Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Thursday, September 1, 2016

Nasi Dagang Sempena Cuti Kemerdekaan



   Assalammualaikum semua...mood rajin pula nak update blog....lagipun hari cuti kemerdekaan santai2 di rumah saja...nak berehat...malas nak keluar. anak2pun tak da yang nak keluar. jadi xtvt di rumah....masak...makan...makan.....
Untuk menu hari cuti kemerdekaan ini, mama masak nasi dagang...antara menu favorit kami sekeluarga...lama tak masak sejak balik Msia. Maklumlah nak makan boleh beli saja. tp bila masak sendiri ni puas makan...boleh ulang makan. anak no 2  mama cakap..mama sedap sgt nasi ni...mana tak nya 3 kali dia mkn.....dia yg last licinkan nasi dagang....



Nasi dagang...selain lauk  ikan tongkol, mama buat juga ayam goreng berempah, telur rebus dan acar. Masak lauk ayam sbb anak2 kurang sikit lauk ikan. kalau nasi dagang dg ikan tongkol mmg serasi rasanya. Utk resepi nasi dagang lebih kurang sama saja....cuma resepi kali ini guna beras wangi, sedap guna beras wangi masak nasi dagang. Kalau guna beras wangi tak campur beras pulut pun tak mengapa tp campur juga sbb satu famili suka pulut.

Resepi Nasi Dagang Terengganu



  • 1 kg  (6  1/2 ) cawan beras wangi (floral) - rendam 1 mlm
  • 1  1/2 cawan beras pulut - rendam 1 mlm
  • 4 1/2 cawan santan cair  
  • 2  1/2 cawan santan pekat + garam secukupnya
  • 2 sudu halba (paras) 
  • 4 ulas bawang merah - hiris tipis
  • 1  in halia - hiris mcm btg mancis
Cara-cara:
  1. Basuh dan rendam beras dg pulut 1 malam.
  2. Kukus  kali pertama selama 20 min.
  3. Angkat dan letak dalam bekas yang besar, gaul dg santan cair. biarkan seketika agar santan serap elok.
  4. Kukus kali ke 2 selama 20 min.
  5. Sambil itu masak sekejap santan pekat dg bawang dan halia. nampak santan dah berwap masukkan garam secukupnya dan  halba, angkat.
  6. Gaulkan santan pekat dg pulut...masukkan santan sedikit demi sedikit (boleh kurangkan kalau dah cukup santannya).
  7. Kukus semula sekejap dalam 5-8 minit saja.ini utk memastikan nasi dagang tak cepat basi. bila sudah masak... masih panas pastikan jgn tutup rapat tutupnya...seeloknya tutup dg saji.

Masak nasi dagang ni....part yg lama ialah mengukus. kalau ada kukusan bsr mmg mudah, tak perlu ulang kukus beberapa kali. steamer letrik mamasya dah rosak. jadi kukus atas dapur. untuk memudahkan mengukus, letak beras dalam kain net (net utk cuci baju....gunting separuh. ni mama beli khusus utk buat kukusan) mudah beras tak jatuh ke bawah dan senang nak angkat bila dah masak.




Untuk gulai ikan...guna rempah dan ikut saja resepi jenama Tok Ma gulai ikan nasi dagang. pertama kali mencuba rempah ini...sedap rempahnya cuma warna rempahnya tak merah.Resepinya pun mama ikut di pek rempah. tapi biasa masak ikut resepi di sini....Resepi gulai ikan nasi dagang.




 Ayam goreng berempah ni...dah beberapa kali mamasya buat.resepi boleh klik kat sini.....Resepi ayam-goreng-berempah



siap terhidang....

Monday, April 4, 2016

Ayam Masak Beriani ganding dg Nasi Beriani





Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung dapurmamasya...moga semuanya dalam keadaan sihat dan sejahtera , dirahmati Allah selalu...
Lamanya mamasya tak update blog dari tahun lepas.....dah bersawang blog ni...maaf byk2..nak ronda blog kwn2pun tak sempat...masa begitu terhad skrg. buat pengunjung yg masih sudi dtg ke blog mamasya, terimakasih diucapkan.


Cerita ttg masakan pula.....tiap2 hari mmg masak utk keluarga cuma kalau week end tu...dapatlah lama sikit di dapur...jd bolehlah masak yg special sikit utk seisi keluarga. Oleh kerana seisi keluarga suka nasi yg berperisa...untuk menu hari mama masak nasi beriani dg gandingan ayam masak beriani + dalca daging. Rempah beriani pula masa kemas gerbok dapur terjumpa ada 1 pek yg belum guna...sebelum tamat tempoh eloklah buat masak. Jom tengok resepinya....t.kasih kepada empunya resepi :

AYAM MASAK BERIANI
oleh : Dapurmamasya
Sumber ; Dari Dapur Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong
1 tangkai daun ketumbar
2 biji tomato - dipotong
5 sudu besar rempah beriani
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar tomato puree
3 susu besar bawang goreng
1/2 cawan kismis
1/2 cawan susu cair
Sedikit air - mamasya letak secukupnya sbb anak2 suka yg ada kuah sikit
Garam dan gula secukupnya
1 biji bawang besar - dihiris
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
4 biji cili hijau* - semua bahan dikisar - guna cili merah sbb tak da yg hijau

Cara-cara :
Ayam dibersihkan dan digaul bersama kunyit dan garam. Goreng setengah masak.
Tumis bawang besar dan bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan rempah beriani, daun ketumbar dan sedikit air dan kacau sebati.
Masukkan tomato puree, tomato sos, kismis, bawang goreng dan buah tomato. Kacau rata.
Masukkan susu cair dan ayam sambil kacau hingga ayam masak.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.


Sedap masakan ayam beriani ni...kena dg selera mama...anak2pun suka.mamasya masak ayam ada kuah sikit sbb anak2 tak suka kalau kering.kalau nak mkn dg nasi putihpun sesuai....ikut selera masing-masing...

Untuk nasi,mamasya guna rempah adabi....ikut aje resepi pada pek rempah beriani.di blog mamasya nipun ada resepi nasi beriani...boleh search/atau cari di label nasi.

dah siap terhidang bolehlah jamu selera...sesuai kalau nak jamu tetamu datang atau acara jamuan...

Sunday, April 19, 2015

Pulut Kuning & Rendang Hitam Daging



Assalammualaikum semua....moga pengunjung dapurmamasya sihat sejahtera dan dilindungi Allah selalu.lamanya dapurmamasya tak update, hampir 5 bulan menyepi....maaf semua....masa dan keadaan tak mengizinkan mamasya utk aktif di blog spt dahulu. pada yg masih sudi berkunjung blog dapurmamasya....terimakasih mamasya ucapkan ...utk yg nak mencuba resepi dr blog mamasya dipersilakan...
Untuk entry kali ni....mamasya nak kongsi Pulut Kuning & Rendang Hitam Daging yg mamasya hari ini untuk birthday anak-anak yg disambut pada bulan April....tak da kek bday hanya sempat msk pulut kuning.
Sejak balik Msia, baru kali ni mamasya merajinkan diri masak pulut kuning.....maklumlah nak kukus pulut ambil masa juga dan nak masak rendangpun bukan sekejap....tp puas hati bila dihidangkan famili cakap sedap...Alhamdullilah.



Untuk masak pulut kuning, mamasya rujuk blog Teratak Mutiara Kasih sbb mudah guna sukatan cawan...tkasih Lina kongsi masak pulut ini.Utk resepi boleh rujuk di bawah :
RESEPI PULUT KUNING
Sumber : lina pg

Bahan - Bahan:
5 cawan beras pulut
1 asam keping
2 sk serbuk kunyit
3 cawan santan pekat
Garam dan gula

Cara - Cara:
Beras dicuci bersih dan ditoskan.
Bancuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut. Masukkan asam keping.Gaul supaya beras pulut rata dengan warna kuning.Rendam semalamam
Toskan beras, keluarkan asam keping (jgn kukus ngan asam keping sekali lak)
Sementara itu panaskan pengukus.Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus (lapik dasar kukusan dgn daun pisang (tutup lubang sket-kang bolos abes beras pulut tuh)
Kukus beras pulut (pastkan air pengukus sudah mendidih ya) selama ~20minit (beras separuh masak)
Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula.Kacau sekejap atas api hingga naik wap.JANGAN SAMPAI MENDIDIH NANTI PECAH MYK LAK.Tujuannya untuk steril santan - supaya pulut kuning tahan lama.
Selepas 20 minit, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yg besar.Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati.Buat hingga santan abes.Pasni kia akan nampak pulut nampak cam basah2 gitew.Proses ni (ARUN )
Biarkan sekejap (dalam 8-10min) supaya pulut sebati ngan santan
Masukkan semula dalam kukusan, kukus selama 20-30min (hingga pulut kuning betul2 masak)
Note:
Tujuan meletak asam keping supaya pulut kuning akan cantik dan berkilat


Manakala utk daging, mamasya masak guna resepi yg biasa digunakan iaitu Resepi Hitam Daging boleh klik sini ...resepi letak kerisik ini mmg sedap kena dg selera mamasya sekeluarga. pada yg belum mencuba ...bolehlah mencuba....


Ini saja entry kali ni...InsyaAllah kita jumpa lagi......

Monday, November 10, 2014

Southern Yellow Chicken Rice yang sedap!



Assalammualaikum buat semua...moga sihat sejahtera selalu. Dkt sebulan baru mama dpt update blog. tkasih buat semua yg singgah dan tinggalkan komen...terharu baca komen bila ada yg rindukan entry dari mama.....rasa bersemangat pula nak update blog. Mama akan cuba update setakat yg termampu....harap jgn jemu singgah dapur mamasya.

Untuk entry kali ini nak kongsi menu yg mama masak untuk famili week end ini....iaitu Southern Yellow Chicken Rice atau Nasi Ayam Goreng. Nasi yg berasal dari Selatan Thai ini pernah femes dlm thn 2010-2011....ramai yg dah mencuba....mamapun pernah cuba dulu dan juga masak utk jamuan open house raya.
Terasa nak mkn nasi ini sbb dah lama tak buat....dah beberapa kali nak msk tp asyik tertangguh. Minggu ini barulah merajinkan diri....masak pada hari sabtu utk lunch. masak 4 cwn + seekor ayam....licinnn....anak2 bertambah mkn....sedap mama masak... komen anak2....sukanya mama bila dpt pujian dari anak-anak.

Mamapun tak puas makan nasi ni...tambahan anak2pun suka, jadi hari Ahad...bersemangat msk lagi Southern Yellow Chicken Rice untuk dinner....dua hari berturut2 masak nasi ni. msk lewat ptg.....biar dinner mkn nasi yg panas2.Kali nipun bertambah anak2 makan...mmg berbaloi masak.Buat yg belum pernah cuba, bolehlah mencuba spt resepi di bawah.tkasih buat yg berkongsi resepi.jom lihat resepi:

Nasi Ayam Goreng@ Southern Yellow Chicken Rice
Sumber; Cik Manggis@Jom Masak Jom Makan & Tummy@ 3hungrytummies
Oleh; Dapur Mamasya

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam
* 1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar rempah kari*

Caranya
ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari 1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis ,2 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang,
sedikit kiub ayam sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves
4 cawan beras basmathi-cuci toskan (boleh guna beras jasmin)
4 1/2 cwn air - tambah jika kurang
1/2 cwn susu cair - resepi asal guna santan
minyak utk menumis - mama guna minyak sapi + minyak masak

Cara-Caranya:
Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.
Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.

nota Dapurmamasya; Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap.


nasi baru nak kering....kalau nasi agak mentah...boleh tambah sikit air panas.


nasi dah masak......


Siap terhidang Southern Yellow Chicken Rice ...mkn dg ulam dan sambal belacan.boleh juga mkn dg sambal hijau,atau sambal spt nasi ayam dan salad...terpulang kepada citarasa masing-masing.mama msk juga kurma daging mkn dgn nasi ini, tp kalau mkn tanpa kuahpun dah sedappp....

Wednesday, September 18, 2013

Nasi Minyak Ceria Utk Jamuan



Assalammualaikum buat semua.....terimakasih berkunjung ke dapurmamasya.
Hari ini mama nak kongsi set nasi minyak hujan panas @ceria utk jamuan yg mama masak baru2 ini. Tapi bukan jamuan makan-makan di rumah tapi tempat lain...permintaan utk mama masak. Tiada menu yg dicadangkan, jadi mamapun pilih utk masak nasi minyak warna-warni gandingkan dengan lauk yg simple saja iaitu kari ayam, telur masak merah, acar dan sambal belacan.


Respon yg diterima....mereka suka set nasi minyak ceria yang mama masak ini.


Mama guna beras basmati Pakistan. Utk resepi nasi, guna resepi sama yg pernah mama buat sebelum ini. Suka guna resepi ni sbb tak letak susu tapi rasanya tetap sedap. Utk resepi bolehlah klik Resepi Nasi Minyak Hujan Panas . Kalau nak tengok bagaimana nasi jadi warna-warni gini bolehlah tengok gambar step by step nasi warna-warni yg pernah dikongsikan dulu.


Masak 2 periuk, satu atas dapur gas dan satu guna rice cooker.mama tumis atas dapur gas semua bahan sampai step masukkan beras , kemudian barulah pindah sebahgian ke rice cooker, cara ni nasi lagi cepat masak.


seperiuk kari ayam pekat....


Kuah utk telur masak merah masih atas dapur.biasa ayam masak merah, kali ni sbb ayam dah masak kari, tukar buat telur ayam masak merah pula.Sukatan pakai agak2 je, nanti kalau rajin mama buat lagi...sukat betul2.


Telurnya direbus dulu dan goreng sebentar.kuah masak merah yg dah siap masak...panas2 tu terus tuang atas telur....siap.


Acar mentah dan sambal belacan


Nasi siap dlm bekas.....penuh taburkan daun sup, kismis dan bawang goreng.


Sepinggan set nasi minyak ceria utk tukang masak. dah penat2 masak tukang masakpun nak merasa jugakan.....

Friday, September 13, 2013

Nasi Tomato Simple & Sedap



Assalammualaikum buat semua, moga sihat sejahtera selalu dan terimakasih berkunjung ke blog dapurmamasya.
Keadaaan di sini.....Alhamdullilah nampak tenang minggu ni tp masih perlu berhati-hati demi keselamatan dan elakkan ke tempat tumpuan ramai.Hari Jumaat masih ada demo. Kws town mama tinggal masih ada kawalan dan jln2 utama masih ditutup. Perintah berkurung dari 11 mlm-6 pg kecuali Jumaat bermula 7 ptg. Dan anak2 mama semua dah mula sekolah minggu lepas lagi....pergi balik sek dgn bas. Moga keadaan di sini cepat aman damai kembali.
Dah lama mama tak kongsi resepi, utk entry kali mama nak kongsi nasi tomato yg mama masak 2 minggu lepas. Saja masak utk mkn kami sekeluarga.....teringin nak mkn nasi yg ada perasa...sesekali kan tukar selera dari makan nasi putih. Anak2 dulu kalau nasi yg ada warna , kurang suka nak juga nasi putih tp skrg dah mula mkn.itupun mama pujuk...cakap pada anak2 cuba dulu...sedap nasi ni. Dan mama saja tak masak nasi putih sbb nak mrk makan juga nasi yg ada perasa. Dan nasi tomato ini, semua anak2 suka.....mama makan pun sedap rasanya.


Utk resepi nasi tomato , mama pilih resepi dari MYR sbb tajuk di resepi MYR tertulis nasi tomato simple dan garenti sedap.Mama kalau resepi simple mmg rajin nak mencuba, apatah kalau bahan yg mmg semua ada di rumah, kalau resepi yg 'renyah' byk bahan yg kena beli dulu....lambatlah...kiv dulu resepinya. Terimakasih buat empunya resepi Nure @ MYR kongi resepi nasi tomato ni....mmg garenti sedap.Biasalah kalau nasi tomato gandingkan dg ayam masak merah madu , juga ada acar. Utk resepi ayam masak merah madu, boleh klik sini.

Nasi tomato
Sumber; Nure @ MYR
Oleh ; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 4~5org )
4cwn beras(dibersih dan ditoskn)
190g minyak sapi(kalau darurat boleh guna marjerin)- mama letak dlm 8 sb
2 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
1 biji bawang besar dicincang
160g tomato puree (dlm tin)- mama guna tomato paste dlm botol,letak dlm 5 sb
1.8 leter air rebusan yang cair (bole juga nk guna kiub pati ayam)- guna kiub je
daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (optional)
bhn dikisar: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia

Cara-cara
Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit.
Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bwg goreng.


Siap terhidang nasi tomato dg gandingan ayam masak merah madu dan acar. Ada juga kuah kari mama hidangkan, anak2 kalau tak da kuah tak laju makan.

Buat yg berminat nak tengok jubah dari Egypt, boleh tengok di entry bawah atau klik promo jubah , masih ada jubah-jubah cantik yg dijual.

Wednesday, May 1, 2013

Tempahan Nasi Lemak




Assalammualaikum buat semua.....moga semua sihat dan ceria.
Sepanjang minggu ni sibuk sgt.....blog sempat jeling2 saja.sibuk dg beberapa xtvt. tkasih semua yg sudi tinggalkan komen....nanti mama kunjung balas ya. byk citer nak berkongsi di blog tp tak sempat tak palah mama pelan-pelan update blog...takut bersawang pula nanti.


Minggu lepas ada tempahan nasi lemak...kenalan mama request nak mkn special punya jadi mama masak Nasi lemak tumis dan


digandingkan dg rendang ayam.masak utk 25 org makan.Resepi nanti ya.


juga sambal tumis bilis dan telur mata sapi. Set nasi lemak ni; sms dari kenalan mama sedappp gila. senyum lebar dan...suka hati mama bila baca komen dr kenalan mama ini...mmg dah byk kali dia order dg mama. tkasih byk!

Tuesday, February 19, 2013

Nasi Minyak Hujan Panas & Rendang Hitam Sedap




Assalammualaikum buat semua
Dah habis kisah istana Qarun, nanti ada kelapangan mama kongsi tempat menarik yg lain pula. Hari ni mama nak kongsi menu yg mama masak pada hari Sabtu yg baru lepas....masak special sikit sbb kami jemput sekeluarga Arab.....kwn mr husben lunch di rumah kami.Menunya ialah Nasi Minyak Hujan Panas & Rendang Hitam Daging serta beberapa lauk lain lagi. Mama memilih menu Nasi Minyak Hujan Panas dan Daging Masak Hitam sbb nak perkenalkan juga makanan Msia kpd tetamu Arab sbb nasi berwarna begini mmg tak ada di sini...juga masakan lauk Rendang Hitam Daging.


Utk resepi nasi kali ni , mama mencuba resepi dr MYR. sedap nasi hujan panas ni wpun tidak menggunakan susu spt mana yg biasa mama buat.tkasih buat Mak Yong.

Nasi minyak hujan panas
Sumber; MakYong @ Myresepi
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air - letak lebih air sesuaikan dg beras
2 kiub ayam - letak 1 sj
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi- letak 1 1/2 sb
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng , kismis

Cara-cara
Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi sehingga masak
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Nota dapurmamasya;
Lepas tumis, mama masukkan dulu beras...kacau rata barulah masukkan air, kiub dan daun pandan.utk pewarna, campurkan 1 sk warna dg sedikit air .


nasi minyak hujan panas yg hampir masak....letak warna pink, hijau dan kuning.


Rendang Hitam Daging ini mama masak dlm kuali/pemanggang ajaib/serbaguna...dlm 45 min dah masak....cepat masaknya.berbaloi angkut dr Msia...patutlah ramai yg dah beli pemanggang ni....mudah kerja di dapur. Utk masak daging ni mama tumis dulu bahan dlm kuali biasa...hingga masuk daging dan bahan. kemudian baru pindah dlm kuali ini.sesekali buka dan kacau serta tambah air hingga masak.


Rendang Hitam Daging ni....sesuai juga mkn dg pulut & lemang.Mmg sedap rasa daging ini....mama dah beberapa kali buat. T.kasih Ratna kongsi resepi daging yg sedap ni.

RENDANG HITAM DAGING
Sumber; Fp MaDihaa
Oleh; Dapurmamasya

Bahan2
500g daging
20 tangkai cili kering *dikisar - mama letak 3 sb cili kering dah blender
4 cm halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai di tindik - mama ketuk/tindik satu serai & blend 1 serai dg bwg.
4 sudu besar kicap pekat
sedikit minyak untuk menumis
1 tsb cuka
2 s/b kerisik
sedikit garam dan gula.
daun pandan untuk wangi ( jika suka )

Bahan tumis:
4 ulas bawang kecil di hiris
1 kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara Penyediaannya,
Cili kering, halia ,bawang besar dan bawang putih di kisar halus. Panaskan minyak serta tumis
bawang kecil yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga berbau wangi. Masukan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili, masukan daging yang telah di potong kecil dan serai.
Tambahkan sedikit air dan kicap. Tunggu sehingga daging empuk. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera.
Biarkan sehingga kuah agak pekat sedikit. Sedia di hidangkan.


sedap nasi minyak hujan panas digandingkan dg Rendang Hitam Daging....

Monday, September 24, 2012

Nasi Dagang di Hari Istimewa



Assalammualaikum buat semua....
Ni kisah semalam.... mama masak nasi dagang kelate semperna Anniversary kami.Syukur Alhamdullilah diberikan Allah kesejahteraan dan kebahgiaan buat kami bersama anak-anak tersayang, moga ianya berkekalan sepanjang hayat...Amin.
Tiada kek anniversary....sbb malasnya nak deko kek. ingat nak beli kek yg dah siap tp sebelum ni bila beli kek...anak2 kurang mkn kek beli, confirm mama kena habiskan sorang2. Jadi fikir2 nak masak apa yg special sikit....teringat nasi dagang yg mmg kegemaran mama & mr husben.


Lagipun dari raya lagi nak buat nasi dagang, ikanpun dah lama beli, stok berasa nasi dagangpun masih ada...tapi bertangguh hingga semalam. Nasi dagang mcm biasa mama padankan dg lauk gulai ikan makarel, acar mentah dan kali ni mama tambah dg sambal kelapa nasi dagang.Kalau org jual mmg jarang nak jumpa nasi dagang dihidangkan dg sambal kelapa.tp Nasi dagang mmg sedap dimkn dg sambal kelapa....penambah rasanya.Untuk resepi nasi dagang dan gulai ikan boleh tengok sini utk versi nasi dagang kelate dan Ganu di sini.


Ini pertama kali buat sambal kelapa nasi dagang. nama je sambal tp tak pedas langsung tak da letak cilipun hanya lada hitam. hasil carian resepi di google.. ..baru tahu yg sambal kelapa ni sama dg sambal ikan nasi kerabu. Utk resepi ni mama buat simple guna kelapa kering dan ikan tuna dalam tin. Ni resepinya..

Sambal Kelapa Nasi Dagang
bahan
3/4 cawan kelapa - goreng kekuningan
1 tin ikan tuna - tapis dan lenyek utk buang airnya @ 1 ekor ikan kembung rebus,buang tulang.
1 btg serai- potong halus
3 ulas bwg merah
lada hitam, garam, gula

Cara
Tumbuk bwg merah, serai dan ikan kembung, kalau guna ikan tuna tak payah tumbuk.Campurkan semua bahan dan rasakan. Kalau guna kelapa kering...campurkan dg sedikit air panas, kacau dlm microwave dlm 1-2 min/ kukus sekejap sampai kelapa lembut. angkat kacau...barulah digoreng.


Nasi dagang atas daun pisang utk anniversary....

Tuesday, September 11, 2012

Lagi Xtvt Masak2 Ramadan lalu-Nasi Minyak Warna-Warni, Ayam Bakar & Daging Blackpepper



Assalammualaikum...moga semua sihat sejahtera...
Dah nak masuk hujung Syawal....tp masih ada entry masak-masak Ramadan yg lepas .....kali ni xtvt masak2 pada 5 hari sebelum Syawal/14 Ogos, mama ada masak2 utk majlis Iftar di rumah TYT Duta Malaysia yg dihadiri hampir 30 org tetamu jemputan.Mama perlu masak 3 jenis menu,manakala menu lainpun ada juga dihidangkan utk tetamu....dibahagi2kan tugas memasak. Disamping memasak, mama & mr husben juga antara tetamu yg dijemput utk majlis iftar berkenaan.
Menu yg mama masak adalah nasi minyak warna-warni, ayam bakar blackpepper dan juga daging blackpepper. Untuk menu nasi minyak, berkenan mencuba resepi dari Fp K.Liza sbb kelainannya ada letak juga serai,pandan dan tomato. Juga kismis yg dimasak sekali dg beras ....bukan ditabur semasa menghidang masak spt kebiasaan. T.kasih K.Liza berkongsi resepi nasi minyak warna-warni yg menarik hati ni...

NASI MINYAK WARNA WARNI
Sumber; Fp K.Liza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi [basuh dan toskan]
1 liter air
100 ml susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau merah dan kuning
60 gm minyak sapi
60 gm majerin
80 gm kismis

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
2 cm halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]

Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]
Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.



nasi dah siap masuk dlm bekas. warna nasi ada coklat sikit sbb warna kismis yg turun pada nasi.Nak tengok bgmana cara warnakan nasi boleh tengok spt di sini.


mama mmg suka nasi berperisa gini....


Ayam bakar blackpepper yg diperap semalaman. resepinya agak2 je...nanti akan kongsi kemudian...resepi dah update disini.


ayam dah siap masuk bekas


Juga daging blackpepper....masak sebyk 3 kg.

Klik Nuffnang2