TasbihMu unTukku..

Tuesday 9 July 2013

::: Ceritera Ramadhan :::

Bismillah~
Assalamualaikum w.b.t..

Syukur alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi peluang dan ruang kepada kita untuk sampai kepada bulan yang penuh barakah, bulan keampunan, bulan yang padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Ya, bulan kita !! bulan Ramadhan..

Abu Hurairah r.a., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari. (Shahih Muslim No.1808)

Hari ni 1 Ramadhan, malam tadi dah pun selesai malam pertama solat sunat terawih. Bila bercakap pasal ramadhan, terimbau kenangan lalu, pada ketika menyambut bulan ramadhan, waktu kecik-kecik dulu, alahai liatnya nak puasa. Lagi-lagi bila part nak bangun sahur, mulalah drama 30 minit. Bila tiba bulan barakah ni, pasti dan mesti akan teringat benda-benda ni :

1. Sekitar umur sekolah rendah (tak ingat darjah berapa), selalu pergi masjid kat rumah dengan nenek. Solat terawih la katakan. Selalu pergi dengan kakak sekali. Sama-sama kami 'kecil' lagi time tu. Kalau kat dalam masjid tu, orang tua-tua selalu suruh kami yang kecik-kecik ni solat kat saf belakang sekali. Dalam fikiran mereka kami ni akan main-main ketika solat, buat bising, selalu gerak-gerak. Betul ke ? Apa larr... Tapi kan, ada betulnya jugak, hihi. Saya dengan kakak selalu tolak-tolak time orang tengah solat tu, solat menyandar la, tengok muka orang solat kat sebelah la, gelak-gelak la, cakap-cakap tak yah nak cakap la, memang makanan. huhu. Zaman fikiran tak matang kan, macam-macam benda yang orang tua-tua larang, makin kita buat. Adoi nakal jugak ek.

2. Time tu waktu sekolah rendah jugak la, biasa kami buka puasa kat rumah. Lepas maghrib baru nenek ajak pergi masjid. Pernah satu hari tu, mak beli air soya yang ori tu (orang semenanjung cakapla), kalau kami orang sarawak cakap 'air tahu' jer. Hmm.. biasalah kalau dah haus, main minum jer semua air yang terhidang. Sekali ketika solat terawih, tengah imam baca surah ni, boleh pulak budak yang cerdik pandai ni termuntah kat atas sejadah dalam masjid tu. Kecik-kecik mana nak tau malu kan ? hehe.. kesian nenek yang kena bersihkan. Dahla waktu tu solat kat saf depan sekali. Memang chantek !!! Nek, maaf nek.. huhu. Lepas tu taubat nasuha tak nak dah minum air tu lagi, memang tekak tak leh masuk air tu rupanya. :(

3. Haaa time ni dah masuk sekolah menengah, tapi tak ingat berapa umur secara spesifik. hehe. Bila masuk sekolah menengah ni, takde 'cerita gembira' sangat pun pasal puasa sebenarnya, sebab dah matang sikit kan ? :p Takdela, mungkin sebab kakak-kakak and abang duduk asrama kot. Tapi yang paling ingat, kami sekelas ni biasanya kalau bukan bulan puasa akan ada seorang wakil kelas pergi kantin tolong beli makanan. Siap buat jadual lagi tau. Kekadang ada jugakla yang langgar peraturan jadual tu, tak nak pergi kantin la. Tapi saya memang tak tersenarai, sebab...... huhu. Thanks kawan yang tolong belikan !! Tapi bila seminggu sebelum nak puasa tu, masing-masing akan berebut tukar shift, offer diri mereka nak belikan makanan untuk minggu depan. Nampak tak mainannya kat situ ? Agak lawak jugakla, hihik~

4. Bila dah masuk U, UMNP pulak tu, ambik Pengajian Islam kot. Time ni baru insaf, alhamdulillah jumpa sahabat-sahabat yang banyak bantu dekatkan diri ni dengan Allah. :') First time puasa tanpa family, jauh dari family, biasala orang yang tak pernah pisah dari keluarga, demam kot, tetiba jadi sebak. Tapi seronok sebenarnya, dapat buka puasa ramai-ramai dengan kekawan. Selalu beli makanan dekat bazar kecil kat depan UMNP tu. Lepas berbuka, terus siap-siap pergi terawih kat surau kolej. Kekadang solat maghrib berjemaah dulu pastu baru makan sesama. Tak main-main dah, kali ni serius. Dah matured kan ? :p Tapi kat nilam puri ni best, akan ada satu malam ada majlis buka puasa ramai-ramai, terawih ramai-ramai, ada ceramah dari ustaz luar, campur dengan ikhwah sekali, sebab kami punya surau asing-asing. Kalu dah campur-campur ni buat kat mana lagi kalau tak dekat dewan, agak rumit sikit la. huhu.

5. Kat NP ni jugak, ada seorang ustaz yang baik hati, dia akan jemput setiap majmuah (kelas) untuk datang kat rumah & masjid dia untuk buka puasa. Jadi, kami sekelas mula la sewa kereta nak pi sana sekali. Pernah juga terjadi salah sebuah kereta yang disewa tu boleh pula rosak. Nak balik UM macam mana ni ? Terpaksa salah seorang lelaki berkorban pi hantar akhowat naik satu kereta. Biasanya satu kereta tu akan ada 2 orang ikhwan & 3 atau 4 orang akhawat. Tapi kali ni, sorang ja akhi yang pi hantar, kat sebelah dia pula terpaksala seorang ukhti yang duduk. Punya la akhi tu membebel kat kami ni sepanjang jalan. Seolah-olah menyalahkan kami ni yang menyewa kereta yang rosak tu. Tapi niat dia baik sebenarnya, cuma cara tak berapa nak kena kot. huhu

6. Seterusnya masa yang terdekat, masa menanam anggur. Duduk rumah tunggu nak daftar masuk UMKL. Cuti 6 bulan tu.. huhu. Tahun 2012 !! Hah tahun ni la. Tahun ni la. (Speechless). Tahun yang saya rasa ramadhan yang paling banyak sangat mengubah saya. Kenapa ? Mana boleh bagitau. Rahsia saya dan Dia. Terlalu special, terlalu menyayat hati, terlalu mantap saya rasakan. Dan saya nak sangat-sangat ramadhan tahun ni boleh saya manfaatkan sepenuhnya macam tahun lepas. Ataupun lebih baik lagi dari tahun lepas. Dah cukup penat sangat-sangat dengan 1 sem yang cukup membuatkan saya terkadang fed-up. :'( So saya harap sesangat ramadhan kali ni boleh beri saya kekuatan yang dulunya pernah saya pegang, tapi skrg kian hilang. Allahhu~ sedih.

Nak tau tak ? Ramadhan kali ni, untuk pertama kalinya, family saya kurang seseorang. Pertama kali puasa tanpa nenek. Nenek dah pergi 100 hari dah. Hari ni ada kenduri tahlil nenek kat masjid. Masjid tu la tempat nenek selalu pergi dulu. Nenek selalu ajak saya pergi masjid bila dia nak belajar mengaji. Sebab tak ada orang nak jaga saya kat rumah (makayah kerja). Nenek pun 'orang kuat' masjid tu dulu. Hampir semua AJK masjid tu kenal nenek. Malam tadi solat kat masjid tu dengan mak. Tetiba air mata ni mengalir, teringat seseorang yang banyak berjasa. Tetiba nampak 'bayang-bayang' nenek membersihkan sejadah yang telah saya muntahkan. :'( Tengok kawan-kawan nenek, tetiba nampak 'kelibat' nenek belajar mengaji di sudut masjid tu. :'(

Petang semalam, mak ajak pergi ziarah kubur nenek. First time pergi, sebab masa nenek meninggal dulu tak dapat nak balik, jauh.. :'( Alhamdulillah semalam dapat sedekahkan surah yassin untuk nenek. Allah, yassin yang saya baca tu, neneklah yang ajar saya baca. Saya tahu, pahalanya pasti berlipat kali ganda selagi saya amalkan. InsyaAllah~ Tetiba teringat, masa darjah berapa entah, masa tu tengah baca yassin kat bilik nenek. Dah lama tak baca Quran (jahilnya) selepas khatam, jadi banyak tersekat-sekat, merangkak.. Pastu nenek tegur, "Nak tinggal lagi baca Quran ?" Saya jawab "Tak nak." Malu. Dulu, masa kecik-kecik, nenek yang ajar mengaji, nenek juga la yang mengajar anak-anak jiran mengaji. Selalu menangis masa nenek ajar, nenek garang, salah sebut tajwid sikit dia rotan. Tapi kalau nenek tak rotan, takla dapat wakil hafazan sekolah sampai peringkat negeri. Terima kasih nenek. Allah, nenek baik sangat. Dia ajar kami kenal Al-Quran, Kau tambahkanlah pahala buatnya. 

Allah, semalam lepas ziarah nenek, tetiba badan ni rasa sakit-sakit. Nak solat pun payah. Allah, Aku merayu padaMu, berilah aku qudrat untuk memperbanyakkan amalku pada ramadhan tahun ini. Aku ingin membersihkan hati yang dah banyak sangat ternoda dengan cinta dunia, cinta manusia. Aku lalai ya Allah.. Allah, aku ingin sangat nak jadi hambaMu yang bertaqwa, yang bersih hati, bantu aku ya Allah. Aku tak nak amalku cacat disebabkan penyakit hati. Allah, hambaMu ini ingin sangat nak rasa nikmat iman yang sebenar-benarnya, bantu aku ya Allah. Allah, hambaMu ini ingin sangat nak jadi yang solehah untuk ibu ayah dan keluarga, bantu aku ya Allah.. Allah, hambaMu ini ingin sangat nak keluarga yang teguh imannya, bantu keluargaku ya Allah. Allah, jika ini ramadhan yang terakhir buat hambaMu ini, Kau jadikanlah ramadhan ini ramadhan yang amat-amat bermakna buatku, Kau jadikanlah aku hamba yang bertaqwa dek kerana didikan ramadhan ini. Ya Allah, hambaMu ini banyak sangat dosa, ampunkanlah ya Allah. Andainya ramadhan ini benar-benar ramadhan seperti yang kuharapkan, aku redha sekiranya ia menjadi ramadhan yang terakhir~ Amiiin Ya rabbal 'alamiin..


p/s : Saya inginkan 'ramadhan saya' bersih dari lumpur dunia dan manusia. Sehubungan dengan itu, minta maaf andai sepanjang masa kita bersama, lagi-lagila sem 2 ni, ada yang terasa hati dengan saya, dan PASTI memang ada. Saya minta maaf sesangat. Khilaf dari saya harap dimaafkan. Ada yang sengaja dan ada yang tidak. Saya minta maaf. Kepada yang terasa dengan tingkah laku saya, saya minta maaf. Kepada yang terasa dengan kata-kata saya, saya minta maaf. Tiada khilaf lain yang dapat saya rasakan melainkan 'terasa'. Saya minta maaf kawan-kawan ! :'(  Allah, ampunkan dosa-dosa mereka yang telah memaafkan aku~ 

Tuesday 16 April 2013

Hari itu..

Tika jari-jemari menari mengukir kata,
kelopak mata sibuk menitiskan airnya.

"Innalillahi wainna ilaihi raji'un.."
Selafaz kata aku menuturkannya,
bibirku ketar, hatiku tak tertahan.

Alunan 'ringtone' yg memainkan lagu korea membuatkan pagiku yg tenang terganggu,
ku tutup senaskah Al-Quran di tangan, hafalanku terganggu.
tertera segaris nama membuatkan hatiku berbunga, "Abbi"
Namun timbul juga persoalan demi persoalan.
"Knp sampai telefon pagi2 begini ? Ada apa yg berlaku kat rumah ?"
Punatnya ku tekan lantas dilekapkan ke telinga.

Suara ayah memberi salam, ku jawab dengan suara yg ceria seperti biasa
"Nenek dh meninggal pagi td"
Terdiam ! Raut wajah yg ceria mula kemerahan menahan tangis.
Hanya hati yg mampu melafaz kalimat keramat itu
Lantas perbualan ku hentikan tanpa salam
Ayah dihujung talian dibiarkan sepi tanpa kata

Di hari itu, air mata lah yg menjadi peneman setiaku.
Tak dihirau teman2 yg bertanya
Segala jasanya berlegar di bening fikiran membuatkan aku lemah
Segala kenangan bersamanya membuatku kehilangan arah
Dialah yg menjadi sahabatku ketika aku kecil
Dialah yg menghantar & menjemputku sewaktu tadika
Dialah yg mengenalkan aku kepada Al-Quran
Dialah yg menyediakan makanan tika aku pulang keletihan
Dialah yg mendidikku dengan solat
Dialah yg membelaku tika dimarahi ibu.

Tapi.. itu dulu
Sekarang, dia telah kembali pulang.
Menghadap Pemilik Nyawa.
Dah dua minggu, aku masih menangis gaya anak kecil
Ingin dimanja seperti selalu olehnya
Seolah2 hatiku tidak mampu melepaskannya pergi

salam terakhir, 13 januari 2013
katanya : kalau panjang umur kita jumpa lagi
Tapi lafaz itu tidak seiring dengan takdir Allah
Kesal, aku jauh di perantauan menangiskan pemergiannya
Lebih terkilan, 
yg memandikan, yg mensolatkan, yg mengkafankan, yg mengebumikan
BUKAN AKU !

Dan kerana hal ini juga, hingga saat ini hatiku meronta mohon dihantar pulang ke rumah
terlalu ingin berada di samping ibu,
masakan tidak, ibunya pergi sehari selepas ulangtahun kelahirannya.
takdir Ilahi siapa yg duga ?

" Ya Allah Rabbul Izzati, Ampunkanlah dosa-dosanya, tinggikanlah darjatnya, luaskanlah kuburnya, sinarilah ia dengan nur cahaya, biarkanlah Al-Quran menemaninya, Janganlah Kau biarkannya sunyi dan sepi ya Allah. Tempatkanlah dia bersama hamba-hambaMu yg soleh, Hadiahkanlah kepadanya SyurgaMu ya Allah, sampaikanlah salam rinduku padanya~ "

Al-Fatihah ~

Sunday 18 November 2012

Lelaki berkerusi roda??

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

    Harap hati2 antum semua sihat dibawah perlindungan Rabbul 'Izzati. Alhamdulillah pd petang di hari yang penuh barakah ini penulis sedang menulis bertemankan suara selawat ke atas kekasih Allah, Subhanallah indahnya!! Hm.. Lelaki berkerusi roda menjadi pilihan hati?? Itulah yang ana nak ceritakan untuk entry kali ini. Kalau lah ditanya kepada enti dan enti bagaimana lelaki pilihan enti dan enti? Pasti tiada yang menjawab "Saya nakkan lelaki yang berkerusi roda." . Lalu soalan selanjutnya, bagaimana pula jika lelaki yang berkerusi roda itu solehnya mengatasi kesolehan lelaki yang sihat fizikalnya? Hm.. enti dan enti mesti tengah berfikir kan? Soalan yang ditanya bukanlah disengajakan, tetapi terdapat cerita lanjut disebaliknya. Ikuti kisahnya :

    Lelaki berkerusi roda? Ya, lelaki berkerusi roda itu telah mencuri hati lembut Sakinah. Agak-agak kenapa ya? Timbul pula soalan berikutnya. Kerana terserlah kesolehannya, Subhanallah hatinya kuat, jiwanya gagah, kekurangan kesempurnaan fizikal yang dimilikinya tidak sedikitpun melemahkan kakinya untuk melangkah ke masjid. Ya Allah~ Seteguh itu Kau pegang hati seorang lelaki beriman ini.. 

  Suatu fajar, menjadi kebiasaan Sakinah, berjalan kaki menuju ke surau di kolej kediaman yang didudukinya. Oleh kerana kedudukan biliknya yang agak jauh dari surau, dia tidak mampu untuk mendengar suara muazzin memanggil seluruh penghuni muslim untuk memperhambakan diri kepada Ilahi. Justeru itu dia membuat keputusan untuk pergi ke surau pada jam sekian2. Kebetulan pada pagi subuh itu, ketika dia berjalan kaki menuju ke pintu surau bahagian muslimat, laungan azan berkumandang memecah sunyi. Dia menutup sebahagian mukanya dengan kain telekung agar wajahnya tidak mampu dilihat oleh seorang dua lelaki sejati yang telahpun berada di hadapan pintu surau bahagian muslimin.

    Dan seperti kebiasaan juga, Sakinah lah yang menjadi mujahidah pertama melangkahkan kaki menuju ke rumah Allah. Menapaknya kaki Sakinah ke luar pintu asrama bloknya, dia pasti akan mengintai terlebih dahulu kerana bimbang kelibatnya dilihat oleh lelaki2 soleh yang jalan menuju ke tempat yang sama. Tanpa sempat mengundur langkah, tiba-tiba Sakinah melihat lelaki berkerusi roda itu berada betul2 dihadapannya. Mata lelaki itu pun terarah kepadanya. Lantas Sakinah menundukkan pandangan dan berjalan laju ke arah kanannya. "Allahu Rabbi, berdosakah aku jika lelaki tadi tergugat imannya? Ya Allah, hambaMu ini begitu teringin menjadi solehah, maka jauhilah diriku dari fitnah duniawi. amiinnn". Hati kecil Sakinah berdoa.

     Hari-hari berikutnya Sakinah menjalankan rutin subuhnya seperti biasa. Setelah azan subuh disuarakan oleh muazzin, dia mengambil peluang itu untuk melakukan solat sunat qabliah 2 rakaat, kerna kasihnya pada Rasul Allah, dia mencuba melakukan segala apa yang Nabi lakukan. Subhanallah, begitu indah akhlak seorang muslimah ini. Mindanya sentiasa mengingat satu hadis tentang kelebihan solat sunat muakkad ini.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".


      Oleh kerana kata-kata Kekasih Allah inilah, Sakinah tidak pernah meninggalkan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh. Bukan kerana terlalu menginginkan ganjaran daripada Allah, tetapi lebih kepada inginkan sumber kekuatan untuk menjalani aktiviti seharian, melainkan Redha Allah juga menjadi keutamaan dalam setiap perkara yang dilakukannya. Setelah menunaikan solat sunat, Sakinah menangkap bunyi geseran berada tidak jauh dari pintu bilik wudhu bahagian muslimat, lantas fikirannya mengingatkan lelaki berkerusi roda itu, hati Sakinah beristighfar.

      Tanpa sedar, hatinya berdoa, "Ya Rabbi, kalaulah kau beri pilihan kepadaku untuk memilih, pasti ku pilih lelaki berkerusi roda itu daripada aku memilih lelaki yang sihat tubuh badannya tetapi tewas di katil sendiri..."



#Moga Allah Redha#




Monday 17 September 2012

Kerana Sedekah

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t..

    Harap iman2 dan hati2 kalian sihat.. =) Dipendekkan cerita, beberapa hari yang lalu, ada seorang hamba Allah ni dia pergi solat kat surau hostel dia. Bagi menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Seusai solat maghrib berjemaah tu, seperti kebiasaannya, dia akan baca surat cinta Allah yang dia dah bawa siap2 dari bilik. Setelah menamatkan bacaannya yang lebih kurang dalam 6-8 muka surat tu, dia pun letaklah Al-Quran tu kat rak Quran2 jauh di sudut surau, sbb dia nak perbaharui wuduknya. Nak dijadikan cerita, masa dia nak letak Al-Quran tu, matanya terarah kpd satu novel islami yang terletak di bawahnya. Dia tu yang agak meminati novel juga, mengambil kesempatan utk membelek sebentar novel tersebut. Belek punya belek, tetiba matanya tertumpu pada satu helaian yang bertajuk "Sedekah berganda 120 ribu kali". Mula2 dia nk baca sikit jer, baca punya baca dah tersampai habis cerita pulak. hehe. Dalam masa lebih kurang 5 minit dia menghabiskannya, hatinya terdetik utk kongsi cerita berkenaan. jeng3... Alkisah bermulalah ceritanya~~~~


    KISAH TENTANG keindahan hati yang pemurah ini diriwayatkan oleh seorang ulama besar Fudhail bin 'Iyadh. Beliau bercerita :

    Ada yang bercerita kepadaku, bahawa ada seorang lelaki yang keluar dengan seekor kambing. Ia menjual kambingnya itu dengan harga satu dirham untuk membeli tepung. Setelah itu ia melalui dua orang yang sedang berkelahi. Ia berkata: "Apa ini?"

    Dijelaskan kepadanya bahawa mereka berkelahi hanya kerana merebutkan satu dirham. Maka, seketika terbitlah rasa kemanusiaannya. Ia pun memberikan satu dirham hasil menjual kambingnya itu kepada keduanya. Padahal ia sudah tidak memiliki apa-apa lagi. Setelah itu, ia pulang menemui isterinya dan menceritakan apa yang terjadi.

     Isterinya lantas mengumpulkan apa saja yang ada di dalam rumah untuk dijual, tapi semuanya tidak laku. Di tengah jalan ia bertemu dengan seorang lelaki yang membawa ikan yang sudah rosak. Pembawa ikan itu berkata kepadanya: "Engkau membawa barang yang tidak laku, begitu juga aku, bagaimana kalau aku beli barangmu dengan apa yang aku bawa ini?"

    Ia setuju. Maka mereka berdua lalu saling menukar barang. Dengan membawa ikan ia pulang ke rumah. Sampai di rumah ia berkata kepada isterinya: "Isteriku, bersihkanlah ikan inisegera! Kerana kita hampir mati kelaparan." Isterinya segera membersihkan ikan itu. Saat membelah perut ikan itu, ia mendapati sebutir mutiara dalam perut itu. Ia keluarkan mutiara itu seraya berkata kepada suaminya: "Suamiku, ada sesuatu keluar dari perut ikan ini agaknya sebuah mutiara! Apakah kamu tahu berapa kira-kira harga mutiara ini?"

    "Tidak tahu," jawabnya, "Tapi aku punya beberapa kenalan yang mengerti hal seperti ini." Ia ambil mutiara itu dari tangan isterinya lalu pergi membawanya ke tempat seorang temannya yang ahli mutiara. Ia mengucapkan salam kemudian duduk dan menceritakan apa yang terjadi sambil mengeluarkan mutiara tadi. "Temanku, cuba lihatlah! berapa kira-kira harga mutiara ini?" katanya.

    Setelah meneliti dengan saksama, temannya menjawab: "Saya hanya mampu membelinya dengan harga empat puluh ribu dirham. Jika kamu mahu, akan aku bayar sekarang juga. Tetapi jika kamu mahu lebih dari itu pergilah temui orang ini, kerana ia akan memberikan harga yang lebih tinggi dariku." Ia pun pergi menemui lelaki yang dimaksudkan oleh temannya tersebut. Setelah melihat dan memeriksanya, lelaki itu berkata:

   "Saya hanya boleh membayar dengan harga delapan puluh ribu dirham. Jika kamu ingin lebih dari itu, temuilah orang ini. Saya yakin, ia akan membayarmu lebih besar." Ia pun pergi menemuinya. Lelaki yang ketiga berkata:

  "Saya akan membayar dengan harga seratus dua puluh dirham. Saya rasa tidak akan ada yang membayarnya lebih tinggi dari itu. Dengan penuh kerelaan ia berkata: "Baiklah kalau begitu."

     Hari itu ia membawa dua belas bungkusan, yang di dalamnya masing-masing berisi sepuluh ribu dirham. Ia pulang. Dan hendak menyimpan wangnya di rumah. Namun sebaik saja mahu masuk ke rumah, dilihatnya ada seorang fakir berdiri meminta di depan pintu rumahnya.

     Melihat orang fakir itu, terus terbitlah rasa hibanya. Dengan mata berkaca ia berkata: "Saudaraku, sama seperti keadaanmu saat inilah keadaanku dulu. Masuklah!" Lalu ia masuk bersama orang fakir itu. Dengan penuh keikhlasan ia berkata: "Saudaraku, ambillah separuh hartaku ini!" Dan orang fakir itu mengambil enam ikat bungkusan dan membawanya. Namun, belum jauh berjalan, ia kembali lagi kepadanya dan berkata:

  "Saya bukanlah orang miskin. Tapi saya adalah malaikat utusan Tuhanmu untuk menemuimu. Allah memberimu balasan satu dirham dengan dua puluh qirath. Ini adalah satu qirath yang diberikanNya kepadamu. Adapun yang sembilan belas qirath, Dia simpan untukmu di akhirat kelak."


  Gulpppp... Tertelan air liur bila dah habis baca kisah ni kan. Konklusinya, dengan harta yang kita miliki ni, infakkanlah sewajarnya, kesian kat orang lain yang merana tak makan minum. Kita ni siap buang lagi kalau tak habis makan. Asatghfirullah..Tengok! Allah siap bagi dia lebih dari yang dia perlukan lagi. Malah Allah  simpan untuk kegunaan dia di akhirat kelak. Subhanallah, Allahhu Akbar!! hebatnya ganjaran Allah bagi setiap hambanya yang Terpilih. Moga-moga kita juga ditempatkan dalam golongan hamba yang dikasihiNya, ameen... 

#Moga Allah Redha#
     
          


Wednesday 12 September 2012

Beberapa hari

Assalamualaikum w.b.t..


     Alhamdulillah kita semua masih diberi peluang, rezki dan ruang untuk bernafas di muka bumi ini, mengecap nikmat iman dan islam, nikmat yang terlalu 'special' untuk hamba-hamba yang dikasihi Allah, insyaAllah.
       
       Untuk entri kali ni, ana bagi tajuk dia "beberapa hari". Sebab dalam beberapa hari ni, fikiran ni agak2la bercelaru, mcm2 kena fikir. Pasal studies la yg plg utama, dan dlm masa yg sama pulak, dtgla ujian 'hati' dr Allah, Allahu akbar.. Tak terkata la betapa peningnya saat ni. Tapi ana skrg tgh cuba nak buang jauh2 mainan nafsu ni, tgh sibuk2 ni blh pulak ek ana terjatuh hati, dgn senior plak tu. grrrrrr!! shuhhh3..
   
      Dah masuk hari ke-4 kuliah, tapi semangat tu masih tak wujud. Ya Allah, berdosakah aku, Janganlah kau tutup pintu nikmat kebahagiaanku dalam mencari dan mengkaji ilmu.. Ameen.. Sedih kot, tgk orang lain gi kuliah muka happy jer, tapi ana tak, rasa macam xde apa2 perasaan. Kalau takde kelas tu mmg berkurung dalam bilik jer la. Entahla semangat tu pergi ke mana. Memang buntu nak cari jalan untuk happykan diri. Hinggalah satu saat tu, ana duduk sorang diri masa sebelum subuh, kat atas sejadah. Menangis puas2, sedih, sbb xdpt nak pergi surau, rasa mcm ada sesuatu yang menghalang, mungkin sbb way nak pergi surau tu open sgt kot. takut bertembung dgn ikhwah yang nak pergi surau juga. Tetiba rindu kat nilam puri, kat sana ktorang bebas nak pergi mana pun slagi dlm asrama, pergi surau pon relax jer, sbb semua tempat diasingkan ikhwah n akhawat, tapi skrg tak dah. Semua tempat kita pergi pasti akan ada ikhwah. huhu..

      Mengadu kat Allah tu best sgt, rasa mcm tgh berdating (xpernah dating pon,huhu), nak nangis kuat2 pon xkisah kan, Allah xkan lari, dia pasti dgr rintihan kita. Indahnya kalau dapat rasa nikmat cinta Allah tu. Lagi2 time orang lain tgh dibuai mimpi kan. Hmmm, dah habis sesi luah perasaan tu, baru ana rasa lega sikit, tambah dgn baca surat cinta dia, fuhhhh, rasa lega sgt. Pagi tu ana dapat sikit kekuatan utk melangkah kaki ke kuliah, walaupun rasa masih ada kurang 'mood'. Tapi alhamdulillah setiap kuliah yang ana pergi tu ana dapat sdkt kefokusan berbanding hari2 sebelum ni. Hebat la kuasa Allah Taala tu. 




     Okeyla, setakat ni jer kot ana nak kongsi, di kesempatan ni ana nak mohon doa kalian supaya ana diberi kekuatan dan kesabaran yang utuh tuk jadi mahasiswa di tempat yang mencabar ni. Doakan ana yer. =) Terima kasih semua~ 


 +MoGa ALLah ReDha+

Tuesday 11 September 2012

Hari-hari pertama~

Assalamualaikum w.b.t..

    Ya Allah, lama dah tak buka blog ni, tapi hari ni di kesempatan yang ada ni, tetiba terfikir nak write something, sbb 2 3 hari ni asyik baca tulisan kat blog org jer, hehe.. Alhamdulillah ana skrg dapat menjejakkan kaki  ke menara gading (bak kata orang) la.. Ana dapat tawaran ke Universiti Malaya, fakulti Akademi Pengajian Islam. 

      Bermulalah alkisahnya, ana diletakkan ke kolej kediaman za'ba @ lebih sngnya kk7. First time tgk kolej ni, xde perasaan langsung! huhh.. Mungkin time tu fikiran kat lain kot, org lain smua makayah hantar, ana tak,  cuma akak n bakal abg ipar yang hantar. tapi xpe, syukur alhamdulillah.. Okay, pengalaman Minggu Haluan Siswa (MHS), agak memenatkan, tu jer yg dpt terluah. Nasib baik ana ni dari nilam puri, taula serba sikit skill2 Pembantu Mahasiswa (PM) ni nak ragging orang. Benci btul, menyampah pon ada jgak. huhu. Sebab ana paling  tak suka la orang tetiba nak marah2, nak arah org tu, arah org ni..huhu, penat tau tak?? hehe, tp diorang lagi penat kot.. sori2.. Hm.. harghhh, pasal cheers, sejujurnya ana cakap, sejak study kat nilam puri, ana dh terbiasa n terdidik oleh penjagaan ikhtilat. Tapi kan, waktu MHS tu, mmg bengang gakla. Mana taknya, hbes smua slot bercampur. huhu.. Ana akur perkara tu mesti kita hadapi gak kan?? Takleh nak kata apa dahla.. Dah cara diorang. Yang paling ana tak puas hati, bila nak buat cheers tu, kenalah tertonggeng sana sini. haduhaiiii... sabo jerla.. Lagi satu kan, pasal jaga waktu solat, hm, selagi slot waktu malam tu tak habis selagi tu la kitorang yang MUSLIM ni tak solat isyak.. haduhaiii.. 

      Hahhhh.. ada 1 malam tu kan, kitorang kena ragging pasal tak buat cheers btul2 n kuat la kononnya. Semua PM2 tu nak ragging kitorang ni ha. Ada yang sampai menangis ha, ana pon heran jugak. kahkahkah.. Yela tetibe jer nak nangis kan. Ana wat muka xbersalah jela. (Rasa mmg xwat salah pon) heheh. Pasal cheers tu, diorang nak ktorang nih wat btul2, kuat, nyaring, biar 1 DTC tu bergegar (katanya) la..huhu. Apa la nak dibanggakan dgn cheers tu kan. Lainla kalau takbir, huhu. Dah kena ragging malam tu kan, diorang suruh ktorang tidur jer. ktorang pon tidur jerla, tp adala certain org tu yang p pujuk PM2 tu (ntah pape) kan. Nak mintak pujuk jgak ;p haha. Ana masuk bilik terus tidur, yela dah penat sgt, lagipun ana xleh kalo tidur lewat. huhu. Suddenly, ada PM yang ketuk pintu bagai nak roboh pintu blik tu ha. Dia suruh ktorang bgn n berkumpul kat DM. Nak basuh muka pun dia xkasi, Tapi ana sempatla gak, bt xtau jer yg ada org tgh terpekik terlolong suruh cepat. huhu. Pastu ana terfikir, kan lebih baik kalau dia ketuk pintu bilik mcm tu sbb nak gerak qiamullail. hm.. manusia2.. ni tak, gerak macam tu sbb nak denda jer. Apa kejadahnya la.. Ana cabar PM tu gerak ktorang mcm tu bila ada Qiam nanti. Geram nih!! huh

        Lagi satu kan, pasal baju t-shirt kolej yang PM bagi tu, ada ke bagi ikot saiz, geramnya, ana dapat saiz S, pastu dahla lengan pendek, sabo jerla. Diorang xtau kot batas aurat (positive thinking) hehe. blablablabla.. Konklusinya, ana dapat something dari MHS ni, 1st, kerjasama tu penting dalam teamwork, 2nd, tanggungjawab setiap ahli kump bagi memastikan setiap kerja bjalan lancar. 3rd, pergaulan lelaki n perempuan yg bukan mahram tu perlu dlm sesetengah situasi (tapi ada batasnya). Dan banyak lagi yang ana dapat sbnrnya, trima kasihla PM2 sbb dah bertungkus lumus bagi ktorng MHS yang great ni. Walaupun ana masih terkilan dgn sikap sesetengah PM perempuan yang agak (sombong) kot, sbb bila ana senyum dia blh buat muka apa ntah, sabo jerla. Diorang xtau senyum kot. 

        Lastly, MHS adalah minggu yang agak memenatkan, selepas tamatnya hari MHS tu, ana qada' tidur satu hari, hehe.. kepenatan. =) apa2pun, thanks ya PM2 kk7 smua, i just want to be ur friend, a little bit more.. thankiu..
      

Saturday 10 March 2012

facebook vs padang mahsyar??

"Wah... banyaknya orang post gambar, gambar2 kenangan, gambar2 couple, gambar2 mkn luar dgn kkwn, gmbr2 program.. semuanya kenangan, seronoknya tgk gambar2 ni, buat kita gelak...bestnya, berbalas-balas komen..gelak2.."


"Allah!! aku janji tak buat lagi, aku janji tak pegang dah tangan dia, aku janji ya Rabbi, aku tutup semua, aku janji, tolonglah percaya, kembalikan aku ke dunia, aku janji aku akan bt baik, sakitnya ya Allah, aku taknak masuk neraka..tolonglah aku ya Allah, menangis..."


Ehemm, Alhamdulillah Allah bagi ujian time2 cun mcmni.. mood: final exam + kurang sihat. Assalamulaikum saudara/ri.. Untuk entri kali ni, "facebook vs padang mahsyar", ops, tak hot kan tajuk ni berbanding tajuk "Yusry sah nikah Lisa"..hehe.. tak hot jugak mcm tajuk "pejabat PM tuntut rafizi mohon maaf"..kihkih.. tersenyum memikirkan, memang manusia ni terlalu sibuk, sibuk menguruskan urusan dunia.. termasuklah ana.. Astaghfirullah..

Kembali kepada entri, percaya @ tidak dengan hanya membaca 2 dialog di atas, otak kalian sudahpun mula memikirkan apa pengkhususan yang ana nk kongsikan kat sini. Bijak sungguh!! =) Okay cop2..

kat facebook, orang post gambar kekawan..
kat padang mahsyar, Allah pun 'post' gambar2 kita kat seluruh penduduk alam, malah bukannya cuma gambar2 dlm 1 program/rehlah, malah gambar2 dalam 1 hayat/nafas, beza kan??

kat facebook, kita berbalas komen dgn kekawan (P@L)
kat padang mahsyar, kita pun akan berbalas 'komen' dengan Allah, dan lebihnya lagi, kat FB kita berbalas komen sambil gelak2, kat padang mahsyar kan, kita berbalas 'komen' sambil menangis..(na'uzubillahhi min zalik) beza kan??

kat facebook, kita tayang gambar2 kenangan..
kat padang mahsyar, Allah 'post' jugak gambar2 'kenangan' kita kan.. lebih dahsyat lagi, bukan hanya 'kenangan', tp gambar saat kita buat 'usrah saiyyiah'(mengumpat) pun ada.. beza kan??

kat facebook, mulut kita berbicara yang jahat, yang baik..
kat padang mahsyar, mulut kita terkunci kan.. tangan kita berbicara, "aku dulu taip tekan keyboard, aku tulis dakwah, pesan jaga pandangan" lalu mata berbicara, "Tapi aku tak pernah buat, mata aku meliar tengok dia yang bukan mahram" (na'uzubillahhi min zalik..) beza kan??

kat facebook, kita buat status ukhuwah fillah, tayang video kita bersama..
kat padang mahsyar, Allah tayangkan video kita mencaci sahabat kita, video kita lihat sahabat buat jahat, tp kita tak nasihatkan dia.. beza kan??

"Ya Allah, pembicara ini, bukanlah tidak pernah melakukan apa yang ditulis, bukanlah tidak pernah tersasar jalan, Engkaulah yang menyaksikannya.. Tapi ya Allah, janganlah Kau campakkan aku ke nerakaMu disebabkan bicara ini, aku hanya mampu menasihat, sedangkan aku berbuat.. Jadi Kau ampunkanlah dosa2ku ya Allah, Kau hapuskanlah titik2 hitam di seketul daging pada jasad ini.. Sungguh, hanyalah padaMu aku berlindung, amiinnnn...."

Kita berlari dalam tiupan angin membayu, lalu hujan, kita rehat sebentar, timbulnya pelangi, kita meneruskan pelarian, sampai satu keadaan, berbekas debu2 sepanjang pelarian di wajah, lalu kita mengelap, tangan kita pun hitam.. Tanpa sedar, kita dah sampai ke tempat yang nak dituju..

Kita mengejar redha Allah, lalu Allah turunkan ujian, kita merintih meminta pertolongan, lalu dibantu, kita teruskan perjalanan mengejar redha itu, sampai suatu tempat, kita nampak bekas2 hitam pada hati, lalu kita taubat, Allah bagi syurga dan redha..


       Allah, Aku hanya apa yang kau ciptakan, aku dicipta dan Engkau mencipta, Lalu apa
                                      kuasaku hendak menyombongkan diri padaMu.....