Wasilah Menghampirkan diri Kepada Allah Swt Dan Mencapai cinta-nya




Hadith :



Daripada Abu Hurairah r.a katanya :

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman :

“Sesiapa yang memusuhi wali-wali-Ku

sesungguhnya Aku mengisytiharkan

perang ke atasnya.

Dan tidaklah seseorang hamba itu

menghampirkan diri kepada-Ku

dengan sesuatu yang lebih Ku cintai melainkan

dengan apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya,

berterusanlah hamba-Ku mendekatkan dirinya

kepada mu dengan mengerjakan (amalan-amalan)

nawafil hinggalah Aku mencintainya.

Apabila Aku mencintainya

Aku akan menjadi pendengarannya

yang dengannya ia mendengar,

Aku adalah penglihatannya yang dengannya

ia melihat dan tangannya yang dengannya

ia memegang dan kakinya yang dengannya

ia berjalan. Dan jika ia meminta dari-Ku,

Aku akan mengurniakannya dan

jika ia memohon perlindungan dengan-Ku,

Aku akan melindunginya.”





(Al-Bukhari)


Huraian


1) Wali adalah hamba-hamba Allah yang ikhlas
dalam melaksanakan perintah Allah SWT
semata-mata kerana Allah SWT.
Ini tersebut dalam firman Allah SWT
yang bermaksud:



“Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu
tidak ada kekhuatiran terhadap mereka
dan tidak pula mereka bersedih hati.
Iaitu orang-orang yang beriman
dan mereka selalu bertaqwa.
Bagi mereka berita gembira
di dalam kehidupan di dunia
dan dalam kehidupan di akhirat.
Tidak ada perubahan
bagi kalimah-kalimah (janji-janji) Allah.
Yang demikian itu
adalah kemenangan
yang besar.”

(Yunus: 62-64)




2) Apabila hati penuh dengan kebesaran Allah SWT
maka dihapuskan apa yang selain darinya.
Dia tidak akan berbicara melainkan
dengan zikir kepada Allah,
tidak mendengar melainkan tentang Allah SWT,
tidak melihat melainkan tanda-tanda
kebesaran Allah SWT.




3) Setiap orang yang menyakiti wali Allah,
contohnya seorang yang fasik memusuhi wali
disebabkan sentiasa menegahnya
daripada melakukan kejahatan dan maksiat,
maka Allah SWT akan memusuhinya.
Ini disebabkan seorang wali merupakan
mereka yang benar-benar mencintai Allah
dan sentiasa menghampirkan diri pada-Nya
maka sebagai balasannya Allah akan
memeliharanya dan mengawasinya daripada
segala ancaman yang tidak baik
kerana ia seolah-olah telah
menyakiti Allah juga.




4) Amalan-amalan yang paling dicintai
oleh Allah SWT ialah
mengerjakan perintah-perintahnya
dan menjauhi larangannya serta banyak
mengerjakan amalan-amalan sunat dan kebajikan.
Antara doa yang selalu dibaca oleh wali
untuk menjadikan diri kita dekat kepada Allah
ialah sebagaimana doa Rasulullah SAW yang bermaksud:




” Ya Allah,

jadikanlah cahaya di dalam hati ku,

cahaya di dalam penglihatan ku

dan

cahaya di dalam pendengaran ku.”





Sesungguhnya doa seorang wali adalah mustajab.




5) Golongan wali-wali yang paling utama
di sisi Allah SWT ialah
para Nabi dan Rasul yang maksum
disusuli pula oleh para sahabat
dan mereka yang datang selepasnya.






Hit: 9 Laman Asal