Jumaat, 22 Disember 2017

Bubur Perak


Punya le lama nak up date, kalau orang mati da tinggal tulang. Tapi tak pe itu tak penting. Yang penting dapat buat story kat blog sendiri. Ini bukan sesaje pergi, tapi bertugas. Jabatan buat program pada November lalu berhampiran pulak dengan lokasi bubur perak ni. 


Al kisahnya masa perjalanan ke hotel, lalu la jalan ni. Terperasan terpandang Bubur Perak ni, dah! Ngidam pulak, bila member kata banyak belanga didepan kedai tersebut, hati jadi semakin teruja nak ke sini..



Sungguh! Memang teruja nak menyinggah. Alhamduliilah dapat la try, memang betul la banyak belanga aka kalau saya sebut periuk. Pelbagai jenis dan pilihan bubur  yang ada disini, pelbagai nama, warna yang menerujakan saya untuk mencuba. 

 Teringin nak rasa bubur atau sinonim di panggil pengat. Nama kedai pun Bubur Perak. Sebelum ke sini ada pegawai mengesyorkan untuk try bubur anak lebah, so saya rasa la bubur anak lebah, rasanya seperti cendol cuma dihidang panas dan berwarna hijau so tak pasti tang mana lebahnya
 ðŸ˜‡





😇 Lokasinya strategik di lebuhraya Ipoh – Lumut, tempatnya bederkatan lampu isyarat dengan Kompleks Pertanian Titi Gantung, Bota, Perak. Moh le 
kitew....



dan sebenarnya 2 kali ke sini hahaha

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA