Ijok 2007).
4.Terdapat nama kanak-kanak bawah umur (di Ijok 2007).
5.Terdapat antara 5-15 orang berdaftar dalam beberapa buah rumah sama. (di Brikfields tahun 1999).
6.Beberapa pengundi yang tidak dikenali siapa dan di mana mereka tinggal, walaupun oleh penduduk tempatan sendiri.
7.Pasukan polis cuba menggagalkan ceramah parti pembangkang, dengan alasan tidak mempunyai permit (kes di Ijok).
8.Tindakan-tindakan provokasi supaya petugas-petugas Barisan Alternatif (BA) dan orang ramai bertindak liar.
9.Pihak berkuasa 'ditugaskan' untuk menjadi pengundi hantu terutama dalam minit terakhir sebelum pengundian ditutup.
10.Taktik bekalan elektrik dimatikan di beberapa tempat ketika pengiraan undi dilakukan (pilihan raya 1999).
11.Penggunaan kad pengenalan palsu dan ratusan kertas undi sudah bertanda yang tersimpan oleh pihak-pihak tertentu.
12.Memaksa kakitangan awam membantu kempen pilihan raya seperti khidmat Timbalan Naib Canselor di Machap.
Faktor kedua yang memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan besar BN Umno ialah eksploitasi Media elektronik dan cetak antaranya:-
1.Memberikan liputan penuh kepada kegiatan dan kenyataan pemimpin parti pemerintah.
2.Sebaliknya, para pemimpin pembangkang, terutama Anwar, Kit Siang dan Ustaz Hadi di”black-out”.
3.Manipulasi pelbagai berita dan maklumat tentang calon, pemimpin dan BA diputar belit.
4.(Tengku Razaleigh memakai Tanjak Kadazan dan Anwar menari menghibur pengundi-pengundi India di Ijok)
5.Kawasan yang diperintah pembangkang difokus sebagai miskin,kotor, tiada pembangunan dan tanpa kemudahan asas.
6.Kemasukan secara 'borong' kononnya ahli-ahli dan pendokong BA ke dalam Umno.
7.Penyebaran fitnah risalah, VCD dan buletin yang memburuk-buruk pemimpin pembangkang seperti label 'agen Yahudi'.
8.Gambar teknik impose yang diedarkan secara berleluasa (pemimpin dengan arak, wanita dan sebagainya).
9.Memainkan sentimen agama, perkauman, keamanan, kemajuan dan keganasan dan diulang berkali-kali.
Akhir sekali, yang sukar dibendung sehingga kadang-kadang sudah dianggap mangli (atau perkara lumrah) oleh masyarakat Malaysia penggunaan wang rakyat atau dana awam secara seleweng serta taktik rasuah dan contohnya seperti berikut :-
1.Di Ijok, Menteri Besar Selangor mengumumkan peruntukan Kerajaan Negeri RM36 juta untuk dibelanjakan dalam tempoh kempen bagi membina atau membaiki kemudahan awam seperti jalan, parit, lampu jalan dan sebagainya.
2.Timbalan Perdana Menteri pula mengumumkan peruntukan yang besar jumlahnya bagi membina masjid (RM5 juta) dan membaiki masjid lama (RM800,000), serta juga kuil dan pelbagai lagi.
3. Pengundi diberi rasuah RM100 hingga RM500 untuk mengundi calon tertentu atau 'mengajak' pengikut-pengikut supaya memilih parti pemerintah. - mks.

Sandiwara : APAKAH HUKUM BERUBAH MENGIKUT ZAMAN DAN TEMPAT?

Pada 28 Jun yang lalu, isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan supaya Pusat Kajian al-Quran Kontemporari ditubuhkan untuk kepentingan umat Islam sejagat. Rosmah berkata demikian ketika berucap pada majlis khatam kelas tafsir al-Quran yang diketuai oleh beliau bersama 35 peserta lain termasuk anak perempuannya, Nooryana Najwa Mohd. Najib di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Sri Satria. Beliau berkata, selain mengadakan kelas tafsir dan pengajian al-Quran yang biasa, pusat kajian itu wajar berperanan untuk melakukan kajian secara empirikal berpandukan ayat-ayat suci al-Quran. “Ia perlu merangkumi pelbagai bidang kritikal terutamanya dalam bidang sains dan teknologi, teknologi maklumat, perubatan dan ekonomi”. Menurutnya lagi, sejajar dengan tuntutan zaman yang semakin mendesak dan imej Islam yang kian tercemar, sudah tiba masanya generasi al-Quran sebagai wadah perubahan tamadun Islam dilahirkan. “Saya yakin dengan kelahiran generasi ini, keindahan dan keluhuran Islam mampu diketengahkan kepada masyarakat dunia malah menjadi penghubung bicara antara dunia Islam dan dunia bukan Islam,” katanya. Rosmah berkata, seiring dengan era globalisasi umat Islam mesti mempraktikkan ajaran al-Quran dalam bentuk yang lebih global dengan mengkaji, mengamalkan dan menterjemahkannya dalam kehidupan bersesuaian dengan konteks semasa [UM 29/06/07].
Di zaman mutakhir ini, cadangan, seruan dan slogan untuk menafsir al-Quran agar sesuai dengan realiti semasa semakin kuat kedengaran. Ia banyak dilaungkan oleh golongan pemerintah, golongan ulama dan tidak ketinggalan juga oleh golongan liberal. Kita juga acapkali terdengar seruan seumpama ini turut dikumandangkan oleh para agamawan mahupun gerakan-gerakan yang memperjuangkan Islam sekalipun. Sekali lalu slogan sebegini nampak seperti tidak ada salahnya, apatah lagi jika yang menyeru itu mengemukakan pandangan-pandangan ulama di dalam menyokong pendapat mereka. Bagi golongan yang hatinya dipenuhi dengan sifat nifak, intipati dari seruan seperti ini sebenarnya bermaksud untuk menundukkan al-Quran dengan kehendak semasa, sesuai dengan perkembangan zaman, atau lebih tepat mereka sebenarnya ingin menafsirkan al-Quran mengikut hawa/keinginan mereka agar hukum al-Quran tunduk kepada kemahuan mereka. Bagi golongan yang ikhlas yang menyeru kepada hal yang sama, mereka sebenarnya telah menyeru dan terjerumus ke jalan yang keliru. Insya Allah, Sautun Nahdhah kali ini akan mengupas isu yang amat penting ini; apakah hukum Allah boleh berubah mengikut perubahan zaman dan tempat.
Menundukkan Nas Dengan Realiti
Umum telah mengetahui bahawa orang-orang kafir adalah golongan yang hidup di dunia ini tanpa berhukum dengan hukum wahyu. Golongan kafir Barat telah menolak agama untuk mengatur kehidupan, manakala golongan kafir yang lain sekadar mempunyai agama untuk tujuan ibadat, bukannya untuk mengatur atau menentukan hala tuju kehidupan di dunia. Apapun, yang pastinya mereka ini adalah golongan yang sesat kerana tidak mengambil petunjuk Allah sebagai petunjuk dalam hidup mereka. Kedudukan ini sebenarnya tidak jauh berbeza dari golongan umat Islam yang sekular. Mereka ini adalah golongan pemuja Barat dan golongan yang mendewa-dewakan akal di dalam mengatur kehidupan. Pemikiran golongan ini saling tidak tumpah dengan pemikiran orang-orang kafir di mana mereka hanya mengambil agama untuk tujuan ibadat semata-mata. Mereka mengambil Islam sekadar untuk solat, puasa, zakat, haji, doa pembuka dan penutup majlis dan lain-lain ibadat sunat tertentu yang dipilih mereka sahaja. Untuk lain-lain hukum Allah yang qat’i (pasti) kewajibannya seperti potong tangan untuk pencuri, sebat bagi penzina, bunuh bagi simurtad, qisas bagi pembunuh dan banyak lagi, maka di sini mereka menyatakan hukum ini sudah tidak sesuai lagi di zaman sekarang. Mereka menggunakan akal untuk menjustifikasi kesesuaian hukum Allah, dan bagi yang memegang kekuasaan, mereka telah menggubal undang-undang sendiri terhadap kesalahan-kesalahan ini, mengenepikan hukum Allah yang qat’i yang terdapat di dalam al-Quran.
Apabila ditanyakan kepada mereka kenapakah hukum-hukum al-Quran tidak diterapkan, maka mereka akan menjawab mengikut akal dan hawa mereka bahawa dalam konteks masyarakat majmuk, Islam tidak sesuai diterapkan sepenuhnya. Mereka akan mengatakan bahawa yang penting di dalam Islam adalah ‘konsep dan prinsip’nya, bukan ‘hukum’nya. Contohnya, mereka mengatakan Islam menekankan (konsep) keadilan, jadi apa-apa sahaja undang-undang yang boleh membawa keadilan, maka ia adalah sesuai dengan kehendak Islam. Mereka turut menyatakan bahawa Islam adalah agama yang murunah (fleksibel), maka Islam boleh berubah atau disesuaikan mengikut perubahan zaman/masa dan tempat. Inilah golongan sekular yang sepemikiran dengan Barat, mengagungkan akal dan menggunakan akal mereka untuk merubah hukum Allah. Mereka membuat undang-undang sendiri berdasarkan akal, mengikut kehendak majoriti, bukannya menurut kehendak Allah. Mereka benar-benar menundukkan hukum al-Quran mengikut hawa mereka. Sebab itulah golongan ini tak putus-putus menyeru agar al-Quran dikaji dan ditafsir semula seiring dengan perubahan zaman dan tempat. Tujuan mereka adalah tidak lain, kecuali untuk merubah hukum-hukum yang qat’i di dalam al-Quran. Mereka ini tidak akan puas selagi al-Quran tidak ditundukkan mengikut kemahuan mereka. Alasan mereka adalah realiti telah berubah, maka Islam mestilah disesuaikan dengan realiti yang telah berubah tadi.
Wahai mereka yang ikhlas! Ingatlah bahawa cara berfikir di atas adalah cara berfikir Barat yang sekular. Mereka telah membawa masuk cara berfikir mereka ini semasa menjajah kita dan bagi memastikan ia sentiasa kekal di benak kita, maka penjajah Barat telah meletakkannya sebagai asas pemikiran perundangan kita. Dengan cara ini, maka segala hukum al-Quran secara otomatik akan berada di bawah (lebih rendah dari) hukum ciptaan manusia. Oleh itu, hukum-hakam al-Quran juga secara otomatik tidak akan dapat diterapkan kerana penjajah kafir ini telah berjaya menanamkan ‘satu aqidah’ di dalam benak orang Islam bahawa hukum ciptaan manusia ini adalah lebih tinggi dari Kalamullah. Dengan ini pemikiran umat Islam telah ‘ditutup’, dan mereka tidak mampu lagi ‘berfikir’ dan bertindak kecuali sebatas apa yang telah digariskan oleh Barat.
Oleh kerana ini adalah realiti yang kita hadapi, maka kita dipaksa tunduk kepada realiti ini dan sebarang usaha untuk merubahnya akan dianggap ‘tidak sah’ dan bahaya. Penjajah kafir dengan ini berjaya meletakkan bahawa mana-mana perjuangan untuk menegakkan hukum al-Quran, meskipun dengan jalan yang benar, hendaklah tunduk kepada undang-undang manusia, jika tidak, maka perjuangan tersebut adalah tidak sah dan berbahaya, apatah lagi jika perjuangan itu adalah untuk menegakkan hukum Islam secara kaffah. Mereka seterusnya mempropagandakan bahawa mana-mana umat Islam yang ingin kembali menerapkan hukum al-Quran, maka ini adalah golongan ortodoks (kuno) dan ketinggalan zaman. Malah mereka akan menggelar golongan yang ingin kembali menerapkan hukum sebagaimana yang diterapkan di zaman Rasulullah dan para sahabat sebagai golongan kejam(barbaric), ekstrem, radikal, teroris dan sebagainya. Ini dilakukan bertujuan untuk menakut dan menjauhkan umat Islam dari hukum-hukum al-Quran. Dengan pertolongan dari golongan Muslim sekular, maka Barat telah berjaya memastikan hukum al-Quran tidak ditegakkan dan nas-nas yang ada di dalam al-Quran ditafsirkan sesuai dengan realiti yang ada dan mesti tunduk kepada realiti tersebut.
Beristidlal Dengan Imam Syafie
Bagi sebahagian umat Islam yang ikhlas, mereka sebenarnya telah terkeliru dalam hal ini (Islam berubah mengikut zaman dan tempat) dengan beristidlal (berdalil) dengan Imam Syafie rahimahullah. Menurut mereka Imam Syafie telah berubah di dalam ijtihadnya semasa berada di Iraq dan di Mesir. Perbincangan ini terkenal dengan istilah qaul qadim (pendapat dahulu) dan qaul jadid (pendapat baru) Imam Syafie. Kekeliruan kefahaman ini dapat dilihat dari tiga sisi. Pertama; Imam Syafie sendiri tidak pernah mengeluarkan kaedah ini (hukum berubah mengikut zaman dan tempat), tetapi orang lainlah yang menyandarkan kaedah ini berdasarkan perbuatannya. Kedua; mereka yang menyandarkan kaedah ini kepada Imam Syafie sebenarnya tidak mengkaji betul-betul apa yang berlaku ke atas Imam Syafie, lalu mereka telah terjerumus ke dalam salah faham yang fatal. Bagi sebahagian yang lain pula (yang tidak mengkaji), mereka hanya mengikut pendapat orang yang terdahulu tanpa ilmu (taqlid buta). Ketiga; kesalahan mengambil atau meletakkan Imam Syafie sebagai sumber hukum (beristidlal dengan Imam Syafie), walhal yang wajib dijadikan sumber hukum (atau beristidlal) adalah al-Quran dan Sunnah. Imam Syafie hanyalah seorang mujtahid yang juga wajib mengambil sumber hukum dari al-Quran dan Sunnah. Maksudnya, apabila dikatakan kita mengambil pendapat Imam Syafie, ia sepatutnya difahami sebagai mengambil hukum syara’ yang diijtihadkan atau difahami oleh Imam Syafie. Dalam konteks ini, yang kita pegang adalah hukum syara’, bukannya hukum Imam Syafie. Ini adalah kerana hukum itu datangnya dari Allah, bukannya dari Imam Syafie. Imam Syafie hanyalah orang yang mengistinbatkannya berdasarkan kefahamannya sebagai seorang mujtahid.
Untuk melihat dengan lebih mendalam kekeliruan pertama dan kedua di atas, kita harus mengkaji dengan teliti kisah kehidupan Imam Syafie, khususnya proses beliau di dalam menuntut ilmu dan metodologi (kaedah) yang beliau gunakan di dalam berijtihad. Muhammad ibn Idris ibn al-`Abbas, al-Imam al-Syafie, Abu `Abd Allah al-Syafie al-Hijazi al-Qurashi al-Hashimi al-Muttalibi (meninggal 204H), ialah seorang mujtahid mutlak yang begitu unggul dan mempunyai kelebihan yang luarbiasa. Beliau dilahirkan di Gaza pada tahun 150H, tahun meninggalnya Imam Abu Hanifa. Beliau berpindah ke Mekah pada usia dua tahun, setelah kematian bapanya. Di Mekah, beliau belajar dengan dua orang ulama terkenal, Muslim Bin Khalid al Zingi (Mufti Mekah) dan Sufiyan Bin Uyaynah. Imam Syafie telah hafaz al-Quran pada usia tujuh tahun dan ketika berusia 13 tahun, beliau berpindah ke Madinah untuk berjumpa dengan Imam Malik yang begitu kagum dengan kebolehan menghafal dan kecerdikannya. Di Madinah, Imam Syafie banyak didedahkan dengan metodologi (kaedah) usul Imam Malik. Beliau kemudian berpindah ke Baghdad dan berjumpa ulama dari mazhab Hanafi seperti Imam Mohammad Bin al-Hasan al-Shaybani dan di sinilah beliau didedahkan dengan metodologi usul Imam Hanafi. Pengalaman ini memberikan impak yang besar kepada Imam Syafie di dalam membentuk kaedah berfikirnya sendiri.
Beliau kembali semula ke Mekah untuk sementara waktu dan kemudiannya pergi semula ke Baghdad dan pada masa inilah beliau mula menulis kitabnya yang terkenal, al-Risalah, sebuah kitab yang memuatkan metodologi di dalam usul fiqh. Imam Syafie akhirnya membuat keputusan untuk berpindah ke Mesir bagi menyempurnakan kerjanya di dalam hal fiqh dan metodologinya. Di Mesir, Imam Syafie telah didedahkan dengan metodologi usul Imam Laith ibn Saad, seorang mujtahid yang terkenal luarbiasa keilmuannya sehingga Imam Syafie pernah berkata, “Laith adalah lebih faqih dari Malik, tetapi sayang muridnya membiarkannya (tidak meneruskan kesinambungan ajarannya)” [Siyar I’lam al-Nubala’, 8/156]. Di Mesir, Imam Syafie telah menulis edisi terbaru al-Risalah setelah didedahkan dengan pengalaman baru ini. Hal ini menunjukkan bahawa beliau semakin matang di dalam kefahaman dan metodologinya di dalam Usul Fiqh. Imam Shafie bukanlah menukar metodologinya atas sebab perpindahan dari segi geografi kerana perubahan metodologi tidak ada kena mengena dengan perubahan kawasan, tetapi perubahan metodologi itu sendiri bermaksud perubahan cara berfikir dan memahami kaedah. Hal ini diperkuat dengan fakta bahawa Imam Syafie tidak pula berubah pendapatnya semasa berpindah dari Mekah ke Baghdad.
Dr. Muhammad Baltaaji di dalam bukunya, Manahij at Tashri’ al Islaami fil Qarn al Thani al Hijri [Jilid 1 ms. 65] menyatakan, “Shafie dikritik kerana perubahan-perubahan yang dibuatnya, tetapi Syafie menjawab setiap kritikan tersebut. Ibn Abi Hatim melaporkan bahawa Shafie pernah bertanya Amr Bin Sawad al-Serhi, ‘kenapa kamu tidak menyalin kitabku?’ tetapi Amr diam. Kemudian seorang lain memberitahu Syafie, ‘dia (Amr) menyatakan bahawa kamu (Syafie) menulis dan merubah, kemudian menulis lagi dan merubah lagi’. Maksudnya, ‘perubahan’ inilah yang menjadi sebab kenapa Amr tidak menyalin kitab Syafie. Kemudian Imam Syafie menjawab, ‘sekarang ia (kitabku) telahpun sempurna’. Hal ini jelas membuktikan bahawa al-Risalah yang ditulisnya di Baghdad masih belum lengkap, dan beliau hanya menyempurnakannya semasa di Mesir. Tambahan pula, semasa di Baghdad, beliau mula menulis di dalam usia yang masih muda dan belum terdedah kepada banyak lagi metodologi usul, sebagaimana yang beliau dapati/pelajari semasa di Mesir. Perubahan ini langsung tidak ada kena mengena dengan perubahan tempat/geografi.
Kita juga perlu ingat bahawa ketika itu, kehidupan di Mekah, Baghdad mahupun Madinah adalah sama. Mereka semuanya hidup dalam suasana Islam di era/zaman yang sama. Tambahan lagi mereka sebenarnya berada dalam negara yang satu yakni Negara Khilafah di mana penerapan hukum berlaku sama di seluruh negara. Inilah penjelasan kisah pembelajaran Imam Syafie secara ringkas. Walaupun kami tidak dapat menerangkan secara terperinci akan banyak lagi perkara yang membuktikan hal ini (kerana keterbatasan ruang), cukuplah sekadar menjernihkan semula kefahaman di kalangan mereka yang ikhlas dan terkeliru akan ‘perubahan hukum’ yang diistidlalkan kepada Imam Syafie, walhal Imam Syafie sendiri tidak pernah berkata atau berpendapat sedemikian. Ingatlah bahawa hukum solat dan puasa itu tetap tetap wajib dan hukum riba dan zina itu tetap haram sampai bila-bila pun dan di mana pun tempatnya, samada di Iraq ataupun Mesir. Begitu jugalah dengan hukum-hukum Allah yang lainnya. Tidak ada seorangpun yang boleh merubah hukum Allah kecuali Allah sendiri!
Hukum Samasekali Tidak Berubah Mengikut Zaman/Tempat
Bagi yang masih keliru, mereka berhujah dengan menyatakan bahawa hukum itu berubah mengikut masa dan tempat kerana perbezaan urf (adat). Urf di satu tempat berbeza dengan tempat yang lain dan Islam membenarkan urf ini sehingga ada di kalangan mereka yang berpendapat bahawa urf adalah sebahagian dari sumber hukum. Sesungguhnya hal ini jelas keliru dan mengelirukan. Adapun perubahan urf (samada tradisi atau adat istiadat manusia), langsung tidak ada kena mengena atau mempengaruhi perubahan hukum, kerana urf bukanlah merupakan 'illat (dasar kewujudan) suatu hukum. Urf adakalanya bertentangan dengan syara’, adakalanya tidak. Apabila bertentangan dengan syara’ maka syara’lah yang diikut. Syara’ akan menghapus dan merubahnya, sebab salah satu fungsi syari'at adalah untuk merubah urf yang rosak yang menjadi penyebab rosaknya masyarakat. Inilah sebabnya kenapa urf tidak boleh dijadikan dasar maupun illat hukum syara’. Hukum Allah samasekali tidak berubah kerana urf. Apabila urf tidak bertentangan dengan syara’ maka hukum tersebut adalah diambil atau ditetapkan berdasarkan dalil syara’, mengikut illat syar'iyyahnya, bukan kerana urfnya.
Sebagai contoh, kita lihat adat orang Melayu membuka kasut/selipar apabila memasuki rumah. Adat ini sememangnya tidak menyalahi syara’, tetapi adat ini bukan menjadi dalil untuk menetapkan hukum, apatah lagi untuk merubah hukum. Maksudnya, jika orang Islam Amerika datang ke Malaysia, adakah dia ‘wajib’ membuka kasut, kerana ini adalah urf di sini? Jika urf boleh dijadikan dalil untuk menetapkan hukum, maka orang Islam Amerika tadi wajiblah membuka kasutnya. Tentulah hukumnya bukan begini. Oleh itu, kita membuka kasut/selipar sebelum memasuki rumah kerana syara’ membenarkannya, bukannya kerana urf yang membenarkannya. Dalam masa yang sama, syara’ juga tidak pernah menghalang seseorang untuk masuk ke rumah dengan berkasut. Dengan kata lain walaupun masuk ke rumah dengan berkasut adalah menyalahi urf (dalam masyarakat Melayu), tetapi ia tidak menyalahi syara’. Jadi ukuran kita di sini adalah syara’, bukannya urf. Oleh itu, jika orang Islam Amerika masuk ke rumah (sama ada di Amerika atau di Malaysia) dengan berkasut, ini sesungguhnya tidak menyalahi syara’, sebagaimana tidak salahnya orang Islam Melayu masuk ke rumah (sama ada di Malaysia atau di Amerika) dengan membuka kasut. Justeru, walaupun adat kedua-dua bangsa ini berbeza, tetapi langsung tidak ada perubahan hukum walaupun ada perubahan urf di dua tempat yang berlainan. Kedudukan ini terpakai untuk apa jenis urf sekalipun, kerana yang dinilai adalah syara’, bukannya urf. Berdasarkan hal ini kita perlu fahami bahawa hukum-hukum syara' itu ditetapkan berdasarkan dalil/nas tidak ada kaitannya sedikitpun dengan tradisi maupun urf secara mutlak.
Kesesuaian syari'at Islam untuk setiap waktu dan tempat adalah disebabkan syariat Islam itu mampu mengatasi dan menyelesaikan berbagai masalah manusia di setiap waktu dan tempat dengan berbagai macam hukum-hukumnya. Bahkan Islam mampu menyelesaikan semua masalah manusia walau bagaimana luas dan beraneka ragam sekalipun. Ini adalah kerana tatkala syara’ menyelesaikan masalah manusia, ia didasarkan kepada sifat alami manusia yang tidak akan pernah berubah sejak manusia diciptakan sehinggalah ke hari kiamat. Manusia pada setiap masa dan tempat adalah tetap sebagai manusia. Gharizah (naluri) dan Hajatul Udhawiyah (keperluan jasmani) manusia, selamanya tidak akan berubah. Demikian pula hukum-hukum penyelesaiannya juga tidak berubah. Yang berubah hanyalah sarana atau teknologi di dalam kehidupan manusia. Adapun mengenai tuntutan kehidupan yang sentiasa muncul dalam bentuk yang berbeza-beza, ia pada hakikatnya adalah manifestasi berbeza-beza dari gharizah dan keperluan jasmani manusia (yang tetap tidak berubah). Hal seperti inilah yang menjadi salah satu faktor perkembangan fiqh di dalam Islam. Namun demikian, keluasan syari’at tidak berarti syari’at itu fleksibel sehingga dapat disesuaikan dengan segala sesuatu walaupun bertentangan dengan syara’. Tidak berarti juga bahawa syari'at itu berubah secara beransur-ansur sehingga dapat diubah sesuai dengan zaman. Akan tetapi, yang dimaksudkan dengan keluasan nas-nas syara’ adalah sebagai sumber pengambilan berbagai macam hukum dan keluasan hukum untuk mengatasi beraneka ragamnya masalah manusia. Sebagai contoh, kita perhatikan firman Allah:
“... kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu, maka berilah kepada mereka upahnya ...” [TMQ At-Thalaq (65):6].
Dari ayat ini dapat diambil hukum syara’ bahawa wanita yang ditalak berhak mendapatkan upah menyusukan anak. Dari ayat yang sama dapat juga diambil hukum syara’ bahawa seorang pekerja, apapun jenisnya, berhak menerima upah apabila melakukan pekerjaannya, baik ia sebagai pekerja umum (public worker) maupun khusus (private worker). Hukum ini juga berlaku terhadap beberapa masalah hukum di antaranya bahawa seorang pekerja sektor awam, pekerja kilang, buruh kasar dan sebagainya, masing-masing berhak menerima upahnya apabila ia telah menyempurnakan pekerjaannya kerana statusnya sebagai ajir al-khas (pekerja khusus). Begitu pula seorang tukang kayu yang membuat almari, penjahit yang menjahit baju, tukang kasut yang membuat kasut dan yang sejenisnya, masing-masing berhak menerima upah apabila telah melakukan pekerjaannya, kerana statusnya sebagai ajir al-am (pekerja umum). Keluasan nas syara’ seperti inilah, dalam pengambilan hukum-hukum yang beraneka ragam dan keluasan hukum untuk mengatasi beraneka macam masalah manusia, yang menjadikan syari'at Islam mampu menyesaikan seluruh masalah kehidupan di setiap zaman dan tempat, di setiap umat serta generasi. Keluasan hukum itu sendiri bukan bermaksud hukum itu fleksibel dan boleh berubah mengikut zaman dan tempat, tetapi ia bermaksud betapa dinamiknya nas syara’ (yang sedia ada di dalam al-Quran dan Sunnah) di dalam menyelesaikan masalah manusia di zaman manapun dan di kawasan manapun ia berada.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Allah Yang Maha Mencipta telah mencipta kita dan mencipta hukum untuk kita. Hukum yang Allah cipta ini tidak pernah berubah kecuali kerana dua sebab sahaja. Pertama kerana berlakunya nasikh-mansukh, yang mana Allah sendiri atau melalui lisan NabiNya Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memansukhkan hukum tersebut. Hal ini hanya berlaku semasa Rasulullah masih hidup sahaja kerana hukum masih lagi turun. Setelah kewafatan baginda, maka agama ini telah lengkap dan sempurna dan tidak ada lagi perubahan padanya. Justeru, jika berlaku juga perubahan kepada hukum Allah, maka ini sudah tentu berlaku kerana sebab yang kedua, yakni manusialah yang merubah hukum Allah itu. Sesungguhnya tidak pernah berlaku perubahan di dalam hukum Allah sejak wafatnya Rasulullah kecuali perubahan hukum itu berlaku disebabkan oleh tangan-tangan keji manusia yang merubahnya. Oleh itu saudaraku, berhati-hatilah dengan seruan untuk mengkaji dan menafsirkan semula al-Quran agar kita tidak berada di lembah kemaksiatan yang dipenuhi dengan manusia fasik yang merubah hukum Allah dengan tangan-tangan mereka. Na’uzubillah min zalik. Semoga Allah memelihara kita dari mereka.

9 pelajar wanita cabuli rakan belum insaf? apa nak jadi anak muda kita ??

Harian Metro bertarikh 4 Ogos 2007 menyiarkan berita bertajuk "9 pelajar menangis minta maaf". Berita ini berkaitan dengan isu bagaimana seorang pelajar perempuan telah dibelasah dan dirakamkan aksi bogel di Felda Keratong baru-baru ini.
Dilaporkan bahawa sembilan pelajar yang terlibat dalam "keganasan" ini telah memohon maaf sambil menitis air mata keinsafan sebaik mengulurkan sepuluh jari kepada mangsa.
Majlis penuh pilu itu diadakan di Sekolah Menengah Felda Keratong I, di sini, dengan disaksikan ibu bapa sembilan pelajar terbabit dan Shashim Shah Harun, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar kira-kira jam 3.30 petang semalam (3 Ogos 2007).
Saya tidak pasti apakah punca sebenar pelajar-pelajar perempuan ini bertindak ganas sebegitu rupa tetapi alasan yang diberikan bahawa tindakan mereka kerana terdorong kerana sikap panas baran meninggalkan pelbagai tanda-tanya kepada saya dan mungkin juga kepada masyarakat umum.
Harian Metro pada 31 Julai 2007 melaporkan bagaimana kronologi kejadian ini:
i. Mangsa dikunjungi dua rakan sebelum dipelawa minum air batu campur di sebuah warung, kira-kira jam 4 petang. Tanpa mengesyaki sesuatu, mangsa kemudian menunggang motosikal manakala dua rakan menaiki kereta Perodua Kancil ke rumah seorang lagi rakan tidak jauh dari rumah mangsa untuk mengajaknya keluar.
ii. Sebaik tiba di rumah itu, tujuh rakan menunggu di ruang tamu manakala ibu bapanya tiada di rumah.
iii. Mereka kemudian bertanya kepada mangsa sama ada mengejek seorang daripada mereka dengan gelaran "gemuk" dan apabila mangsa mengakuinya, kumpulan pelajar sangseng ini menarik rambut, menumbuk dan menyepak mangsa sehingga tersungkur.
iv. Kumpulan pelajar samseng ini bertindak ganas seperti "singa betina" terlepas sangkar terus membuka baju-T dan seluar jeans dipakai mangsa sebelum memotong tali baju dalam dan seluar dalam mangsa.
v. Mangsa cuba meronta dan menangis serta merayu tidak diperlakukan sedemikian dan dilepaskan tetapi sembilan rakan itu tidak mempedulikan mangsa.
vi. Ketika dibogelkan, tiga daripada mereka merakamkan gambar mangsa tanpa pakaian menggunakan telefon bimbit sebelum diugut tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga.
vii. Jika mangsa engkar, mereka mengancam menyebarkan gambar bogel itu selain mengupah lelaki merogol mangsa di depan mereka.
Peristiwa hitam ini bukannya berlaku di New York, Manhattan atau di Los Angeles tetapi berlaku di Felda Keratong di negeri Pahang yang melibatkan anak-anak melayu beragama Islam yang juga generasi kedua FELDA.
Sudahlah dibelasah tanpa belas kasihan, pakaian ditanggalkan, pakaian dalam dipotong dan dirakamkan perbuatan terkutuk itu melalui kamera telefon bimbit.
Ustazah seks?
Sebelum itu, pada 2 Ogos 2007 Harian Metro telah melaporkan mengenai ketua kumpulan yang membelasah dan merakamkan gambar bogel ini digelar "ustazah seks". Gelaran itu dilabelkan kepada beliau kerana perangai dan perwatakkan beliau yang berbeza diluar dan di dalam waktu sekolah.
Difahamkan, ketika di sekolah, ketua kumpulan samseng terbabit dikatakan begitu baik termasuk bertudung seperti "ustazah", sebaliknya berubah perangai dan gaya seperti "bohsia" dan gemar bertukar teman lelaki di luar waktu sekolah. Pelajar terbabit didakwa:
i. Gemar bergaul dengan ramai lelaki tanpa mengira usia tidak kira siang atau malam selain dikatakan sering bertukar teman lelaki.
ii. Semua lelaki muda dikatakan mengenali pelajar terbabit berikutan perangainya itu selain memiliki daya "penarik" untuk menggoda lelaki terbabit sebelum diajak keluar bersama.
iii. Watak penggodanya mampu memanggil beberapa lelaki lain supaya merogol mangsa jika mangsa menceritakan kejadian malang itu kepada keluarganya.
iv. Mengugut mangsa membuktikan pelajar itu tidak takut dengan undang-undang kerana yakin perbuatannya akan dimaafkan ibu bapa mangsa selain dapat meneruskan semula persekolahan seperti biasa.
Inikah ertinya kemerdekaan kita? Mungkin inilah nilai kemerdekaan kita dibawah kepimpinan UMNO/Barisan Nasional sejak 50 tahun yang lalu. Rakyat didesak untuk meraikan kemerdekaan tetapi terlalu banyak kepincangan yang menghantui rakyat termasuklah isu ekonomi, keselamatan dan masa depan generasi muda.
Kita mungkin tidak dapat pernah menyangka bahawa pada ketika ini kita akan berhadap dengan masalah sosial generasi muda yang runtuh akhlaknya. Kisah yang melibatkan penderaan terhadap seorang pelajar perempuan oleh rakannya sendiri di Felda Keratong ini sudah pastinya menggusarkan kita.
Apa yang cukup bimbang adalah kejadian ini melibatkan sekumpulan pelajar perempuan yang merupakan anak-anak Melayu daripada generasi kedua FELDA. Bayangkan, anak-anak perempuan kini mampu dilabelkan sebagai "samseng" bukan sekadar mengugut tetapi sanggup memukul, membogelkan dan merakamkan gambar bogel rakan mereka sendiri.
Saya tidak nafikan ramai generasi anak-anak melayu FELDA berjaya dalam akademik dan kehidupan mereka tetapi ramai juga yang tercicir dan akhirnya menimbulkan masalah kepada keluarga dan masyarakat.
Gelaran "ustazah seks" sudah tentu merosakkan imej golongan ustazah di dalam negara kita. Bila digelar seperti itu, kita boleh bayangkan bagaimana hebatnya "lakonan" pelajar bermasalah ini, ibubapa, keluarga dan guru-guru tentu telah terpedaya dengan watak yang waraknya sedangkan hakikatnya segala-galanya adalah muslihat belaka.
Pergaulan bebas tanpa batasan merangsang sikap buruk anak-anak muda dan akhirnya mencambahkan sikap degil dan kurang ajar serta biadap. Mengugut untuk mengupah kumpulan lelaki merogol mangsa di hadapan mereka sekiranya perbuatan keji mereka ini dilaporkan kepada ibubapa sudah tentunya menggambarkan kebiadapan pelajar-pelajar ini.
Saya percaya bahawa peristiwa ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada mangsa. Rakaman gambar mangsa yang didera dan dibogelkan telah disebarkan dan bukan mudah untuk menghilangkannya. Mangsa terpaksa bertukar sekolah kerana tidak sanggup berhadapan dengan keadaan.
Sebab itulah apabila saya membaca berita "9 pelajar menangis minta maaf" saya tidak percaya bahawa peristiwa ini telah menginsafkan kumpulan pelajar ini.
Tindakan pelajar-pelajar ini perlu diambil tindakan disiplin yang tegas. Kesemua pelajar-pelajar ini mesti dihantar ke pusat pemulihan akhlak supaya mereka sedar bahawa tindakan mereka ini bukannya perkara kecil yang mampu dilupuskan dengan linangan air mata.
Selamatkan masa depan anak-anak kita
Kejadian ini juga mesti dipandang serius oleh pihak-pihak berwajib termasuklah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa sistem yang ada pada hari ini perlu dikaji semula. Walaupun kejadian ini berlaku di luar waktu sekolah tetapi mereka yang terlibat adalah merupakan golongan pelajar. Alasan "kes yang terpencil" yang sering menjadi jawapan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishamudin Tun Hussien tidak boleh dijadikan alasan untuk menidakkan kelemahan yang berlaku.
Saya pernah menyarankan agar kuasa mendisiplinkan pelajar mesti diserahkan semula kepada guru. Berilah kepercayaan kepada guru untuk membentuk jati diri anak-anak yang masih bersekolah kerana guru adalah insan yang paling hampir dengan pelajar serta mampu memahami psikologi mereka.
Keprihatinan ibubapa terhadap perlakuan dan aktiviti anak-anak juga mesti dipertingkatkan kerana cabaran yang dihadapi oleh anak-anak pada hari ini sangat tinggi dan tidak cukup dengan hanya memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada anak-anak.
Masa depan anak-anak muda ini adalah masa depan kita bersama. Runtuhnya akhlak mereka akan meruntuhkan masa depan negara.

BANK SPERMA : APAKAH UKURAN SENSITIVITI UMAT ISLAM?

Apabila isu wujudnya bank sperma di Malaysia didedahkan di dada-dada akhbar baru-baru ini, tidak ramai nampaknya yang mengambil berat walaupun sememangnya terdapat sebahagian yang agak sensitif. Meskipun tidak wujud sebuah bank khusus yang membekalkan sperma di Malaysia, namun perkhidmatan ini dikatakan ada ditawarkan di beberapa hospital swasta yang tertentu. Mungkin tidak ramai di kalangan masyarakat yang mengetahui akan kewujudan perkhidmatan ini, namun bagi mereka yang telah berkahwin dan tidak mempunyai zuriat, hal ini biasanya berada di dalam pengetahuan mereka. Bagi sesetengah golongan yang memandang serius akan isu ini, pelbagai respon telah diberikan. Antaranya adalah pihak Kementerian Kesihatan, yang telah sedar bahawa selama ini Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus tentang bank sperma ini. Mereka bercadang untuk membawa isu ini ke Parlimen. Sehubungan itu, tokoh agama dan pertubuhan berasaskan kaum mengalu-alukan cadangan Kementerian Kesihatan menggubal undang-undang berhubung perkhidmatan bank sperma yang ditawarkan hospital swasta negara ini bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat, khususnya umat Islam [BH 26/06/07].


Bank sperma sebenarnya sudah lama wujud, terutama di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tetapi hanya popular di dunia sebelah sini kira-kira sedekad lalu khususnya di kalangan wanita bujang atau pasangan yang gagal mendapat zuriat sendiri. Mereka boleh pergi ke bank sperma dan membelinya seperti membeli baju dengan memilih jenis air mani berasaskan etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma. Malah, orang ramai boleh membelinya melalui internet dan membuat pilihan jenis air mani berdasarkan senarai profil yang disediakan. Perniagaan air mani ini berlaku di serata dunia tanpa kawalan. Dengan percuma melayari laman web, kita dapati banyak bank sperma di merata tempat dan ia menjadi satu perniagaan menguntungkan. Misalnya, bank sperma terbesar di Amerika, Cryobank, di California, dikatakan dikunjungi beribu-ribu wanita bujang untuk hamil. Ia menetapkan kadar bayaran tertentu bagi setiap spesimen air mani yang dijual selain mengenakan beberapa caj tambahan antara AS$180 hingga AS$250 (RM650 hingga RM900) bagi setiap botol air mani. The Sperm Bank of California pula mengenakan caj RM57 bagi setiap profil lengkap penderma sperma yang dikemaskinikan setiap enam bulan. Sperm Bank Directory.com menjelaskan, penderma air mani menerima bayaran antara AS$35 hingga AS$50 (RM126 hingga RM180) dari bank sperma bagi setiap spesimen. Sebuah bank sperma China di Shanghai mengiklankan laman webnya dalam internet sejak 1998 bagi mencari penderma dan dilawati berpuluh-puluh ribu orang dari serata dunia. Di Singapura, Bank Sperma National University Hospital (NUH) pula menggalakkan pendermaan air mani dengan memberi imbuhan elaun pengangkutan RM300 (S$150) [BH 27/06/07].

Mengikut laporan Berita Harian lagi, di negara ini, bank sperma sebenarnya telah wujud sejak beberapa tahun yang lalu, yang dikendalikan hospital swasta dengan menawarkan sperma kepada pasangan tidak subur mendapatkan anak. Setakat ini, tiada peraturan khusus mengenainya dan sebab itulah cadangan Kementerian Kesihatan untuk menggubal undang-undang berhubung perkhidmatan bank sperma amat dialu-alukan. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkan perkhidmatan bank sperma, setakat ini tiada peruntukan undang-undang menghalang perkhidmatan hospital swasta menawarkan sperma kepada pasangan tidak subur mendapatkan zuriat. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata, kementerian itu sedang memperincikan segala aspek berhubung perkara ini, termasuk dari perspektif agama, moral, institusi keluarga dan etika kerana isu berkenaan amat sensitif. Kebimbangan ini turut dikongsi Presiden Persatuan Perubatan Islam, Prof. Madya Dr Abdul Latiff Mohamad yang berkata, sehingga kini belum ada akta diwujudkan bagi menjelaskan kesahihan bank sperma ini kepada masyarakat sekaligus mengundang kontroversi serta kekeliruan di kalangan umat Islam [BH 25/06/07].

Bank Sperma – Bagaimanakah Cara Kita Berfikir?

Perkahwinan di dalam Islam merupakan suatu institusi yang mulia. Ia adalah ikatan yang menghubungkan seorang lelaki dengan seorang perempuan sebagai suami isteri. Hasil dari akad yang berlaku, kedua-dua suami dan isteri mempunyai hubungan yang sah dan kemaluan keduanya adalah halal untuk satu sama lain. Sebab itulah akad perkahwinan ini dikatakan sebagai satu akad untuk menghalalkan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan wanita, yang sebelumnya diharamkan. Namun, hubungan perkahwinan yang wujud ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan kepuasan seks, tetapi merupakan satu kedudukan untuk melestarikan keturunan manusia secara sah. Oleh sebab itu, mana-mana anak yang dilahirkan hasil dari perkahwinan yang sah adalah anak sahtaraf. Anak tersebut dikatakan mempunyai nasab yang sah dari segi hukum syara’, berbeza dengan anak zina yang tidak boleh dihubungkan dengan mana-mana nasab. Islam memandang penting akan hubungan perkahwinan atau persetubuhan sah ini kerana ia melibatkan banyak lagi hukum lain yang muncul darinya seperti nasab, aurat, harta pusaka dan sebagainya.

Kedudukan ini jauh berbeza dari cara hidup orang-orang kafir khususnya Barat yang secara umumnya memandang hubungan antara lelaki dan perempuan adalah atas dasar memenuhi kepuasan seks semata-mata. Pergaulan bebas dan cara hidup ala binatang di Barat telah menimbulkan pelbagai fenomena yang menjijikkan. Perzinaan dan anak luar nikah terjadi di mana-mana. Bersekedudukan tanpa kahwin sudah menjadi lumrah, malah jauh lebih keji dari itu, perkahwinan sama jenis dibenarkan. Hubungan seks sesama jenis (gay dan lesbian) adalah perkara biasa. Apa yang berlaku ini amat jijik sekali kerana di kandang binatang sekalipun kita tidak pernah menyaksikan kejadian seumpama ini (binatang pun tahu memilih jantina mereka). Segala kejijikan yang berlaku di Barat ini adalah hasil dari cara berfikir mereka mengenai kehidupan yang ditentukan sendiri oleh mereka tanpa adanya campurtangan dari agama. Oleh itu, mereka bebas melakukan apa sahaja. Terdapat kes yang dilaporkan di mana pasangan lesbian yang mahu mendapatkan anak telah menggunakan perkhidmatan bank sperma untuk menunaikan hajat mereka dan perkara sebegini bukanlah satu kehairanan lagi di Barat. Kelahiran dari bank sperma itu sendiri di Barat adalah kerana adanya idea kebebasan untuk melakukan apa sahaja. Bagi mereka, tidak ada apa salahnya dengan perkhidmatan yang diberikan oleh bank tersebut.

Wahai kaum Muslimin! Cara berfikir kita tidak sama dengan cara berfikir orang-orang kafir. Jika orang kafir menyelesaikan masalah dengan berfikir mengikut logik dan kebijakan akal mereka semata-mata, kita umat Islam tidak boleh berbuat demikian. Di dalam Islam, jika ada apa-apa masalah atau persengketaan, maka penyelesaiannya hendaklah dikembalikan kepada Allah dan Rasul, bukan dikembalikan kepada akal. Akal hanya diguna untuk memahami hukum Allah dan Rasul, bukan untuk membuat hukum baru atau merubah hukum. Perbezaan di antara cara berfikir kafir dengan cara berfikir Islam amat jelas sekali. Standard/Ukuran kita di dalam menilai sesuatu perkara (yang akan dilakukan) adalah halal dan haram, yakni apakah perkara itu dibenarkan oleh Allah atau ditegahNya. Jika ia halal, maka kita bolehlah melakukannya, manakala jika ia haram, maka kita akan meninggalkannya. Soal halal dan haram bukannya bergantung kepada penentuan akal manusia atau persoalan samada ia mendatangkan manfaat atau tidak. Ia adalah hak Allah semata-mata dan kita hanya diperintah untuk mematuhi apa yang Allah telah tetapkan.

Justeru, di dalam menjawab persoalan tentang bank sperma, maka wajib bagi kita untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dan mengistinbat hukum dari keduanya. Tugas kita bukan untuk menggubal undang-undang atau mencadangkan untuk digubal undang-undang berkenaan perkara ini, tetapi memahami ayat-ayat Allah tentangnya, seterusnya menetapkan hukumnya di dalam Islam. Inilah cara berfikir Islam. Jika mengikut akal manusia, maka segala aspek perlu dibincangkan seperti soal manfaat, moral, kekeluargaan, etika, kesan sosial dan sebagainya. Jika cara berfikir kufur-sekular digunakan, maka perkara ini sudah tentu perlu dibawa berbincang ke Parlimen dan digubal undang-undang tentangnya, seterusnya dibahaskan mengikut akal manusia samada bermanfaat atau tidak, kemudian diluluskan setelah majoriti manusia bersetuju mengenainya. Walhal menurut Islam (berdasarkan nas, bukan akal) jika suatu perkara itu haram, maka semua perkara lain tidak lagi menjadi ukuran, samada bertentangan atau sesuai dengan etika, bermanfaat atau tidak dan sebagainya. Apa yang perlu dilakukan adalah meninggalkan keharaman tersebut dan sekiranya ia tetap dilakukan, maka hukuman (sesuai dengan Islam) wajib dijatuhkan ke atas pelakunya.

Inilah yang sepatutnya menjadi tolok ukur dan sensitiviti umat Islam yakni halal dan haram, bukannya ukuran lain. Umat Islam begitu sensitif jika di dalam makanan mereka terdapat unsur-unsur yang haram seperti lemak babi, alkohol, najis dan sebagainya. Umat Islam tidak akan memakan babi mahupun apa-apa makanan (yang halal) jika bekas tersebut sebelumnya digunakan untuk memakan babi. Begitu juga umat Islam tidak akan minum (walaupun air sejuk) di dalam cawan yang sebelumnya diisi dengan arak. Begitulah sensitif dan jijiknya umat Islam kepada benda-benda haram ini. Kenapa? Kerana yang menjadi ukuran umat Islam adalah halal dan haram! Dan ini adalah ukuran yang benar bagi setiap orang Muslim.

Malangnya, umat Islam hanya memilih perkara-perkara tertentu sahaja di dalam penentuan halal dan haram ini. Umat Islam tidak pernah merasa haram atau jijiknya riba, walaupun ia jelas-jelas haram. Umat Islam tidak pernah sensitif bahawa tidak menutup aurat itu haram, malah seorang perempuan yang tidak bertudung sekalipun tidak akan sanggup memakan babi kerana keharamannya, seolah-olah lupa bahawa perbuatannya yang tidak bertudung juga adalah satu keharaman. Umat Islam juga terlalu ta’sub menonton perlawanan bola sepak dan tidak pernah sensitif bahawa para pemain yang memakai seluar pendek itu adalah satu keharaman. Umat Islam juga tidak pernah merasa haram dan jijiknya berhukum dengan hukum kufur yang ada sekarang, sebagaimana haram dan jijiknya babi untuk dimakan. Umat Islam masih boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan sistem kufur yang menyelubungi mereka seolah-olah ini bukan satu keharaman. Inilah realiti sebahagian dari umat Islam yang hanya sensitif dan tidak sanggup melakukan keharaman pada perkara-perkara tertentu yang dipilihnya sahaja, walhal keharaman lain yang lebih besar dan jelas terpampang di depan mata dibiarkan.

Hukum Syara’ Tentang Bayi Tabung Uji

Di dalam menjawab persoalan tentang bank sperma ini, maka, sebagaimana dijelaskan, tidak boleh tidak kita wajiblah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Kita telah mengetahui realiti (waqi’) berkenaan bank sperma di mana ia adalah satu tempat untuk menyimpan sperma lelaki dan mana-mana wanita yang inginkan sperma tersebut (inginkan kehamilan), maka mereka boleh berbuat demikian dengan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak bank sperma. Terdapat dua hukum yang perlu difahami di sini, pertama, hukum kewujudan bank sperma itu sendiri dan kedua, hukum menggunakan khidmat bank tersebut yakni mendapatkan sperma lelaki untuk disenyawakan dengan sel telur perempuan bagi mewujudkan satu kehamilan.

Insya Allah kami akan membahaskan hukum yang kedua terlebih dahulu kerana inilah yang menjadi tujuan wujudnya bank sperma tersebut, iaitu untuk membolehkan mana-mana perempuan atau pasangan suami isteri yang tidak subur untuk mendapatkan anak. Proses ini bermula dengan individu tertentu pergi ke bank sperma ini untuk membuat pilihan sperma yang mereka kehendaki. Kemudian setelah membeli sperma pilihannya, maka si pembeli (atau perempuan) tadi akan mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan sel telur (ovum) nya untuk disenyawakan dengan sel sperma tersebut. Proses persenyawaan akan dilakukan dengan mencantumkan sel sperma tersebut dengan sel telur perempuan di luar rahim iaitu di dalam sebuah tabung uji (test tube). Kemudian telur yang telah disenyawakan itu akan dimasukkan ke dalam rahim perempuan/isteri yang berkenaan supaya proses kehamilan berlaku secara semulajadi.

Sesungguhnya teknik bayi tabung uji (test tube baby) ini telah dipraktikkan sejak sekian lama. Ia biasanya dilakukan oleh pasangan suami-isteri yang gagal mendapatkan anak melalui hubungan seks (sexual intercourse) biasa. Bagi pasangan yang gagal mendapatkan anak, samada kelemahan dari pihak isteri atau suami, maka persenyawaan di luar rahim ini dilakukan sebagai satu salah usaha agar si isteri boleh tetap hamil seperti perempuan-perempuan yang normal dan dapat melahirkan zuriat dengan cara yang semulajadi. Sebenarnya terdapat beberapa sebab kenapa seseorang isteri tidak mengandung setelah melakukan persetubuhan dengan suaminya. Antara lain adalah kerana sperma suami tidak boleh sampai ke rahim isteri semasa air mani dipancutkan. Justeru, proses persenyawaan tidak berlaku secara tabi’i kerana gagalnya sperma sampai ke rahim. Oleh itu, proses persenyawaan di luar rahim (dengan cara tabung uji) antara sel sperma suami dengan sel telur (ovum) isteri merupakan satu usaha perubatan untuk mencantumkan atau memastikan bergabungnya sel sperma suami dengan sel telur isteri. Setelah proses percantuman/persenyawaan dilakukan di luar rahim, maka sel telur yang telah disenyawakan tadi akan dimasukkan ke dalam rahim isteri dengan suatu cara tertentu sehingga terjadilah proses kehamilan secara semulajadi di dalamnya.

Pada kebiasaannya, persenyawaan yang semulajadi akan terjadi di dalam rahim melalui cara yang semulajadi juga (hubungan seksual), sesuai dengan fitrah yang telah ditetapkan Allah untuk manusia. Akan tetapi persenyawaan semulajadi ini kadang-kadang sukar untuk berlaku, misalnya kerana rosak atau tertutupnya saluran fallopio (fallopian tube) yang membawa sel telur ke rahim, serta tidak dapat diatasi dengan cara membukanya atau mengubatinya; atau kerana sel sperma suami lemah dan tidak mampu menjangkau rahim isteri untuk bertemu dengan sel telur, serta tidak dapat diubati dengan cara memperkuat sel sperma tersebut, atau mengusahakan sampainya sel sperma tersebut ke rahim isteri agar bertemu dengan sel telur di sana. Semua ini akan meniadakan kehamilan dan kelahiran dan menghalang suami-isteri untuk mendapat atau memperbanyakkan anak.

Kesulitan tersebut dapat diatasi dengan satu usaha perubatan agar persenyawaan (antara sel sperma suami dengan sel telur isteri) terjadi di luar dari tempat semulajadinya. Walaupun ia berlaku bukan di tempat tabi’inya, tetapi proses tersebut dijalankan di dalam satu wadah yang mempunyai keadaan mirip dengan keadaan semulajadi rahim, lalu sel telur yang telah disenyawakan (zigot) itu diletakkan pada tempatnya yang semulajadi, yakni rahim isteri. Dengan demikian kehamilan secara semulajadi diharapkan dapat terjadi dan selanjutnya bayi akan dapat dilahirkan secara semulajadi. Justeru, adalah jelas bahawa proses ini merupakan usaha perubatan untuk mengatasi kesulitan yang ada. Jadi, menurut syara’ hukum bagi perbuatan ini adalah sama sahaja dengan hukum perubatan iaitu diperbolehkan (mubah/ja’iz). Ini adalah kerana usaha tersebut hanyalah salah satu usaha untuk mewujudkan apa yang disunatkan oleh Islam, iaitu kelahiran dan memperbanyakkan anak, yang merupakan salah satu dari tujuan dasar dari suatu pernikahan. Diriwayatkan dari Anas ra. bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Nikahilah kalian dengan perempuan yang penyayang dan subur kerana sesungguhnya aku akan berbangga di hadapan para Nabi dengan banyaknya jumlah kalian pada hari Kiamat nanti” [HR Ahmad]. Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Nikahilah kalian dengan wanita-wanita yang subur kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan (banyaknya) kalian pada hari Kiamat nanti” [HR Ahmad].

Dengan demikian, jika usaha untuk menghasilkan persenyawaan dan kelahiran semulajadi telah dilakukan (oleh pasangan suami isteri) dan ternyata tidak berhasil, maka diperbolehkan untuk mengusahakan terjadinya persenyawaan di luar dari tempat tabi’inya, dengan syarat ovum isteri yang telah disenyawakan dengan sel sperma suami dikembalikan ke tempat asalnya (rahim isteri) agar terjadi proses kehamilan yang normal. Jelas bahawa proses ini dibolehkan oleh Islam kerana ini adalah salah satu bentuk perubatan dan berubat hukumnya sunat (mandub). Di samping itu, proses tersebut dapat mewujudkan apa yang disunatkan oleh Islam, iaitu terjadinya kelahiran dan perbanyakan zuriat. Pada dasarnya usaha untuk mewujudkan proses persenyawaan secara tidak tabi’i ini hendaklah tidak dijalankan kecuali setelah tidak mungkin lagi mengusahakan terjadinya persenyawaan secara tabi’i di dalam rahim isteri, antara sel sperma suami dan sel telur isteri.

Perlu diperhatikan bahawa dalam proses persenyawaan di dalam tabung uji untuk menghasilkan kelahiran tersebut, disyaratkan sel sperma tersebut mestilah milik suami dan sel telur mestilah milik isteri. Dan sel telur isteri yang telah disenyawakan di dalam tabung uji mestilah diletakkan kembali ke dalam rahim isteri. Haram hukumnya jika sel telur isteri yang telah disenyawakan di letakkan ke dalam rahim perempuan lain, iaitu satu keadaan yang dipanggil sebagai ‘ibu tumpang’ (surrogate mother). Begitu pula haram hukumnya bila proses dalam persenyawaan di luar rahim tersebut dilakukan antara sel sperma suami dengan sel telur yang bukan isterinya, meskipun ovum yang telah disenyawakan itu diletakkan di dalam rahim isteri. Demikian pula haram hukumnya bila proses persenyawaan tersebut terjadi antara sel sperma bukan suami dengan sel telur isteri, meskipun ovum yang telah disenyawakan itu nantinya akan diletakkan ke dalam rahim isteri. Ketiga bentuk proses di atas tidak dibenarkan oleh hukum Islam kerana ia akan menimbulkan pencampuradukan dan penghilangan nasab, yang telah diharamkan oleh Islam. Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa dia telah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda ketika turun ayat li’an:

“Siapa sahaja perempuan yang memasukkan suatu kaum, nasab (seseorang) yang bukan dari kalangan kaum itu, maka dia tidak akan mendapat apapun dari Allah dan Allah tidak akan pernah memasukkannya ke dalam syurga. Dan siapa sahaja lelaki yang mengingkari anaknya sendiri padahal dia melihat (kemiripan)nya, maka Allah akan tertutup darinya dan Allah akan menceritakan perbuatannya itu di hadapan orang-orang yang terdahulu dan kemudian (pada hari Kiamat)” [HR Ad Darimi]. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Siapa sahaja yang menghubungkan nasab kepada orang yang bukan ayahnya, atau (seorang hamba) bertuan (taat) kepada selain tuannya, maka dia akan mendapat la’nat dari Allah, para malaikat dan seluruh manusia” [HR Ibnu Majah].

Ketiga bentuk proses di atas mirip dengan kehamilan dan kelahiran melalui perzinaan, namun, di dalam prosesnya tidak terjadi kemasukan penis ke dalam vagina. Oleh kerana itu, lelaki dan perempuan yang menjalani proses tersebut tidak dijatuhi hukuman (had) zina, akan tetapi dijatuhi hukuman ta’zir, yang besar kecilnya diserahkan kepada qadhi. Kita tidak boleh menyamakan kesalahan ini dengan kesalahan zina kerana faktanya memang berbeza. Zina adalah masuknya zakar lelaki ke dalam faraj perempuan yang tidak sah baginya secara suka sama suka. Manakala di dalam proses ini, hal yang sedemikian tidak terjadi. Tambahan lagi, saksi bagi kes zina adalah empat orang lelaki yang adil yang menyaksikan kejadian tersebut dengan jelas ibarat timba masuk ke dalam perigi. Di dalam kes persenyawaan sel ini, keperluan empat saksi tidak terpakai. Walaupun tidak sama dengan zina, tetapi ketiga bentuk proses di atas tetap merupakan satu kesalahan dan dosa dan wajib dijatuhkan hukuman ta’zir kepada pelakunya.

Seterusnya dari segi hukum kewujudan bank sperma itu sendiri, maka hal ini tidaklah dengan sendirinya menjadi satu keharaman, selama mana bank tersebut mematuhi hukum syara’ dari segi operasinya. Ini kerana dari segi hukum, boleh sahaja mana-mana suami menyimpan air mani mereka di dalam bank ini untuk disenyawakan dengan sel telur isterinya apabila keadaan memerlukan (sebagaimana perbincangan di atas). Namun begitu, sperma itu mestilah dihapuskan sebaik sahaja si suami telah meninggal. Sperma tersebut juga mesti dihapuskan jika telah berlaku perceraian (talaq ba’in) di antara suami isteri. Di dalam kedua-dua kes ini (kematian suami dan talaq ba’in), jika (bekas) isteri tetap melakukan proses persenyawaan dan memasukkan sel yang telah disenyawakan itu ke dalam rahimnya, maka dia (termasuk doktor yang mengetahui dan membantu) telah melakukan keharaman dan wajib dikenakan ta’zir. Oleh kerana hal ini (kewujudan bank sperma) adalah satu perbincangan yang menyentuh dasar negara, maka samada ingin mewujudkan atau tidak bank sperma, ini adalah termasuk bidangkuasa Khalifah sebagai Ketua Negara untuk memutuskannya. Oleh kerana kewujudannya adalah mubah, maka boleh saja bagi Khalifah memilih samada untuk mewujudkannya atau tidak. Jika ia tidak diwujudkan sekalipun, bukanlah bermakna Khalifah itu menghalang kewujudan proses bayi tabung uji, cuma yang tidak diwujudkan adalah bank sperma, bukannya proses perubatan melalui bayi tabung uji.

Kesimpulan

Wahai kaum Muslimin! Ingatlah bahawa kita perlu mengambil berat tentang apa yang terjadi di sekeliling kita dan tolok ukur yang wajib kita gunakan adalah halal dan haram. Jangan pula kita hanya sensitif dan benar-benar mengakui keharaman babi, tetapi langsung tidak sensitif dan mengakui keharaman sistem sekular yang ada sekarang. Janganlah kita hanya sensitif dengan bank sperma, tetapi langsung tidak sensitif dengan bank-bank riba yang ada sekarang yang keharamannya jelas lagi nyata. Kita tidak boleh memilih halal dan haram tertentu sahaja untuk diamalkan dengan tidak memperdulikan banyak lagi keharaman lain. Kembalilah kepada halal dan haram sebagaimana yang Allah perintahkan dan janganlah sekali-kali membuat pilihan mengikut kehendak sendiri. Hanya Allah sahajalah satu-satunya Zat yang menentukan halal dan haram dan kita tidak ada pilihan kecuali untuk melakukan segala yang halal dan meninggalkan segala yang haram. Inilah cara berfikir dan beramal yang wajib ada pada umat Islam. Wallahu a’lam.

Selasa, 7 Ogos 2007

PaDaH TaK Nak LakSana Islam Dalam KeLuarga

KUALA PILAH: Pembabitan remaja dalam jenayah rogol semakin membimbangkan dengan 96 kes dilaporkan berlaku sepanjang tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib Abd Aziz, berkata statistik itu menunjukkan jenayah rogol membabitkan remaja adalah jenayah kekerasan kedua tertinggi selepas pergaduhan sebanyak 106 kes.
“Jumlah pembabitan remaja dalam jenayah rogol disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini juga meningkat dengan 52 kes,” katanya selepas merasmikan Perkhemahan Kor Kadet Polis Kebangsaan Ke-11 di Hutan Lipur Ulu Bendul, dekat sini semalam.
Mohd Najib berkata, jenayah rogol dan pergaduhan dilaporkan itu adalah antara 1,831 jenayah kekerasan dan harta benda membabitkan remaja dan pelajar dengan jumlah tangkapan seramai 3,350 orang sepanjang tahun lalu.
Bagi jenayah harta benda, 1,211 kes dilaporkan dengan mencuri kenderaan bermotor membabitkan pelajar paling tinggi iaitu 587 kes. Jenayah kedua tertinggi ialah curi biasa sebanyak 332 kes.
Sehubungan itu, Mohd Najib menasihatkan ibu bapa memberi lebih perhatian kepada pergerakan anak mereka daripada terjebak kegiatan jenayah, dadah dan gejala sosial.
“Pendidikan di sekolah saja tidak mencukupi untuk mendidik pelajar supaya menjadi insan berguna. Kawalan ibu bapa penting bagi membendung jenayah di kalangan pelajar,” katanya.
Sementara itu, Mohd Najib menegaskan kadar penyelesaian kes adalah tertinggi berbanding negara lain iaitu lebih dua kali ganda berbanding 25 peratus yang ditetapkan Interpol.
“Siasatan polis bukan seperti siri televisyen. Siasat hari ini, hari ini juga selesai. Perkara ini bukan mudah, kita amat memerlukan kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat.
“Polis tidak boleh bersendirian menyelesaikan kejadian jenayah kerana kes berlaku dan bermula daripada kalangan anggota masyarakat,“ katanya.
Sumber : Utusan Malaysia

Dia TaK NaK NgaKu Juga...

KUALA LUMPUR 17 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia bukan negara sekular tetapi merupakan sebuah negara Islam dengan takrifnya yang tersendiri.Menurut Timbalan Perdana Menteri, Malaysia tidak pernah berpegang kepada sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana perlembagaan jelas menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi."Islam adalah agama rasmi dan kita adalah negara Islam tetapi sebagai sebuah negara Islam tidak bererti kita tidak menghormati mereka yang bukan beragama Islam. Umat Islam dan orang bukan Islam masing-masing mempunyai hak," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Peranan Negara-Negara Islam dalam Dunia Global di sini hari ini.Ketika diajukan soalan tentang kerajaan kelihatan sedang menuju ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, Najib berkata : "Saya perlu betulkan anda."Kita tidak pernah menjadi sekular kerana sekular seperti yang ditakrif oleh Barat bererti meminggirkan prinsip Islam daripada cara kita mentadbir negara."Kita tidak pernah berpendirian sedemikian (kerana) kita sentiasa didorong oleh pegangan kita kepada asas Islam. Tanggapan anda adalah salah."Sementara itu, ditanya mengenai cara pentadbiran Pas, Najib berkata, parti itu mempunyai versi mereka sendiri sebagai kerajaan.Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menghadapi situasi yang terhad apabila berhadapan dengan isu Iraq.Katanya, ini kerana perang di Iraq melibatkan kuasa-kuasa besar dan memerlukan kebolehan mempengaruhi keputusan mereka.''Ia melibatkan kuasa-kuasa besar dan keupayaan kita mempengaruhi keputusan mereka agak terhad,'' katanya ketika diminta mengulas pendapat sesetengah pihak bahawa Malaysia selaku Pengerusi OIC gagal memainkan peranan dengan berkesan khususnya dalam isu perang di Iraq.Sumber : Utusan Malaysia

Isnin, 6 Ogos 2007

Minum Susu Ibu , jadi anak ibu minum susu lembu jadi ???

Pemberian susu lembu punca gejala sosial?
Oleh Halina Mohd Noor

Kisah Aminah upah Halimatusaadiah sebagai ibu susuan Nabi Muhammad peringatan penting
MUNGKINKAH parahnya penyakit sosial di kalangan masyarakat hari ini adalah akibat meminum susu lembu sebagai ganti susu ibu? Mahu atau tidak, inilah hakikat yang perlu dipertimbangkan semula kerana bijak pandai mengatakan, ita adalah apa yang kita makan?
Tidak hairanlah manusia yang dilahirkan, tetapi diberi minum susu lembu memiliki ciri seekor lembu atau kata lain, bersifat kebinatangan. Bunyinya keras, tetapi lihatlah masyarakat hari ini yang lebih ganas daripada binatang liar. Sumbang mahram, rogol dan bunuh, dera dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Keganasan sering kali dipilih sebagai kaedah penyelesaian masalah walaupun bagi masalah kecil.Kebimbangan wujud manusia berciri kebinatangan hari ini disuarakan tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz ketika menyampaikan ceramah sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, baru-baru ini.Beliau berkata, sikap lebih gemar memberi susu lembu kepada bayi berbanding susu ibu menyebabkan masyarakat tidak sedar bahawa mereka sedang menjana manusia as?yang bersifat kebinatangan.
anusia terbahagi kepada dua iaitu manusia as?yang tidak menggunakan akal dan suka melakukan kemungkaran dan satu lagi, manusia nsan?yang lebih cenderung kepada kebaikan dan memelihara diri daripada kejahatan.
ika diperhatikan, di dalam al-Quran ada 300 ayat yang bermula dengan perkataan ahai Nas?yang diturunkan pada zaman jahiliah di Makkah, manakala hanya 82 ayat yang bermula dengan ahai insan?yang diturunkan di Madinah. Ini menunjukkan manusia nsan?yang bercirikan kemanusiaan kurang berbanding manusia as? Malangnya, manusia hari ini semakin tergolong ke dalam manusia as??katanya yang menyampaikan ceramah bertajuk Menjamin Sahsiah dan Hubungan Sesama Manusia .
Beliau berkata, jenayah yang dilakukan masyarakat hari ini jauh lebih buruk daripada masyarakat jahiliah. Sungguhpun mereka dikenali kerana kekufuran, pada zaman berkenaan tidak ada bapa yang merogol anak sendiri atau membuang bayi yang dilahirkan ke merata tempat.
Tahap ebinatangan?mereka tidak seteruk masyarakat hari ini kerana mereka tidak memberikan bayi mereka dengan susu binatang lain.
eranan ibu yang utama ialah menyusukan anak dengan susu badan seperti yang ditentukan dalam al-Quran. Ini sudah ditunjukkan ibu Nabi Muhammad, Aminah. Selepas lapan bulan Muhammad dilahirkan, susu Aminah kering, tetapi dia tidak terfikirpun untuk menggantikannya dengan susu kambing yang banyak di rumahnya.
ebaliknya, Aminah lebih sanggup mengupah Halimatusaadiah untuk menyusukan Muhammad. Melalui kisah Aminah, Allah sengaja hendak mengajar umatnya bahawa wanita lain boleh menyusukan anak orang lain dan mereka digelar ibu susuan yang haram berkahiwn dengan anak dan saudara daripada ibu susuan tadi. Syaratnya, mereka perlu disusukan sekali sehingga kenyang,?katanya.
Ada rahmat terselindung di sebalik persoalan, mengapa susu manusia terlekat pada dada berbanding binatang lain. Ini bagi memudahkan ibu memeluk bayi sewaktu menyusu di mana pelukan ini akan menjana sahsiah si anak dan mengukuhkan ikatan ibu anak.
edangkan haiwan juga ada sifat keibuan dengan sanggup menyusukan anak mereka. Mengapa manusia tidak sanggup, malah tergamak memberikan susu haiwan lain kepada anaknya? Ibu bapa yang memberikan anak susu lembu dan anak membesar menjadi jahat, ibu bapa itu akan dipersalahkan dunia dan akhirat,?katanya.
Anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, tetapi kedua ibu bapa menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Terpulang kepada ibu bapa untuk memilih yang terbaik buat anak mereka.

Wajibkan beri susu ibu sejam selepas kelahiran
KEMENTERIAN Kesihatan disarankan mewajibkan semua ibu menyusukan bayi dengan susu badan dalam tempoh sejam pertama selepas melahirkan. Ini kerana susu ibu adalah imunisasi pertama dan terpenting yang boleh menyelamatkan bayi daripada risiko kematian.
Cadangan berkenaan dikemukakan Pakar Epidemiologi Molekul Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga berpengalaman sebagai Pakar Kanak-kanak, Dr Syed Zulkifli Syed Zakaria Al Juffry (gambar) sewaktu menyampaikan ceramahnya pada Forum Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), baru-baru ini.
Katanya, bayi berusia kurang dua bulan sering kali berdepan dua kali ganda risiko kematian disebabkan cirit-birit dan penyakit saluran pernafasan (usia kurang setahun) jika tidak diberi susu ibu.
ianggarkan 36 peratus bayi meninggal dunia pada bulan pertama dilahirkan. Risiko kematian semakin meningkat dari 0.7 pada jam pertama dilahirkan kepada 1.2 pada hari pertama, 2.3 pada hari kedua dan seterusnya,?katanya.
Peraturan berkenaan penting memandangkan Malaysia adalah antara negara yang tidak memiliki sebarang status permulaan penyusuan susu ibu jam pertama (PSIJP). Berdasarkan data PSIJP sedunia, Malaysia tidak tersenarai memiliki status ini sedangkan negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina mengamalkannya.
usu ibu adalah imunisasi pertama dan paling penting. Ia dapat menyelamatkan bayi kerana mengandungi kolustrum yang kaya antibodi dan sel hidup yang melindungi bayi daripada jangkitan.
a juga mengandungi julap yang bertindak mengusir mekonium bagi mengurangkan masalah kekuningan, mematangkan usus dan mengurangkan alahan. Kandungan vitamin A dapat mengurangkan kesan penyakit dan mencegah penyakit mata.
ayi baru lahir yang diberikan susu lembu atau gantian lain boleh mengalami kerencatan pertumbuhan usus, risiko jangkitan dan penyakit hipotermia (suhu badan terlalu rendah) dan pelbagai penyakit lain yang mengancam nyawa,?katanya.
Berdasarkan kajian ke atas 10,000 bayi baru lahir, pemberian susu ibu secara eksklusif dapat mengurangkan risiko kematian sebanyak empat kali ganda berbanding bayi yang diberi susu gantian yang diperbuat daripada bahan lain.
Kadar kematian neonatal menurun 24 peratus jika 99 peratus bayi disusukan pada hari pertama dan 31 peratus pada jam pertama. Jangkaan nyawa terselamat ialah 867,000 dan 1,117,000.
ika ini dapat dipastikan dalam negara kita, ia boleh dijadikan penanda aras. Malangnya, sehingga hari ini tiada langsung iklan penyusuan ibu, tetapi lebih banyak promosi menggunakan susu gantian seperti susu tin termasuk oleh pakar perubatan, jururawat dan bidan sendiri,?katanya.
FAKTA: Penyusuan ibu
> Penyusuan awal sejurus selepas kelahiran memberi lebih peluang berjaya menyusu di peringkat bayi.> Penyusuan awal dengan protin bukan manusia (susu tin atau susu lembu) boleh menjejaskan fungsi normal usus bayi.> Susu ibu kaya dengan faktor daya tahan tubuh badan dan lain kepentingan yang diperlukan bagi perkembangan awal usus bayi dan ketahanan jangkitan.> Susu ibu mengurangkan risiko penyakit yang mengancam nyawa seperti hipotermia dan cirit birit.> Bayi perlu disusukan sekurang-kurangnya enam bulan sehingga dua tahun.

Syor waktu kerja anjal bantu ibu bekerjaya
HAK wanita menyusukan bayi perlu dihormati majikan melalui sokongan dengan mewujudkan suasana mesra bayi di tempat kerja masing-masing. Majikan perlu faham sebagai pekerja yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi, wanita juga memainkan peranan sebagai ibu.
Kaunselor Laktasi Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Likas, Kota Kinabalu, Che Aini Abd Razak, berkata risiko pekerja akan menjadi kritikal jika tidak diimbangi dengan tugas semula jadi.
ajikan harus faham wanita berhak memerah susu ibu dan menyusukan bayinya. Jika tidak mahu menubuhkan nurseri di tempat kerja tidak mengapa, tetapi sekurang-kurangnya membina tempat khas untuk memerah susu,?katanya.
Beliau berkata, kerajaan juga masih boleh memainkan peranan dalam melindungi, memasarkan dan menyokong hak untuk menyusukan. Antara cadangan yang sekian lama dituntut oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita ialah mengiktiraf keperluan makanan dan kesihatan ibu dan bayi serta cuti bersalin antara empat hingga enam bulan.
aktu kerja anjal melalui undang-undang perlu diwujudkan bagi membolehkan ibu menyusukan bayi. Kerajaan perlu lebih berusaha menggalakkan majikan terutama di peringkat swasta untuk menyediakan kemudahan menyusu.
atu dasar perlu diwujudkan bagi menghalang promosi iklan susu tepung atau susu selain susu ibu sebagai sokongan pelaksanaan penyusuan ibu,?katanya,
Berdasarkan Konvensyen Perlindungan Cuti Bersalin ILO 103, majikan perlu memberi cuti bersalin selama 12 minggu. Pelepasan waktu menyusu untuk ibu bekerja perlu diwujudkan. Ibu berhak menyusu bila-bila masa dan di mana saja.
erbincangan dan penerangan mengenai keperluan dan kebaikan susu ibu akan menjadi pendorong semangat bekerja di kalangan pekerja wanita. Kemajuan dalam peningkatan pengeluaran tenaga tidak terjejas. Majikan begini lebih dihargai dan disanjung tinggi,?katanya.

Buat persediaan ketika hamil
BERGELAR Pengurus Teknologi Maklumat bukan penghalang untuk Rita Rahayu Omar menyusu badan tiga anaknya. Sebagai ibu bekerjaya, Rita tidak menafikan ada banyak halangan dan cabaran terpaksa dilalui untuk memberikan ketiga-tiga anaknya susu badan secara eksklusif.Katanya, antara halangannya ialah ibu kurang ilmu mengenai kaedah penyusuan ibu. Menyusu badan mungkin nampak mudah, tetapi perlu latihan dan pemahaman.
akal ibu perlu mendalami pengetahuan mengenai penyusuan ibu. Ini boleh dilakukan dengan menyertai seminar atau kelas antenatal. Jangan lupa bawa suami dan keluarga lain seperti ibu atau ibu mentua mahupun pembantu rumah agar mereka turut faham mengenai penyusuan ibu kerana bantuan mereka diperlukan kelak. perkara paling penting dipelajari ialah cara menggunakan pam pemerah susu. Cara yang betul memberikan hasil yang memuaskan. Selain amat penting bagi ibu mempelajari cara untuk memerah susu dan menyimpan stok yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 60 botol,?katanya.Halangan lain termasuk tidak mendapat sokongan majikan yang menyebabkan bukan saja tiada tempat untuk memerah susu, malah suasana tempat kerja yang tidak bersih atau tiadanya tempat penyimpanan sesuai, waktu bekerja panjang dan tiadanya waktu anjal untuk memerah susu.
Katanya, menyusukan bayi dengan susu badan memerlukan perancangan teliti. Sebaiknya perancangan dibuat sebelum bersalin lagi bagi memastikan penyusuan tidak terganggu.
Persoalan mengenai penyusuan ibu perlu dijawab sebelum melahirkan bayi bagi membolehkan ibu menyusu bayi dengan jayanya ketika dalam pantang dan selepas itu.
ebelum bersalin, rancang bila anda perlu memerah susu dan berapa banyak diperlukan untuk disimpan sebagai stok ketika anda keluar bekerja. Dalam hal ini, sokongan suami, ibu dan ibu mentua termasuk pengasuh amat penting.
ereka juga perlu faham bahawa anda ingin memberikan susu ibu kepada bayi. Ini penting kerana bantuan mereka diperlukan kelak semasa anda tiada di rumah kerana bekerja,?katanya.
Bagi memastikan ibu berjaya menyusukan anak, Rita menyarankan ibu menggunakan waktu cuti bersalin dengan sewajarnya dan menikmati masa bersama bayi selain belajar memerah susu. Menyusu anak dengan kerap dapat merangsang lebih banyak susu badan dan cukup untuk stok diperlukan.
ua minggu sebelum balik bekerja, pastikan anda memberi susu perahan kepada anak. Orang yang bakal menjaga bayi anda juga perlu diberitahu dan dilatih mengenai penyusuan ini. Apabila bekerja, ibu perlu banyak berkorban untuk memerah susu sewaktu rehat makan tengah hari.
isiplin diri amat penting. Jangan ponteng memerah susu atau ponteng kerja untuk memerah susu. Pastikan anda tidak mengabaikan waktu bekerja bagi memastikan produktiviti tidak menurun. Jika tidak, majikan pasti tidak mempercayai anda lagi,?katanya.

Khamis, 2 Ogos 2007

Tarbiyah : Ancaman arak dan judi kepada masyarakat

Sayid Qutub berkata: Kemudian ayat yang berikut menerangkan kepada kaum muslimin hukum arak dan berjudi. Kedua-duanya merupakan kenikmatan hidup yang amat disukai oleh orang Arab pada masa mereka belum lagi mempunyai minat dan cita-cita yang yang tinggi, yang dapat mereka habiskan kegiatan-kegiatan mereka atau belum lagi mempunyai minat dan cita-cita yang tinggi yang melibatkan seluruh perasaan mereka dan menelan seluruh waktu mereka.
Allah berfirman, Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya” dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah - (apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir. (Al-Baqarah: 219)
Firman Allah: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu…”
Sehingga pada waktu ini belum lagi diturunkan hukum mengharamkan arak dan judi tetapi tidak ada pula satu nas al-Quran yang menghalalkan kedua-duanya. Malah Allah membimbing kelompok Muslimin yang baru itu selangkah demi selangkah ke jalan yang dikehendaki oleh-Nya.
Allah menciptakan kelompok ini di bawah perhatian-Nya untuk memainkan peranan yang ditentukan untuk mereka. Peranan yang amat besar ini tentulah tidak sesuai dengan kegiatan membuang waktu di dalam penagihan arak dan permainan judi. Ia tidak selaras dengan kerja-kerja membuang umur, membuang masa sedar dan membuang tenaga yang dilakukan oleh orang-orang yang kosong dari pekerjaan, iaitu orang-orang yang hanya asyik memuaskan kenikmatan nafsu mereka sahaja. Atau orang-orang yang diburu oleh kekosongan hidup lalu mereka penuhkannya dengan kemabukan arak dan bermain judi, atau orang yang diburu oleh jiwa mereka lalu mereka melarikan diri di dalam arak dan judi sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang yang hidup di dalam jahiliah, sekarang dan masa akan datang.
Namun, dalam menjalankan cara pendidikannya terhadap jiwa manusia, Islam bertindak dengan perlahan-lahan, selesa dan hati-hati. Ayat yang kita sedang bicarakan ini merupakan langkah pertama dari langkah-langkah pengharaman. Segala benda dan segala perbuatan kadang-kadang tidak semuanya tidak baik belaka.
Yang baik kadang-kadang bercampur dengan yang tidak baik dan yang tidak baik bercampur dengan yang baik di bumi ini, tetapi menjadi asas halal dan haram ialah wujudnya lebih banyak kebaikan atau wujudnya lebih banyak kejahatan. Jika dosa (keburukan) dalam penagihan arak dan permainan judi itu lebih besar dari manfaatnya, maka itulah sebab pengharaman dan larangan walaupun tidak dijelaskan di sini dengan lafaz pengharaman dan larangan. Di sini penulis akan menyebut dua perkara iaitu arak dan judi. Ancamannya berdasarkan kitab al-Kabair oleh al-Zahabi:
Pertama: Ancaman daripada minum arak
Terdapat banyak hadis yang melarang keras daripada minum arak. Antaranya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
* “Jauhilah minuman keras, kerana sesungguhnya minuman keras itu punca dari segala kejahatan.” (Riwayat Hakim)
* “Semua minuman yang memabukkan itu adalah khamar dan setiap khamar itu adalah haram. Dan barang siapa yang minum khamar di dunia. Lalu mati dalam keadaan tidak bertaubat, sedangkan dia sangat menggemarinya, maka nanti dia tidak akan dapat merasainya di akhirat”. (Riwayat Ahmad dan Muslim)
* Siapa yang meminum khamar di dunia, maka dia akan diharamkan minuman khamar di akhirat”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
* “Barang siapa yang meminum minuman keras, Allah tidak akan menerima sesuatu (kebaikan) daripadanya. Dan jika dia mabuk dari sebab minuman keras itu, tidak akan diterima solatnya selama 40 pagi (hari). Kemudian jika dia bertaubat, lalu kembali semula meminum minuman keras maka berhak Allah memberikannya minuman dari kotoran darah atau nanah neraka jahanam.” (Riwayat Ahmad dan Turmidzi)
Penulis menutup perbincangan ini dengan menukilkan kata-kata Prof. Dr. H. Mahmud Yunus dalam tafsirnya. Dalam ayat 219 teranglah bahawa arak itu sebenarnya ada manfaatnya seperti memanaskan tubuh, menghilangkan dukacita dan sebagainya. Tetapi kemudaratannya terlebih besar dari manfaatnya kerana ia berbahaya kepada kesihatan badan dan fikiran serta pembaziran.
Berkata salah seorang doktor dari Jerman, orang yang banyak minum arak ketika umurnya 40 tahun, tubuhnya dan fikirannya seperti orang yang berumur 60 tahun.
Zarro Aga seorang peladang Turki, telah berumur lebih 100 tahun, sedangkan kekuatan tubuhnya dan fikirannya seperti orang muda. Tatkala ditanyakan kepadanya, apakah yang menyebabkan yang demikian itu? Maka dia mengatakan, bahawa dia tidak minum arak sejak kecil lagi.
Doktor-doktor Eropah telah bersepakat, bahawa bahaya arak itu lebih besar dari manfaatnya. Seolah-olah mereka menerima peraturan al-Quran yang telah turun lebih 1,300 tahun dahulu.
Ulama bersepakat, bahawa minum arak yang diperbuat daripada buah anggur, hukumnya haram, baik sedikit ataupun banyak. Arak yang diperbuat selain daripada anggur boleh diminum sedikit (tidak memabukkan) menurut mazhab Hanafi.



Kedua: Ancaman daripada berjudi
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
* Sesungguhnya ramai orang yang cuba mendapatkan harta Allah dengan cara yang tidak benar, maka mereka berhak memasuki neraka pada hari kiamat. (Riwayat Bukhari)
* Sesiapa yang mengatakan kepada temannya: Marilah kita bermain judi! Maka hendaklah dia bersedekah (sebagai kaffarah). (Riwayat Bukhari)
Kalau sekadar mengajak teman judi saja sudah diwajibkan membayar kaffarah (tebusan) dengan bersedekah, apatah lagi kalau sudah bermain judi.
Bahaya berjudi amat jelas. Seseorang boleh menjadi kaya-raya dalam masa yang singkat, sebaliknya boleh menjadi papa-kedana sehingga boleh merobohkan rumah tangga yang bahagia dan menjadi hina dina dalam masa yang singkat juga.
Firman Allah: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir.
Al-Maraghi berkata: Allah menyebut keampunan dan penambahan bagi mentakdirkan setiap kaum mengikut masa mereka dan yang layak dengan keadaan mereka. Yang dikehendaki dengan infak di sini ialah sedekah sunat kepada individu dan juga maslahah ummah.
Iktibar Ayat
* Setiap larangan Allah pasti mempunyai mafsadah jika dilakukannya, sebaliknya jika ditinggalkan pasti mendapat maslahah dan manfaat.
* Mudarat arak bukan semata-mata berkenaan kesihatan tetapi merangkumi keseluruhannya seperti badan, jiwa, akal, harta dan termasuk juga hubungan sesama manusia.
* Judi merupakan ancaman kepada masyarakat dan mudaratnya lebih besar daripada manfaat.

Jihad Fisabilillah ...





Israel atau Amerika serang Iran?
Wan Abdul Latif Wan Muda Thu Aug 02, 07 03:19:29 PM
Antara Israel dan Amerika, pihak manakah yang akan memulakan tindakan menyerang? Aspek ini jelas menakutkan kerana kedua-dua negara tersebut menyatakan rasa tidak puas hati secara terang-terangan ekoran tekanan yang diberikan langsung 'tidak dihiraukan' Teheran untuk menghentikan program pembangunan nuklear.

Rancangan menyerang Iran bukanlah baru kerana ura-uranya pernah disiarkan sejak 2002 sebelum serangan terhadap Iraq dilakukan. Hal ini disumbangkan oleh pelbagai sebab selain gerakan yang dilihat kian radikal, menentang hegemoni dan pengukuhan dasar anti-Israel.
Israel menganggap kewujudan Iran adalah ancaman kerana ketegaran meneruskan program nuklear dan dalam tempoh jangka panjang sekiranya dibiarkan Teheran akan mampu mencapai motif. Regim berpendapat Washington lambat bertindak dan dianggap satu 'kesilapan dasar yang besar'.
Selain itu Israel tidak percaya usaha antarabangsa akan mampu menyekat kemahuan Teheran untuk membangunkan loji nuklear bagi tujuan keamanan. Beberapa negara Eropah pula tidak selari dengan pendirian Washington dan berpendapat tindakan menyerang tidak sesuai tetapi inisiatif diplomasi hendaklah diberi keutamaan walaupun Britain selaku sekutu penting Amerika sering akur dengan keputusan kuasa besar itu.
kalah lobi
Israel yang tidak dapat menyembunyikan rasa gelisah dan secara langsung 'kalah lobi' kepada Amerika membayangkan pentingnya serangan mula sebagaimana pernah dilakukan terhadap reaktor nuklear Iraq pada 1981.
Pada 2004 Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengumpul maklumat apabila berjaya menghimpunkan pakar-pakar perisikan nuklear di Virginia. Tujuannya untuk mengetahui dengan tepat sesebuah negara mempunyai kemampuan bom atom atau tidak. Rumusan dicapai, langkah-langkah pengesanan paling penting adalah menerusi pemantauan jarak jauh.
Susulannya pada tahun sama ahli sains dari Amerika, Perancis, Jepun, Britain dan Rusia bertemu secara sulit meneliti data yang dikumpulkan oleh pasukan pemeriksa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Mereka memadankan dengan tepat sampel uranium gred tinggi yang diperkaya (HEU) yang menjadi bahan utama dalam pembuatan bom nuklear dengan alat emparan yang diserahkan kepada kerajaan Pakistan.
Sisa uranium tersebut adalah daripada peralatan yang dibeli beberapa tahun lalu dari Pakistan tetapi pentadbiran Bush menjadikan hujah kononnya Teheran sudah menghasilkan bahan membuat bom. Menerusi kajian dan penemuan ini, pakar kerajaan Amerika dan ahli sains antarabangsa membuat kesimpulan tiada bukti Iran melakukan ujian sulit menghasilkan senjata nuklear kerana sisa uranium gred bom yang ditemui di Iran itu sebenarnya daripada peralatan Pakistan yang tercemar. Bagaimanapun Tel Aviv dan Washington sukar menerima kenyataan ini dan masih berterusan melancar serangan psikologi, bahawa Iran kian hampir 'mencapai matlamat'.
sekatan politik, ekonomi & diplomatik
Desakan dibuat kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengenakan sekatan yang meliputi politik, ekonomi dan diplomatik. Berasaskan pandangan awal anggota IAEA bahawa Iran merancang memproses beberapa tan bahan mentah uranium dan usaha menghasilkan komponen emparan-dua kegiatan boleh dikaitkan dengan pembuatan kepala peledak nuklear.
Keadaan ini diburukkan lagi oleh dakwaan kumpulan oportunis diwakili Majlis Kebangsaan Penentang Iran (NCRI) yang merupakan sayap Pertubuhan Mujahidin Rakyat apabila mengaitkan bekalan nuklear juga diperoleh Libya.
Perolehan Iran melalui Abdul Qader Khan (Bapa Nuklear Pakistan) yang mengendalikan pasaran gelap nuklear sejagat sehinggalah ia dihentikan awal 2004. Selain itu Iran dikaitkan mendapat reka bentuk kepala peledak yang dibuat China di antara 1994 dan 1996.
Bagi menyempurnakan tugas pemantauan dan pengesanan, tumpuan diberikan kepada pembangunan peralatan pengesan yang berupa pesawat kawalan jauh untuk mengesan gas heksafluorida dalam kandungan udara atau asap selain petunjuk dari daratan dan air. Pun begitu, paling menimbulkan masalah program pembangunan nuklear yang dijalankan di tapak haram yang tidak diisytiharkan dan sama sekali di luar jangkauan IAEA.
Pada 2005 dua buah pesawat tanpa juruterbang ditemui jatuh dalam wilayah Iran dan aduan dikemukakan kepada PBB. Penerbangan menggunakan dron tanpa pemandu sudah dilakukan hampir setahun sebelum itu untuk tujuan risikan di ruang udara ke atas kemudahan tentera dan nuklear dan pasukan tentera pernah menembaknya.
serangan waktu solat Subuh
Tahun 2004 perkembangan 'serangan' kian kontroversi menerusi pendedahan simulasi pelan serangan ketika waktu subuh semasa pemimpin Iran mengerjakan solat. Waktu tersebut dianggap memberi kelebihan kepada pihak penyerang dengan mengguna pesawat yang dapat melakukan penembusan dalam (deep penetrating) dan serangan carpet bombing dalam kegelapan malam.
Sasaran penting ialah memusnah loji-loji di beberapa lokasi. Gaya serangan cadangan ini hampir menyamai tindakan rejim mengebom kedudukan pesawat Mesir semasa perang Arab-Israel 1967 pada waktu sarapan juruterbang.
Simulasi serangan tiga peringkat yang berjaya ditamatkan oleh Jabatan Pertahanan itu bagi menguji keupayaan tentera negara itu untuk melancar serangan, memusnah loji dan kemudahan nuklear. Peringkat itu membabitkan serangan udara terhadap Kor Pengawal Revolusi yang dipercayai mengawal program nuklear dan peluru berpandu. Rumusannya, peringkat itu dapat dilakukan dalam tempoh paling singkat, hanya sehari.
Dalam fasa kedua, serangan ditujukan kepada sasaran tapak senjata bukan konvensional dan kemudahan sokongan di seluruh negara. Anggarannya terdapat lebih 250 tapak yang meliputi 125 kompleks biologi, kimia dan nuklear.
Semasa fasa tiga ia membabitkan serangan darat dari lima penjuru dan memerlukan masa sekurang-kurangnya dua minggu menerusi pelancaran pencerobohan dari Iraq, utara Teluk Parsi, Azerbaijan, Afghanistan dan Georgia.
Pada masa sama Teheran dikepung bagi menguatkan cengkaman untuk mematahkan pengaliran tentera keluar dan mengubah lokasi atau bantuan logistik ke dalam.
Tempoh serangan singkat itu akan mewakili serangan padat, cepat dan berkesan kerana semakin lama tempoh yang diambil ia akan membuka peluang tindak balas dan unjuran risikonya tidak lagi dapat diduga. Persoalan yang masih menjadi teka-teki, sekiranya Israel mempunyai kesungguhan politik, mampukah ia memikul tugasan bagi memadamkan rasa tidak selamat secara bersendirian?
Rejim sememangnya memiliki keupayaan bom nuklear dan konvensional, pesawat tanpa pemandu (UAV), satelit, peluru berpandu dan kapal selam.
Satelit Ofeq miliknya walaupun daripada jenis perisikan tetapi untuk penyuluhan menyeluruh masih memerlukan sokongan. Dan kekurangan yang wujud telah menampakkan jurang luas - hanya Amerika mampu mengatasinya dengan enam satelit yang dikoordinasi semasa serangan terhadap Iran. Selain itu satelit tersebut juga mengambil foto kedudukan tapak loji di Iran dan Korea Utara.
Dipercayai Israel mendapat manfaat perisikan yang dilakukan hampir sedekad oleh Amerika menerusi pembentukan zon larangan terbang di selatan Iraq, seterusnya melancar satelit baru yang membantu serangan dan pemetaan digital menyeluruh topografi dan lokasi kemudahan sensitif tentera.
bantuan logistik Washington
Dipercayai, sekiranya Israel benar-benar melakukan serangan maka Washington tanpa ragu-ragu memberi akses dan bantuan logistik. Kenyataan ini dapat disandarkan kepada beberapa perkembangan. Semasa Perang Teluk 1991 peluru berpandu penangkis Patriot dihantar ke bahagian barat untuk menangkis peluru berpandu Scud B dan C ke wilayah Israel.
Selaku negara yang mengamalkan doktrin pertahanan padat, Patriot sentiasa diletakkan dalam keadaan siap sedia.
Dari segi penggunaan bom taktikal, Amerika mempunyai pengalaman khusus semasa Perang Teluk yang digunakan mengebom kubu-kubu di Iraq kononnya tahap ketahanannya menyamai piawai kubu milik negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Di Afghanistan pula telah digunakan terhadap rangkaian dan struktur kompleks gua di kawasan berbukit-bukau seperti di Tora Bora dan Zhawar selain ke atas Kandahar iaitu kubu Taliban, siang dan malam.
Bom tersebut adalah peledak kubu bawah tanah GBU-28 yang dipandu laser. Ia digugurkan dari jarak tinggi oleh pesawat suspersonik seperti Stealth F-117 yang kelajuannya dibantu oleh tarikan graviti dengan daya hentakan kuat menyebabkannya mampu menembusi konkrit tebal atau lubang 30 meter di bawah tanah sebelum meletup yang dijana bahan letupan 306 kilogram. Bom ini direka dan dikeluarkan dalam masa 17 hari untuk dicuba dalam Perang Teluk 1991 dan tidak mengkecaikan keseluruhan binaan.
Bom seumpama ini begitu diperlukan untuk membedil kemudahan nuklear yang sesetengah kompleksnya terletak di bawah tanah dengan mensasarkan laluan pintu masuk tersembunyi dan struktur binaan utama iaitu logi pengkayaan bahan api.
Bom tersebut juga dibekalkan kepada Israel sebanyak 100 buah hanya untuk membunuh pemimpin Hizbullah, Syeikh Hassan Nasrallah dan memusnahkan parti-parti pertahanan semasa perang di Lubnan tahun lepas.
perang rahsia
Dalam konteks sebenar Barat sudah melancar 'perang rahsia' terhadap Iran (termasuk Korea Utara) menerusi program dikenali Inisiatif Keselamatan Kawalan Senjata (PSJ) yang diterajui Amerika dan Britain menjadi anggota penting selain Australia, Singapura, Jepun, Itali dan Sepanyol.
Ia membabitkan tentera laut, udara dan agensi perisikan yang menggerakkan armada pesawat dan kapal.
Mana-mana kapal yang disyaki akan ditahan dan digeledah dengan motif penting menghentikan usaha jual beli senjata pemusnah besar-besaran.
Selari itu operasi sulit dibuat di dalam Iran dengan melatih kumpulan Mujahideen-el Khalq dan beberapa kumpulan penentang lain untuk melakukan operasi rentas sempadan. Unit komando Amerika juga memasuki wilayah untuk mengumpul data dan mengukuhkan hubungan dengan kumpulan minoriti kecil anti-kerajaan sebagaimana dilakukan di Afghanistan dengan merasuah berjuta-juta dolar kepada suku kaum pribumi.
Dalam perkembangan mutakhir, Washington menggerakkan tentera yang menggambarkan kesediaan berdepan ketegasan Iran dan mengenakan tekanan lebih hebat berhubung program nuklearnya.
Dan ketika di tengah-tengah ketegangan memuncak, Teheran menembak jatuh sebuah pesawat pengintip kuasa besar itu.
Kaedah ini bukan pertama kali digunakan kerana semasa perang Iran-Iraq memuncak pada 1986 dianggarkan 40 kapal perang dari Amerika Syarikat, Russia, Britain, Perancis dan beberapa negara lagi digerakkan untuk memberi tekanan supaya Iran akur dengan tuntutan diplomasi dan penamatan konflik.
Dan kini kapal pengangkut kedua, USS John C Stennis dikerah menyertai USS Enterprise bagi mengukuhkan ketegaran tekanan. Langkah ketenteraan ini menimbulkan pelbagai reaksi di Kongres apabila wakil Demokrat menyuarakan rasa kurang senang dengan perjudian menerusi perang yang sudahpun menelan puluhan ribu korban nyawa (rakyat Iraq dan tentera Amerika), kerosakan harta benda, suasana anarki serta motif yang ingin ditonjolkan dan perbelanjaan puluhan billion.
Yang terserlah, mereka mahu Iran dilemahkan atau paling minimum tunduk kepada desakan. Sekiranya hal ini berlaku, Israel kekal menjadi kuasa nuklear tunggal di Asia Barat.
Pun begitu jika tercapai, ini hanya boleh dianggap kejayaan satu episod sahaja kerana Iran sering dikaitkan dengan sasaran percaturan kompleks dalam banyak perkembangan yang berlaku di rantau itu termasuklah isu senjata konvensional.
Jadi, apakah ancaman sebenar yang sering dilaung-laungkan terhadap Iran - hanya masa yang akan menentukan detiknya tentang muslihat sebenar!/tajdid

Cara UmNo Didik Generasi Muda ...

Belasah, bogel, rakam aksi lucah - BN hidangkan generasi rosak akhlak untuk pimpin negara?
Azamin Amin Thu Aug 02, 07 11:21:07 AM
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Hrkh) - Kronik dan parah! Jijik lagi mengaibkan! Begitulah proses pendidikan di sekolah yang semakin gagal menuju ke arah kerosakan dan kehancuran moral dan akhlak para remaja sekolah.
Terkini, dilaporkan kes Sembilan pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Muadzam Shah dekat Rompin, didakwa bertindak ala Mafia dengan membelasah dan merakam gambar bogel seorang rakan mereka menggunakan telefon bimbit.
Malah sebelum itu kes-kes pukul, cekik, cabul yang melibatkan guru dan pelajar sekolah mewarnai isu-isu utama yang menyebabkan semakin hari rakyat khususnya ibu bapa merasa semakin gusar dan hilang kepercayaan terhadap proses dan sistem pendidikan yang dilihat menemui kepincangan.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh berkata, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan keputusan sijil menyebabkan perkara utama dari sudut pengisian jiwa dan rohani diabaikan, perlu dititik beratkan oleh semua pihak khususnya Kementerian Pendidikan.
"Falsafah negara dilihat begitu cantik namun pelaksanaannya menuju ke arah kegagalan hingga menghasilkan kes-kes yang kronik seumpama ini," katanya ketika dihubungi oleh Harakahdaily.net.
"Perlu ada reformasi segera dalam sistem pendidikan negara dan kementerian mesti beramanah dan adil untuk melakukan perubahan bukannya atas nama politik semata-mata," katanya.
Katanya, lagi dari segi Islam, pihak yang mempunyai kuasa seperti Menteri Pendidikan, pihak Polis dan ibu bapa perlu mengembeng tenaga dan bersungguh-sungguh untuk membanteras dan mencegah kemungkaran yang semakin mewabak di kalangan remaja sekolah ini.
Katanya, hadis Nabi menyarankan bahawa individu atau sesiapa yang mampu mencegah sesuatu perbuatan mungkar seperti jenayah itu mestilah bertindak segera dan lazimnya kemampuan itu katanya ada pada pihak yang mempunyai kuasa.
"Jangan sekadar penuh dengan gagasan, dasar dan slogan untuk menydapkan hati rakyat atau ibu bapa, tetapi perlaksanan dan tindakan susulan adalah pada tahap yang sangat lemah," katanya, sambil membidas kerajaan Barisan Nasional.
Katanya, kes-kes seumpama itu merupakan kes terpencil yang dilaporkan yang perlu diberi perhatian serius kerana ianya mencerminkan sistem pendidikan secara keseluruhan yang dilihat semakin gagal.
"Itu kes yang dilaporkan dan saya percaya masih banyak lagi yang disembunyikan dan secara purata semua sekolah di negara ini mempunyai masalah-masalah kronik yang hampir serupa," katanya
Beliau yang juga merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah dekat sini, turut menyenaraikan beberapa kajian rambang yang menzahirkan sikap remaja sekolah sekrang yang ada antaranya sudah meningkat dewasa tidak mengenal al-Quran dan tidak pernah mengerjakan solat.
"Asas benteng dan pelindung kepada perbuatan mungkar ialah solat dan ini perkara yang diabaikan rama remaja sekolah yang perlu ditekankan oleh guru kepada anak muridnya," katanya
Beliau menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia dan Polis menyiasat segera dan mengambil tindakan tegas, kerana perbuatan ganas, biadap dan melampau ini, mencemarkan imej institusi pendidikan negara ini.
"Utamakan pendidikan agama dan pembangunan rohani pelajar adalah jalan terbaik kepada punca masalah ini dan jangan dikesampingkan begitu sahaja kerana hasilnya akan lebih parah lagi," katanya.
"Kita tidak mahu negara ini diwarisi generasi yang rosak yang kelak dipimpin oleh mereka. Kita mahu yang berakal, berdisiplin dan sensitif terhadap masa depan mereka dan negara," katanya.
Beliau juga membidas kerajaan BN yang kelihatan sengaja membiarkan generasi rosak akhlak berleluasa dalam negara bagi kepentingan politik mereka semata-mata. - mr

Rabu, 1 Ogos 2007

Strategi UMno Kekal di Terengganu



UMNO Terengganu Susun Strategi Sebagai Persiapan Hadapi Pilihan RayaOleh Mohd Zahani Sulong KUALA TERENGGANU: Konvensyen khas Barisan Nasional (BN) Terengganu sempena 50 tahun kemerdekaan akan diadakan pada 26 Ogos ini bagi mencari pendekatan terbaik untuk memastikan terlaksananya matlamat pembangkang sifar menjelang Pilihan Raya Umum akan datang. Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Ahmad Subri Chik berkata, konvensyen yang menggabungkan semua kepimpinan BN Terengganu sangat penting bagi menyatukan pandangan dan pendapat untuk menjayakan matlamat BN yang sewajarnya akan memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya umum akan datang. “Dalam konvensyen ini, dijangka akan dihadiri oleh semua pemimpin-pemimpin parti komponan BN dari semua Negeri sebagai peserta,” katanya. Langkah ini bertujuan untuk mengumpul segala maklum balas dan pendapat daripada pelbagai lapisan kepimpinan BN Negeri dan kawasan lain bagi membolehkan pucuk pimpinan Negeri menyusun strategi dan gerak kerja sebaik mungkin untuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum nanti. “Setiap parti komponan BN mempunyai kaedah tersendiri dalam mengatur dan menawan hati pengundi namun kepelbagaian tersebut boleh dicamtum menjadi satu gerakan yang berkesan,” katanya. Konvensyen tersebut akan diadakan di Teluk Warisan Pulau Duyung, Kuala Terengganu, yang terkenal dengan tapak ‘moonson cup’ dalam program promosi pelancongan antarabangsa bagi Negeri Terengganu.

Kat Melaka Pun Lebih Kurang JuGak

BN rasuah tanah menjelang pilihan raya
MARAN, 1 Ogos (Hrkh) - Pilihan raya umum yang semakin hampir menjadikan jentera Barisan Nasional (BN) dan Umno semakin rajin berkempen dan mendekati rakyat dengan berbekalkan pelbagai tektik lama dan baru, antaranya menawarkan tanah berkelompok, pemimpin bersama rakyat dan motivasi pelajar.Itulah yang berlaku kepada penduduk dikawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul, Maran, beratus orang penduduk dijemput melalui surat oleh Pejabat Tanah dan Daerah Maran untuk menghadiri temuduga pemilihan peserta Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Bukit Ketawak, Mukim Cenur 24 Julai lalu di rumah Rakyat Jengka 3, dekat sini.
Surat jemputan ditandatangani Ketua Penolong Pegawai Daerah (T) Maran, Masari Abdul Rashid.
Menurut sumber, lebih 500 penduduk hadir menyertai temuduga yang dikendalikan oleh lima orang pegawai termasuk Adun Kuala Sentul, Rosni Zahari.
Bakal peserta dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut taraf dan kedudukan didalam masyarakat. Bagi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) , Ketua Umno dan pemimpin masyarakat yang dipercayai mempunyai pengaruh mereka ditemuduga sendiri oleh Adun manakala peserta lain ditemuduga oleh pegawainya.
"Ini menimbulkan rasa curiga kami terhadap projek berkenaan seolah-olah ada sesuatu disebaliknya kerana cara temuduga dibuat itu amat berebza sekali, tambahan pula kawasan Bukit Ketawak adalah kawasan hutan yang belum dibangunkan," kata sumber itu.
Menurut sumber itu lagi, beliau merasa hairan kerana seingatnya beliau tidak pernah mengisi apa-apa borang permohonan untuk menyertai mana-mana projek tanah berkelompok tiba-tiba dipanggil untuk ditemuduga.
"Pelik juga saya, tidak pernah mengisi apa-apa borang permohonan tanah kelompok tiba-tiba dipanggil untuk temuduga, bagaimanapun saya hadir untuk mengadu nasib di samping melihat bagaimana proses temuduga dibuat," ujarnya.
Berdasarkan penilaianya, beliau yakin temuduga berkenaan adalah projek wakil rakyat berkenaan untuk mengambil hati penyokongnya yang mula mempertikaikan beberapa tindakan Adun berkenaan khususnya dalam isu pemilikan tanah dan projek sebelum ini.
Justeru itulah maka mana-mana pemimpin masyarakat seperti ahli JKKK, Ketua Umno dan pemimpin lain yang dianggap berpengaruh ditemuduga sendiri oleh Adun berkenaan.
"Inilah rasionalnya mengapa pengasingkan bakal peserta dibuat kerana Adun mempunyai agendanya sendiri di sebalik temuduga RTK berkenaan," kata sember itu.
Sementara itu, Ketua Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Bahagian Maran, Bistamin Bakar ,47, menyifatkan isu RTK Bukit Ketawak adalah projek segera menjelang pilihan raya.
"Biasalah pemimpin Umno buat begitu menjelang pilihan raya, selepas pilihan raya ia akan senyap dan timbul semula menjelang pilihan akan datang, inilah yang berlaku kepada projek RTK Bukit Ketawak ini, ia pernah timbul dalam pilihan raya sebelum ini.
"Bagi saya apa yang perlu ialah rakyat mesti merdeka daripada penjajahan minda ini, rakyat perlu mengingati semua janji yang dibuat pemimpin menjelang pilihan raya, jangan sekali-kali lupa, ini penting untuk menyelamatkan diri daripada terus menjadi mangsa temberang selama-lamanya,"katanya. - mks.