Wednesday, January 6, 2010

PERANAN PIBG

PERANAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KE ARAH MELAHIRKAN MODAL INSAN

PENDAHULUAN

Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) merupakan entiti penting dalam sesebuah sekolah, penubuhannya yang termaktub dalam Akta pelajaran 1961, membuktikan PIBG ialah rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan isu menjadi wadah forum dan khidmat bakti untuk kemajuan pelajar di sekolah berkenaan, disamping membantu melengkapkan keperluan kebendaan serta membolehkan para ibu-bapa dan guru-guru berkongsi dan bertukar pendapat dan maklumat mengenai pendidikan dan cara-cara meningkatkan lagi prestasi akademik dan ko-kurikulum pelajar. (Perlembagaan PIBG, Akta Pelajaran 1961)

OBJEKTIF

PIBG amat signifikan untuk membentuk kerjasama dan kemuafakatan dalam melakukan perancangan yang teliti demi mengatur strategi dan gerak kerja bersepadu dalam menangani masalah serta mengaktifkan komuniti sekolah yang merupakan sebahagian daripada masyarakat , ia memerlukan penggerak yang komited terutamanya ibu bapa dan guru dalam membawa misi kecemerlangan sekolah untuk melahirkan pelajar yang mulia budi pekertinya dan menjadi aset modal insan berkualiti tinggi yang akan diwariskan untuk agama, bangsa dan negara.

PERANAN PIBG DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH PELAJAR

1. Melaksanakan pendidikan berterusan secara bersama dan bersepadu

2. Merencana dan melaksanakan pendidikan yang komprehensif di sekolah dan rumah

3. Melibatkan sepenuhnya dalam usaha memberi bantuan dan sumbangan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan

4. Mengembangkan dan memanfaat konsep "home teacher" dan "assistant teacher" serta amalan mento mentee

5. Meningkatkan prasarana dan peralatan dalam memajukan sekolah

5 Memberi komitmen tinggi dalam menjayakan visi misi sekolah di samping menjana pelbagai program sokongan kecemerlangan

KESIMPULAN

Peranan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) haruslah merealisasikan objektif penubuhannya dan mempunyai keupayaaan mengintegrasikan keperluan pendidikan secara berterusan dan menyeluruh. Komitmen yang tinggi untuk membina dan mengembangkan keunggulan peribadi perlu ke arah penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran yang tinggi dan pembentukan akhlak yang mulia.