MAJLIS PERSARAAN TN. HJ. ZAINAL ABIDIN

Posted by Pusat Sumber SKPB | 10:13 PM | | 0 comments »







Majlis persaraan Tn.Hj. Zainal Abidin b Satar telah diadakan di Dewan Arena Square Pengkalan Baharu pada 11.3.2010. Majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi di Dataran Ilmu SK Pengkalan Baharu. Seterusnya, semua guru dan murid mengiringi Tn. Hj. Zainal Abidin b Satar ke dewan Arena Square dengan menaiki kereta berhias.
Di dewan, pelbagai acara berlangsung seperti persembahan murid, persembahan guru, penyampaian hadiah dan ucapan daripada Tn. Hj. Zainal Abidin kepada semua guru dan murid SKPB.

Yang patah kan tumbuh. Yang hilang kan berganti. Namun, yang datang tak mungkin kan sama. Buat Tn. Hj. Zainal, jasamu tetap dalam ingatan kerana engkau seorang guru yang suka membantu, dengan penuh keikhlasan tanpa mengira siapa. Semoga segala jasa yang kau taburkan akan dibalas oleh Yang Esa. Dengan kebaikan, ketenangan, kebahagiaan dan segala yang terbaik untuk mu. Insya Allah......

0 comments

Post a Comment