Ahad, 6 Ogos 2017

SANG LEMBU DAN JANGGUT


Tersebutlah kisah  tentang  Sang Lembu disebuah rimba. Sang Lembu merupakan seekor haiwan yang sangat sombong. Sifatnya yang suka menunjuk-nunjuk  dan menghina haiwan  yang lain sudah menjadi bualan haiwan di rimba. Sang Lembu juga amat percaya diri sehinggakan dia  ingin dilihat sebagai seekor haiwan yang sempurna berbanding rakan-rakanya yang lain.
Suatu hari  sang Lembu berjalan disekeliling rimba. Sang Lembu memainkan ekornya kesana dan kemari. Sang Lembu juga mengangkat kepadanya bagi menunjukkan sikap percaya dirinya terhadap tubuh yang dia miliki. Sedang  asyik Lembu berjalan. Tiba-tiba dipersimpangan jalan dia melihat Sang Kambing asyik mengurus bendangnya. Sang Lembu pun menegur Sang Kambing.
“Hai kambing, kau buat apa tu berpanas-panasan ditengah hari ni?. Tanya  Lembu dengan sindiran.
“Aku sedang mengurus bendang ni Lembu. Maklumlah musim kemaraukan hampir tiba. Jadi aku harus menyimpan banyak makanan untuk bekalan nanti.” Jawab Sang Kambing sambil tersenyum.
“Wah rajin juga kau ni Kambing ya. Kau tak  takut ke bulu kau tu kotor.” Sang Lembu mendekat dan menghidu-hidu bau Kambing. “Eh ! Busuk betul bau kau ya Kambing.” Hinaan Sang Lembu kepada Sang Kambing.
“ Amboi ! kasar sungguh ejekkan kau ya Lembu. Bau aku busuk sebab aku rajin bekerja. Siang malam aku menguruskan bendang ini. Dah banyak tempat aku usahakan bendang seperti ini, maklumlah musim kemarau hampir tiba.” Jawab Sang Kambing bercampur marah  tetapi cuba masih cuba tersenyum. Sejak dari azalinya sikap Sang Kambing terkenal akan sikap mengawal kemarahannya. “Umpama sebahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira”.
“ Kambing ! kau tengok  bulu aku ni cantik, halus, berkilau. Mataku bulat, besar, Bulu mata aku pun letik dan panjang. Hidung aku pun bersih. Hah! kau tengok ni ekorku, panjang dan cantik (sambil mengibas-ngibas ekornya). Sifat Sang Lembu ketika ini boleh diibaratkan “sebagai bujang baru berkeris”. Sedangkan kau,  bulu kau tuh. ee.. berkerak penuh dengan sisa kotoran tanah. Mata kau tu, kotor banyak kutu-kutu yang melekat. Apa lagi ekor kau tu, sudahlah pendek, penuh dengan sisa kotoran  pulak tu. Hish! jijik aku tengok.”  Hinaan  Sang Lembu bertubi-tubi kepada Sang Kambing.
Sang Kambing begitu marah mendengar cemuhan dan cacian yang dilemparkan kepadanya. Namun kemarahan Sang Kambing hanya dipendam sahaja. Sang Kambing  mula berfikir bagaimana  cara untuk memulihkan maruahnya kembali.
“Lembu kau tahu kau suatu perkara, kau memang mempunyai bulu yang cantik, mata yang bulat, bulu mata yang lentik, hidung yang bersih  dan ekor yang panjang, tetapi kau tiada janggut panjang seperti aku lembu (sambil ketawa kecil). Tahukah engkau bahawa janggut adalah lambang kejantanan semua haiwan dimuka dirimba ini, dan engkau tidak memilikinya.” Herdik  Kambing kepada lembu.
Mendengar akan kata-kata Sang Kambing, Sang Lembu pun berasa marah dan tidak terima akan sindiran Sang Kambing terhadap drinya.
“Kalau begitu aku juga mahu memiliki janggut seperti kau Kambing. Macam mana kau boleh memiliki janggut yang begitu panjang seperti itu Kambing?. Tolong bagi tahu aku segera.” Desak Sang Lembu kepada Sang Kambing.
Sang Kambing pun mendapat satu cadangan untuk membalas akan cacian Sang Lembu Sebentar tadi. Dia mula memulakan ideanya
“Kau betul-betul  mahu tahu  ke Lembu?.” Tanya Sang Kambing Lagi.  
“Ya!. Aku benar-benar ingin tahu.” Jawab Sang Lembu sambil mendekatkan dirinya dengan Sang Kambing.
“Mudah sahaja kau perlu minum air parit yang berada dibelakang bukit  tu.” Jawab Sang Kambing sambil menunjukan bukit yang berada didepannya.
“Owh, kalau begitu aku pergi sekarang juga. Belum sempat Sang Kambing menyelesaikan kata-katanya Sang Lembu pun mula melangkah pergi dengan cepatnya meninggalkan Sang Kambing.
Sang Lembu berlari dengan pantasnya. Kata-kata Sang Kambing tergiang-giang di telinganya dan  Sang Lembu pun tidak terima akan sindiran tersebut. Apabila sampai sahaja di parit yang disebutkan oleh Sang Kambing,  kelihatan Sang Kerbau sedang  asyik memajak bendang  yang berada tidak jauh daripada parit itu. Belum sempat Sang Lembu menjamah air parit itu, Sang Kerbau menyapa Sang Lembu.
“Eh... Sang Lembu  jangan kau minum air parit itu. Air parit itu majikan aku yang punya.” Laungan Sang Kerbau yang kelihatan marah dari jauh.
Sang Lembu begitu terkejut dengan laungan Sang Kerbau. Kemudian mengundur dari parit itu. Sang Kerbau datang menghampiri Sang Lembu dengan wajah yang amat marah.
“Mengapa kau mahu mencuri air parit kepunyaan majikanku. Tidakkah engkau berasa bersalah atas perbuatan mencuri itu.” Bentak  Sang Kerbau kepada Sang Lembu.
“ Aku tiada niat untuk mencuri air parit itu Sang Kerbau. Aku fikir air parit itu tiada sesiapa yang punya.” Jawab Sang Lembu dalam ketakutan.
“Semua yang ada di rimba ini ada tuannya. Kau tidak boleh mengambilnya sesuka hati”. Tegas Sang Kerbau.
“Kalau begitu izinkan aku minum air parit ini walaupun sedikit”. Pinta  Sang Lembu kepada Sang Kerbau.
“ Kau boleh minum air parit disini dengan syarat kau bawakan aku benih padi kepadaku.” Permintaan Sang Kerbau kepada Sang Lembu.
Sang Lembu pun bersedia akan syarat tersebut. Sang Lembu pulang kerumahnya lalu mengumpulkan  kesemua benih padi miliknya. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi  Sang Lembu datang kembali ke parit untuk menemui Sang Kerbau. Kelihatan Sang Kerbau sedang berendam didalam parit.
“ Hei Kerbau ! ini kubawakan apa yang kau minta.” Dengan bangganya Sang Lembu menunjukkan begitu banyak benih  padi yang dibawanya.
“ Baiklah sekarang kau boleh minum air parit ini.” Jawab Sang Kerbau sambil mempelawa Sang Lembu untuk minum air parit itu. Sifat Sang Kerbau ini “Umpama tidak berluluk mengambil cekarau.”
Sang Lembu terus minum air parit tersebut dengan harapan janggutnya akan tumbuh. Setelah itu, dia pulang kerumahnya dengan hati yang sangat gembira. Dari tengah hari hingga ke petang, dari petang hingga ke malam janggut yang tunggu-tunggu tak kunjung tumbuh. Dia terfikir adakah Sang Kambing membohonginya.
Keesokan pagi, Sang Lembu menemui Sang Kambing di bendangnya. Kelihatan Sang Kambing Sedang sibuk bekerja membesarkan bendangnya. Sang Lembu pun datang menegur Sang Kambing.
“Hei Sang Kambing! Kau menipu aku ya. Kau kata selepas aku minum air parit di belakang bukit itu janggutku akan tumbuh, namun sejak semalaman janggut yang aku nanti-nantikan tak kunjung tumbuh. Nampaknya kau telah menipu aku Kambing.” Tanya Sang Lembu yang sedang marah kepada Sang Kambing.
“Mungkin kau hanya minum sedikit air parit itu. Cuba kau minum banyak lagi, mesti janggut kau akan tumbuh.” Jawab Kambing dengan selamba.
“ Ya aku hanya minum sedikit. Kalau begitu aku akan minum air parit itu dengan lebih banyak lagi.” Jawab Lembu seperti tidak sabar.
Sang Lembu pun pergi ke parit itu kembali dan menemui Sang Kerbau. Dengan harapan dapat minum air parit itu . Selepas berjumpa dengan Sang Kerbau, Sang Lembu diminta untuk membawakan lebih banyak benih padi sekiranya mahu minum air parit tersebut. Oleh kerana kemahuan Sang Lembu yang begitu luar biasa Sang Lembu  pun bersetuju untuk  menerima syarat tersebut, walaupun Sang Lembu sedar bahawa bekalan benih padi dirumahnya sudah habis diberikan kepada Sang Kerbau.
Sang Lembu mendapat idea untuk meminta pinjaman benih padi dari Sang selandang. Dia pun datang menemui Sang Seladang dengan hati yang berdebar. Kelihatan Sang Seladang sedang  asyik mengasah tanduknya yang tajam disebuah batu.
“Wah tajam betul tanduk kau ya Sang Seladang. Teringin aku untuk memilikinya.” Puji Sang Lembu.
“Eh mestilah, aku menjaganya sejak dari kecil lagi.” Balas Sang Seladang dengan bangganya.
“Seladang kau benar-benar haiwan yang kuat ya. Badan kau besar dan bulu kau pun cantik. Semua haiwan di rimba ini pasti  sangat mengagumi kau ya Seladang.” Puji Sang Lembu yang kelihatan begitu mengagumi Sang Seladang. Sang Seladang bertambah bangga dan sesekali menegakan kepalanya. Sifat Sang Lembu yang mempergunakan Sang Seladang  ini umpama “ada udang disebalik batu”.
“Dah banyak haiwan memuji aku seperti itu Lembu. Kalau boleh aku tahu ada apa kau datang menemui aku.” Tanya Sang Seladang dengan nada yang mesra.
“ Aku datang kemari untuk meminta tolong kepada kau Seladang. Bekalan benih padiku sudah habis dicuri orang. Aku ingin meminjam benih padi daripada kau Seladang.” Pinta Sang Lembu kepada Sang Seladang dengan nada begitu mesra. Umpama akal labah-labah digua buruk suka merakut”.
“ Kau ingin meminjam benih padi daripada aku?. Jahat sungguh penjahat yang mencuri benih padi kau tu dan ianya harus dihukum.” Jawab Sang Seladang kepada Sang Lembu dengan simpati.
“ Betul tu Seladang, penjahat harus dihukum.” Tambah Sang Lembu dengan tanpa rasa bersalah.
Kelihatan Sang Seladang asyik berfikir akan permintaan Sang Lembu yang meminta pinjaman benih padi. Sang Seladang sudah berkawan dengan Sang Lembu sejak dari dahulu lagi. Memikirkan  sahabatnya yang didalam kesusahan Sang Seladang pun sudi meminjamkan benih padi miliknya kepada Sang Lembu dengan syarat Sang Lembu haruslah memulangkan benih padi tersebuh sebelum musim kemarau tiba. Sang Lembu  bersedia akan syarat yang diberikan kepadanya. Sang Seladang kemudian memberikan semua benih padinya kepada Sang Lembu dengan tanpa menaruh syak wasangka.
Sang Lembu membawa benih padi yang dipinjamkan oleh Sang Seladang ke bendang  Sang Kerbau. Sang kerbau begitu terkejut melihat Sang Lembu membawa begitu banyak benih padi kepadanya. Sang Lembu pun dibenarkan untuk minum air parit itu sepuas hatinya. Sifat Sang Lembu umpama “Anjing makan muntahnya”  kerana sangat gelojoh dan minum tanpa henti sehinggakan perutnya  buncit dipenuhi air parit.
Sang Lembu berasa begitu kekenyangan, dia pun pulang dengan hati yang begitu gembira. Perutnya yang buncit membuat Sang Lembu Sukar untuk berjalan. Setelah pulang Sang Lembu berasa perutnya sakit. Sang Lembu juga mengalami cirit birit yang amat teruk.  Sang Lembu merintih kesakitan.
Selama beberapa hari Sang Lembu tidak kelihatan dirimba. Musim kemarau pun hampir tiba. Sang Seladang mula menangih janjinya kepada Sang Lembu.
“Sang Lembu aku datang kesini untuk menagih janji kau kepada aku. Musim kemarau hampir tiba, aku memerlukan benih padi untuk ditanam.” Tanya Sang Seladang dengan nada yang sederhana rendah.
“Maafkan aku Sang Lembu, aku tidak dapat mengembalikan kesemua benih padimu.” Jawab Sang Lembu dalam ketakutan.”
“Hah. Kenapa kau ni Lembu. Nampaknya kau cuba untuk bermain api dengan aku.” Marah Sang Seladang kepada Sang Lembu.
Sang Lembu hanya duduk diam sahaja dalam keadaan tidak bermaya. Sang Seladang mendesak Sang Lembu untuk menceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku terhadap dirinya. Setelah dipaksa akhirnya Sang Lembu mengalah dan menceritakan hal sebenarnya yang berlaku. Sang Seladang mendengar cerita Sang Lembu dengan dengan hati yang membara kemarahannya. Sang Seladang mengangap Sang Lembu telah ditipu oleh Sang Kerbau. Sang Seladang mengajak Sang Lembu menemui Sang Kerbau  untuk mengambil semula benih padi yang pernah diberikannya.
Apabila sampai sahaja di parit Sang Lembu berasa amat terkejut apabila melihat Sang Kerbau sedang asyik berbual dengan Sang Kambing. Tanpa Sang Kerbau dan Sang Kambing sedari perbualan mereka telah didengari oleh Sang Lembu dan Sang Seladang.
“ Padan muka Sang Lembu tu.  Berlagak  sangat dengan apa yang dia ada. Sekarang dia terima padahnya.” Ucap Sang Kambing sambil ketawa besar.
“ Ya tuan. Mereka tidak tahu bahawa tuanlah yang merancang semua ini. Berkat benih padi yang Sang Lembu berikan, kita telah pun  membuka bendang yang begitu besar disini. Hebat sungguh tuanku ini.” Tambah Sang Kerbau lagi sambil memuji-muji kepintaran Sang Kambing.
Mendengar kata-kata itu Sang Lembu berasa sangat marah kepada Sang Kambing dan Sang Kerbau yang telah berjaya menipunya. Sang Lembu dan Sang Seladang pun keluar dari tempat mereka bersembunyi. Sang Kambing dan Sang Kerbau begitu terkejut melihat kehadiran  Sang Lembu dan Sang Seladang yang secara tiba-tiba.
“Rupanya kau yang merancang  untuk menipu aku Kambing?”. Tanya Sang Lembu kepada Sang Kambing dengan nada yang begitu marah.
“Aku tidak menipu kau. Aku hanya membalas apa yang telah kau berikan kepada aku. Tiada guna jika kau mempunyai bulu yang cantik, mata yang bulat, bulu mata yang lentik, hidung yang bersih  dan ekor yang panjang, tetapi sayang kau  sahaja  yang begitu bodoh untuk membezakan yang mana betul dan yang mana  salah.” Herdik Sang Kambing kepada Sang Lembu.
Sang Lembu terdiam seketika mendengar sindiran yang begitu mendalam yang dilontarkan oleh Sang Kambing terhadap dirinya. Melihat keadaan itu Sang Seladang mencelah dengan berkata untuk mengambil kembali benih padi yang pernah diberikan oleh Sang Lembu kepada Sang Kerbau.
“Maaf Sang Seladang, barang yang diberi tidak boleh diambil kembali, buruk siku itu namanya.”Jawab Sang Kerbau dengan selamba.
“Apa? Mana boleh begitu. Bagaimana aku mahu menghadapi musim kemarau yang bakal tiba” Tanya Sang Seladang dengan nada marah bercampur kesedihan.
Kelihatan Sang Lembu hanya terdiam. Baginya nasibnya kini umpama “nasi sudah menjadi bubur”. Sang Kambing memberi cadangan yang begitu mengejutkan Sang Lembu dan Sang Kambing.
“Memandangkan musim kemarau hampir tiba dan kalian berdua pun memerlukan makanan. Aku mencadang untuk kalian bekerja dengan aku. Sebagai balasan aku akan berikan padi yang sudah menguning kepada kalian.” Cadangan Sang Kambing kepada Sang Lembu dan Sang Seladang.
Mendengar kata-kata Sang Kambing cadangan tersebut mula dipertimbangkan oleh Sang Seladang dan Sang Lembu. Sang Lembu berasa maruahnya bagaikan sudah tiada makna. Demi mendapatkan bekalan makanan untuk musim kemarau, Sang Lembu dan Sang Kerbau bersetuju untuk  bekerja dibendang milik Sang Kambing.
Akhirnya, bermula petang itu Sang Lembu dan Sang Seladang bekerja dibendang milik Sang Kambing. Bagi Lembu nasibnya tak ubah bagai sudah jatuh ditimpa tangga” . Janggut tidak kunjung tumbuh kini badan pula merana. Selepas musim kemarau berakhir, Sang Lembu tidak kelihatan lagi dirimba tersebut. Manakala Sang Seladang yang sudah selesa dengan pekerjaannya  masih bersama-sama Sang Kerbau mengurus bendang milik Sang  Kambing.
–TAMAT-

SANG LEMBU DAN JANGGUT

Tersebutlah kisah  tentang  Sang Lembu disebuah rimba. Sang Lembu merupakan seekor haiwan yang sangat sombong. Sifatnya yang suka menu...