Thursday 18 October 2012

Stitches removed

Semalam cukup 7 hari lepas operation and kena pergi hospital balik untuk buka jahitan. Alhamdulillah permukaan luka jahitan tu takda jangkitan kuman. Cuma dia masih lagi sakit dalam perut, tapi kata doktor itu normal..entah la, hopefully allah permudahkan dia untuk lalui semua ujian ini dengan tabah..

Allah swt Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dia tidak putus-putus kurniakan kita nikmat samada dalam kita sedar atau pun tidak. Kadang-kala Allah tarik sedikit di antara nikmat-nikmat yang telah Dia beri tu, supaya kita dapat perbetulkan segala kekhilafan yang telah kita buat dan juga untuk kita menginsafi betapa kerdilnya kita di muka bumi Allah ini..

Dan sepatutnya kita bersyukur kerana apabila Allah uji kita dengan pelbagai ujian, itu tandanya Dia sayangkan kita. Dia tak nak kita terus-menerus hanyut dengan kemewahan dan kelalaian dunia, Dia nak kita selalu mengingatiNya kerana dengan mengingatiNya insyaAllah hidup kita tidak akan terpesong. Ingatlah, walaupun hanya dengan ujian 'duri yang mencucuk', itu semuanya datang dengan maghfirah..masyaAllah

Sesungguhnya kesakitan itu adalah ujian untuk membawa kita kepada erti kesabaran dan keredhaan dan  nikmat pula mengajak kita untuk menghargai makna kesyukuran.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers