Sunday 16 October 2011

Membaca Budaya Bangsa Berjaya

CONTOH ESEI - Laporan: Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun


Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun  

           Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Merapoh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. 30 orang ahli persatuan terlibat dalam rombongan tersebut termasuk 3 orang guru pengiring.

           Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para pelajar.

          Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang itu.

           Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang ini memakai pakaian seragam yang berwarna hijau. Mereka juga memakai sarung tangan ketika bekerja. Ramai juga pelajar yang menyoal mereka untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan mereka melayan pertanyaan para pelajar itu dengan baik walaupun sedang bekerja.  
  
Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pambungkusan sabun. Di situ terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, kami diberi sedikit jamuan ringan di kantin kilang itu.

              Para Peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku sabun setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah menyampai cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mereka mendapat banyak pengetahuan dan melihat sendiri cara-cara membuat sabun.

Laporan disediakan oleh,                                                                                               25 Januari 2010
                                                                                        
..................................................
(Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi)
Setiausaha,
Persatuan kemahiran Hidup

Pengajaran Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu.
Matlamat
Matlamat kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang diajarkan kepada muird-murid adalah untuk melengkapkan mereka dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, berinteraksi dan mengendalikan urusan harian
Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSR, murid-murid anda sepatutnya dapat:-
1. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi forma.
2. Bertutur dan menyebut perkataan secara petah serta berintonasi dalampelbagai situasi.
3. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.
4. 
Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai serta berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis
5. 
Memupuk minat membaca satu amalan kea rah membina budaya pembelajaran berterusan
6. 
Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayan nilai murni
melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.
7. 
Mengenali dan menghasilkan pelbagai penulisan jenis kreatif dan berunsur
pengetahuan, menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dan betul;
8.
menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang
betul dalam aktiviti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;
9.
 Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur
ilmu; dan
10. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan
cinta akan negara.