Friday, October 9, 2009

Majlis hari raya TNB Johor





9 Oktober 2009 – Majlis Mesra Aidlfitri Peringkat Negeri Johor 2009 telah diadakan di Kompleks Perumahan TNB, Kempas, Johor Bahru.  TNB Pasir Gudang turut sama menjayakan majlis tersebut dengan menyediakan Gerai Kuih Muih seperti kuih baulu & kuih tart untuk dinikmati oleh para jemputan.  Pertandingan karaoke dengan menyanyikan lagu-lagu hari Raya dan pertandingan gerai tercantik telah diadakan semasa majlis tersebut berlangsung.  TNB Pasir Gudang telah mendapat tempat ke-dua gerai tercantik daripada 10 gerai yang menyertainya.

Tuesday, September 15, 2009

Sumbangan Hari Raya.






15 September 2009 – Bagi mendapat keberkatan Bulan Ramadhan Al-Mubarak TNB Pasir Gudang telah membuat sumbangan berbentuk barangan dapur dan juga duit hari raya kepada fakir miskin yang tidak berkemampuan di sekitar kawasan Pasir Gudang.  Sumbangan tersebut adaah  hasil daripada kutipan & sumbangan ikhlas daripada semua anggota kerja TNB Pasir Gudang.  Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Kawasan, Y.M Raja Abd. Jalil Bin Raja Zaid serta beberapa anggota kerja TNB Pasir Gudang.  Semoga amalan ini dapat diteruskan dan mendapat keredhaanNya.

Wednesday, September 9, 2009

Majlis Berbuka Puasa






7 September 2009 – TNB Kawasan Pasir Gudang telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anggota kerja bertempat di Kedai Tenaga.  Majlis turut dihadiri oleh Dato’ Mohd Aminnuddin Mohd Amin, Pengurus Besar (Negeri Johor) serta ketua-ketua jabatan Negeri Johor dan kerajaan.  Majlis bermula dengan bacaan Tahlil dan Tazkirah oleh Tuan Imam Muhammad Azmi Ali dari Masjid An-Nur.  Majlis ini juga meraikan anak-anak yatim dari Rumah Darul Hanan Pasir Gudang yang menerima wang sumbagan ikhlas dari anggota kerja TNB Pasir Gudang.  Diharap amalan ini dapat diteruskan dan mendapat keberkatan dan keredhaanNya

Friday, September 4, 2009

UnBilled Zero

Tahniah!... terima kasih diatas kerjasama dari semua anggota kerja di bahagian Perkhidmatan Pengguna dan Pemasaran Kawasan Pasir Gudang.
( Kawalan Kredit , Unit Pembaca Jangka , Unit Teknikal Pemasang Jangka dan Perkhidmatan Kaunter. )

Akhirnya Stesen TNB Bah Pembahagian Pasir Gudang berjaya mencapai sifar unbilled untuk semua kategori.

Pengurus Kawasan YM Raja Abd Jalil Raja Zaid dan Pengurus (Perkhidmatan Pengguna dan Pemasaran) En Razman Abas , berharap usaha ini dapat diteruskan bagi
Tahun kewangan 2009/2010

Tuesday, August 4, 2009

Majlis Perpisahan ENn Shahrizal.

Majlis perpisahan sempena pertukaran En. Sharizal Safiai, Jurutera
Kendalian dan Senggaraan ke Pejabat Ketua Pusat Kawalan Wilayah Selatan (SRCC), Unit Kendalian Sistem Pembahagian, Jabatan Kejuruteraan dan
En. Zahanor Ismail, Tukang T/Biasa ke TNB Johor Jaya kerana kenaikan pangkat sebagai Tukang T/Kanan telah diadakan pada 4 Ogos 2009 yang lalu.
Penyampaian cenderahati sumbangan anggota kerja telah disampaikan oleh Tuan Haji Norizal Abu Bakar . SELAMAT MAJU JAYA


Friday, July 31, 2009

Latihan Kebakaran.

Satu latihan kebakaran (Fire Drill) telah diadakan di premis TNB Pasir Gudang pada 31 Julai 2009.  Latihan bertujuan memberi kesedaran disamping mendedahkan kepada anggota kerja TNB Pasir Gudang tentang tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.  Latihan kebakaran dijadualkan diadakan sebanyak dua kali dalam setahun.  Diharap program ini memberi menfaat kepada semua anggota kerja TNB Pasir Gudang.




Friday, July 24, 2009

Bedah Siasat Kabel.

24 Julai 2009-Post Mortem kabel telah diadakan di Pejabat Teknikal TNB Pasir Gudang yany dikelolakan
oleh Haji En Norizal Abu Bakar Jurutera Kendalian Dan Senggaraan Kanan dengan kerja sama dari Syarikat pembekal Sambungan Kabel iaitu Subitec dan BJ Teknik. Postmoterm dilakukan ke atas 2 jenis sambungan iaitu PWOR 22kV Celpack dan Transition Lovink 22kV. Seramai hampir 50 orang telah menghadiri sesi tersebut antaranya wakil-wakil TNB dari Stesen Kluang, Stesen Johor Jaya , Stesen Kota Tinggi..




Thursday, July 9, 2009

Pengauditan 5S MPC.

Pada 09 Julai TNB pasir Gudang telah diaudit oleh En. Ab Rashid bin Omar dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Tujuan pengauditan pada kali ini adalah bagi memperbaharui sijil yang telah diterima pada 13 Ogos 2008 yang lalu. Melalui pengauditan pada kali ini , TNB Pasir Gudang telah berjaya mengekal aktiviti 5S dengan jayanya dan telah disyorkan untuk persijilan semula.

Diharap anggota kerja TNB pasir Gudang dapat memberi komitmen dan kerjasama dalam melaksanakan aktiviti 5S secara berterusan agar menjadi Stesen Terbaik 5S Negeri Johor pada sustu hari nanti




Friday, July 3, 2009

Malam Sure Mesra

Pada malam Hari 5S _ Big Cleaning Day , TNB Pasir Gudang mengadakan Malam Sure Mesra bersama keluarga anggota kerja . Majlis ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar Negeri Johor , Pengurus (MSOD) dan juga Pengurus (PP & SM ) Negeri . Anggota kerja di hiburkan dengan celoteh Raja lawak Azmi dari TNB Keluang . Berbagai menu BBQ dan juadah makanan desediakan hasil daripada sumbangan keawangan dan gotong royong anggota kerja TNB Pasir Gudang sendiri . Pertandingan nyanyian Karaoke Suka Suka telah diadakan dengan disertai seramai lapan perserta. Datuk ’ Mohd Aminuddin Mohd Amin memulakan pertandingan ini dengan memdendangkan lagu yang di popularkan ole Broary Marantika.





Big Clening Day

Hari - Big Cleaning Day telah diadakan pada 03 Julai 2009 di Pejabat Teknikal , TNB Pasir Gudang yang dirasmikan oleh Y.M Raja Abd Jalil bin Raja Zaid . Program tersebut dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh En Yunus b. Jalil . Kemudian anggota kerja memulakan aktiviti mengecat bangunan stor di Yard dan juga aktiviti pembersihan kawasan pejabat dan juga zon 5S masing masing




Wednesday, June 10, 2009

PERTUKARAN DAN LAPOR DIRI.


Cik Nur Izyan Zuhaira Bt Mohd Hakimi,Pegawai Pengurusan Perhubungan Pengguna dan Pemasaran TNB Pasir Gudang telah bertukar ke Ibu Pejabat Bahagian Pembahagian di Petaling Jaya sebagai Pegawai Kormersial(Projek Khas) dan telah melapor diri pada 01 Jun 2009. Beliau mula perkhidmat di TNB Pasir Gudang pada 10 Mac 2009.


Cik Bibi Noor Shafa Azni Binti Abu Bakar telah melapor diri di TNB Pasir Gudang
pada Jun 2009 sebagai Pegawai Pengurusan Perhubungan Pengguna dan Pemasaran.Sebelum ini beliau bertugas di pejabat Pengurus Kawasan Johor Baharu sebagai Jurutera Pelatih.


Sumbangan cenderahati dari anggota kerja yang disampaikan oleh Y.M Raja Abdul Jalil Bin Raja Zaid(Pengurus Kawasan Pasir Gudang)


Penyampaian Nota Penyerahan Tugas oleh Cik Irra kepada Cik Bibi yang disaksikan oleh Y.M Raja Abdul Jalil bin Raja Zaid dan En Razman Abas.

Friday, May 22, 2009

SE 10/10 , MoT DAN STRESS.


Sempena Minggu Keselamatan Negeri Johor TNB Kawasan Pasr Gudang telah mengadakan Program dan aktiviti Ceramah SE 10/10,MoT dan Stress.Dan dirasmi olih Dato'Ir Mohd Aminuddin bin Mohd Amin Pengurus Besar Negeri Johor di Dewan TNB Kota Tinggi.Pada 22 Mei 2009.
Taklimat SE 10/10 telah disampai olih Y.M Raja Abd Jalil Raja Zaid (Pengurus Pasir Gudang )
En Mohd Rizal bin Mahat PC Kota Tinggi telah Menyampaikan taklimat MoT mengenai SALAM SENYUM dan TERIMA KASIH(SST)dan disertai babak lakonan anggota kerja TNB kota Tinggi dan Johor Jaya


Dr Swamenathan Pakar Psikitri dari Perubatan Melaka telah menyampaikan ceramah mengenai STRESS.

Thursday, May 14, 2009

BENGKEL SEMS.

Bengkel SEMS yang telah diadakan pada 14 Mei 2009 di Ruang Bengkel TNB Pasir Gudang.En Aminuddin Abdul Rahman Jurutera Kanan Pembinaan (Co-Odinator)pada hari sesi Bengkel itu.Perserta yang turut hadir adalah terdiri dari anggota kerja Johor Jaya,Kota Tinggi dan Pasir Gudang.
Bengkel ini dalah bertujuan untuk refresh kembali.

Friday, May 8, 2009

MAJLIS PERPISAHAN DAN SUMBANGAN PERKAHWINAN.


Penyampaian cenderahati kepada Miss Lim Peng Hua Jurutera Pembinaan oleh YM Raja Abd Jalil bin Raja Zaid PK TNB Pasir Gudang,kerana pertukaran kenaikan pangkat ke Pejabat Pengurus (Bangi) Bahagian Pembahagian TNB.(Memangku Sementara di Jawatan Jurutera Kanan).Sebelum ini Beliau bertugas di Pengurus Kawasan TNB Pasir Gudang hampir 12 tahun.SEMOGA MAJU JAYA.



YM Raja Abd Jalil bin Raja Zaid PK TNB Pasir Gudang menyampaikan sumbangan cenderahati perkahwinan kepada En Mohd Zahari bin Mat Yusuf,
En Mohd Firdaus bin Abd Jamil dan En Md Ramzi bin Abd Aziz. Ucapan semoga berbahagia dan berkekalan hingga keakhir hayat