Wednesday, September 30, 2009

Kesahihan MB Perak, Mahkamah Persekutuan dengar 5 Nov


Sep 30, 09 4:09pm
Mahkamah Persekutuan akan mendengar pada 5 November depan, kes pertikaian berhubung siapa menteri besar Perak yang sah.

Leong Cheok Keng, seorang daripada peguam Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu Bernama, firma itu telah menerima sepucuk surat bertarikh 3 September yang difakskan dari Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, memaklumkan mereka bahawa mahkamah itu telah menetapkan tarikh itu untuk mendengar rayuan Mohammad Nizar.

zambry and nizarMohammad Nizar membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada 9 Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Mohammad Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak membantah berhubung permohonan itu.

Pertikaian bagi jawatan Menteri Besar Perak Menteri bermula selepas tiga anggota dewan undangan negeri meninggalkan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional pada Februari.

Mohammad Nizar, 52, kemudian memfailkan semakan kehakiman menuntut writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk tunjuk sebab berhubung atas asas apa atau hak beliau (Zambry) adalah Menteri Besar yang sah.

Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi keputusan itu diubah oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Mei.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Mohammad Nizar atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan Sultan, dan sebaik seorang menteri besar dilantik, beliau dan Ahli Majlis Mesyuaratnya hanya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.

Mahkamah Rayuan pula memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah, adalah betul dalam melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru mengikut Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas berpuas hati Zambry mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri Perak.

Peguam bela Sulaiman Abdullah adalah peguam utama bagi Mohammad Nizar.

Friday, September 25, 2009

Jamuan Hari Raya

Salam Aidilfitri..

JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN PARIT

TARIKH: 26.09.2009

HARI SABTU

MASA: 3.00~5.30 PETANG

TEMPAT: PERKARANGAN MARKAS PAS TITI GANTONG, BOTA

Semua Dijemput Hadir

Anjuran PAS Kawasan Parit

Saturday, September 19, 2009


ALOR STAR: “Sambutan Aidlifitri tahun ini sudah tidak bermakna kerana ibu bapa dan dua kakak sudah tiada. “Semua persiapan menyambut Syawal yang disediakan ibu sejak awal Ramadan, termasuk membeli baju raya akan menjadi kenangan selama-selamanya,” kata Aiman Syafiqah, 14, anak kelima pasangan suami isteri, Yusof Ahmad, 53, dan Hasnah Hamzah, 52, yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 94.7, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Gurun di sini, semalam.
berita penuh...

Friday, September 18, 2009


Assalamu'alaikum wa Rahmatullah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya. Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain. Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai. Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun. Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid. Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai. Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka.

p/s mAklonG, sempena hari lebaran ini marilah kita sama-sama hayati maksud Ayat 18 hingga 19 ini dalam Surah Al Hashyr yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Thursday, September 17, 2009

Majlis berbuka puasa anjuran ex-Narrowgang



Pada 17 Sept 09, ex-narrowgang telah menganjurkan majlis berbuka puasa di Zolariss Cafe TamanTasikPutra sempena pembukaan rasmi blog ex-narrowgang. Majlis yang sederhana tersebut berlangsug dengan susana yang sungguh meriah. Sambutannya sungguh menggalakan, turut hadir ialah ketua permasaran TBO iaitu En. Msinc.
Rata-rata hadirin meluahkan rasa puas hati dengan kemeriahan majlis tersebut. Mereka turut memuji kelazatan dan keenakan juadah yang disediakan.
Ramai diantara tetamu yang mencadangkan supaya ianya dijadikan acara tahunan..

BAJU Oh BAJU - REJECT & REWORK?

Baju

Sunday, September 13, 2009

BAJU oh BAJU - Majlis penyerahan baju


Pagi tadi telah berlangsung majlis penyerahan baju kuning diantara wakil TBO dan juga wakil ex-Narrowgang di Bloxwich.

BAJU OH BAJU - Dapatle pakai raya ni


Salam,


Terima kasih kami ucapkan pada Msinc kerana telah prihatin dengan masalah puak2 pembeli baju kuning telok bakong.

Dengan ini kami mengisytiharkan kembali ke pangkuan TBO dan mengakkan semula baju ini.

Saturday, September 12, 2009

Samy, Telekom shares and Maika



Malaysia today hari ni keluarkan dokumen dan salinan penyata bank CIMB Samy Vellu berhubung kes Samy Vellu menggelapkan 10 juta saham Telekom yg sepatutnya di daftarkan atas Maika Holdings.
Bukti yang jelas ditunjukkan dengan deposit jutaan ringgit dalam akaun CIMB Samy Vellu.

Kes ni berlaku tahun 1992, tapi siasatan tidak pernah di buat.

Sila lawat http://mt.m2day.org/2008/content/view/26743/84/


RPK Junior

Thursday, September 10, 2009

Satu hari Satu perkataaan - Narrowband

Narrowband - Narrowband adalah perkhidmatan internet menggunakan kelajuan rendah (seperti yang digunakan oleh Hairuze).

Contoh narrowband yang paling popular adalah tmnet dial up menggunakan 1315 ataupun 1515.

Wednesday, September 9, 2009

MALAM TUJUH LEKO

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam diam tak diam hari ini sudah genap 20 hari kita melaksanakan ibadah puasa. Ini bermaknna tinggal kurang lebih 10 hari sahaja lagi kita berada di bulan ramadhan yang mulia ini.


Kebiasaannya kita akan semakin sibuk untuk membuat persiapan menyambut

hari raya. Menghias rumah,menjahit pakaian dan membuat kuih raya adalah lumrah apabila hampir menjelangnya raya .Kesibukan untuk persiapan hari raya ini seolah2 telah menenggelamkan suasana puasa itu sendiri.Keadaan ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi telah kita warisi sejak datuk nenek kita dahulu lagi.


Tidak dinafikan kesibukkan ini akan menambahkan kemeriahan detik tibanya syawal.Tetapi oleh kerana terlalu asyik dan sibuk itu kita terlupa bahawa kita sedang melalui hari-hari dan malam-malam yang sangat penting dalam bulan ramadhan tersebut, iaitu malam LAILATUL QADAR, malam yang lebih baik dari SERIBU BULAN,


Dalam surah al-Qadr menegaskan bahawa al-Quran telah diturunkan dari Luh Mahfuz atau dari langit yang tertinggi ke langit dunia iaitu Baitul Izzah pada malam Lailatul Qadar. Lailatul Qadar memberi maksud kemuliaan kerana setengah dari erti qadr itu ialah kemuliaan; kedua bermaksud penentuan kerana pada waktu itulah mulai ditentukan langkah yang akan ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w didalam memberi pertunjuk kepada umat manusia. Pada malam itu maknusia diberi kemuliaan dikeluarkan dari Zulumat/kegelapan kepada Nur/cahaya petunjuk Allah.

Menurut pendapat dari setengah ulama menyatakan Lailatul Qadar berlaku ketika al-Quran diturunkan. Hendaklah kita hidupkan malam itu dengan mengambil berkat dan memperbanyakkan syukur kepada Allah s.w.t. Berdiri mengerjakan terawih dan qiamullail di bulan Ramadhan adalah bertepatan dengan malam turunnya al-Quran.

Terdapat berbagai cerita mengenai tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk ke bumi dan sebagainya. Menurut ulamak semuanya ini adalah perkara yang tidak dapat dipertanggungjawabkan menurut ilmu agama yang sebenarnya.

Terdapat riwayat yang kuat menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu terjadi pada malam sepuluh yang akhir dari Ramadhan, ertinya sejak malam ke21. Kerana sejak malam ke21 itu nabi s.a.w lebih memperhebatkan ibadatnya daripada malam-malam yang sebelumnya, sehingga beliau bangunkan kaum keluarganya yang tertidur.

Oleh itu dalam kesibukkan kita untuk persiapan menjelang syawal janganlah pula kita lupakan malam yang tuhan telah janjikan pahala seribu bulan itu. Seribu bulan bersamaan lebih kurang 83 tahun.Mampukah kita beramal selama 83 tahun?-subhanallah…

Wassalam.

Ditulis: abg Pai

Akuan bersumpah pembantu Tiong (PKFZ)

RM10 juta, Si Ong kata TIDAK!!, Si Tiong pulak kata YA ADA!!!t

Adakah benar President MCA, Ong Tee Keat, menerima RM10 juta cash dari Pengerusi Kuala Dimensi, Tiong KingSIng? Si Ong kata TIDAK!!, Si Tiong pulak kata YA ADA!!!! Jadi kita perlu pihak ketiga untuk menceritkan kisah sebenar, dan orang tersebut ialah orang membungkuskan wang tersebut dan menyerahkan sendiri kepada Si Ong.

Di bawah adalah akuan bersumpah yg dipetik dari Malaysia Today (RPK) - bukan RPK Junior


refer kat link ni

http://mt.m2day.org/2008/content/view/26611/84/




Pas tolak kerjasama politik dengan Umno

Irwan Muhammad Zain
Wed | Sep 09, 09 | 1:42:32 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Sept: Tidak akan ada sebarang kerjasama antara parti melibatkan PAS dan Umno tetapi tidak menolak kerjasama antara kerajaan dan kerajaan atau kerjasama untuk kepentingan ummah.
Demikian tegas Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam menyatakan kesanggupun Umno berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini.

Mustafa menegaskan PAS bersedia untuk berbincang dengan Umno jika hubungan yang mahu dibina itu untuk kepentingan masyarakat umum, ummah dan negara serta mengadakan hubungan antara kerajaan dan kerajaan.

"Jika Najib maksudkan mahu berunding dengan PAS untuk mengadakan hubungan dari sudut politik, saya ingin tegaskan kita tolak kerana sejak tahun 1999 hingga 2008 sudah ada hubungan politik antara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Hubungan politik yang kita (PAS) bina antara DAP dan PKR dalam konteks demokrasi untuk menghadapi pilihan raya sudah terbukti berjaya hingga membentuk kerajaan di lima buah negeri.

"Selain kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, hubungan politik antara PAS, DAP dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat juga sudah membuktikan kejayaan dalam tujuh daripada lapan pilihan raya kecil yang diadakan sejak 2008 hingga kini," tegas Mustafa dalam satu sidang media khas di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Beliau juga menegaskan kerjasama politik dengan pihak selain Pakatan Rakyat - Umno atau pihak-pihak lain - tidak perlu diadakan.

PAS, tegas Mustafa, tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dan diterima rakyat sebaliknya bersedia untuk menerima Umno jika parti itu mahu bersama menyertai Pakatan Rakyat.

Image"Apakah Umno sanggup tinggalkan Barisan Nasional (BN) yang semakin rapuh untuk menyertai Pakatan Rakyat yang kian kukuh?" soal beliau.

Mengulas mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun)Bagan Pinang yang dijangka akan diadakan selepas Aidil Fitri, Mustafa menjelaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membincangkan mengenai tarikh membuang undi dan juga undi pos.

Beliau meminta SPR supaya menetapkan hari pengundian tidak lagi dijalankan pada hari bekerja seperti mana pilihan raya kecil Dun Manek Urai dan Permatang Pasir yang menyaksikan peratusan keluar mengundi turun kerana ramai yang tidak dapat mengundi kerana terikat dengan kerja.

"Kita (PAS) mahu pilihan raya di negara ini telus dan adil dan kerana itu kita mahu SPR menghormati hak-hak pengundi," kata beliau.

Ketika diminta mengulas peluang untuk memenangi pilihan raya kecil tersebut, Mustafa menjelaskan PAS mempunyai peluang untuk menang tetapi mengakui ia bukan satu perkara yang mudah kerana faktor undi pos yang berjumlah 5,000 di Dun tersebut yang selalunya akan berpihak kepada BN.

Namun kata beliau, calon PKR, Roslan Kasim berjaya memenangi pilihan raya kecil Dun Teluk Kemang pada tahun 2001 biarpun terdapat undi pos.

Mustafa juga menjelaskan, PAS akan memilih calon selepas meneliti senarai yang akan diterima tetapi mengesahkan calon dari Negeri Sembilan akan dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu nanti.

Ketika diminta mengulas berhubung cadangan Umno Bahagian Teluk Kemang yang mahu Tan Sri Isa Samad menjadi calon BN di Bagan Pinang, Mustafa menegaskan, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu akan menjadi liabiliti kepada Umno.

"Isa akan jadi liabiliti kepada Umno jika beliau yang bertanding di Bagan Pinang kerana pernah digantung keahlian dan dilucutkan jawatan kerana terlibat dengan rasuah politik dan (kes itu) disahkan oleh Umno sendiri," tegas beliau. _

Tuesday, September 8, 2009

12 Orang Akan Di Dakwa- Demo Kepala Lembu

Kepala lembu: 12 didakwa esok
Hafiz Yatim & Jimadie Shah Othman
Sep 8, 09
4:39pm

kemaskini 6.32pm Dua belas orang, yang menyertai protes mengarak kepala lembu di depan bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor di Shah Alam pada 28 Ogos lalu, dihadap ke mahkamah esok.

Mereka akan didakwa menghasut serta menyertai perhimpunan haram, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sementara itu, ketua unit pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, mereka tidak dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana mereka tidak dapat dikesan.

Katanya, sebaik sahaja polis mengesan mereka, mereka akan dibawa ke mahkamah dan akan didakwa mengikut Akta Hasutan dan Akta Polis.

Dalam perkembangan berkaitan, empat daripada 12 orang ini dilaporkan telah ditahan untuk diseret ke mahkamah.

Lapan lagi akan ditahan hari ini juga untuk tujuan yang sama, lapor akhbar The Star lagi lewat petang ini.

Difahamkan, mereka yang bakal dibawa ke mahkamah termasuklah:

- Rahimuddin Md Harun, timbalan pengerusi Angkatan Tindakan Mempertahankan Hak Orang Melayu (Atom) dan timbalan presiden Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris),
- Mohd Zurit Ramli, setiausaha Gabungan NGO Malaysia,
- Mahyuddin Manaf, pengerusi jawatankuasa bertindak,
- Ibrahim Sabri, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak, dan
- Zainudin Md Yusuff, pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23.

Mereka dipercayai akan dituduh di mahkamah Shah Alam pagi esok.

Semalam, peguam negara berkata mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi berkenaan akan didakwa menghasut.

Tan Sri Abdul Gani Patail berkata mereka akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Kira-kira 50 penunjuk perasaan meluahkan keberangan mereka di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam dengan ucapan berapi-api dan memijak kepala lembu yang diusung dari pintu masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut.

Mereka membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 dari Seksyen 19 Shah Alam.

Mereka menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.

Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".

Monday, September 7, 2009

Satu hari satu perkataan - broadband

Broadband adalah perkhidmatan internet yang dikenali sebagai jalur lebar. Terdapat dua jenis broadband iaitu wireless dan cable.

Contoh wireless broadband ialah celcom broadband, Wiggy, maxis broadband, digi broad dll
Contoh broadband cable ialah streamyx (yg digunakan oleh abg Pai), jaring, P1 wimax dll.

Kita akan sambung besok dgn perkataan narrowband (yg digunakan oleh Zie)