PROFIL


    

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan
Bandar Indera Mahkota 2
Pahang, Malaysia

Telefon = 6095739495

Fax = 6095739496

Emeil : cba4082.skpkkuantan@gmail. com




     Sejarah penubuhan sekolah ini bermula dengan pembukaan kelas khas percantuman di Sekolah Rendah Sultan Abdullah, di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan pada tahun 1962. Murid yang belajar di sekolah ini datang dari kawasan persekitaran Bandar Kuantan. Selang beberapa tahun bilangan murid semakin bertambah. Pada tahun 1982, asrama tuna pendengaran telah dibuka bagi menempatkan murid-murid yang datang dari kawasan yang jauh dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuantan.


     Bilangan guru mula bertambah apabila berlaku pertambahan murid. Antara guru-guru yang pernah mengajar di kelas percantuman ini ialah Tuan Haji Jaafar bin Hussin, Hajah Mik @ Hasnah binti Arshad, Encik Abdul Razak bin Mohd Noh dan Encik Tan Seng Ann. Pada Julai 1988, Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kuantan telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah dengan bermurah hati telah meminjamkan sebuah bangunan untuk Sekolah Pendidikan Khas Kuantan dan sekolah ini dibuka untuk murid tuna pendengaran. Bilangan murid ketika itu ialah seramai 45 orang dengan 5 orang guru.


     Pada 16 Oktober 1999, SKPK Kuantan telah berpindah ke permis baru di Bandar Indera Mahkota 2. Jumlah murid pada tahun 2002 ialah seramai 109 orang dan seramai 72 orang tinggal di asrama. Bilangan guru ialah seramai 24 orang serta dibantu oleh 15 orang staf sokongan. Sekolah baru ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti blok pentadbiran, blok akademik, blok sokongan dan asrama. Kemudahan-kemudahan lain ialah memiliki sebuah bas dan sebuah van.
Seramai 6 orang guru besar telah diamanahkan untuk menerajui sekolah ini. Mereka terdiri daripada Tn.Hj.Malek bin Abd Majid, En.Mohd Dzafir bin Abd Hamid, Pn.Hj. Mik @ Hasnah bt Arshad, Tn.Hj.Jamaluddin bin Hj.Nong, Pn.Hj.Naemah bt Ali dan yang terbaharu ialah Pn.Kamariah binti M.Yusof.