1 MEI -SELAMAT HARI PEKERJA


TebalJumaat 1 Mei: Sempena Hari Pekerja hari ini ADUN Maharani Dr Mohammad Taslim bersama Sdr Mohd Rozi Md Nor,Pengerusi Lajnah Kebajikan DUN Maharani/ Kawasan Muar, dengan diiringi oleh ahli-ahli jawatankuasa DUN Maharani dan wartawan Harakah telah melakukan kunjungan muhibah ke beberapa buah jabatan kerajaan.Ini adalah kali ke dua ADUN Maharani melakukan kunjungan tersebut sejak dipilih sebagai ADUN.

Mulai jam 9.15 pagi rombongan berkunjung mesra ke Balai Polis Parit Jawa.Maklumat penting tentang tugasan Polis di kawasan tersebut dan hal keselamatan menjadi tajuk perbincangan.
Pihak Polis telah dapat menjalankan tugas dengan berkesan walaupun kekurangan kakitangan.

Rombongan ADUN kemudian menuju ke bandar Muar untuk mengucapkan 'Selamat Hari Pekerja' kepada kakitangan Balai Polis Muar yang bekerja pada hari tersebut.Terima kasih di atas kesudian tuan menerima kunjungan kami.Semoga hubungan baik ini dapat dikekalkan untuk kepentingan rakyat.

Kakitangan Pasukan Bomba dan Penyelamat tidak dilupakan.Pertama kali kami dapat beramah mesra dengan kakitangan Bomba yang memikul amanah ketika rakan-rakan lain bercuti.

Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar sentiasa bersedia membantu pesakit-pesakit 24 jam sehari,tidak mengira hari bekerja atau hari cuti umum.Jasa mereka tidak ternilai.Rombongan kami disambut mesra oleh pegawai yang bertugas walaupun mereka sibuk dengan pesakit.Sedikit buah tangan kami sumbangkan sebagai ikatan silaturrahim.

Kunjungan terakhir ialah di Jabatan Penjara Muar.Kami berkenalan dengan Tuan Penguasa Penjara yang baru berkhidmat di Muar kerana kenaikan pangkat.Tahniah tuan.Kami dapat merasakan komitmen tinggi kakitangan penjara dengan kehadiran Tuan Penguasa sendiri walaupuan pada hari cuti umum.

Lawatan ini kami lakukan sebenarnya sebagai menghargai warga pekerja khususnya mereka yang diberi amanah untuk bertugas pada hari cuti.Sedikit buah tangan yang kami bawa adalah sebagai tanda penghargaan tersebut.Terima kasih kepada semua yang menerima kedatangan kami walaupun tanpa temujanji.


Selamat bertugas Tuan Penguasa Penjara Muar


Untuk kakitangan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar


Pegawai/Kakitangan Bomba dan Penyelamat Muar juga dikunjungi


Terima kasih petugas-petugas di Balai Polis Muar


Kunjungan muhibah ADUN Maharani YB Dr Mohammad Taslim
ke Balai Polis Parit Jawa

0