Cinta Yang Membunuh Jiwa



Kerana  cinta yang membunuh jiwa...Dia hampir membunuh fitrahnya kerana cinta insan yang bernama manusia. Tetapi dia lupa fitrahnya sebagai hawa perlukan adam dalam hidupnya agar hidupnya lebih sempurna.

Kerana dia bukan Rabiatul Adawiyyah yang begitu tinggi tahap keimanannya sehinggakan mampu melabuhkan sepenuh cintanya hanya kepada Allah ( Sang Pencipta Cinta)

Dia juga mengakui bahawa tahap keimanannya yang cukup lemah jika dibandingkan dengan para syuhada yang rela berkorban demi cinta Allah dan RasulNya..Lantaran itu dia sedar bahawa dia tak mampu membunuh cinta.


Kerana apa??

Kerana Allah menciptakan hawa itu untuk adam.
Kerana hawa perlu pelindungnya dan penguatnya
Kerana  lelaki itu pemimpin wanita.
Kerana itu Allah ciptakan hawa daripada tulang rusuk insan yang akan menjaganya.

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana sedarkan dia semula daripada amarah hati yang membunuh jiwa. Apa yang datang itu sekadar ujian semata tanda sayang Allah pada hambaNya untuk menguji sekuat mana iman dan sabar Kita bila diuji dengan cinta dunia.

Cintailah Allah
Tuhan yang menciptakan CINTA
Juga yang memiliki CINTA
Kerana cintaNYA tak pernah membunuh jiwa
Malah cintaNYAlah yang merawat luka dan remukNYA jiwa.

ANDAI KU TEMUI CINTAMU...


Ya Allah..
Andai ku temui cintaMU dalam hatiku
Pasti mudah untukku terokai hidup di dunia ini

Walaupun pastinya jalan tidak begitu indah
Onak duri pasti menjadi hiasaannya
Ujian dan cabaran pasti menjadi teman sepanjang perjalanan

Namun aku begitu pasti...

Andainya CintaMu yang ku temui
Pasti yang lainnya tidakku peduli

Andainya cintaMu yang mengisi ruang hati
Yang lainnya pastinya  tidakku perlukan lagi
Hadirmu terlalu mencukupi

Kerana...

Dalam setiap kesakitan yang ku rasai
Allah ada untuk mengubati

Dalam setiap luka akibat kecewa
Allah ada penawar untuknya

Dalam setiap kekosongan yang menyelubungi diri
Allah ada untuk mengisi

Dalam setiap hening malam sunyi
Allah ada menemani dalam setiap munajat kekasih

Dan...
Saat aku terjatuh
Allah ada untuk membangkitkanku

Saat aku lemah tidak bermaya
Allah ada menguatkan hatiku semula

Saat aku buntu hilang arah tuju
Allah ada memimpin tanganku

Saat aku hilang tempat mengadu
Allah ada mendengar setiap rintihanku

Saat ribuan masalah datang menghimpitku
Allah meleraikannya buatku

Kerana Allah Maha Besar daripada segala masalahku..



Cheese Cake And Cup Cake

Assalamualaikum...dah lama tak buat catatan baru untuk blog ni. Diri sentiasa sibuk dengan pengajian, sekarang ni alhamdulillah sudah berada di tahun akhir. Waktu ini pula, sedang berusaha gigih menyiapkan tesis.. Tapi, sambil-sambil tu, ana dapat belajar sesuatu sepanjang tempoh bulan Mei ini. Ana mula berminat belajar membuat kek, kalau dulu ana memang gemar buat biskut..kek kurang sikit...tapi bila melihat kak su sibuk menyiapkan tempahan kek dan ringan tangan nak tolong..sekarang ni ana pula yang mula berjinak-jinak dalam pembuatan kek. Ini semua berkat tunjuk ajar kak su...^_^

Inilah hasilnya...walaupun tak seberapa tapi syukur alhamdulillah menjadi juga....






~:ི♥ྀJika Aku Diberi Pilihanི♥ྀ:~


Jika aku diberi pilihan antara CINTA dan TUHAN
Aku akan memilih TUHAN
Kerana CINTA manusia  itu begitu menyakitkan
Sukar untuk hilang, payah untuk dipadam
Kerana kenangan terpahat kukuh diingatan..

Jika aku diberi pilihan antara CINTA dan TUHAN
Aku lebih rela memilih TUHAN
Kerana TUHAN tidak pernah melukakan
TUHAN tidak pernah meninggalkan meskipun sering dilupakan
Kerana KASIHnya sentiasa berpanjangan..

Jika aku diberi pilihan antara CINTA dan TUHAN
Aku sanggup memilih TUHAN
Kerana manusia tidak akan kekal berpanjangan
Ada masa dia pergi tanpa kata
Dan dia datang tanpa diduga..

Jika aku diberi pilihan antara CINTA dan TUHAN
Aku lebih memilih TUHAN
Kerana CINTA sungguh memeritkan
CINTA juga sering kali melalaikan
Mencantikkan maksiat di pandangan

 Jika aku diberikan pilihan antara CINTA dan TUHAN
Aku sedia memilih TUHAN
Kerana memilih TUHAN aku dapat CINTA
CINTA yang tak pernah sirna
CINTA yang mewangi sepanjang masa

Dan jika aku memilih TUHAN
Aku dapat NUR CAHAYA yang menerangi segenap ruang jiwa
Kerana TUHAN...aku sentiasa merasa ada setiap masa
TUHAN ada ketika aku suka dan duka
DIA membangunkan ku ketika aku jatuh

DIA memelukku tika aku merasa begitu tersakiti
DIA mengusap setiap linangan airmata ku yang mengalir
DIA mengerti setiap rasaku..
DIA menggantikan setiap kehilanganku…
Aku ingin mencintainya segenap hatiku…

Kerana TUHAN begitu berharga bagiku...

UNTUK SEBUAH HATI


Ku mengenalmu bukan lewat mata...
Lewat jiwa yang tulus aku tahu siapa dirimu....

Bukan harta,bukan jabatan, bukan kedudukan dan segala apa yang ada pada dirimu yang mampu meluluhkan hatiku..

Untukmu sebuah hati yang masih kusimpan rapat dalam relung qalbuku..

Andai cinta mampu kurangkai pada waktu ini, tentu diriku mampu memberi cukup alasan tuk meyakinkanmu..

Andai cinta mampu ku hapus dari relung hatiku, tentu tak kan membekas lara..

Sungguh..diri ini tak mampu menepis segala rasa..mahu dilabuhkan kepada siapa diri ini agar  tak pernah meminta..sejatinya hati ini milik_Nya hanya Dia yang berhak mengatur segalanya..

Untukmu sebuah hati yang belum mampu kujanjikan apa-apa..

Semoga dirimu memahami, hati ini begitu mudah terbolak-balik. Akankah cinta ini kan bertahan untuk selamanya atau hadir menyapa hanya sesaat saja yang akan melebur seiring perjalanan masa.

Akankah rasa ini hanya ujian bagi kita, yang kan pupus manakala takdir memisahkan kita..

Untukmu sebuah hati yang terangkai dalam untaian do’a..

Andai dirimu yang Allah pilihkan untuk diriku...
Ingin kubisikkan padamu..diri ini mungkin tak seindah sebagaimana anganmu yang memiliki kesabaran Asiah,
kelembutan Khadijah,
ketabahan Fatimah dan
kecantikan Aisyah.

Namun dengan hadirnya dirimu kuberharap kita mampu laksana tali yang saling menguatkan.



Demikian pula denganku,semoga diri ini mampu menerima apapun  dirimu dengan keredhaanNya.....Aamiin Ya Allah ..

♥ ::: KASIHNYA ALLAH PADA KITA ::: ♥


KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, "sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut ayat2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?

"Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran ayat 139

RASA SEDIH?

"Janganlah kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita."
Surah At-Taubah ayat 40

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mu'min diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..
Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."
Surah At-Taubah ayat 129

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!

"......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

Surah Yusuf ayat 12

~:ི♥ Semangat Cintaku…~:ི♥


Kali ini ku merasakan seolah-olah ku kehilangan Cintaku
Lalu DIA mengenggam hatiku ini
Sesunggunya DIA maha  mengetahui …

Lama hatiku berpijar keseorangan…
Mencari jawapan disetiap genap ruang…
Menanti dan terus menanti….

Kesabaran demi kesabaran ku pacakkan kukuh
Bisikan demi bisikan ku lontarkan segenap penjuru hatiku..
Takdir Allah sedang menuntun tiap langkahku…

Andai kali ini langkahku jatuh…
Ku pasrah jua dalam sujud kasihku…
Setelah hampir segenap perjuanganku menuntun mu
Ke jalan restu….

Andai sakit yang terasa seperti tikaman belati ini
Terpasak kukuh dalam jiwaku…
Biarlah ia menjadi bukti
Pabila aku di jemput Ilahi…

Kerana semangat ku tidak pernah luntur
Untuk terus menuntun dan mengasihimu
Kerna terpateri rapi janjiku pada Ilahi Rabbi
Agar tidak membiarkanmu berlalu pergi
Tanpa sekeping IMAN di dalam hati…