02:20
BA SKKT
No comments
Salam Eiduladha buat semua warga SK Kesang Tua, Jasin dan seluruh umat Islam. Semoga kedatangan Eiduladha ini memberi ingatan kepada kita tentang kisah pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail. Juga menyelami pengorbanan agung yang dilakukan oleh nabi Muhammad S.A.W dalam menegakkan Islam di muka bumi Allah ini.
Semoga pengorbanan para nabi dihayati, taqwa disuburi dalam jalan menuju redha Ilahi...
20:53
BA SKKT
No comments
Pada 27hb September 2011 yang lepas, Sekolah Kebangsaan Kesang Tua telah mengadakan program RIMUP, sambutan Aidilfitri dan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Program ini diadakan meriah dengan pelbagai persembahan dan aktiviti yang menarik.
Program RIMUP ini diharapkan dapat mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum dan semangat integrasi antara kaum di SK Kesang Tua khususnya dan Malaysia amnya.Pertandingan pakaian tradisional pelbagai kaum menjadi salah satu aktiviti dalam program tersebut.
Sambutan Aidilfitri dan Hari Kanak-kanak Sedunia pula mampu mengeratkan ukhuwwah antara pelajar dan guru-guru serta warga SK Kesang Tua.
j-QAF tidak ketinggalan mengadakan persembahan bersempena sambutan ini. Pelajar- pelajar Tahun 5 telah membuat persembahan Bahasa Arab yang menarik. Ini merupakan langkah untuk menarik pelajar-pelajar lebih berminat mempelajari Bahasa Arab di samping menanamkan rasa sayang untuk mendalami bahasa al-Quran ini.
WARNA-WARNI SAMBUTAN
Persembahan j-QAF: Nyanyian semula lagu "حديقة الحيوانات" dari Kumpulan Dhuha
Lagu Raya daripada pelajar-pelajar Tahun 6
Guru juga tidak ketinggalan menggembirakan pelajar-pelajar sempena Hari Kanak-kanak Sedunia
Seronok! Menjamu makanan untuk pelajar-pelajar.
Sabar menunggu pelajar-pelajar
Jemput minum...
08:11
BA SKKT
No comments
Ramadhan telah masuk fasa yang ke-2 (fasa maghfirah) setelah berlalunya fasa pertama yang lepas. Di kesempatan waktu ini, guru-guru j-QAF, khususnya guru- guru Bahasa Arab SK Kesang Tua ingin mengucapkan "Selamat menjalani ibadah puasa dan tarawih. Moga madrasah tarbiyah daripada Allah selama sebulan ini mampu membentuk diri kita menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah."
Rebutlah peluang ini selagi kita masih bernafas. Mungkin inilah Ramadhan terakhir buat kita.
19:14
BA SKKT
No comments
Solat berjemaah bersama
Segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa, kerana dengan limpah kurnia-Nya Kem Bestari Solat telah dapat dilaksanakan sebanyak 3 kali pada tahun ini. InsyaAllah Kem Bestari Solat Kali ke-4 bakal menyusul tiba. KBS ini akan dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 25- 26 Julai 2011 (Isnin & Selasa) ini. Kem Bestari Solat ini melibatkan semua guru dan pelajar SK Kesang Tua, Jasin. Maklumat KBS adalah seperti berikut:
Kem Bestari Solat (Tahap I)
Tarikh: 25 Julai 2011
Hari : Isnin
Masa : 12.40 tengah hari - 3.30 petang
Kem Bestari Solat (Tahap II)
Tarikh: 26 Julai 2011
Hari : Selasa
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
18:12
BA SKKT
No comments
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Ilahi kerana dengan kurnia-Nya maka, dapatlah laman ini diwujudkan bagi menjana dan mencerna ilmu khususnya Bahsa Arab. Di samping itu juga, laman ini turut memuatkan berita-berita terkini mengenai perjalanan dan aktiviti Bahasa Arab dan j-QAF yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Jasin.
Diharapkan laman ilmu ini mampu memberi manfaat kepada semua.
Selamat melayari!!