Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Thursday 3 April 2014

Marble Butter Cheese Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Minta maaf banyak2 sbb dh lama sangat x update blog ni. Kekangan masa & line tenet yg cam siput membuatkan hati terasa malas nk update..

Kek ni pn dh lama dh try & dh buat bnyk kali pn sbb sedap.. Kek ni akak amik resepi dia drpd kak Rohaimi Ahmad, peniaga kek online yg terkenal di kalangan rakan2 fb akak.

Resepi : Marble Butter Cheese Cake
Sumber : Rohaimi Ahmad 

Bahan-bahan
150gm butter
200gm cream cheese
200gm gula aising.. bleh kurangkan sedikit
4 biji telur saiz A
100ml susu cair
1 tsp esen vanila
2 tbsp serbuk koko
250gm tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat

Cara-cara
1. Ayak bersama tepung gandum, baking powder & soda bikarbonat

2. Pukul gula, butter & cream cheese hingga kembang & gebu

3. Masukkan telur satu per satu. Pukul sebati sebelum telur seterusnya dimasukkan

4. Masukkan campuran tepung dari Langkah 1 td & esen vanila. Pukul sebati

5. Masukkan susu & pukul sebati

6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian biar dengan adunan asal & satu bahagian lg campurkan dengan serbuk koko

7. Tuang adunan asal & adunan koko berselang-seli dlm loyang yg elah digris & dilapik dengan kertas. Kertas tu pn kena gris sekali

8. Bakar pada suhu 150'C selama 45minit @ hgga masak 

Thursday 24 October 2013

Cheezy Cheese Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Dh lama tgk kengkawan post tang Kek Cheese Meleleh. Teringin sangat nk buat tp bila tengok resepi cheese frosting dia menggunakan 1/2 tin susu pekat manis, terus x jadi nk try. Mesti manis gila bg akak. Selalunya tuk 250gm cream cheese, akak cuma guna 5 sudu besar susu pekat manis. Paling banyak pun 8 sudu besar. Tu pun dah cukup manis (bagi akak la).

Berbalik kepada kek ni,  apabila ramai sangat yg kata kek ni sedap sangat-sangat, akak pn try la buat ikut citarasa akak yg x suka manis. Resepi kek span akak amik drpd Ejun Junida, member dlm group masak-masak kt fb gak. Resepi cream cheese frosting dia akak olah sendiri

Resepi : Kek Span
Sumber : Ejun Junida

Bahan-bahan 
Bahan -bahan A
4 biji telur Gred A - klau telur saiz kecik, gunakan 5 biji
100gm gula pasir halus - akak cuma guna 90gm
1 sudu besat (tbsp)ovalette
30ml air
2 sudu teh esen vanila - akak letak 1 1/2 sudu teh je

Bahan B
120gm tepung naik sendri
1 1/2 sudu besar tepung jagung
-ayak bersama

Bahan C
75ml minyak jagung

Cara-cara
1. Panaskan oven & sediakan loyang 8" atau 9". Gris dasar loyang & lapik dengan baking paper. Gris baking paper tersebut. Tak perlu gris tepi-tepi loyang

2. Pukul Bahan A sekejap. Masukkan Bahan B & pukul hingga gebu, likat & berkrim

pukul Bahan A kejap

Masukkan Bahan B

Pukul Bahan A + Bahan B

Pukul hgga gebu & berkrim

Pukul higga adunan pekat & likat cam gambar di atas ni


3. Masukkan Bahan C & kaup balikkan hingga sebati


4. Tuang adunan dalam loyang & bakar 45 - 60 minit pada suhu 150'C. Suhu & masa membakar kena ikut oven maing-masing ye


Apabila kek dh masak, keluarkan daripada oven & telangkupkan di atas redai. Biar agak sejuk baru keluarkan kek daripada loyang. Biar kek sejuk pada suhu bilik
Dh masak

Ni la hasilnya


Resepi : Cream Cheese Frosting
Sumber : Nuri

Bahan-bahan
250gm cream cheese
5 tbsp susu pekat manis
1 biji jus lemon- klau x suka masam, bleh kurangkan 
1/4 cawan non-dairy whipping cream 
1 bekas kalsium perisa vanila
Vivo.. brand non-dairy whipping cream yg jd pilihan 

Kalsium - akak guna 1 bekas ni

Cara-cara
1. Pukul cream cheese & susu pekat manis bersama hingga berkrim

2. Masukkn kalsium & pukul sebati

3. Masukkn jus lemon & pukul sebati 

4. Masukkan non-dairy whipping cream & pukul sebati


Adunan Cream cheese frosting yg dh siap


Apabila kek dh sejuk sepenuhnya, bleh la bubuh cream cheese frosting dia

Belah kek kepada 3 bahagian menggunakan benang. Selepas tu, lapiskan setiap lapisan dengan cream cheese frosting. Then, tutup kek sepenuhnya dengan cream cheese frosting. Akhir sekali, taburkan kek dengan parutan keju cheddar. 

Kek ni sedap dimakan ketika sejuk. Sebenarnya, kek ni lbh kurang je dengan Snow Cheese Cake, cuma cream cheese frosting dia lbh cair berbanding Snow Cheese Cake
Peminat cheese cake should try....






 

Wednesday 4 September 2013

Kek Lapis Idola

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Maaf andai ada yg ternanti-nanti entri drpd akak ( ade ke yg ternanti-nanti ni? ). Entah kenapa akhir-akhir rasa mudah sangat penat. Tu yang menyebabkan akak xde pe yg nk dikongsikan. Klau ada pn, x sempat nk update kt cni..

Kek ni akak buat masa raya ari tu. Resepi akak amik dr Rohaimi Ahmad, tokey kek yg mmg bz ngn tempahan kek online dia. TQ Amy. Klau nk order kek2 drpd Rohaimi Ahmad, bleh la search dia kt fb.


Resepi : Kek Lapis Idola
Sumber : Rohaimi Ahmad 

Bahan2
10 biji telur Gred A
400gm butter - akak guna farmcow tp rasanya terlalu berminyak. 
                         Resepi Amy bnyk menggunakn buttercup yg dlm  

                         tin 
200gm 
80gm kaya
50gm santan serbuk
300gm coklat masakan - cairkan
200gm susu pekat
1/2 cwn milo
150gm gula halus
200gm tepung gandum
1 tsp esen vanila

Cara2
1. Sediakan loyang. Lapik loyang ngn kertas & sapukan butter. Gunakan loyang 8 x 8 yg tinggi @ loyang 9 x 9

2. Pukul butter & gula hingga kembang

3. Masukkn telur 1 per 1. Pukul sebati setiap kali telur dimasukkan.

4. Masukkn susu pekat, horlicks, kaya, serbuk santan, tepung gandum & esen vanila. Pukul sebati

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 biarkan dengan kaler ori dia & 1 lagi campurkan dengan coklat yg telah dicairkan & 1/2 cwn milo

6. Masukkn 7 sudu besar adunan kaler ori & bakar selama 5-7 minit guna api atas bawah pada suhu 180'C atau hgga permukaan atas kek jd perang. Suhu oven bergantung kepada oven masing2 ye

7. Apabila lapisan pertama dh masak, keluarkan & tekan2 dengan penekan kek lapis. Pastu tuang plak 7 sudu besar adunan kaler coklat. Ratakan & bakar selama 5 - 7 minit tp kali ni guna api atas sahaja. 

8. Apabila dh permukaan kek dh perang, keluarkan & ulang Langkah 6 tadi. Buat hgga habis. Lapisan terakhir gunakan api atas & bawah tp akak kurangkan suhu kepada 165'C. Bakar selama 15 minit @ hgga masak sepenuhnya..

Biar kek sejuk sepenuhnya baru potong. Kek2 lapis ni rasanya lebih menyerlah selepas 1 ari.

Sesape yg rajin bleh la try kek lapis ni... sedappp...

Monday 18 March 2013

Chocolate Cheese Mousse Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera

Resepi : Chocolate Cheese Mousse Cake
Sumber : Internet & buku 200 Bakery Treats yg telah akak olah ikut citarasa sndri

Bahan2
Sediakan sebiji Kek Kapas Coklat @ Chocolate Cotton Cake. Resepi dia ada dlm blog ni gak. Selalunya akak akan buat kek 1 hari lebih awal sebelum buat mousse dia


350gm non-dairy whipping cream yg dipukul kental  & bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan dlm fridge sementara menyediakan adunan seterusnya


Cheese Mousse
120gm cream cheese
50gm coklat putih (white choc) - potong kecil-kecil
50ml susu segar - akak guna susu tepung bancuh ngn air
1/2 biji jus lemon
1 tbsp gelatin taburkn dlm 1/4 cwn air

Cara2
1. Double-boilkan gelatin yg telah d taburkn dlm air td hgga gelatin larut sepenuhnya; ketepikan jap. 
 

2. Panaskan susu hgga berbuih sedikit. Tutup api & masukkn coklat putih & kacau hgga coklat cair sepenuhnya. Ketepikan jap
panaskan susu 

masukkan coklat putih

kacau hgga coklat larut sepenuhnya

3. Pukul cream cheese hgga lembut. Masukkan adunan dr Langkah 2 & pukul sebati. Masukkn gelatin dr Langkah 1 & sebatikan. Masukkn jus lemon & pukul sebati
Pukul cream cheese hgga lembut & gebu

masukkn coklat putih cair

Masukkn gelatin & pukul sebati

4. Ambil 1/2 drpd non-dairy whipping cream @ fresh cream yg telah dipukul td & masukkn ke dalam adunan cream cheese. Pukul dgn kelajuan perlahan hgga sebati. Siap pn adunan cheese mousse. Ketepikan sebentar 
Adunan cream cheese + adunan coklat putih cair + fresh cream

Pukul sebati dgn kelajuan perlahan

Adunan cheese mousse yg dh siap
 

Chocolate Mousse
1 tbsp gelatin taburkn dlm 1/4 cwn air
1 cwn susu segar
1 tbsp susu pekat
1/3 cwn serbuk koko
50gm dark chocolate - potong kecil-kecil

Cara2
1. Double-boilkan gelatin yg dh ditabur dlm air td. Pastikan gelatin larut sepenuhnya. 

2. Dlm periuk lain, panaskan susu segar & susu pekat. Biar hgga nampak berbuih. Tutup api & masukkan dark chocolate & serbuk koko. Kacau sebati hgga coklat cair. Jika ada serbuk koko yg x larut xpe. Nnt bleh tapiskan
panaskan susu

Masukkn dark chocolate

Masukkan serbuk koko

serbuk koko yg x larut sepenuhnya perlu ditapiskan

tapiskan adunan coklat & kacau guna sudu masa tapiskan tu

3. Masukkn gelatin dr Langkah 1 dalam mangkuk adunan coklat. Kacau sebati & biar sejuk pada suhu bilik

4. Masukkn adunan coklat td ke dalam mangkuk baki fresh cream. Pukul sebati dengan kelajuan perlahan. Nak kacau guna spatula pn bleh

Chocolate Mousse 

Cara  Melapis - ni bleh ikut suka nk letak yg mana dulu
1. Belah kek kepada 3 bahagian (tp akak cuma guna 2 bahagian, 1 bahagian lg akak makan camtu je)

2. Letakkan 1 lapisan@bahagian kek pd dasar loyang spring form. Akak guna loyang yg mmg xde dasar dia. Letakkn loyang tu atas cake board pastu letakkan kek atas cake board td
Ni la ring 8" (loyang) yg akak guna

3. Tuang adunan cheese mousse & ratakan

4. Tuang plak adunan chocolate mousse & ratakan  

5. Masukkn lapisan kek kedua & ulang Langkah 3 & 4 td.


6. Masukkn kek dlm fridge & biar hgga mousse dia agak keras. Akak simpan dlm fridge semalaman. Esoknya baru akak keluarkan dr loyang & hidangkan
Chocolate Cheese Mousse Cake

Klau nk tuang chocolate ganache pn boleh. Tuang ganache selepas kek dikeluarkan dr loyang. Tp bg akak makan tanpa chocolate ganache lg sedap sbb akak x suka manis sgt..   
   


Kek ni sedap tau... akak rekomen sangat2 tuk try
       


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...