Belantik (Orion)

Secara kasarnya, belantik terdiri daripada tujuh biji bintang utama yang lebih terang daripada bintang lain di sekitarnya. Empat daripadanya membentuk segiempat tepat manakala tiga lagi terletak sederet melintang di tengah-tengah segiempat tepat itu. Berdasarkan bentuknya itu, orang Melayu di Nusantara menamainya Belantik iaitu sejenis alat perangkap binatang, misalnya perangkap tikus. Tiga bintang sederet itu dipanggil oleh orang Melayu sebagai Bintang Tiga Beradik.
Belantik boleh dilihat di langit malam dari bulan Disember hingga Mac. Buruj ini mudah dikenali kerana ia mempunyai tiga bintang berderetan di tengah-tengahnya.


Buruj Belantik dilihat di hemisfera utara