Khamis, 22 November 2012

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2012 NEGERI KELANTAN



TAHNIAH DATUK JOSEPH SALANG GANDUM



Tahniah! Datuk Joseph Salang Gandum,


Sukacita disampaikan ucapan setinggi-tinggi Tahniah dari warga Kraftangan Malaysia kepada YB Dato’ Joseph Salang anak Gandum yang telah dianugerahkan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) dan membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak pada 8 September 2012.


INFOYB Datuk Joseph Salang anak Gandum ialah Timbalan Menteri ( I ), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. 

Rabu, 21 November 2012

API MISTERI BAKAR RUMAH PUSAKA

Takziah kepada seorang penenun dari Kampung Pulau Keladi, Pekan Pahang, Puan Umi Suraya Abdul Hamid. Rumah pusaka yang berusia lebih 100 tahun yang diduduki beliau dan keluarga hangus dijilat api pada 16 November 2012 (Jumaat) yang lalu. Semoga beliau tabah menerima ujian dariNya.

Keratan akhbar untuk berita penuh :



Selasa, 20 November 2012

PROMOSI KRAF MALAYSIA DI SENAWANG


SEREMBAN, 21 NOVEMBER 2012Kraftangan Malaysia melalui cawangannya di Negeri Sembilan mengadakan Promosi Kraf Malaysia pada 21 – 25 November 2012 bermula jam 9.30 pagi – 10.30 malam bertempat di Pasar Raya Besar Giant Senawang, Negeri Sembilan.

Promosi ini diadakan dengan tujuan memberi peluang kepada usahawan kraf menempat dan memasarkan produk kraf kepada masyarakat. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memperluaskan pasaran kepada pengunjung di pasar raya besar seperti Giant. Promosi di Giant Senawang ini merupakan kerjasama julung kali diadakan oleh Kraftangan Malaysia di Negeri Sembilan.

Pelbagai acara menarik diadakan antaranya Jualan Kraf yang mengetengahkan 14 orang usahawan dalam bidang Tekstil ( Batik ), Hasil Rimba ( Rotan ), Seramik, Logam ( Piuter ) dan Aneka Kraf ( Songkok, Manik ), Interaktif Kraf ( Anyaman Bakul Rotan, Mewarna Bekas Seramik & Bekas Pensil Buluh ) dan Pertandingan Kraf ( Ikat Pareo Batik & Batik Sarung) .

Menurut Encik Mohamad Ali bin Haji Mad Jais, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan berkata, pihaknya mensasarkan kutipan nilai jualan yang tinggi memandangkan ketika ini musium cuti sekolah dan para keluarga mengambil peluang ini membeli-belah bersama keluarga di lokasi popular seperti Pasar Raya Besar Giant.

Untuk maklumat lanjut mengenai Promosi Kraf Malaysia di Pasar Raya Besar Giant Senawang, Negeri Sembilan hubungi :

KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KOMPLEKS KRAF NEGERI SEMBILAN
JALAN DATO’ ABDUL KADIR
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
TEL : 06 – 767 1388   

/ Atau
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
JALAN CONLAY 50450 KUALA LUMPUR
TEL : 03 – 2161 3793 / www.kraftangan.gov.my

MAHA INTERNATIONAL 2012


Kraftangan Malaysia akan menyertai MAHA International 2012 anjuran Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia pada 23 November hingga 2 Disember 2012 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, Malaysia. Selain Pameran Inovasi,  Kraftangan Malaysia turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik serta jualan barangan kraf tempatan untuk memeriahkan lagi program ini. Semua dijemput hadir dan membeli barangan buatan kraf tempatan serta memeriahkan lagi MAHA International 2012 ini.   

Selasa, 6 November 2012

KULIYAH FISSAMA


KONSERT WARISAN

Fakulti Muzik ASWARA akan mengadakan sebuah persembahan “KONSERT WARISAN SEMPENA PROMOSI KRAF INSPIRASI ALAM” yang melibatkan semua genre muzik dibawah Modul Tradisional, menggambil bahagian merangkumi:- 

  • Muzik Gamelan                                                         
  • Muzik Ghazal
  • Muzik Cak Lempong                
  • Pergendangan Melayu
  •  Muzik Melayu Asli                                           
  • Muzik Paluan Kelantan
  • Muzik Keroncong

Disamping itu artis veteran seperti Mariam Ahmad, AR Ismail dan pensyarah sambilan Sabiha dan Nurehan, akan dijemput menyertai bersama dalam konsert ini. 


Konsert Warisan Sempena Promosi Kraf Inspirasi Alam ini akan diadakan pada 10 November 2012(Sabtu) bermula jam 4.00 hingga 6.00 petang di Panggung Sari, Bangunan Seri Utama, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Orang ramai dijemput hadir dan masuk adalah percuma.