--- Bagaimana Harus Ku Mulakan ---
Assalamualaikum wbt..
Semoga sentiasa di bawah redha n jagaan Allah :)
Salam 13 Syaaban 1433
(Wednesday . 2200pm )
Malam masih lagi muda.. Ku gagahi jari jemariku dan terus menekan butang keyboard satu persatu.. Ye, inilah hobiku.. Hobiku sejak sekolah rendah lg utk menghasilkan cerita ttg hidup insan yg bernama Humaira… Utk previous entry, ramai yg memberi respons utk mengetahui siapakah M.S.I itu... Ramai juga yg nak tahu kesudahannya cerita Humaira', dan ada juga mengaitkan diriku dengan Humaira'... Aku hormati pandangan mereka, terima kasih cuma the 1st reason saya membuat entry ini hanya utk tatapan diri ini dan bersama dan xde kena mengena dengan sesiapa.. Sesiapa yg terasa, saya minta maaf.. :)
Ambil yang baik, dan jadikan yg buruk sempadan...Alhamdulillah entry sebelum ini juga tlh mencapai bilangan readers sebanyak 4 angka. Alhamdulillah2.. Alhamdulillah. DIA lah sebaik2 pujian.. Saya xmengharapkan pujian sesiapa, tp semestinya saya mengharapkan sepenuhnya hanya pd DIA.
Masih banyak isu yg ingin saya ketengahkan seperti isu2 syria, palestin, aurat, sirah2 nabi dan lain2 lagi.. Subhanallah. luasnya ILMU ALLAH… Semakin byk saya membaca, semakin saya sedar n tahu betapa jahilnya saya ttg ilmu… Namun saya juga sayangkan golongan remaja. Saya juga remaja. Yang selalu berada di depan mataku sendiri..Kadang2 saya xsanggup lg melihat maksiat di dpn mata. Xsanggup jua menghadapinya sendiri.. Tapi saya perlu bangkit, kerna saya dan merekalah bakal tonggak pemimpin negara pd masa akn datang.. Mungkin isu ini perlu saya ketengahkan. Nak ubahkan dunia, mmg susah, maka xmustahil jika ia bermula dari kita dahulu..
InsyaALLAH saya akan terus membaca isu2 yg lbh besar supaya bisa dijadikan pedoman hidup saya ini agar tidak terjatuh pada lubang yang sama.. Saya hanya manusia biasa. Seringkali jua terjatuh.. Tapi beruntung la bg mereka yg cepat menyedari lalu bertaubat… Itulah hidayah Allah.. Perlu juga diselarikan dengan taqwa.. Itulah sebaik2 manusia di muka bumi ini..
Bismillahirrahmanirrahim….
------------------------------------------------------------
"Alhamdulillah, mataku bisa lg terbuka.. jantungku pula masih lg bisa berdegup.."
kata Humaira sambil kedua2 tangannya memegang kedua2 kelopak matanya dan menjalar ke dadanya...
"Wahai pemilik nyawaku, terima kasih, xkan aku persiakan hari ni dgn kurniaan nikmatMu.. aamiin,"
tangannya terus menyapu ke muka seiring dengan bacaan doa bangun pagi...
Itulah keluhan Humaira' atau boleh dikatakan sebagai ikrarnya di awal pagi setiap kali membuka mata sambil tersenyum... Tafsir Quran dan buku2 ilmiah miliknya disusun rapi di tepi bantal.. Itulah rutin setiap malam apabila Humaira xdapat melelapkan mata akibat memikirkan masalah yang xputus hadir dalam dirinya.. Namun dia cuba utk menghadapinya dengan cara positif dan bersabar..
Tika menghadapi masalah atau tika bersenang hati, Humaira tetap menjadikan solat istikharah dan witir itu sebagai amalannya sejak setahun lebih yang lalu.. Kadang2 ‘berlubang’ juga kerna hal2 yg xdapat dihalangi.. Dia akui pertama kalinya memang kekok or susah utk istiqamah, lebih2 lg apabila menunaikan semasa mata sudah mahu terpejam.. Tapi itulah syaitan punya kerja, dan alhamdulillah sekarang ttp dia gagahi malah skrg timbul perasaan kekok pula apabila meninggalkan solat itu sebelum tidur.. Itulah kuasa Allah..
Betullah kata bijak pandai,
“Mula2 buat ssuatu itu mmg terpaksa, lepas tu benda yg terpaksa itulah jadi benda yg kita suka lebih2 lg benda itu yg Allah suka :) ”
Fikirannya mula terbayang apakah mimpi yg mengulik tidurnya sebentar td..
"Astagfirullahalazim.., aku xboleh berfikir camni.."
Bagi Humaira, setiap kali selesai solat Istikharah di malam hari sebelum tidur, itulah perkara pertama yg dia fikirkan apabila bangun di pagi hari.. Dia sedar, ibadahnya itu hanya untuk Allah, jawapan hanya dia serahkan pada Allah.. dia xboleh berfikir seolah2 ibadahnya itu hanya tuk mengetahui 1 jawapan pada malam itu jua malah dia tahu kdg2 hanya orang yg soleh / wali Allah sahaja yg berhak mendapat mimpi ‘direct’ dari Allah..
Dia akur sekali lagi.. Biarlah jawapan itu hadir dalam hatinya, sama ada dengan ketenangan atau melalui pandangan matanya sendiri.. Mungkin Allah akan membuka hijab sekali lg.. Dia kembali tersenyum.. Dalam fikirannya masih teringat kurniaan Allah atas jawapan istikharahnya pada masa lampau.. Untuk masalah masa kini, Alhamdulillah dah 2x Allah memberinya petunjuk.. Dia sedar.. Dia perlu sabar… Kerna Allah akan setia bersama org2 yg sabar dan dia yakin suatu hari nanti Allah akn bg jawapan pada dirinya.. Dia harus bersedia menerima ujian lg hebat selepas ini... InsyaAllah :)
Dia harus akur.. Harus menerima.. Dengan lumrah hidup yang disajikan dengan pelbagai ragam manusia.. Harus menerima kekurangan dirinya sendiri.. begitu juga dengan manusia lain.. Allah memang mencipta manusia itu berdosa. Selari dengan suatu hadis riwayat Muslim, dikatakan bahawa sekiranya manusia tidak melakukan dosa, maka Allah akan menggantikan manusia dengan kaum yang lain yang berbuat dosa, lalu beristighfar kepada Allah dan Allah pun mengampuni dosa mereka…
“Ya Allah, sudah terang lagi tersuluh, aku memang manusia berdosa.. Lalu apa perlu aku buat?”
"Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari arah barat, nescaya Allah akan menerima taubatnya". (Hadis riwayat Muslim)
Pintu taubat sentiasa terbuka selagi mana kita masih hidup dan kiamat masih belum tiba. Tidak kira sebesar mana dosa kita dengan Allah, kesemua dosa tersebut akan diampunkan oleh Allah dengan syarat kita telah melakukan sebenar-benar taubat (Taubat Nasuha).
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya) :
Sebelum zaman kamu pernah ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang, lalu dia bertanyakan seseorang yang paling alim pada masa itu. Dia pun ditunjukkan kepada seorang rahib. Dia pun berjumpa rahib tersebut. Kepada rahib tersebut, dia memberitahukan bahawa dia telah membunuh 99 orang, apakah kemungkinan taubatnya masih diterima. Rahib tersebut mengatakan bahawa taubatnya tidak mungkin diterima. Orang itu lalu membunuh pula raib tersebut sehingga genaplah 100 orang yang telah dibunuhnya. Setelah itu dia mencari orang yang paling alim lagi pada zamannya, lalu ditunjukkan kepadanya seorang alim. Ia lalu mengatakan kepada orang alim tersebut bahawa dirinya telah membunuh 100 orang, apakah mungkin jika dia bertaubat, taubatnya akan diterima? Orang alim tersebut menjawab, "Ya, masih diterima. Siapakah yang boleh menghalangi antara seseorang dan taubatnya ?". "Sekarang, pergilah engkau ke kampung ini dan ini, kerana di sana terdapat orang yang beribadah kepada Allah. Beribadahlah kepada Allah bersama mereka. Janganlah engkau kembali ke kampungmu, kerana kampungmu itu kampung yang teruk."
Orang itu pun lalu berangkat. Ketika dia sedang dalam perjalanan, tiba-tiba maut datang menjemputnya. Melihat kejadian itu, bertengkarlah malaikat pembawa rahmat dan malaikat yang bertugas menyeksa. Malaikat rahmat berkata, "Dia datang dalam keadaan sudah bertaubat secara ikhlas kerana Allah". Malaikat azab berkata, "Benar, namun dia belum berbuat kebaikan sama sekali?". Seterusnya, datanglah seorang malaikat lain yang menyerupai dirinya dalam bentuk manusia untuk mengadili pertengkaran mereka.
Malaikat itu berkata, "Kalau begitu, ukurlah akan kamu jarak dari sini ke kampung yang ditinggalkan dan ke kampung yang handak dituju lelaki itu; ke kampung mana yang lebih dekat, bererti dialah yang berhak ke atas orang ini". Kedua-duanya lalu sama-sama mengukur dan ternyata kedudukan orang tersebut lebih dekat pada kampung yang ditujunya. Akhirnya, malaikat rahmat pun membawa orang tersebut. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
-------------------------------------------------
Hari ini.. detik ini, dia juga sedar umurnya hampir menjangkau usia 23 tahun.. Berapa banyak dosakah yang tlh dia lakukan dalam sedar dan tidak sedar? Adakah berat hitungan pahala ibadahku berbanding dosa2 ku? Dalam erti kata lain, dia harus lebih berhati2 dan bersedia berhadapan dengan mehnah hidup yg membuat dirinya semakin matang dalam mengharungi hari2 yg kian mencabar…
“Ya Allah.. aku yakin dan pasti.. dosa2 aku lah yg akan berjaya memintas pahalaku dan semestinya membawaku ku neraka.. pahala ku? berapa kerat sgt yang masih tertinggal? ”
Waktu Subuh ini adalah salah satu waktu yg terbaik juga baginya utk bermuhasabah diri selain 2/3 malam.. Selepas selesai sudah solat Subuh, dia merebahkan punggungnya di tepi katil. Tangan kanannya terus mencapai tafsir Quran yg berwarna merah jambu dan terus dipeluk dan diciumnya beberapa kali.. Selesai sudah mengalunkan kalam Allah itu dengan beberapa helaian, dia terus menyambung utk muhasabah diri..
------------------------------------------------------
Jam di dinding melagukan irama dengan bilangan detik sebanyak 9kali yang menunjukkan waktu sudah pukul 9pagi.. Cepatnya masa berlalu.. Selesai sahaja memberi makanan kepada 4 ekor kucing kesayangannya di halaman rumah, dia terus memasuki rumah dan menjurus ke meja. Berhadapan dengan computer ribanya dia terus menekan 1button untuk memulakan penulisannya.. Rasa tidak sabar untuk memulakan isi hati.. Eh, bukan isi hati, tapi sekadar untuk pengkongsian sesama kita..
Terasa terpanggil untuk berkongsi dengan bacaannya semalam utk semua muslimah di luar sana.. Rasa sayang sesama akhawat begitu juuga dgn ikhwan2 bakal pemimpin negara di luar sana amatlah kuat.. Namun dia malu utk tonjolkan..
“Malu xbertempat betul la aku ini..”
Kepalanya digeleng2kan.. Dia sedar dia xmampu utk berdakwah secara besar-besaran seperti orang lain. Dia xpandai menulis. Xpetah bercakap. Cukuplah penulisan ini sebagai bukti dia sedang berusaha.. Mungkin ini sahaja medium yg bisa membawanya saham di akhirat kelak.. InsyaAllah.. First skali kena la pasang niat Lillahi Taala.. InsyaAllah urusannya slps ini akan dipermudahkan..
Tangannya tangkas menekan butang keyboard sambil menyelak2 buku ilmiah yg di pegangnya… Kalaulah semua manusia rajin membaca, alangkah indahnya.. Semua ilmu manusia akan tahu. Bila diamal, senang dan amanlah dunia.. Tapi dia sedar manusia tidak pernah akan sama. Itulah gunanya majlis2 ilmu, penerbitan2 buku supaya manusia itu sendiri berusaha mencari.. Beza antara darjat manusia juga ialah org yg berilmu dan tidak berilmu…
Lagu Muhasabah Cinta by Edcoustic dipasang.
Earphone terus menusuki kedua2 telinganya...
Jarinya pantas menekan butang2 keyboard...
---------------------------------------------------
PERKONGSIAN BERSAMA – RUMUSAN DRP BUKU2 DAN NOVEL ILMIAH
> Cinta High Class
[ada tambahan sket2 dari diri ini :)
‘saya’ dalam rumusan ini bukanlah diri saya.
Tapi masih belajar dan melatih diri saya menjadi seperti ‘saya’ itu. InsyaAllah :) ]
1. Sebagai insan bergelar muslimah, perlulah kita mempunyai standard diri sendiri. Jika dia sanggup penuhi, kenapa kita xmemberikannya peluang? Apakah standard itu? Rasulullah SAW pernah menyuruh kita menilai AGAMA dan AKHLAK. Kalaulah dia melalaikan saya daripada Allah, dia bukanlah lelaki yg baik yang akan saya cari. Sy tidak akan gadaikan masa depan sendiri. Saya juga xakan terpedaya dgn lelaki yg mengumpan dgn kepandaian, kehebatan, kemahiran, berkomunikasi, kemahiran berdikari dan sebagainya. Malah AKHLAK dan AGAMA itulah perkara pertama yang akan saya terpesona pd diri lelaki itu..
2. Kadang2 apabila datangnya risikan, ia akan membebankan fikiran terutama bila masanya belum tiba. Tapi tidak salah utk meraikan dan meminta masa utk berfikir. Saya tidak mahu terlalu mengikut kata hati sehingga menolak mentah2. Saya ttp menghargai niat mereka yg suci. Apa perlu kita buat? Saya perlu merisik. Itulah waktu yg perlu saya gunakan supaya jawapan yang saya berikan nanti akan menenangkan hati juga. Bertanya kawan2 yang 1 kuliyyah dengannya, kdg2 jwpn yang saya dapat adalah di pertengahan. Ada positive dan ada juga negative. Mereka memberitahu saya, dia suka tenung perempuan lama2, suka call pmpn dengan tiada sebarang urusan malah dengan saya, saya tahu dia hormati saya dan sama sekali tidak pernah menghubungi saya. Tapi belakang saya? Wallahualam. Saya tidak percaya malah saya bertanyakan Allah dengan istikharah. Beberapa kali saya terserempak dengannya , dia sdg berbual2 dgn beberapa org perempuan. Mungkin dia ada urusan. Sy mengintai secara dia tidak sedar. Inilah cara sahabat bernama Jabir mengintai calon isterinya. Ianya suatu syarak utk tujuan bernikah. Namun saya yakin ada lelaki lain yg tinggi mujahadahnya dan gagah menahan syahwatnya drp lelaki ini. Lelaki sebegitu lebih serasi utk saya. Dia akan hadir apabila tepat masanya. InsyaAllah. Sy perlu optimis. Berbaik sangkalah pada Allah.. :)
3. Selain risikan dari kwn2 lelaki itu, saya rasa merisik cara pergaulan mereka di laman social seperti facebook. Kdg2 ianya juga berkesan. Bukan sekadar melihat pada page facebooknya, tp facebook sekarang tidak lagi ‘private’ kerna kdg2 kita dapat membaca dan mengetahui apa yg kita buat.. Saya lebih fokus utk melihat cara dia menjaga pergaulan.. Cara perbualan mereka sama ada wujudkah batasan antara mereka.. Adakah hati si perempuan dan lelaki itu terjaga? Adakah perbualan mereka itu 1 urusan? Pentingkan perbualan antara 2 jantina yg berbeza sehinggakan menimbulkan nafsu n angan2 dalam hati? Nauzubillah, jauhilah seperti ini.. Saya tidak mampu menerima lelaki yg senang tergoda dgn wanita yg belum dinikahinya.. Ye, saya wanita biasa.. tidak seperti Saidatina Aisyah yg pandai mengurus perasaan cemburu.. sering kali mencemburui Nabi ketika menyebut nama isteri kesayangannya, Siti Khadijah. Selain itu, sering juga saya melihat calon risikan saya berbual kosong di laman facebook dgn wanita yg nyata bukan ada urusan yg kukuh. Sekadar bersuka2.. calling2.. Apa perlu saya buat? Sy perlulah berbincang dengan dia dan terus beristikharah.. Dengan masa yg sama, hati saya, saya letakkan tinggi2 hanya utk Allah.. Supaya Allah serahkan hanya pada lelaki yg mampu menjaga dan berusaha utk menahan pergaulan bebas atau ikhtilat seperti diri ini. Sesungguhnya xpernah rugi org yg beristikharah dan bermusyawarah (berbincang). Ye, mmg xrugi saya tinggalkan atau menolak calon risikan saya dengan cara yg baik apabila Allah tlh bukakan hijab sebegini rupa.. :)
4. Wahai muda mudi,dalam urusan jodoh, apapun keputusan buatlah sebagaimana yg dianjurkan syarak dengan jalan istikharah dan berbincang. Andai nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah secara optimis. Ambil langkah yg diizinkan Allah seterusnya iaitu dgn berkhitbah (tunang) dan saling setia pd janji syarak yg dibina. Awas! hindari segala perkara yg menghampiri zina. Bertunang bkn tiket kebebasan. Kdg2 faktor masih tidak mpunyai pekerjaan tetap adalah menjadi pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin mberat apabila hidup dikuasai kebendaan. Apatah lg masyarakat meletakkan ukuran kebendaan dalam menjalani kehidupan. Optimislah! Allah mberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bg pasangan yg pertama kali ingin berkahwin. (Rujuk surah Annur : 32)
Nah..! Allah telah pun memberi jaminan.. Jaminan siapa yg lbh kita patut percayai sebenarnya? Tentu Allah kan? Dialah sebaik2 pemberi jaminan..
Umar AlKhattab pernah berkata yg dikutip dr Al-Qurtubhi: “Sy sgt hairan dan takjub dgn org2 yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah tlh menjaminnya..”
5. Saya cuba memahami kerisauan seorang lelaki. Dia mungkin bersegera utk meluahkan sebagai satu ikhtiar. Manalah tahu kalau2 saya tidak sukakannya, maka dia xperlu menunggu saya. Ataupun kalau2 saya turut sukakannya, maka boleh dipanjangkan kepada komitmen berkeluarga. Di pihaknya, dia mungkin berniat bersih, baik dan jujur. Sy hormati. Tapi di pihak saya, saya tidak boleh menilai berdasarkan ungkapan lafaznya semata2. Saya perlu bijak membaca sendiri tindakannya. Sy perlu mbuat jangkaan terhadap akibat di hadapan. Niat lelaki baik perlu dibuktikan dengan perlakuan yg baik dan serius. Bukannya main2 atau istilah “try n error”.
6. Saya tidak boleh terlalu bendul menyerah hati. Manis katanya belum seiring tentu perilakunya. Saya mesti menjaga diri drp dipermainkan. Saya mesti mempertahankan maruah dan kesucian hati dan fikiran drp dijajah sesiapa pada saat saya belum bersedia.
7. Buat kaum Hawa, yakin dan percayalah kpd tunangmu walau apapun keadaannya pada masa kini, asalkan baik AGAMAnya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar2 kerja, percayalah kpdnya. Jangan risaukan hati si dia dengan terlalu memandang nilai keduniaan. Buat pemuda, rezeki Allah amat luas, jgn dirisaukankan sgt. Tunjukkan kewibawaan dan kematanganmu dengan mencari kerja. Bukan duduk2 saja. Ketika masih bljr pn, masih byk peluang kerja yg boleh diterokai.
8. Jika kerisauan utk bernikah disebabkan factor org tua, berbincanglah dgn mereka penuh hikmah. Hati mereka milik ALLAH, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dlm sekelip mata. Ianya menuntut DOA, KESUNGGUHAN dan KEBERANIAN. Org tua biasanya akan cair jua dgn kebaikan kerana merekalah insan yg paling inginkan kebaikan untuk seorang anak. PERCAYALAH! :)
-----------------------------------------------------------------
Deruan enjin motor posmen mengejutkan kekhusyukan Humaira’ dengan pengkongsian ini. Matanya ligat mencari jam.
“Ya Allah angka sudah beredar pada angka 11.. khusyuk betul aku menaip cerita ini..astagfirullahalazim…”
Cepat2 dia membuka pintu, mengambil surat dan sempat jua dia membelai2 kucingnya yg manja itu. Beginilah Humaira’ apabila berhadapan dengan seekor kucing. Suka berbicara dengan seekor haiwan walaupun hanya dengan beberapa saat.. Tangannya menggeletek kucing dan ada ukiran senyuman di bibir Humaira’…
“Manjanya awk ni…sikit2 miow..sikit2 miow :) ”. Setia betul miow menunggu di depan pintu..
“Bahagianya jika bakal zauj ku setia sebegini.. Ya Allah, sempat lg aku mengelamun..”
Humaira terus bangun lalu meletakkan kembali kucingnya pada tmpt asal dan terus mengunci pintu.. Dia bergegas ke tandas di dalam bilik tidurnya dan mengambil wudhuk utk menunaikan solat sunat Dhuha..
Lirik lagu nasyid solat Dhuha drp kump. UNIC masih lg dalam ingatannya.. Inilah faedahnya bila telinga selalu menadah dengan lagu2 yang manafaat.. Xperlu membuka buku utk mbaca doa solat Dhuha. Segalanya sudah terhafal dengan kekerapan mendengar lirik lagu itu sendiri..
“Kalaulah nikmat mendengar ini aku selalu menadah telinga dengan ayat2 AlQuran, pasti aku dapat menhafal Quran dengan mudah kan?”
hatinya tertanya sambil kepalanya mengangguk tanda setuju dengan persoalannya sendiri.. Mulutnya kembali terkumat kamit membaca doa solat dhuha begitu juga doa2 sampingan..
“Aamin...” tangannya diraupkan ke muka... Hatinya masih dahaga ingin berkongsi. Selesai sahaja persiapkan diri, Humaira’ terus kembali ke meja computer ribanya. Bismillah…
----------------------------------------------------
9. Saya sayangkan kaum wanita dan kaum lelaki.apa lagi saya perlu bantu? Saya ingin memberi mesej kpd kaum lelaki bahawa betapa ramai wanita mengimpikan mereka menjadi lelaki yg SEJATI, TAKUT kpd Allah. Pilihlah cinta yg diredhai, bukan mengurat sesuka hati. Bukan dengan bertopengkan 'akhlak yg baik' hanya di hadapan perempuan yg anda suka tapi di belakangnya? Nauzubillah... Allah Maha Melihat, Allah akan tunjuk akhirnya kpd pmpn itu. Kerna Allah akan pelihara orang yg bermujahadah. Tinggi nilainya.. Saya juga ingin memberi mesej kpd wanita, betapa ramai lelaki TIDAK KERUAN dengan PESONAnya. Maka, bantulah lelaki dgn TIDAK MELAYAN kecuali ats dasar urusan. Urusan? Berfikirlah apakah urusan itu betul2 penting? Allah sudah memberi kita akal. Berfikirlah adakah itu adalah urusan yg penting? Jika tidak, berhenti. Jika itu urusan dunia n akhirat, silakan..
10. Dengan memulakan urusan itu, perlulah jua bersedia dan berfikir panjang bagaimanakah pengakhirannya nnt.. Jika saya layan dia, pasti dia xkan henti2 mengangguku.. Lebih baik saya bterus terang yg saya xberminat utk berurusan dengannya.. Jika saya layan? Pasti saya akan terjebak dan semestinya sudah menghampiri zina.. Rasanya semua orang telah tahu hal ini, tapi sekadar pd bacaan. Knp tak amalkan sekali? Jom kita try.. InsyaAllah pasti mujarab dan 1 perasaan yg pasti hanya org tertentu sahaja merasai dek usahanya melawan nafsunya sendiri. Hati ini juga perlu diuruskan dengan baik dan diserahkan hanya pada yg layak sahaja. Supaya hati ini sentiasa tenang. Bukannya dengan perasaan tidak keruan dan gelisah.
11. Andai wanita mudah menghantar isyarat bahawa dirinya boleh diperlalukan sesuka hati, maka yg bergembira cumalah nafsu lelaki bukan imannya. Peperangan akan terus meletus antara nafsu dan iman. Tanpa syarat, tanpa batasan, lelaki akan melihat dirinya diberi peluang utk mpermainkan. Rancangan syaitan peringkat global memang suka menghias wanita. Ia menusuk tipu muslihat agar wanita terus menggoda. Dgn cara ini, syaitan lbh mudah melumpuhkan iman lelaki, mghampiri zina dan menjauhi nikah. beginilah kecelaruan moral yg berlaku di barat.
12. Semakin byk yg dirasa sebelum nikah. Semakin hambar nnt alam pernikahan. Pay now, play later. Jom cegah sekarang sebelum terlambat. Buat yg sudah menikah, bertaubatlah..
13. Jika saya hendak bernikah nanti, saya akan contohi Siti Khadijah. iaitu menggunakan khidmat org tgh yg lebih terjaga. semestinya org tgh itu mestilah jujur dan amanah supaya amanah itu sama apa yg ingin kita sampaikan.
14. Senaraikan criteria lelaki idaman dan cara pertunangan yg saya impikan… Supaya kita sentiasa beringat dan tidak terus leka apabila hadir seorang lelaki yg bertopengkan kata2 manis, rupaparas, beragama tapi akhlaknya tidak dan sama waktu dengannya.. Dengan helaian criteria saya ini, serba sedikit saya akan sedar bahawa ciri2 lelaki idaman saya mestilah HIGH CLASS di mata Allah.. :) Jom sama2 kita senarai mulai skrg..
---------------------------------------------------------------
CRITERIA LELAKI IDAMAN
Ø BERAGAMA DAN BERAKHLAK BAIK - MAIN criteria. Menjadi kayu ukur buatlah apa yg Allah suruh. Tinggal apa yg Allah larang. Menghormati dan meraikan orang lain. Sama mempunyai cita2 utk berdakwah pada jalan Allah tidak kiranya hanya sekecilmana pun usaha dakwah itu. Bila dilakukan bersama dgn cara yg halal, insyaAllah nilai usaha itu akan menjadi besar.. :)
Lelaki yg tidak LUPA DIRI bila di ambang kejayaan dengan pelajaran atau pekerjaan dan kemewahan dunia..
[kerna ramai kawan saya terkena sebegini jadi saya memasukkan skali sekadar berhati2]
Ø CARA PERGAULAN – PENTING amat bagi saya. Menjaga warak. Berhubung ats dasar urusan. Jika di luar batas urusan, cuba elakkan. SMS / Facebook menjadi medium pilihan jika ada urusan (meraikan personality sy yg pemalu dlm soal ini). Elakkan telefon kerana 2 sebab :
- saya hanya ingin teruja akan suaranya pd hari akad nikah :) sweetkan..?
- suara tunang mudah menaikkan syahwat (kecuali urusan benar2 terdesak)
- Elakkan pacaran berdua2 an.
- Melibatkan keluarga dan insan yg amanah dlm apa jua perjumpaan jika perlu.
- menjaga aurat baik pmpn mahupun lelaki.
- tiada sentuhan fizikal.
- tiada suara menggoda, suara merayu dan seumpamanya.
Ø KOMITMEN PERTUNANGAN – berahsia dan tidak terbuka (jika xjadi malu). Para ulama ramai berpesan jgn hebahkan pertunangan secara awam. Minimumkan komunikasi. Fokus pd perkara penting dan jgn lupa ZIARAH keluarga dari pihak sebelah lelaki ke rumah pihak sebelah perempuan. Elakkan dahulu ziarah keluarga perempuan ke rumah pihak sebelah lelaki bg menghindari FITNAH masyarakat.
Ø JAMINAN KEWANGAN – seboleh2 nya, dia dapat memberi nafkah tidak kira masih belajar atau sudah bekerja. Jika masih bljr, boleh menggunakan cara kreatif utk mencari pendapatan sendiri. Hidup cara bersederhana plg selamat.
Ø RESTU KELUARGA : Kedua2 pihak. Tidak melanggar undang2 dan adat yg selari dgn syariat. Tidak akan melayan andai diajak bernikah paksa atau di Siam dan sebagainya.
Ø BUKAN SUAMI ORG - Tidak mahu duda. Tidak mahu lelaki yg sentiasa dan terbiasa bergaul dengan perempuan dengan urusan yg tidak penting.
Hanya inilah ASAS yg saya pegang utk menyenaraikan criteria ini.. 2 criteria yg di atas skali adalah yg terpenting. Untuk criteria yg lebih mendalam, mungkin saya akan nyatakan utk proses taaruf yg sebetul2nya dgn bakal zauj sy nnt..
-----------------------------------------------------------
15. Saya tidak menyandar pada firasat hati 100%. Criteria berakhlak dan beragama pada dirinya masih tidak terjejas di mata saya. Justeru saya masih member peluang kpd hati saya utk menilai. ALLAH tahu kdg2 saya kurang percaya kpd lelaki yg mghantar terus SMS kpd saya. bukan kerana mghantar SMS itu haram, bukan xpercaya kpd kesolehannya. Menghantar SMS hanya harus kpd batasan ssuatu urusan. Namun kdg2 saya kurang percaya dia mampu menjadi suami sesetia Rasulullah kpd Khadijah. Tapi saya juga xpernah mengharapkan pemuda sehebat Nabi kerna saya juga xsemulia Khadijah.
16. Kalau dia berani SMS saya sekarang, sudah berkahwin nanti, xmustahil dia berani SMS gadis lain pula. kita mmg dilarang bersangka2. Namun dalam aspek menilai peribadi seseorang ats urusan tertentu, kita haruslah berhati2 dan bijak membaca sebarang keberangkalian. OPTIMIS menyediakan insurans masa depan. Itu baru SMS. Kalau call tanpa urusan? Jangan terkejut dia juga mungkin pernah call org lain di belakang saya.
17. Sehebat, sekacak dan sekaya mana pun lelaki datang, jika berpotensi utk tidak setia, saya tidak akan menerimanya. Dia mungkin jauh lbh baik daripada saya. Boleh jd sy tidak layak utknya mbuatkan hati ini berat utk menerimanya. Pemuda soleh dia lebih patut menemui bidadari selayaknya.
18. Habis sahaja ijazah, saya baru berusia 23 tahun. Masih lg muda. Mana lebih high class, kahwin muda tanpa persiapan ROHANI, MENTAL, FIZIKAL, dan MATERIAL? Atau kahwin muda dengan persiapan itu semua? Saya ingin menjadi isteri yg solehah, ibu yg mementingkan agama utk anak2 saya nanti. Alhamdulillah, sekurang2 nya skrg saya tgh berusaha utk mengkhatam buku2 ilmiah berkaitan dengan akidah, tanggungjawab dan persiapan.
19. Jika yang datang itu sudah cukup 2 criteria yg saya nak, InsyaAllah saya sanggup bertunang dengannya sekarang juga. Criterianya ialah AGAMA dan AKHLAK. Selain dia menjaga yang wajib, saya juga perlu menilai melalui PERGAULANNYA.. Cara dia tawarkan CINTA. Hanya lelaki begini yg mampu SETIA. Kedua, ibubapa saya mestilah merestui. Maka, hendaklah dia minta dengan ibubapa saya terus.
Muliakan waliku..
Saya xperlu risau jika xada lelaki sebegini masih wujud, kerna Allah ada, Allah tahu apa yg saya mahu di samping itu saya juga tgh berusaha mencari.. Jika saya tgh menjaga hati, saya pasti dia pn skrg tgh menjaga hati... Saya xperlu risau. Yakinlah janji Allah. Perempuan yg baik utk lelaki yg baik dan sebaliknya.
20. Saya juga tidak akan mudah percaya kpd akhlak si lelaki selagi saya belum merisiknya dengan berhati2. saya bukan malaikat. Saya cuma mahukan lelaki soleh yg mampu setia. Menepati kayu ukur saya. ia penting bg saya. Biarpun mungkin kurang bg org lain, ia amatlah berkait rapat dengan AKHIRAT saya.
21. Tanpa perlu berpacaran, saya boleh mengenali dia. Risiklah jawapannya. Saya bukan mencari keaiban tapi mencari keserasian. Saya lebih percaya kpd lelaki yg menjaga batas pergaulannya. ini antara lambang sifat malunya kpd Allah. Lambang iman. ia menjadi antara kayu ukur saya menilai agama dan akhlaknya. dan berpotensi juga utk setia. Jika sekarang dia sudah menunjukkan cara pergaulan bebas bersama pmpn lain, saya tidak teragak2 utk menolakknya dgn cara baik.
Sabda Rasulullah SAW : “Iman dan malu saling berpasangan. Apabila salah satunya hilang, maka yg lain turut hilang” (Riwayat Al Hakim)
22. Islam mengajar umatnya menerima ujian. Namun Islam tidak mengajar umatnya sengaja meminta2 ujian yg lbh besar. Bimbang jika gagal dilalui, bakal mengheret ke neraka.
23. Ramai wanita nak pilih lelaki soleh. katanya, boleh bantu mereka berubah setelah bernikah. realitinya, jika wanita tak mensolehahkan diri mereka dari sekarang, apa jadi? besar kemungkinan dia tidak dipilih oleh lelaki soleh sebagai isteri. sebabnya Rasulullah mengajar LELAKI SOLEH agar memilih yg BERAGAMA. Tiada jalan paling cpt dan terbukti berkesan utk memilih pasangan soleh melainkan menjadi solehah terlebih dahulu. Mengimpikan pasangan soleh menjelma tiba2, sedangkan diri seronok dengan dosa, ibarat kucing berjanggut. Oleh sebab itulah cara yg tbaik utk berubah ialah menambah ilmu dalam proses pendidikan (tarbiah) tersusun seperti menzalimi kelas pengajian. Bukannya mengharapkan perkahwinan akan mengubah diri kita. Ya! ia berpotensi menjadikan diri kita lebih baik tapi ia bkn priority ejen perubahan.
(Rujuk surah AnNur :26)
24. Bukan itu sahaja, perlunya seorang wanita mensolehkan diri kita sebelum bernikah agar isteri juga dpt menasihati dan membetulkan suami. Bukan berharap ditegur oleh suami semata2. kaum lelaki dan pmpn sbnarnya saling mbantu antara satu sama lain, menuju kesolehah. Barulah high class. :)
25. Suami adalah nakhoda. Selagi saya mampu pilih, saya akan pilih. Lainlah kalau saya tiada pilihan. Saya tidak mahu memilih org yg memandu bahteranya di jalan leka dan murka. jelas dan lanjut kata saidatina Aisyah,
Sabda baginda : “Pilihlah tmpt tumpahnya benihmu tmpt yg baik” (sunan al Dar Qatni).
26. Kita memang disuruh memilih. tapi jgn terlampau memilih. Tapi melampaukah saya jika saya masih bermujahadah melawan nafsu tatkala istikharah dan perbincangan saya belum mberi restu? Diuji belum berpunya tak mengapa, tp bt perkara yg Allah marah, ia yg mbawa susah.
27. Saya teringat pesanan Al Banna :
Walaupun seorang lelaki atau wanita mendampingi pasangannya 20 tahun sekalipun tetap tidak akan mengenalinya. Ini kerana ia akan cuba menyembunyikan keaiban (zahir n batin). Selepas berkahwin, barulah keaiban tersembunyi itu akn terserlah ( Hasid Al Sulasa’).
28. Nah! Tempoh ‘berkawan’ itu hanya membazir masa. Jika ingin kenal, ada tempuh merisik dan bertunang. Itu pun ada peraturan. Sebab dia ttp bukan mahram. Tidak boleh lalai berdua-duaan. Perlu libatkan orang ketiga yg berwibawa.
29. Demi percayakan pandangan mata, ramai yg buta memilih pasangan. Tidak memilih ats dasar agama . Sedangkan agama Allah lah penyelamat segala2 nya. Tidak salah memilih yg ada rupa, tapi baikkah agamanya?
30. Saya tidak mahu menjadi isteri curang. Saya juga tidak mahu mempunyai suami yg curang. Maka, apa yg boleh saya usahakan untuk mengelakkan sesuatu? Saya ada 2 pilihan, pertama berdoa dan berserah sahaja. Kedua, tutup punca2 keretakan rumah tangga sejak sebelum bernikah. Berdoa tidak lupa, Pelihara diri drp menghampiri zina. Tidak memilih lelaki yg berani menghampiri jalan2 zina.
31. Sy juga ingin mengenali lelaki yg bakal saya nikahi sebagai seorang yg memelihara diri daripada pergaulan bebas antara perempuan. Oleh itu, saya juga perlulah bermula utk menjaga diri. Jadilah mawar yg menhunus duri pd siapa sahaja lelaki yg mengajakmu menghampiri zina. Barulah senang saya menyuburkan rasa cinta dan percaya kpdnya selepas nikah nanti.
“Ya Allah, engkaulah yg Maha Mendengar. Peliharalah kesucian bakal suamiku. Bukan sahaja daripada berzina, bahkan jalan2 yang menghampirinya. Jauhkan diriku daripada lelaki yg pergaulannya yg tidak terjaga. Moga aku dan dia istiqamah dan tsabat dalam muhajadah ini…"
32. Sekiranya saya menjadi isteri, saya mahu menikmati kehidupan yg tenang (sakinah). Biarlah tiada rumah besar, kereta mewah atau perabut canggih, asalkan HATI BAHAGIA DAN TENANG. Itu yg paling utama. Jika ada, Alhamdulillah itu bonus bagi saya.
33. Saya tidak didera azab cemburu. Bahkan tidak membenarkan rasa cemburu dan tidak percaya menyusup masuk ke dalam hati dengan mengelakkan punca2nya. Itulah pembunuh ceria. Saya mahu menghargai pasangan setulusnya. Saya mahukan perasaan saya dihormati. Biar sama2 SETIA, bagaimana? :)
----------------------------------------------------
Jam menunjukkan detik 12malam. Keadaan malam ini seperti malam2 sebelumnya. Tenang. Aman. Humaira cepat2 mengemaskan mejanya. Insya ALLAH jika diberikan masa, ingin sahaja dia menyambung artikel ini.. Senyuman terus terukir, namun dia tahu dalam hatinya masih belum ‘puas’ utk menamatkan artikel ini. Ingin sahaja dia menyambung hingga ke hari esok.
Humaira terus menekan butang enter sebagai perenggan yg terakhir sebagai konklusi.
-------------------------------------------------------
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya, bagaikan electron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan. Bukti saling memerlukan ini menjadi LUAR BIASA dan HIGH CLASS jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami dan isteri. bukan teman wanita atau teman lelaki.
KENAPA IAIYA CINTA HIGH CLASS?
- Itu tanda patuhi ALLAH
- Itu tanda jauhi FITNAH
- Itu tanda sebuah MUJAHADAH
BAGAIMANA CINTA HIGH CLASS?
- Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh lebih luar biasa dan inilah baru cinta high class. Jika belum bernikah, cinta menjadi high class apabila si teruna dan si dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan. Jika diluar batasan, mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu apa yg tenang dlm hati dan dosa itu apa yg was2 dan syak dalam hati.
Saya xkisah dilabel perempuan sombong bila lelaki dtg mengusik di mana2 sahaja facebook / luar..
Sombong saya bertempat...
Saya buat smua kerna Allah. Saya takut lagha nnt.
Saya juga tahu Allah sntiasa bersama saya.
Saya mahukan cinta high class bersama zauj saya nanti.
Jika saya kecundang menjaga hati dengan melayani mereka,
pasti skrg sy sudah xberada di sini utk sama2 saya berkongsi perkongsian ini..
Nikmatilah indahnya saat menahan, seperti saat berbuka puasa… Dan apabila waktu berbuka, indahnya menikmati rezeki makanan daripada Allah. Begitu juga dengan saat menahan nafsu, apabila halal, penuh keterujaan, InsyaAllah :)
“Jodohku, aku cuma tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku Cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Aku ku simpankan perasaan aneh ini. Akan ku luahkan utkmu setelah akad menghalalkan kita :) ”
---------------------------------------------------------------------
“Alhamdulillah..,” Humaira berkata sendirian. Butang save ditekannya beberapa kali.
Lagu nasyid Dalam Sujud Cintaku by HAlim Devotees dan Taubat seorang Hamba by Hafiz Hamidun feat Irsyadee yang xputus diulang2 terus dipadamnya.
Earphone diletakkan di tepi komputer ribanya.
Dia terus menutup laptopnya dan segera menunaikan solat Zuhur. Alhamdulillah, hari ni masih kesempatan untuk berpuasa. Bersyukur dikurniakan kesihatan yg baik. Ada juga masa utk mengadap Sang Pencipta…
Selepas sahaja solat dan membaca kalam Allah, direbahkan badannya di atas katil. Alhamdulillah serba sedikit artikelnya td menjawab persoalan dan masalah yg melanda dirinya. Terasa sedikit kekuatan yg Allah pinjamkan kpdnya. Untungnya mencari ilmu. Dalam keadaan tidak sedar, ia mampu menjadi terapi diri.. :)
“Terima kasih Ya Allah kerna bg aku petunjuk aku ttg dia..
Aku perlu membuat keputusan supaya aku kembali tenang...
Engkau perlu kuat, Humaira! InsyaAllah”
Matanya terpejam…
rohnya melayang. Hanya jasad yg tinggal di katil itu…
Keadaan kembali sunyi….
----------------------------------------------------------------------------------------
Wallahualam..
Semua yang baik dtg dari Allah dan kelemahan pastinya datang diri ini.. :)
Lihatlah diri kita dan mereka pada hari ini, bukan semalam.
kerna manusia ini cepat berubah..
Mungkin semalam kita melihatnya dengan pandangan hina.
Namun xmustahil hari ini mereka di pandang mulia oleh Allah malah lebih mulia daripada kita.
Mungkin awak, awak dan awak lebih mulia dari saya..
Husnuzon.. :)
Jom perbaiki agama, akhlak, pergaulan, iman dan amal kita.. ^^,
Buat awak, jom sama2 lah kita menjaga...
Tidak lupa juga utk para akhawat yg saya sayangi..
Jom tutup aurat mengikut syariat Islam sebelum terlambat.. :)
I LOVE U ALL LILLAHI TA'ALA..
Salam Nisfu Syaaban utk semua umat ISLAM
Mohon salah silap atas kekurangan diri ini.. :)
Doakan sama2 agar kita berjaya dan selamat di dunia dan akhirat..
Jom sama2 bermujadah awak tu.. ^^,
Aamin ya rabb sama2 :)
Diari | 13 Syaaban - 14 Syaaban 1433
| 2.20am