22 February 2011

Ceramah Pencegahan Jenayah - Surau Al-Islah Shah Alam

Shah Alam, 20 Februari 2011 - Bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1432H, pihak Surau Al-Islah, Seksyen 7 Worldwide Shah Alam telah menganjurkan program tersebut dengan tema 'Perpaduan Teras Kegemilangan' dengan tiga (3) aktiviti utama.

Pelajar Tahfiz Al-Islah melawat pameran

Pihak IPD Shah Alam telah dijemput untuk memenuhi aktiviti atau slot yang kedua iaitu slot Hari Kesedaran & Pencegahan Jenayah pada jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.
 
Ketibaan KPD Shah Alam
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Kommisioner Zahedi Ayob berlapang dada untuk menyampaikan sendiri ceramah tersebut di samping berkenalan dengan penduduk setempat.
 
Pelajar Tahfiz Al-Islah di pameran Rakan Cops
Turut mengiringi ialah Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, Deputi Superintendan Azmi Md Said dan wakil-wakil daripada Cawangan BAKA, Cawangan Hal Ehwal Awam dan Cawangan Latihan/Sukan di bawah Bahagian Pengurusan serta wakil Balai Polis Komuniti Seksyen 7.

Pengacara Majlis mengalu-aluan ketibaan KPD Shah Alam
Antara isi ceramah yang disampaikan ialah definisi jenayah, jenayah indeks, statistik jenayah indeks semasa dan cara-cara pencegahan jenayah yang berkesan serta peranan penduduk dalam memerangi jenayah sebagai rakan polis.

Haffeze dan Saiful Jamsyir (BAKA) turut hadir.
Dr. Muhamad Rahimi Osman selaku Pengerusi Surau Al-Islah melahirkan rasa terharu kerana pihak polis telah memberikan kerjasama yang baik termasuk mengadakan pameran trafik, narkotik dan rakan cops serta kehadiran yang ramai daripada pihak polis walaupun pada asalnya pihak surau hanya memohon seorang penceramah sahaja daripada pihak polis.

Teruja dengan gambar ngeri di pameran trafik.
Surau Al-Islah terletak di Jalan Paladium Tiga 7/33C, Seksyen 7 Wolrldwide Shah Alam turut mengandungi Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah dan Tadika Islam.

Sjn Shukor (HEA) bertugas di ruang pameran.

Surau Al-Ihsan, Seksyen 7 Worldwide, Shah Alam

Surau Al-Ihsan meliputi Kawasan Jalan Marmar , 7/30, 7/30 A, B, C, D  & Lazuardi & Zirkon, Kawasan Jalan Ferum, 7/31, 7/31 A, B, C, D, E, Kawasan Jalan Pualam  7/32, 7/32  B, C, Kawasan Jalan Vanadium  , 7/34, 7/34A, Kawasan Jalan Iridium 7/35 dan Kawasan Kondominium Kristal serta Kawasan Perumahan PKNS bersebelahan PETRONAS Station juga Kawasan Kuarters Pusat Kesihatan Shah Alam.

'Bunting' program.

Tuan Imam surau memimpin bacaan doa.

Ustaz Hj. Mohd. Sopuan Anuar bin Ahmad, Imam Surau Al-Islah telah memimpin bacaan doa pada program tersebut agar majlis lebih diberkati oleh Allah taala dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat khasnya.

Pengerusi Majlis dengan gaya tersendiri.

Pengerusi Surau menyampaikan ucapan aluan.

Sesi ceramah dan penerangan disampaikan sendiri oleh Tuan KPD.
Shah Alam merupakan daerah keempat terbaik dalam penurunan kadar jenayah indeks pada tahun Jan-Dis 2010 berbanding tahun 2009 iaitu penurunan sebanyak 22.81%. Selain itu, Shah Alam merupakan daerah ke-7 yang tertinggi dalam kadar jenayah indeks pada tahun 2009 dan 2010 di dalam negeri Selangor.

Kpl Rosdi (HEA) menjaga 'slideshow'.
Jenayah Indeks hanya meliputi tujuh (7) jenayah kekerasan dan tujuh (7) jenayah hartabenda. Lain-lain jenayah seperti jenayah komersil dan narkotik tidak termasuk di dalam jenayah indeks ini.

Hadirin tekun dengan penerangan yang disampaikan.

Antara muslimat yang hadir.

Antara muslimin yang hadir.

Sesi dialog - bertanyakan tentang cara-cara pencegahan jenayah yang berkesan.

Kaunter Rakan Cops.

Penyediaan jamuan.

Menjawab soalan-soalan penduduk.

Bertanyakan perbezaan polis sebenar dan polis palsu.

Sempena Sambutan Maulidur Rasul.

Aktiviti Khas.

Tuan KPD menunjukkan rupa bentuk Kad Pengenalan/Kuasa Polis yang sebenar.

Sesi penyampaian cenderahati.

Muslimat mula menjamu selera.

Beratur.

Meja VIP.
 
Antara yang mengiringi Tuan KPD.

Jumpa lagi Surau Al-Islah.

0 komentar:

Post a Comment

Komen Dengan Berhemah

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes