Powered By Blogger

Friday, July 18, 2008

vanilla sky fan

3 comments
  • name Azril Md Aji
  • jelebu N.9
  • 19 years old
  • d.p.p.i
  • ktiam

laguku


MusicPlaylistRingtones

my lovely twin

my lovely twin
lebih kurang lah muker kiteowang kan??

ni time den Pegi Seminar Kek hotel

ni time den Pegi Seminar Kek hotel

sekapur sireh

Segala puji bagi Allah, Tuhan Penguasa seluruh alam. Telah Dia ciptakan manusia sebagai khalifah di jagat raya ini. Dia perintahkan untuk berbuat baik di dalam nya, tanpa kerusakan pada nya. Dia-lah Allah yang senantiasa menghitung amal perbuatan kita sebagai dasar pembalasan di alam baka.
Shalawat dan salam mudah-mudahan selalu dilimpahkan pada junjungan kita Nabi terakhir di alam semesta ini. Pembawa berita gembira dan duka pada segenap insan.Disini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada cik yuseni yang telah mengajar saya dalam aktiviti blog ini , tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah banyak meberikan dorongan padu dalam menyiapkan tugasan blog ini.Saya mengucapkan selamat mengunjung ke blog saya yang tidak seberapa ini..wassalam


My friends n Pn rohaini kat hotel Legacy

My friends n Pn rohaini kat hotel Legacy

bacalah pantu nasihat niii.....

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah

Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Pakai baju warna biru

Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci

Ni ngah bajet encem heheh!!!!!

Ni ngah bajet encem heheh!!!!!
Assalamualaikum pada cik Yuseni Wahab dan rakan-rakan yang saya homati..namo den Azril tapi orang panggil angah je hehe..den sebonar eh bonghasal dari negeri 9..kek jelebu..saye mengucapkan jutaan terima kasih kepada cik Yuseni sebab banyak ajar saye ttg nak buat blogger nii...erm mintak bagi lah banyak sikit markah hehe....

poz bawah pokok...

poz bawah pokok...
erm dah tak keje nak buat.....ape lagi bogambar yoo laaa....

kengkawan ku...

kengkawan ku...
ni time dah nak abis kem.....letihnya tuhan je yang tau aw...tapi apepon kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah2 dan urusetia yang telah menjayakan program ibadah ni....u all de best....

ratapan rohaniku......

ratapan rohaniku......

kucingku...?????

kucingku...?????
erm tengok kucing ni......kecik2 pon dah pandai dress up...hehe tapi cute gak kan?????