Friday 13 November 2015

Hatimu untuk siapa??

Bismillah wal hamdulillah. Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, saya berpeluang untuk update blog.Dah lama tak update blog,hari ni rasa nak update sesuatu..insyaAllah..lepas ni akan selalu update tu pun kalau ada kesempatan.

Entri kali ini, saya utarakan soalan yang saya kira simple, tapi jawapannya sangat memerlukan kepada kejujuran daripada dalam diri. Berlaku jujur itu mudah, sekiranya kita memahami erti kejujuran. Jujur itu payah, sekiranya dalam hati masih ada keegoan.

Hatimu untuk siapa? Biasanya kalau ditanyakan soalan ini kepada para asatizah atau mereka yang Islamik, inilah antara versi jawapan yang akan kita terima.

“Hatiku adalah untuk Islam, perjuangan Islam” (Moga- moga Allah kurniakan hati yang sebegini).

Atau ada yang romantik sikit… (romantiklah kononnya).

“Hati ini ku hadiahkan untuk dia yang halal bagiku.” Pergh… ayat!  BM time SPM mesti A+++ ni. :p

Kalau tanya pula pada mat-mat bunga, minah-minah jiwang, huh! Lagi memekar harum jawapan-jawapannya. Macam duduk kat taman bunga. :D

HATI

HATI. Raja segala anggota tubuh manusia. Apabila baik HATI, maka baiklah seluruh jasad dan begitulah sebaliknya. HATI  memerlukan penjagaan yang sangat rapi kerana HATI adalah tempat pertama jatuhnya pandangan Allah s.w.t.

Suka untuk saya ketengahkan sepotong hadis yang cukup masyhur dalam kalangan masyarakat kita terutamanya para penuntut ilmu agama:

Sabda Rasulullah s.a.w: "Setiap amalan itu bermula dengan niat, dan seseorang itu akan mendapat apa yang diniatkannya…”

Niat itu tempatnya di mana?                                        

Ya. Dalam HATI.

HATI yang bersih akan melihat bahawa kehidupan di dunia ini adalah kurniaan daripada Allah s.w.t.

HATI yang selalu berhubung dengan Allah akan memandang bahawa setiap perkara yang dilakukan adalah semata-mata kerana Allah dan RasulNya.

Bahkan HATI yang murni penjagaannya akan dibukakan oleh Allah baginya pintu-pintu Ilmu pengetahuan dan cahaya petunjuk yang mulia.

HATI ini sangat besar kuasanya. Ketika kita berdoa daripada HATI yang penuh kesungguhan dan pengharapan kepada Allah, percayalah yang kita akan melihat hasil daripada doa-doa yang kita lafazkan kepada Allah.

Tapi kadang-kadang kita yang kurang keyakinan. Terlalu cepat melatah bila lambatnya doa termakbul. Kenapa agaknya?

Sebab HATI kita. Dalam HATI kita masih ada makhluk.

Kita minta pada Allah, tapi dalam masa yang sama masih mengharap pertolongan daripada makhluk.

Kita katakan HATI kita cinta kepada Allah, tapi masih ada nama-nama makhluk yang menghuni dalam HATI kita.

Jadi, ketika kita berasa HATI kita tidak tenang, HATI kita sakit, HATI kita penuh prasangka, kita rasa kita nak salahkan siapa? Salahkan Allah? Naudzubillah.

Perhatikan sebenar-benarnya. HATIMU MILIK SIAPA? Betul ke HATI kita ini untuk Allah dan Rasul?
Atau hanya sekadar terlafaz kemas di bibir-bibir kita, namun reality dalam HATI itu adalah sebaliknya?

HATI kita adalah pinjaman kepada kita. Masa Allah bagi pinjam, HATI ni cantik, putih, bersih. Sampai satu masa Allah nak kita bagi balik, kita kena pulangkan. Allah tak cakap Allah nak bila tapi sebab HATI ni Allah punya, jadi bila-bila masa pun Allah boleh nak ambil. Hak Dia kan?

Jadi, rasa-rasanya kita nak bagi balik dalam keadaan yang macam mana? Dunia ini dah mengotori  HATI kita sekotor-kotornya. Nak pulang pada Allah dalam keadaan kotor? Berani ke kita? Allah. Nak tak nak bukankah sudah sampai masanya untuk kita cuci bersih-bersih kekotoran yang menghitam ini dengan pencuci jenama Taubat dan Istighfar kepada Allah. Tak lupa juga Pengilat Selawat biar nampak bercahaya.

Moga-moga yang Memberi Pinjam HATI ni kepada kita senang dengan kita. In syaa Allah. Adakah yang lebih besar selain kita pulang kepada Allah dalam keadaan HATI ini dicintai dan diredhai olehNya.

Serahkan HATI pada DIA, pulangannya adalah CINTA

Allahu’alam. Cukup sampai sini. Mohon maaf atas khilaf bicara.Assalamualaikum.

Tuesday 13 January 2015

Penantian...

 
Bismillah..
Selalu… Selalu aku mengharap sesuatu yang mata ini lihat terlalu berharga untuk jatuh ke dalam tangan yang menadah. Aku meminta dengan sujud yang tidak pernah berhenti. Aku meminta dengan air mata yang gugur. Padu. Padu rasa hati ini membulat hanya ingin pada yang satu.
Sedang dalam tidak sedar itu Allah sedang berbicara. Sedang aku leka itu Allah sedang menyampaikan kepadaku. Ia terdetik hanya sedikit di sudut hati ‘bagaimana jika ia adalah sosok tubuh yang berbeza?’
Tertepis ia dengan fikiran yang ternoktah. Hanya dia yang aku inginkan. Tiada yang lainnya. Saban malam selama bertahun aku bangun meminta hanya dia. Allah! Aku terlupa untuk meminta,
“Ya Allah, berikan aku seorang khalifahmu yang mampu memberikan aku kesederhanaan dalam hidup dan  cintanya  kepadaMu melebihi segalanya”
Allah berbicara kepadaku setiap kali aku sujud, setiap kali aku menadah tangan meminta kepadaNya. Aku menepis dan terus-terusan berasa angkuh meminta seseorang yang aku rasa dia yang terbaik bagiku. Aku lupa, Allah lebih mengetahui. Dia mengasihi dan mencintaiku lebih dari aku mencintai diriku sendiri dan bagaimana mungkin Dia memberikan seseorang itu tanpa hikmahNya yang tersembunyi tetapi cukup jelas untuk difahami.
Sehinggalah….. keangkuhanku runtuh. Runtuh dengan sebuah hakikat yang muncul. Dia bukan untukku. Dia hanya milik bidadari lain sambil hasutan dendam berbisik, ‘gadis itu lebih solehah darimu sedangkan kau tidaklah sebaik mana’
Kembali segera menyeru nama Tuhanku, “Allah, redhakanlah hatiku dengan apa yang telah Kau tetapkan dan tetapkanlah jua hatiku atas jalanMu.”
Dan hari ini, di sinilah aku. Terus menunggu untuk langkah hidup yang seterusnya. Aku terus bahagia. Malah lebih bahagia. Allah, permudahkan segalanya…
Bahagiakan aku mencintai insan yang mencintaiMu (Dan Allah telah menghadiahinya. Telah tunduk aku bersujud  atas kerendahan aku berbanding kuasaNya. Dia lebih mengetahui. Bertemu waliku.)
 
 

Saturday 22 March 2014

permulaan hari yang suram :(



Pengorbanan itu kebahagian atau kesakitan?




Pengorbanan.. Kekadang pengorbanan yang kita buat...adalah satu kebahagiaan..
Kekadang..pengorbanan tu adalah kesakitan!

 

Selalunya kita selalu berkorban utk orang-orang yang kita sayang.. Bahagia kan bila kita lihat orang yang kita sayang tu gembira disebabkan pengorbanan kita..
Tapi...kesakitan yang amat sangat bila semua pengorbanan kita tidak dihargai...


Kita sanggup berkorban apa saja untuk membahagiakan  orang..beri kegembiraan...atau melihat kejayaan insan-insan yang kita sayang.. Pernah tak kalian rasai kemanisan ni dalam kehidupan kalian?? So juicy!! Dia tersenyum kerana pengorbanan kita... Dia ketawa riang kerana pengorbanan kita... Dia berjaya kerana pengorbanan kita.. dan dia masih berdiri disini dengan pengorbanan kita...


Betapa besarnya kan erti pengorbanan tu dalam kehidupan ini... Mungkin juga kalau bukan dengan pergorbanan itu.. Tiada kegembiraan, kebahagiaan mahupun kejayaan... Tak semua kan yang kita kecapi disebabkan pengorbanan.. Walau pengorabanan tu hanya secarik..tetap ada pengorbanan!

Tapi berapa kerat sangat antara kita yang reti menghargai pengorbanan yang telah dikorbankan utk kita?? Jiwa ni hampir-hampir terkorban disebabkan selalu sangat berkorban... Susah sangat ke untuk kita menghargai orang yang telah berkorban segala-galanya hanya kerana nak tgok kite bahagia?



If kita korbankan masa kita..tak semestinya mesti dibalas dengan masa! If berkorban wang ringgit...bukan balasan wang ringgit yang ditagih... If dia berkorban cinta...bukan cinta yang diharapkan.. Hanya ingin rasa dihargai..diberi perhatian... Selepas diberi kegembiraan..kebahagian...kejayaan... Jangan dilupai insan yang telah banyak berkorban untuk kamu... Kerana itu adalah kesakitan yang amat sangat!!

Pengorbanan adalah sesuatu yang perlu dilakukan dengan ikhlas... Tapi siapa kita untuk menilai keikhlasan ini.. Aku hanya insan biasa... Aku cuma mahu pengorbanan aku dihargai... Kerana itu akan membahagiakan aku juga... Aku jua ingin kebahagian itu..bukan kesakitan!!






 
 Allah sangat mencintai
orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain
 dengan apa yang dimilikinya.

Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain,
semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.

Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban
untuk mendapatkan keredhaanNya
kerana itu menunjukan cinta sejati pada Allah.

Jadilah orang yang selalu memberikan kebahagiaan...
Walaupun hanya dengan sapaan, salam dan sebuah senyuman...
jangan pernah  mementingkan diri sendiri...
Belajarlah dari Matahari yang mampu untuk bersinar lebih lama lagi…
Tetapi dia tetap memberi peluang untuk sang bulan untuk menunjukkan diri...


Dulu, pernah ada someone ckp,
“Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya.”

walaupun hari ku ini bermula dengan kesuraman yang dimulai oleh orang tersayang tetapi aku tabah kan hati menghadapinya dengan tenang walaupun di sudut hati ini sangat rapuh dan seringkali mata ini menangisi dimana silap diri ini kerana sudah takdir dan rezekiku hanya sebanyak itu..mungkin ada hikmah disebalik semua ini...aku redha dengan apa yang terjadi kerana ia adalah yang terbaik dari ALLAH...tanpa disedari telah banyak dugaan dan ujian yang telah aku tempuhi dan ia menjadikan aku lebih matang dalam meniti kehidupan yang masih panjang ini...

sometimes it's better to say nothing than to say something that means nothing anyways...:)

aku cuba untuk tidak selalu complain tentang apa yang telah terjadi dalam hidup aku kerana aku masih diberi peluang untuk menjalani hidup yang serba cukup walaupun tidak sesempurna orang yang hidup dalam keluarga yang berada..tapi ALHAMDULILLAH aku masih boleh kecapi kebahagiaan....
teringat dengan kata2 yang diambil dari mr.Google

"Try not to complain about your life because someone somewhere is fighting to survive"

dan yang paling penting dalam hidup kita ni...jangan hidup dalam dunia sendiri aje..ape yang penting adalah menghargai orang sekeliling kite..terutama sekali familya..orait??
ni ade kate2 utk anda yang tidak pandai menghargai insan yang berkorban untuk mu...

Hargai orang yang menghargaimu...
mungkin kamu tak tahu,dia orang yang selalu berusaha untuk
membuatmu bahagia dan tersenyum...
walaupun kamu sering membuat dia menangis...

oke,,sekian sahaja buat hari yang suram ini...
Assalamualaikum... 

Template by:

Free Blog Templates