SEJARAH

Sejarah Surau As-Syakirin...

       Permulaan penubuhan Surau SK Palong 7(F) bertitik-tolak dengan peningkatan bilangan murid pada permulaan penubuhan sekolah iaitu sekitar tahun 1982. Surau sementara yang dibina secara bergotong-royong oleh peneroka dan penduduk setempat menjadikan SK Palong 7(F) memiliki surau sekolah sendiri untuk tujuan program kerohanian dan majlis-majlis berunsur keislaman di kalangan murid Islam. Sebelumnya SK Palong 7(F) hanya menjadikan kelas tertentu sebagai surau sekolah untuk murid-murid solat berjemaah.

        Alhamdulillah, pada tahun 2008 berkat doa ibubapa dan kegigihan pentadbir sekolah memohon kepada pihak kementerian untuk membina bangunan baru SK Palong 7(F) berikutan keadaan dua buah blok bangunan lama yang berasaskan kayu tidak lagi sesuai dan kondusif untuk persekitaran pembelajaran telah diluluskan. Pembinaan dua buah blok baru itu termasuklah sebuah surau dengan rekabentuk moden dan indah. 

     Selepas setahun pembinaan iaitu pada tahun 2009 dua blok baru untuk PDP dan sebuah surau ini telah siap dibina. Sekitar bulan Julai 2009 sijil layak menduduki (CF) telah diperolehi. Seterusnya selepas majlis penyerahan bangunan baru secara rasmi di antara pihak kontraktor dan kementerian kepada sekolah pada tahun 2010 maka terbitlah nama 'Surau As-Syakirin' dengan persetujuan gabungan idea pentadbir dan guru.