Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Puding Tembikai & Risoles untuk makan2 di office



Assalammualaikum.....selamat berhujung minggu buat semua...
Mamasya nak berkongsi puding tembikai dan risoles yg mamasya buat baru-baru ini utk jamuan makan2 di office.Mcm2 makanan terdapat masa jamuan itu....penyediaan makanan ikut zon, dan zon mama setuju sediakan kuih-muih, jadi mama terlintas nak bawa risoles sahaja pada mulanya, puding itu sebagai tambahan.


Puding tembikai ni sedap pd selera mama...apatah lagi kalau mkn yg dingin..simpan dulu dlm peti ais.Pernah buat dulu masa jamuan di rumah kat Mesir tp kat sana tak da cincau...jadilah tembikai seedless. Untuk resepi bolehlah tengok di sini.


byk keping juga dpt utk 1 resepi. ini utk makan di rumah...


dan satu bekas utk jamuan di pejabat


Risoles juga utk dibawa ke pejabat....
Pernah beberapa kali buat risoles ini. Resepi risoles di sini

Hanya ada beberapa keping gambar jamuan yg dpt dikongsikan utk kenang-kenangan....itupun tak terang sgt,guna hp saja...


mcm2 kuih-muih ada,pakat bawa sebekas seorang...jadi byk.dah mcm tempat jual kuih...tak tahu nak pilih mana satu. selain kuih, ada pizza, sate, spaghetti meat ball.


selain itu nasi lemak dg ayam berempah, nasi impit dg rendang daging dan nasi kerabu.......semua sedap belaka.

Monday, October 21, 2013

Puding Tembikai sedap dan menarik



Aslmkum buat semua.moga pengunjung dapurmamasya sihat2 belaka.Tkasih buat yg tinggalkan komen...ada yg belum sempat mama buat kunjungan balas.
Mama baru lapang hari ni nak update blog.....sbb sejak raya sibuk dg pelbagai perkara spt majlis korban dan acara mkn-makan. Dan acara mkn terbaru adalah di rumah kelmarin.....nantilah mama citer kemudian, masih pilih gambar....byk sgt gambar.
Sementara mama nak pilih gambar, mari jamu mata dg salah satu desert yg disediakan utk tetamu kelmarin iaitu puding tembikai. Selain puding tembikai ada lagi desert lain...nanti akn kongsi kemudian.
Puding tembikai ni mama decide buat last minit, sbg tambahan desert yg ada....tambahan pula masih ada stok agar2 tali. Dah lama berkenan nak membuatnya, bila tengok ramai dah mencuba.


Selepas selesai masak sebah menu yg lain, barulah mama buat puding ini. Mulanya ingat tak menjadi sbb lupa nak biarkan bgh merah sejuk sikit, mama terus tuang atas putih...nampak mcm dah sikit bercampur warna. esoknya masa potong tak sabar tunggu hasilnya....ok atau tidak...dan bila tengok, puas hati sbb menjadi lapisannya, hanya ada sikit bgh putih yg bercampur. Dptlah hidangkan puding tembikai buat tetamu.Puding Tembikai ini tak letak bijipun. Utk Resepi copy dari Lyne Myr , tkasih Lyne dan juga tkasih buat empunya asal resepi ni.

Puding Tembikai
Sumber; Lyne @ Myr
Oleh; Dapur mamasya

Bahan-bahan ( Loyang 4 segi 7 inci )- mama guna loyang 7 inc x10 inc
1 paket agar-agar tali (15-20gm)- guna 20 gm
4 keping roti gardenia*
1 3/4 cawan susu cair*
6 cawan air
1 cawan susu pekat*
1 1/2 cawan gula (boleh kurangkan jadi 1 cwn sbb terlalu manis)
2 sudu besar mentega
sedikit esen vanilla
Bijan Hitam/ Cincau/ Kismis Hitam/ Biji Selasih (opional utk biji tembikai..tak letak pun x pe)

Cara-cara
Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur
Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Blend halus semua bahan yg bertanda *
Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) Saya Agak2 je ketebalan kulit tembikai ni. Biar keras sedikit.
Lapiskan sedikit warna asal diatas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
Adunan selebihnya diwarnakan merah, lapiskan perlahan2 diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.


Puding Tembikai sedap dan menarik....patutlah dah ramai mencuba. mmg yummy tambah mkn yg sejuk. tetamupun suka puding ni....licin semalam..... lain kali boleh buat lagi.

Thursday, August 1, 2013

Puding Tembikai.....desert yg menarik!



Assalammualaikum buat semua....
Hari ini nak kongsi puding tembikai.......dari jauh nampak spt tembikai betulkan? mmg kreatifkan org yg cipta puding ni. puding tembikai ni dah lama ada....seingat mama masa sek rendah dulu dah ada. pertama kali tengok ada sorang makcik tu buat, mmg kagum masa itu tengok puding tembikai sbb hampir sama rupa dg buah tembikai.Dulu ada juga yg buat hantaran kahwin sbb puding tembikai mmg menarik.
Beberapa hari lepas mama kongsi biskut tembikai, ni kongsi puding tembikai pula. Semua ini pengaruh musim tembakai skrg di sini.Setiap hari pasti ada buah tembikai sbg pencuci mulut, yg abg sulong...satu bekas dia mkn sorang.bila musim panas byk tembikai dijual. tp kalau musim sejuk mmg tak da.
Dan puding tembikai ni antara desert yg femes dijual di Kelantan kalau bulan puasa. bulan2 lain susah sikit nak jumpa org jual. Antara desert yg mama suka. Rasa puding ni mcm puding buih sbb guna putih telur. tp dah lama tak mkn...dok teringat nak makan,nak buat kurang rajin skrg. . bulan puasa inipun baru 2-3 kali buat kuih....sbb mama sorang je yg suka kuih...yg lain2 tak suka, itu yg malas nak buat.


Berbalik pada puding tembikai, bukan baru buat sebenarnya....mama import dari Fotopagesmamasya . Entry bertarikh Sunday, 5-Aug-2007, 6 thn lepas,lama dulu, itu ada gambar yg tak jelas...guna kamera kocik je masa itu. Saja kongsi semula di dapurmamasya utk tambah koleksi dessert.


Utk resepi mamasya ambil dari MYR. tkasih empunya resepi. nanti mama cari link asal. Utk resepi ini dah 2 bekas puding, jadi kalau famili kecil atau baru nak mencuba...boleh buat 1/2 adunan.

Puding Tembikai
Sumber; Myr
Oleh; Dapurmamsya

Bahan-bahan ( 2 bekas besar yg bulat )
* 20 gm agar² panjang (direndam )
* 1-1½ cawan gula pasir (ikut citarasa)- boleh kurangkan
* 4 1/2 - 5 cawan kecil air
* 4 biji putih telur - jgn guna telur saiz kecil
* sedikit pewarna hijau utk kulit
* sedikit perwarna merah/kuning utk isi
* sedikit kismis utk biji
* sedikit essence rose (jika suka)/ guna daun pandan saja

Cara-cara
1. pukul putih telur hingga kembang.
2. sementara itu, masak agar² bersama gula dan air sehingga agar² larut. Masukkan esen rose
3. tapis agar² yg larut tu kedalam putih telur yg telah dipukul dan pukul lagi hingga betul2 sejuk dan kedua2nya betul2 bercampur(pastikan dipukul hingga bahagian dasar bekas,seelok2 bekas yg agar lebar)
4. tuangkan kedalam bekas bulat besar.
5. Letakkan sedikit pewarna merah/kuning di tengah agar² dan kacau dgn chopstick (atau lidi satay) dgn segera sebelum membeku. jgn kacau sehingga terkena dasar bekas.
6. letakkan kismis di permukaan agar² tadi. dan masukkan di dlm fridge.
7. bila agar² sudah sejuk dan beku, keluarkan dari bekas dan terbalikkan lalu disapu dgn pewarna hijau sbg kulit.Gunakan berus utk menyapu bahagian kulit(kalau guna pewarna yg cair tak perlu dicampur lagi dgn air)

Tip membuat puding tembikai
a. Perlu pukul segera campuran agar2 dgn putih telur sehingga betul2 sejuk.
b. Memukul adunan dg mixer hingga sampai ke bahagian bawah agar2


4. tuangkan kedalam bekas bulat besar. 5. Letakkan sedikit pewarna merah/kuning di tengah agar² dan kacau dgn chopstick (atau lidi satay) dgn segera sebelum membeku. jgn kacau semua bgh sehingga terkena dasar bekas dan tepi, biarkan bhg tepi bekas warna asal putih dlm anggaran 1 in.


6. letakkan kismis di permukaan agar² tadi. dan masukkan di dlm fridge.


7. bila agar² sudah sejuk dan beku, keluarkan dari bekas dan terbalikkan


lalu disapu dgn pewarna hijau sbg kulit.Gunakan berus utk menyapu bahagian kulit(kalau guna pewarna yg cair tak perlu dicampur lagi dgn air) . biarkan seketika hingga pewarna kering.dan simpan semula dlm peti ais.


tembikai siap dipotong....

Wednesday, February 27, 2013

Creamy Fruity




Assalammualaikum buat semua
Entry ringkas hari ini...tak dapat ngadap PC lama2....ada hal sikit.kelmarinpun 1 hari keluar...ada lawatan. Hari ini nak kongsi satu lagi dessert yg sempat mama buat utk lunch tetamu yg lepas iaitu Creamy Fruity.Sebenarnya dah ada dessert lain iaitu rich choc puding dan RVC tp mama buat juga creamy fruity sbb kebetulan ada buah2an di rumah.


Creamy Fruity ni lebih kurang dengan Creamy Choc Oreo cuma gantikan oreo dg buah2an.Buah2an tu terpulang nak letak buah apa tp letak pisang sedapp..

Creamy Fruity
Olehan semula ; Dapurmamasya

Bahan
whip cream
buah2
jem strawberry & sos choc - tak nak letak choc pun tak pa
choc rice & parutan cheddar cheese

Cara
beat whip hingga kental
letakkan whip kedalam bekas
susun/letak buah
letakkan jem strawberry & sos choc @ jem strawberry saja - terpulang pd citarasa
letakkan whip cream lagi
tabur dg choc & parutan cheddar cheese secukup nya
sejukkan dlm peti ais sebelum dimakan



letakkan whip kedalam bekas & susun/letak buah


letakkan jem strawberry & sos choc @ jem strawberry saja


masam...manis...creamyyyy....

Friday, February 15, 2013

Crepe Oreo pula



Assalammualaikum buat semua dan t.kasih yg berkunjung ke blog dapurmamasya.
Sebelum bercerita ttg entry hari ni....nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat adik ipar @ ayah su (panggilan oleh anak2, adik mr husben) yg melangsungkan majlis perkahwinan di Trg hari ini...moga bahgia ke anak cucu.Majlis kenduri berlansung di rumah pengantin perempuan hari ini dan rumah MIL esok/sabtu. Sayangnya kami sekeluarga tidak dapat turut sama meraikan majlis perkahwinan......jarak dan masa membataskan.Moga majlis berjalan lancar dan meriah.
Berbalik pada entry hari ni.....Crepe Oreo yg dibuat masa sama dg Crepe Strawberry pada bulan lepas tp baru hari ni sampai giliran update di blog.Musim crepe nampak dah kurang sikit skrg...dg muncul dessert2 baru...tp kalau rasa nak mkn boleh saja buat bila2 masa...


Crepe oreo ni mula sekali tengok di blog Rahel, kemudian di blog kwn2 yg lain....dah ramai yg mencuba...itu yg mama teringin nak buat....lagipun abg yg sulong suka dessert yg creamy gini.


Utk resepi crepenya sama dg Crepe Strawberry cuma letak filling yg oreo. T.kasih buat Zila dan Eyna berkongsi resepi.Letak semula resepi utk mudah tengok;

Crepe Oreo
Sumber; Zila4ever.blogspot Asal FB Eyna Haneyna
Oleh; Dapurmamasya

bahan-bahan
-20gm tpg gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning- x letak
-perisa durian - gantikan biskut oreo

cara-caranya
masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis.. kalau pekat tambah air sedikit boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih.. ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang.. layangkan kuali agar adunan sekata
masak atas api kecil.
masak hingga kering angkat tak perlu terbalikkn semasa mengangkat.

filling
-150ml fresh cream diputar hingga kental-ganti dg whip cream
- oreo secukupnya
-letakkan fresh cream letak oreo dan letak lagi fresh cream di atasnya.
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.


laku crepe oreo ni kat rumah, rasa creamy dg biskut choc oreo...itu yg anak2 suka.


mcm biasa model mama.....Syakirah...


crepe coklat , crepe strawberry dan kini giliran crepe oreo pula...

Wednesday, February 6, 2013

Tapai...dessert dulu hingga kini



Aslmkum buat semua....
Dah habis kisah dessert yg baru meletop kat Fb.....nak kongsi pula dessert yg terkenal dr dulu hingga kini iaitu tapai...yg tetap ada peminat wpun dessert moden byk yg muncul silih berganti. Tengok kat tempat kenduripun ada juga yg hidangkan tapai sbg dessert...dan tapai antara yg pasti mama ambil dulu. MIL mamapun setiap kali raya mmg tak miss buat tapai utk dihidangkan buat keluarga.


Kalau di Msia...jumpa org jual tapai mmg confirm mama beli sbb suka mkn tp tak lah mkn byk sekaligus....mkn 1-2 bungkus yg kecil...lebih simpan dlm peti ais, mkn sejuk kemudiannya.Tapi bila dok jauh merantau gini.....mana nak jumpa org jual tapai. Nak mkn kenalah buat.Dulu pernah buat bungkus dg daun pisang tapi kali ni daun pisang tak ada , jadi letak dlm bekas kecil biar senang nak mkn. Ragi utk tapai beli di Pasar Payang masa balik cuti sekejap pada bulan Dis lepas. Untuk resepi boleh tengok di sini.


tapai simpan dlm peti ais mkn yg sejuk lagi sedapp....manis...dingin...

Monday, February 4, 2013

Desssert lagi.....Melty Hersyey



Assalammualaikum buat semua...moga semuanya sihat sejahtera.
Utk entry hari ni mama hidangkan dessert lagi.....kali ni Melty Hersyey yg mula top kat Fb.Mama buat minggu lepas selepas creamy choc oreo sbbnya anak yg sulong nak mkn lagi dessert....tak puas mkn dessert sebelum ini....tp mamanya yg sebenar tak sabar nak rasa dessert ini.....


Rasanya agak creamy....dan anak2 komen sedap.....budak2 kalau dessert mcm aiskrim letak pula choc mmg suka.


Tengok resepi Melty Hersyey ni ada pelbagai versi....terpulang pada citarasa masing2 nak olah resepi macammana dan sama juga dgn creamy choc oreo. Dan mama pula guna bahan2 yg ada dlm stok di dapur. Ikut resepi guna sirap Hersyey....ialahkan namapun Melty Hersyey kena letak Hersyey punya tp mama tak da sirap itu, jadi godek sos choc sendiri guna serbuk choc Hersyey. Resepi copy dari di Fb, tkasih buat semua yg sudi berkongsi.

Melty Hersyey
Sumber; Fb Azina Ahmat & Faridah Haron; resepi dari SyaRiz E-Shoppe
Oleh; Dapurmamasya

BAHAN2NYA
1CWN WHIPPING CREAM
1CWN FRESH CREAM @ CREAM CHEESE - mama guna cream cheese
200ML SUSU PEKAT MANIS - letak 150 ml (creamy...boleh kurangkan lagi)
-PUKUL SEMUA BHN DIATAS SEHINGA PEKAT(TK PERLU KENTAL)
SIRUP HERSYEY COKLAT/STRAWBWERRY - ganti sos choc
BISKUT MERRIE SECUKUPNYA - ganti oreo
SMARTIES,CHOC CHIP ,KEKACANG(JIKA SUKA) DN CHEDDAR CHEESE(DISAGAT )SEBAGAI HIASAN

CARA MELAPIS
AMBIL BEKAS DN CEDOKKAN 1 SENDUK KECIL KRIM YG DIPUKUL.
SUSUN BISKUT MERRIE .BOLEH GANTI DGN BISKUT OREO
PAIPKN COKLAT HERSYEY DAN RATAKAN(NUTELLA PON SDAP)TABUR COKALT CHIP.
ULANG LAGI LAPISAN ATAS SEKALI LETAK CREAM DN PAIPKN SDKIT CHOC HERSHEY DN TABUR HIASAN IKUT KRETIVITI.SIMPAN DLM PETI AIS BBRAPA JAM SBLM DIHIDANGKAN..


letak cream dulu, biskut dan kemudian baru choc


utk Syakirah dan abg2 bertiga...


utk abg no 1...habis 2 gelas


tabur lapisan atas dg choc rice, choc chip & cheddar cheese & pacakkan kit kat.

Wednesday, January 30, 2013

Creamy Choc Oreo.....yummy mcm Aiskrim



Assalammualaikum buat semua.....moga sihat sejahtera.T.kasih buat semua pengunjung blog mama ni.
Hari ni baru dpt betul-betul on line sbb sejak 2 hari lepas line internet ada problem....perlahan sgt.nak bwpun tak dpt. Entry cuti yg lepas tu kebetulan dah ada dalam draft dptlah publish. Hari ni talian dah elok.....mama nak kongsi dessert yg mama baru buat beberapa hari lepas.....tak sabar nak kongsi dengan semua iaitu Creamy Choc Oreo.


Wpun cuaca masih sejuk disini..suhupun dlm belas2 djh 'C saja. Tapi sbb teringin nak merasa dessert ni.....mama buat juga....sejuk2pun layan dessert yg mcm ais krim ni dan rasanya.... mmg yummmy. Anak2pun suka...maklumlah ada coklat dan biskut oreo, abg yg sulong mkn 2 cwn....minta lagi...sedap katanya.


T.kasih byk Jom Masak yg sudi berkongsi resepi ni.Utk kawan2 yg nak mencuba bolehlah tengok resepi di bawah;

Creamy Choc Oreo.
Sumber; FB Jom Masak
Oleh ; Dapurmamasya

Bahan
fresh cream - ganti whip cream
crunch oreo - Biskut oreo - patahkan
sos choc ( blh guna ganache atau sos choc dlm botol)
choc utk diparut- Choc bar
buah2 an (stoberi & anggur atau apa saja)- potong kecil

Cara
~ beat fresh cream hingga kental
~ pipekan fc kedalam bekas
~ pipekan sos choc
~ ltk kan oreo crunch
~ lapiskan cream lagi
~ pipekan sos choc, ltk buah potong & parut choc secukup nya
** sesuai dimakan sejuk

cara buat sos choc Jom Masak
~ 1/2 cwn serbuk koko
~ 1/2 cwn susu pekat
~ 2sdb mnyk masak
~ 2sdb susu cair

cara
~ campurkan semua bahan....masak kaedah d/boil hingga sebati larut....blh guna

mama buat...susunan dlm bekas;
paip Whip cream
Oreo
Fresh cream/Whip cream
Choc sos
Fresh cream/Whip cream
Choc sos
Choc bar & buah2an

Choc sos
Utk choc sos mama guna resepi topping jimat; boleh buat 1/2 adunan;
1/2 cwn serbuk koko- ayak
1 cwn gula
2 1/2 cwn air /susu cair - guna fresh milk
1/2 cwn tpg jagung
2sb majerin - mama ganti dg minyak jagung

Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau. nota dapurmamasya; topping dah sebati dan nampak mula pekat, bolehlah tutup api dan terus kacau.sejukkan dulu sebentar sebelum digunakan.


bahan2 digunakan.tak da fresh cream mama gantikan whipping cream. whip cream beli yg debu, senang simpan boleh guna sikit2.

utk 1 peket whipping cream hanya tambah sikit susu dan pukul sampai kembang.rasanya sederhana manis.


little chef mama tlg tabur choc....


Creamy Choc Oreo... utk abg2 Syakirah


mama punya....

yummy mcm aiskrim...


Sedap dan sesuai sbg dessert utk dihidangkan buat tetamu....

Klik Nuffnang2