WELCOME TO GREAT4's WORLD
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Great Open House 9 October 2009

Rumah Orang Tua di Masjid Lama Pulau Meranti

Dear all,

SRU ada membuat lawatan ke sebuah rumah orang tua-tua di Pulau Meranti. Ini adalah sebahagian dari persiapan untuk program majlis buka puasa yang akan diadakan pada 09/09/09. Rumah orang tua ini dikendalikan oleh Pn Muji Binti Hj Sulaiman seorang staff nurse di Hospital Serdang bersama dengan anaknya. Buat masa sekarang rumah orang tua ini menumpang di masjid lama Pulau Meranti (masjid ini kosong selepas Masjid Baru P.Meranti siap). Rumah ini tidak mendapat apa-apa bantuan dari mana-mana pihak termasuk agensi kerajaan. Barang-barang keperluan dan kelengkapan disediakan sendiri oleh Puan Muji dan sedikit bantuan dari orang perseorangan.

Terdapat 18 orang warga tua (9 lelaki dan 9 perempuan) yang kebanyakkan ditinggalkan oleh waris dan keluarga. Menurut Pn Muji kebanyakkan mereka ditinggalkan oleh waris semasa mendapatkan rawatan di HKL dan Hospital Serdang dan tidak dituntut oleh waris selepas mendapatkan rawatan. Kebanyakkan dari mereka berumur 75 tahun keatas dan ada yang cacat penglihatan dan lumpuh.

Terdapat banyak kekurangan di rumah ini yang mana perhatian dan bantuan segera amat diperlukan. -

1. Barang makanan harian (beras, sardin, telur etc)
2. Pampers untuk orang dewasa
3. Kain batik/pelikat
4. Tilam/selimut/bantal
5. Peti sejuk (untuk menyimpan stok makanan seperti ikan dan sayur)

Bantuan wang ringgit amat diperlukan kerana menurit Pn Muji, kos penyelenggaraan rumah ini mencecah RM5000 sebulan. Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan sila hubungi Latif atau Pn Muji di talian 016-6786364. Bantuan anda amat dihargai. Bersama kita membina kehidupan yang lebih baik.

Dibawah disertakan beberapa photo semasa lawatan kerumah tersebut .

Pls pass this message to your teammates. Anyone want to contribute in cash or in kind, please contact the person as mentioned below.

Sincerely
Roshdi Zakaria
Manager, Stakeholder Relations
Cyberview Sdn. Bhd
H/P: 012.283.9981
DID: 03.8315.6138

2 comments:

MR Bang Miji Sunday, August 23, 2009 9:05:00 PM  

jom wat charity program tuk umah orng tue nih...

GREAT4 Monday, August 24, 2009 12:04:00 AM  

cun gak tuh.. ape2 nnti kite meeting.. mau pilih ajk...

Post a Comment