Selasa, 5 Januari 2016

Sekolah Baru


Pertamanya untuk 2016 ucapan syukur Alhamdulillah kerana niat untuk masukkkan Asyraaf ke tahfiz telah pun selesai hari ini. Selepas beberapa insiden yang " macam lucu je macam kelam kabut je" telah berlaku, memang sungguh meletihkan, apa pun semuanya telah selesai iaitu urusan pembelian keperluan sekolah Asyraaf.

Namun ini bukan jalan penyelesaiannya, atau masalah belum selesai kerana esok lusa masih tak tahu perkhabaran si bujang senang hamba, sama ada boleh meneruskan atau sebaliknya. Tetapi tinggi harapan aku supaya dia boleh menuntut ilmu khususnya tahfiz Al-Quran, kalau tak sehingga ke Al-Azhar khatam Al-Quran pun jadi la. 


Masa yang aku peruntukan 3 tahun iaitu sehingga umur 12 tahun, kalau dia suka untuk belajar atau hafaz Al-Quran aku akan turutkan sahaja, tetapi kalau nak ke sekolah menengah aku pun bersetuju sahaja. Apa yang penting Asyraaf khatam al-quran, tetapi kalau menjadi tahfiz, akan aku galakan.

Tidak lain harapan ibu bapa untuk melihat anaknya berjaya, mudah-mudahan Asyraaf berjaya dimasa akan datang. Malah hasrat untuk melihat Asyraaf menjadi imam dalam solat pun semakin cerah. Baru masuk 4hb tapi rasa tak sabar nak jumpa dia 9hb ni. In shaa Allah.

Sejak kecil lagfi aku selalu kata padanya Asyraaf akan jadi pemimpin, belajar pimpin baca doa makan dulu. Aku ingin dia menjadi anak lelaki yang tahu tanggungjawabnya, sebagai anak dan lelaki. Tanggungjawab lelaki sangat besar, maka masa kecil la dia di asuh dan di maklumkan akan tanggungjawab supaya bila besar mampu menjadi anak dan suami yang bertanggungjawab malah berilmu agama untuk membimbing keluar ke jalan yang direhdai. 

Ibu dia orang biasa, dari keluarga biasa, ilmu agama pun tak tinggi, nak membimbing apatah lagi, sekarang ni baru berjinak-jinak menambah bekalan disana, menambah amalan-amalan sunat, mudah-mudahan tidak terlambat dan semoga di terima oleh-Nya.

Tentang Asyraaf, aku berserah pada-Nya, kerana dialah menentukan segalanya. Hati ibu tetap sayu melepaskan anak kesayangan dibawah penjagaan orang yang tidak dikenali. Menangis jugak wajah kacak si bujang senang. Semoga dia menjadi manusia yang berilmu dan beramal di masa akan datang selain menjadi anak soleh in shaa Allah. Amin!!!!!





9 ulasan:

  1. oooo. jauh pulak. tahun depan saya tengah merancang nak menghantar anak saya ke tahfiz. kalau boleh buat nak di selangor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. di selangor pun banyak jugak, saya try call x dapat2 sudahnya ke johor

      Padam
  2. sekarang asyraf dah masuk tahfiz... dah duduk asrama lah yer. Semua urusan dan keperluan dia macam ner Idah? Agak2 nya kalau saya hantar anak ke tahfiz ni, bolehke dia uruskan diri sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah misah dah duk asrama, keperluan saya beli misah dalam masa seminggu yg diberikan lebih 3K jugak la kos ulang alik ke tahfiz balik kg urusan beli barang daftar. Mula2 memang dia tak biasa tak nak, tapi lama2 akan biasa, belajar dengan kawan2
      Cuba kalau betul awak nak hantar hati sendiri kene kental misah,

      Padam
    2. takut2 saya yang menangis sebab rindukan anak..saya ni kememeh orgnya. Anak saya yang sulung pun sama spesies macam saya, senang menangis.

      Padam
    3. kalau duduk asrama ni, baju anak kita macam ner idah? sapa basuhkan? anak kena basuh sendiri ke apa?

      Padam
    4. sama la saya pun kememeh, kat office jangan la ada yang marah saya, confirm meleleh.... mcm asyraaf la kememeh jugak hahaha.... kat asrama anak saya, budak atas 12 tahun baju memang basuh sendiri, tapi bawah 12 tahun baju basuh dobi jadi bayaran bulanan RM 215 tambah dobi RM 50 jadi sebulan bayar RM265 y

      Padam

SESEDAP RASA