daun

Tuesday 6 November 2012

KITARAN HIDUP RAMA-RAMA


Bentuk telur rama-rama adalah sangat kecil, bujur atau berbentuk silinder, mempunyai sangkar yang sangat halus dan lain-lain struktur mikroskopik. Rama-rama betina bertelur di daun, batang tumbuhan atau objek-objek yang lain. Selalunya ia akan bertelur pada atau berhampiran dengan sumber makanan untuk beluncas.

telur rama-rama pada daun

Beluncas (larva) adalah panjang, peringkat yang kelihatan seperti cacing. Beluncas selalunya mempunyai corak-corak jalur atau tompok yang menarik dan juga mempunyai rerambut halus seakan-akan duri. Pada peringkat ini, ia banyak mendapatkan makanan untuk proses tumbesaran. Sepanjang proses tumbesaran, ia menanggalkan kulit yang membaluti badannya sebanyak 4 kali atau lebih.

beluncas

Pupa adalah peringkat transformasi dalaman beluncas dimana tisu-tisu beluncas mengalami penggantian. Pupa berbentuk seperti struktur serangga dewasa. Pupa selalunya berwarna jingga atas hijau dan ia sama dengan warna persekitaran.

beluncas menjadi pupa

Peringkat dewasa atau dikenali sebagai imago merupakan rama-rama atau kupu-kupu yang berwarna warni. Ia adalah peringkat reproduktif dan boleh bergerak bagi spesis rama-rama. Pada peringkat ini, ia melalui proses memikat, mengawan dan seterusnya bertelur. Peringkat ini juga membolehkan ia bermigrasi atau bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.


Lihat video di bawah :




30 comments:

  1. Terima kasih cikgu . Laman web ini sangat berguna kepada saya dan kawan - kawan .

    ReplyDelete
  2. Thank you Cikgu Suhaila . From your pupil , Faris and Aiman .

    ReplyDelete
  3. Dengan ini saya dapat memahami sains yang Cikgu berikan . Terima kasih cikgu .

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih Cikgu , atas laman web ini . Laman web ini memberi saya ilmu .

    ReplyDelete
  5. Saya dapat memahami apa yang teacher ajar . Terima kasih teacher .

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Cikgu Suhaila .. Laman Web ini sangat berguna untuk saya .. ™√

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Cikgu . Saya dapat memahami apa yang cikgu ajar .

    ReplyDelete
  8. Terima Kasih Cikgu . Maklumat ini sangat bagus untuk saya . Daripada Najihah .

    ReplyDelete
  9. Saya amat faham tentang kitaran hidup rama - rama ini . Harap cikgu dapat memuat naik maklumat lain :)

    ReplyDelete
  10. thank you teacher. Informasi yang sangat bernilai untuk saya!

    Nur Aliah

    ReplyDelete
  11. info yang berguna...

    ReplyDelete
  12. Tahniah ! Menarik dan sangat berkesan.
    Cikgu Prema.

    ReplyDelete
  13. Dengan maklumat yg diberi ini,saya dan rakan-rakan dpt memahami tentang kitaran hidup bagi rama-rama atau kupu-kupu.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih cikgu Suhaila.Maklumat ini sangat berguna bagi saya.

    ReplyDelete
  15. Kita dpt tahu tentang kitaran hidup rama-rama.Proses pertama ialah drpd telur.Kedua,menjadi beluncas.Ketiga,menjadi pupa.Kemudian,menjadi rama-rama dewasa yg hendak keluar.Akhir sekali,menjadi rama-rama.

    ReplyDelete
  16. info-info ini sangat berguna kpd kanak-kanak muda yg hendak masuki kedarjah 4 dan 5.

    ReplyDelete
  17. Saya sangat beruntung kerana dpt melayari laman web ini.

    ReplyDelete
  18. Silalah layari laman web ini iaitu eksplorasisains.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. Banyak benda yg kita bole belajar di laman web ini.

    ReplyDelete
  20. Anda boleh juga melihat video yg disediakan di lamanweb ini.

    ReplyDelete
  21. waa cantik gamdar ulat beluncas..

    ReplyDelete
  22. saya dpt tahu gambar dan warna sebenar ulat beluncas..=)

    ReplyDelete
  23. dengan ada informasi ini saya lebih memahami tentang kitaran hidup rama-rama ini...harap cikgu akan memuatkan lagi informasi yang lebih menarik :D
    dari= Nur Sahira

    ReplyDelete
  24. Gambar-gambar ini sungguh menarik dan jelas, pastinya dapat menarik perhatian murid-murid. Terima kasih atas perkongsian maklumat yang berguna ini.

    ReplyDelete
  25. Video ini tentunya boleh menjadi p & p yang menarik terhadap anak murid! Saya akan tunjukkan kepada anak murid saya. Terima kasih perkongsian ini.

    ReplyDelete
  26. info dan video yang menarik.Izinkan saya berkongsi yea cikgu....

    ReplyDelete