KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 28, 2009

INGATKAH ANDA LAGI DENGAN DJ DAN PENGACARA AINOL JAMAL ZAINAL?


Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua pendengar setia Manis FM yang terus bersama Manis FM yang bersiaran 24 jam. Petang semalam sehingga tengah mlm tadi saya telah menamatkan tugas menggantikan DJ Uncle Wan PCJ yang bercuti. Hari ini saya masih menggantikan tempat beliau dan esok kembali semula di sebelah pagi seperti biasa jam 10 pagi bersama DJ Ira Fatiran.

Saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat. Kenalkah anda dengan wajah DJ radio di atas? Beliau adalah Ainol Jamal Zainal yang dahulunya seorang DJ popular radio RTM seterusnya menjadi DJ di Radio Selangor. Kemudiannya, Ainol Jamal menjadi host sebuah rancangan hiburan TV di RTM. Mungkin anda masih mengingatinya.

Ainol Jamal ini adalah sepupu kepada saya yang mana ibu beliau adalah kakak kepada bapa saya. Beliau berasal dari Jelebu, N. Sembilan yang mana rumahnya hanya 3 KM dari rumah saya. Beliau banyak membantu saya mencurahkan pengalamannya selaku DJ. Beliau juga seorang pencipta lagu dan penulis lirik terkenal dengan menggunakan nama AZIDA NS dan NURAIN. Salah satu lagu terkenal ciptaannya adalah `Tika dan Seketika' nyanyian kumpulan Medicine. Banyak lagi lagu2 ciptaan beliau yang popular suatu ketika dahulu.

20 comments:

  1. saya pengemar setia Dj ainol jamal...sekarang bagaimana keadaan dia?sihat?aktiviti seninya pula mcmana?macamana saya dpt mengenali dan mengikuti perkembangan beliau?ada facebook@blog yg blh saya lawati?kirimkan salam saya pd beliau...

    dari peminat setia...penang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah saya sihat saja. Alhamdulillah.

      Delete
    2. Sy suka lirik ciptaannya iaitu Patahnya Sayap Malam. Mendalam maksudnya.

      Delete
    3. saya baru tau penulis lirik Sufi Damasutra. Saya terasa ingin berjumpa dengannya. Macamana nak menghubunginya.

      Delete
    4. Dari saya ainol jamalan yg tidak arif menyusun kata dan mampu jua mengatur bicara....ingat lagibtagline ni...

      Delete
  2. salam...boleh tau tak skrg dia buat ape dan age tak FB@TWEETER....t/kasih....

    ReplyDelete
  3. Pak Unggay.... Itulah gelaran anak2 saudara beliau termasuklah diri saya..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ayatnye dlm mahligai seribu mimpi...mmg mengesahkannya...mungkin juga ahli tarikat Ahmadiah...sbb negeri sembilan ni.. hebat hebat ahli sufinya..

      Delete
  5. Wasilah kasih...♥♥♥♥♥♥♥
    Slh 1lirik yg hebat.....

    ReplyDelete
  6. antara penulis lirik terbaik yg Msia pernah ade... salute.. dia ada Fb tak. . boleh paste link tak. .

    ReplyDelete
  7. Kemana menghilangnya beliau sekarang?

    ReplyDelete
  8. Sekarang ainol jamal lebih seronok mendiamkan diri

    ReplyDelete
  9. Ainol jamal hilang tiba2 pada Masa itu ..ramai peminat tercari cari..pada Masa itu tiada sosial media..walaubagaimana pun di harap ainol jamal sihat ..

    ReplyDelete
  10. MashaAllah..masa berlalu amat pantas. Adakah Ainul masih kontrol hensem? Moga sihat sll. Dgn usia emas dn amalan soleh anugerah dr Allah.

    ReplyDelete
  11. ke mana dj popular ainul jamal? boleh share kisah beliau

    ReplyDelete
  12. Salam.. kalau boleh ada sedara mara yg kenal abg ainol jamal ni blh la contact saya si 0104290259.. masa kecik² dulu saya mmg terlalu minat beliau sbg DJ di radio 3 shah alam.. sentiasa mendengar celiteh beliau di dlm radio.. antara idola sy sbg juruhebah radio masa dulu.. tambahn pula beliau adalah salah seorg pencipta dan penulis lirik yg hebat yg liriknya sgt² mendalam dan ada juga yg berbau tasauf.. klu blh saya ingin berjumpa dgn abg ainol jamal idola saya ni dulu.. saja nk berborak borak

    ReplyDelete
  13. Saya juga mencari DJ Ainol Jamal. Boleh bagitahu bagaimana cara untuk berhubung?

    ReplyDelete
  14. Ya ainol jamal, dj yg saya minati di zaman remaja saya...

    ReplyDelete