Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Tuesday, November 27, 2012

Al-Mukminah As-Solehah

Salam Sejahtera Para Pembaca yang Budiman

Kali ini buku yang ku baca adalah tentang  perbezaan antara Muslimah dan Wanita Bebas,
Wanita dan Lelaki Saling Memerlukan, Kebahagian bagi Anak Adam , Tugas Muslimah dalam Pembentukan Ummah dan juga Contoh Muslimah Abad 20.  Kesemua cerita ini terdapat dalam buku kecil yang kutemui  tersorok dalam timbunan buku-buku lama-lama di rumah sewaku.

Pada tajuk Wanita dan Lelaki Saling Memerlukan ada dirujuk dengan sepotong ayat Al-Quran iaitu:

"Wahai Manusia Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia(iaitu Nabi Adam AS) dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan namaNya kamu saling meminta antara satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu"   
S.An Nissa 4:1




No comments: