Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 25 September 2017

Luahan Hati Insan Bergelar Guru

Kami para guru disekolah seluruh negara tidak pernah membuat tayangan cerita 'blue' kat murid-murid. Apatah lagi kat murid sekolah rendah.Jadi dari mana mereka belajar tentang hal ini? Sehingga melukis gambar lucah cikgu sendiri dan berkongsi pula dengan rakan-rakan.Amat menyedihkan akhlak anak-anak sekarang, berani mengugut untuk merogol guru mereka sendiri. Ugutan ROGOL tuan puan. Bukan ugutan mencalar kereta atau sekadar melawan dengan kata-kata. Lebih menyedihkan, ugutan ini keluar dari murid sekolah rendah. Yang usianya belum pun mencapai 13 tahun lagi. Apa hal ini kita masih boleh menutup mata?Semalam saya berkongsi gambar pelajar lelaki yang mengacungkan jari tengah (simbol fuck) kepada guru mereka.

Luahan Hati Seorang Walid

Saya tak sedih tahfiz terbakar sebab YA....sudah nak terbakar, terbakarlah dia. Biarlah orang nak persoalkan ciri keselamatan ker hapa. Pandai2lah ambil ikhtibar.Saya juga tak sebak anak2 tahfiz tu rentung. Syurgalah tempat mereka. Anak saya yang masih hidup ni tak tahu lagi akan menghuni syurga atau sebaliknya. Harap2 syurgalah juga namun jika boleh usahlah pergi dalam keadaan azab dan rentung, tapi andai itu yang sudah ditetapkan yang maha kuasa, YA.. saya akan belajar untuk redha. INSYAALLAH.

Tapi air mata saya bergenang, dada saya sebak dan tak tertelan air liur saya dek kerana terasa berpasir tatkala mendapat tahu yang menjadi dalang kepada musibah itu adalah anak2 yang sebaya anak saya malah lebih muda dari anak saya sendiri.
Spontan terlintas difikiran..."Ya Allah... anak2 jenis apakah yang sudah generasi aku lahirkan keatas dunia ini? Kenapa zalim dan langsung tidak ada sedikit rasa kasihan atau peri kepada manusia lain yang masih bernyawa?Adakah anak2 ini yang tidak boleh ditegur guru, ditegur jiran, dirotan guru, didenda tatkala tidak menyiapkan kerja sekolah dan adakah anak2 generasi ini yang tidak boleh duduk di atas jalan tar semasa perhimpunan sekolah?

Adakah anak2 ini yang tatkala kita ibu bapa dipanggil guru kerana anak kita merokok dan memonteng kelas tapi kita maki kembali cikgu dengan mengatakan anak kita anak yang baik dan kita akan menyaman sekolah kerana kununnya mahu menfitnah anak kita?
Adakah anak2 ini yang tatkala rambutnya dibotakkan guru displin kerana berfesyen serta berwarna kita serang sekolah dan menyuruh anak kita untuk tidak hadir ke sekolah kerana kununnya guru2 kurang ajar dan tidak tahu adab bersama pelajar?Adakah anak2 ini?
Anak2 yang dimanjakan secara membuta tuli. Anak2 yang diajar kasih sayang melalui wang ringgit, gadjet mewah dan kebebasan tanpa batasan.

Anak2 yang kita fikir sudah terlalu dewasa dan matang untuk menjaga diri sendiri tatkala kita terlalu sibuk dan lelah mencari nafkah memburu rezeki dari subuh gelap hingga lewat malam gelita dek kerana desakan kos sara hidup yang semakin menyempit?
Allahuakhbar!!!Tak terfikir Tak terbayang!Kenapa anak2 generasi baru ni terlalu ekstrem!
Kenapa anak2 generasi baru ni terlalu bebas!Kenapa anak2 generasi baru ni terlalu 'cendiakawan'!Kenapa? Kenapa? Dan Kenapa???Ibu bapa generasi hujung 70an dan awal 80an.

Kita boleh berbangga kita hamil kerana menggunakan produk itu dan produk ini. Bunjut itu dan bunjut ini.Kita megah air susu kita meriah kerana mengamalkan produk itu dan produk ini. Pam itu dan pam ini.Tapi untuk mendidik anak menjadi anak yang mendengar kata, anak yang ada sifat peri dan belas dalam diri, anak yang berakhlak serta berbudi, tidak ada alat atau pun produk atau supliment yang boleh kita beri pada mereka kecuali kita berikan didikan dan tauladan yang baik yang datangnya dari kita sendiri.

Mungkin kita tak punya banyak masa memantau mereka tetapi bagaimana kita berusaha mencari duit untuk hidup begitulah juga kita harus berusaha mencari masa agar anak kita tidak terlalu selesa bebas melakukan apa saja sehingga tergamak melakukan jenayah yang akhirnya membuat kita merana.*Berhentilah masuk campur urusan guru2 sekolah semasa mendidik anak2 kita. Biarlah anak kita dirotan, ditampar didenda selagi mana anak kita tidak lumpuh tidak koma tidak mati. Yakinlah guru2 disekolah niatnya mahu mendidik. JARANG guru menghukum murid tanpa sebab. KEBANYAKKAN guru menghukum kerana mahu mendidik. Anak kita dihukum pasti bersebab.*
*Sudah2lah asyik mahu menyerang sekolah menyaman sekolah hanya pada perkara kecil yang mana zaman2 kita dahulu pun kita lalui perkara yang sama tapi ibu ayah kita tak menyebelahi kita pun, malah ibu ayah akan menyokong apa yang guru2 buat pada kita kerana mak ayah kita berpegang pada prinsip, "cikgu mahu mendidik dan jika anak aku tak salah cikgu tak akan menghukum".*
Tapi mak ayah zaman moden sudah terlalu manjakan anak sehingga anak2 hilang hormat pada guru malah tidak ada rasa hormat pada masyarakat jiran keliling kerana sudah dididik jika jiran mengadu perihal buruk anak mereka, si ibu atau si ayah akan menyerang si pengadu dengan mengatakan "usah masuk campur urusan keluarga mereka"
Makanya generasi 70an dan 80an.
Fikir... adakah kita berterusan mahu melahirkan generasi yang terlalu ekstrem dan hilang rasa belas kasihan pada insan lain?
Jawapannya sudah tentu TIDAK.
Namun apa usaha kita untuk membendung semua ini?
Muhasabah diri.
Fikir berkat tak berkat rezeki yang kita kenyangkan perut anak2 kita.
Renung dalam2 mata anak kita dan tanya diri kita...
*1) Bila kali terakhir kita kejut anak kita solat subuh?*
*2) Bila kali terakhir kita punggah beg sekolah anak2 kita dan periksa sehelai demi sehelai buku2 sekolahnya?*
*3) Bila kali terakhir kita periksa gadjet2 anak kita?*
*4) Bila kali terakhir kita peluk kita cium dan kita berbual2 dengan anak kita?*
*5) Bila kali terakhir kita solat sama2 dan mengaji sama2 dengan anak kita?*
*6) Bila kali terakhir kita memberi nasihat dan mengingatkan anak kita apa yang boleh dibuat apa yang jangan dibuat?*
*Fikir, Ingat, Renung dan Masih Sempat Jika Mahu Berubah* .

Ahad, 24 September 2017

Salam Awwal Muharram 1439


Assalamualaikum sahabat- sahabat yang dirahmati Allah SWT

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kesempatan kepada kita untuk berada dalam tahun baru hijrah 1439 Hijrah. Bersempena dengan tahun baru hijrah ini, marilah sama sama kita berusaha untuk menjadi insan yang terbaik dan bermanfaat kepada semua. Selain itu, sama- sama kita buat perubahan dalam diri kita terutama dari segi ibadah dan pembangunan sahsiah diri.

Semoga kita senantiasa diberikan pertunjuk dan hidayah daripada Allah SWT.

Selasa, 25 Oktober 2016

Melaka Juara Liga Perdana 2016

Assalamualaikum 

Tahniah diucapkan kepada pasukan Melaka United yang telah berjaya menjuarai Liga Perdana untuk tahun 2016. Tahniah diucapkan kepada pemain dan pihak pengurusan terutama kepada Ketua Jurulatih Melaka United, Coach Mat Zan yang telah bersusah payah berusaha untuk memastikan Melaka United terus unggul dan berjaya ke Liga Super pada tahun 2017. 

Sememangnya ini merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh anak melaka tak kira dimana mereka berada.Kenangan yang akan terpahat disanubari setiap anak melaka yang ingin melihat pasukannya berjaya dengan jayanya. 

Cuma ada beberapa harapan yang rasanya boleh saya coretkan disini khusus buat para pemain Melaka United sebagai bekalan pada masa hadapan : 

1. Amanah pada tanggungjawab yang diberikan. 
Sebagai pemain yang profesional dan dibayar gaji, perlulah sentiasa melaksanakan tugasan atau homework yang diberikan serta melaksanakan tugas dengan sebaiknya. Walaupun dibayar mahal tetapi persembahan yang diberikan dalam setiap perlawanan perlu setimpal dengan apa yang diberikan. 

Sombong Punca Ukhwah Terputus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua 

Rasanya dah lama sangat tak menulis dalam blog yang rasanya dah dekat 5 tahun nie. Malam nie tergerak hati nak tulis satu tajuk yang mungkin sama-sama kita boleh ambil kesedaran dan manfaat untuk semua khususnya kita yang mengaku beragama islam. 

Bila cakap pasal sombong, memang rata raka dikalangan kita tahu yang sombong nie salah satu daripada sifat mazmumah yang tercela. Sombong juga merupakan salah satu daripada punca atau asbab yang menyebabkan iblis dan syaitan disingkirkan daripada syurga dek kerana merasakan dirinya lebih hebat dan lebih mulia daripada Nabi Adam Alaihissalam. 

Kita juga sebagai anak adam dan hamba Allah yang hidup di akhir zaman ini juga tidak lari daripada sifat tersebut tak kiralah kita ini pemimpin atau orang biasa. Disebabkan kita merasakan yang diri kita ini dah cukup hebat dan cukup bagus jika dibandingkan dengan orang lain yang kurang berbanding kita. 

Jumaat, 7 Oktober 2016

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua readers yang dihormati 
semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan semoga kita senantiasa berada dalam pemeliharaan Allah SWT . 

Sahabat yang dikasihi, 

Bersempena dengan peperikaan PT3, SPM dan STPM yang bakal menjelang tiba bermula 10 Oktober ini, saya ingin berkongsi satu doa yang mungkin boleh kita sama-sama amalkan khusus para ibubapa yang anaknya bakal menduduki peperiksaan tidak berapa lama lagi 

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الأنبياء و المرسلين سيدنا محمد وعلى اله واصحابه اجمعين 


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Jumaat, 13 November 2015

Alahai Harimau Malaya ...

Assalamualaikum ... salam sejahtera untuk semua. 

Rasanya dah lama tak mengomen kat blog usang nie .. al maklum sekarang nie kan dah makin maju masing masing dah tak berapa pandang sangat pasal blog kan .. ramai yang suka tengok FB .. Twitter dan sebagainya.

Hari nie ambe nak mengomen pasal prestasi pasukan Harimau Malaya yang makin hari makin menyakitkan hati dan menyebabkan ramai antara kita terutamanya peminat bola sepak tanah air meluahkan rasa marah dan gerammm ... 

Mana tak nya setiap perlawanan yang disertai oleh pasukan HM selalu sangat kalah dan membuatkan ramai yang menyampah. 

Disini saya ingin mencadangkan kepada pasukan HM dari segi pengurusan pemain dan sebagainya supaya melakukan perubahan yang drastik. 

Sabtu, 1 November 2014

Syabas UAI .. Dakwahmu Berjaya Tarik Anak Muda

KOTA BHARU - Biarpun dikaitkan dengan video seks indiviu mirip beliau, namun penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tetap menjadi perhatian dan diterima masyarakat. Ini terbukti apabila kuliah Jumaat yang disampaikan beliau di Dataran Ilmu mendapat sambutan hebat daripada rakyat Kelantan dengan kehadiran hampir 10,000 peminat dari seluruh pelosok negeri ini. Bagaimanapun usaha Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan UAI berhubung video seks yang tersebar di laman sosial Facebook baru-baru ini gagal, setelah dihalang pihak keselamatan. Baru-baru ini peminat UAI digemparkan dengan penyebaran sebuah rakaman video memaparkan adegan di atas katil membabitkan seorang lelaki mirip beliau dengan seorang wanita./sinar 


Selasa, 14 Oktober 2014

Oktoberfest Vs Melaka Berselawat : Antara Dua Bidaah

Assalamualaikum..

Hari ini ada dua isu yang cukup hangat diperkatakan dalam akhbar iaitu bantahan program Oktoberfest yang akan diadakan di Melaka dan semalam Ketua Menteri Melaka telah membuat sidang media dengan menyatakan bahawa kerajaan negeri dan PBT tidak akan mengeluarkan lesen dan permit kepada pihak yang menganjurkan. Pada pandangan ambe bagus juga bila tak diberikan permit daripada menambahkan maksiat yang sedia ada.

Sepatutnya benda nie dibendung daripada awal dan kalau nak adakan juga pihak penganjur perlu dikenakan beberapa syarat bagi memastikan program yang diadakan ini adalah untuk orang yang bukan islam sahaja. 

Isnin, 4 Ogos 2014

PATUTLAH ISRAEL TAKUT PADA MALAYSIA ... INI BUKTINYA


Patutlah Israel cukup gerun dengan anak muda zaman sekarang ini. Rupanya ini salah satu propaganda yang berjaya menggerunkan mereka dan menuduh Malaysia merekrut pasukan Hamas. Amacam ?? Takut tak ... Takut Tak ??

Jumaat, 13 Jun 2014

Piala Dunia: Brazil dan Islam

Dari pelbagai sumber menunjukkan, negara yang sangat kuat terhadap pegangan Kristian Katholik ini disentuh oleh Islam sekitar bermula apabila Portugis membawa masuk hamba-hamba abdi dari Afrika yang diperdagangkan. 37% diterima masuk ke Brazil iaitu sekitar 3 juta orang. Mereka diarah bekerja di ladang-ladang tebu pada tahun 1550. Pada tahun 1835 para hamba ini melakukan pemberontakan di daerah Bahia sehingga memaksa Portugis mengawal kemasukan hamba-hamba ini ke Brazil. Bahkan mereka dipaksa menganut Kristian Katholik. 

Sehinggalah pada tahun 1900, jumlah hamba Muslim tersebut tinggal sekitar 10,000 orang sahaja. Kemuncak kehadiran imigran Muslim ke Brazil adalah pada tahun 1850 dan berkurangan menjelang tahun 1950. Kebanyakan Muslim ini berasal dari Syria dan Lubnan yang meninggalkan tanah air kerana perang saudara. Brazil sebuah negara yang dikatakan, ditemui oleh pasukan penjajahan dari Sepanyol pada abad ke 15.

 Statistik pada tahun 2000 menunjukkan jumlah Muslim di Brazil adalah 27,239 orang. Menurut akhbar tempatan, seramai 56,000 - 70,000 khasnya di kawasan Sao Paulo dan Parana. Adapun peneliti Islam tempatan menganggarkan jumlah Muslim adalah 1 juta - 1.5 juta orang. Semoga dunia sukan dan piala dunia turut menambah informasi bermanfaat untuk kita.

 Mohd Fadhlullah bin Ismail (Pengerusi NGO CORUM) 13 Jun 2014

Isnin, 3 Februari 2014

Rasulullah Di Kenang Sunnah Di Buang ??

Assalamualaikum .. 

Rasanya dah lama tak mengomen kat dalam blog usang nie walaupun nampak cam usang tetapi inilah saja jalan yang boleh dilakukan bagi menyatakan apa yang terbuku dalam hati.Saban tahun setiap kali tibanya bulan rabiul awal pasti kita takkan terlepas daripada menyambut hari kebesaran islam yang utama iaitu Hari Keputraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Allahumma solli alaihi waalih...

Tetapi apa yang aku nampak sekarang nie kita memang dah cukup bagus sambut maulid dengan pelbagai cara dan kaedah. yang nak berqasidah sibuk berqasidah yang berselawat sibuk nak berselawat tak cukup juga dengan sekarang nie orang sibuk dengan qasidah berlagu. Tapi yang peliknya setiap tahun kita sambut tapi kenapa apa yang diajarkan oleh Nabi kita tak ikut kan ? betul tak ? duk sibuk beryahanana tapi akhlak dan personaliti tak jaga .. tak cukup dengan tu tengok saja dengan tutur kata dan akhlak kita sewaktu bermuamalah dengan orang lain. 

Jumaat, 24 Januari 2014

Tanda Kiamat Sudah Muncul ??

JERTIH: Cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini mencatatkan rekod suhu terendah iaitu 19 darjah Celsius di sekitar Besut, pagi semalam. Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Jenuwa Husin berkata, selain itu, Kuala Krai, Kelantan, turut merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celcius, semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur. Menurutnya, penurunan suhu itu amat berbeza dengan suhu biasa yang dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini iaitu 23 darjah Celcius di dua kawasan itu. Perubahan iklim mendadak di daerah Jertih membuatkan beberapa penduduk di sini terpaksa memakai pakaian tebal.

Foto Nur Husna Najian Hashim, 13 (kanan) bersama adiknya, Nur Husna Najihan Hashim, 8 (kiri) dan sepupunya Nur Sara Rofi terpaksa berpakaian dua lapis dan berselubung dengan kain batik untuk menahan cuaca sejuk akibat perubahan suhu di Kampung Beris Pak Abu, Besut. FOTO Aswadi Alias

Isnin, 6 Januari 2014

KONSEP BUGHAH DALAM ISLAM

Pengertian bughah

Bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)
Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)

Khamis, 2 Januari 2014

Kenaikan Harga Ujian dari Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua readers 

Mutakhir ini kecoh pasal kenaikan harga barang yang melambung tinggi dan kenaikan tarif eletrik air dan sebagainya. Hamba sekadar memberikan pandangan dan saranan secara peribadi berdasarkan pemerhatian hamba terhadap apa yang berlaku sebelum ini dan pada masa sekarang. 

Kenaikan tarif eletrik, air , harga barang makanan dan sebagainya adalah disebabkan oleh kita sendiri. Mana tidaknya disebabkan oleh kelalaian dan kecuaian kita dalam mengendalikannya menyebabkan berlaku pembaziran yang berleluasa. Tak perlu nak tuding jari pada orang lain tapi kita tuding jari pada diri kita sendiri. Apa yang kita buat sebelum berlakunya kenaikan. 

Tahun Baru Azam Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua readers, 

 Apa kabar kalian semua? Rasanya dah lama hamba tak menulis dalam blog yang dah lama hamba tinggalkan ini. Almaklum dengan kesibukan bercuti sampai lupa nak masukkan segala pengalaman yang telah hamba lalui sepanjang tahun 2013 yang baru berlalu dua hari yang lepas. Apa pun yang dah lepas tu biarkan lepas bak kata Tan Sri P. Ramlee " Barang yang lepas hai jangan di kenang, kalau dikenang merajuklah diri". 

Ayuhlah dengan azam yang baru dan dengan tekad yang baru, sama sama kita ikhlaskan hati kita untuk sama-sama mencari redha Allah SWT dan laksanakan tugas dengan seikhlas mungkin. Jangan merungut dan jangan bersungut dengan segala ujian dan cabaran yang diberikan oleh Allah. Dari Allah ia datang dan kepada Allah kita berserah diri. Selamat Maju Jaya buat semua. Wassalam  

Jumaat, 8 November 2013

Undangan ke Majlis Ilmu

Assalamualaikum .. salam mesra

Saya mewakili sahabat-sahabat yang cintakan ilmu pengetahuan dengan ini mempelawa tuan/ puan / datuk / nenek sekeluarga untuk sama-sama menghadiri majlis ilmu sebagaimana dalam iklan dibawah. 

Ketahuilah sesungguhnya menuntut ilmu itu satu kefarduan kepada setiap muslimin dan muslimat. 


Isnin, 4 November 2013

Awwal Muharram

Assalamualaikum .. 

Insha Allah malam nie masuk pulak tahun baru 1435 hijriyah dan bakal berakhir tahun baru 1434 hijriyah. banyak sangat kenangan yang telah dilakarkan sepanjang tahun lepas. Apa pun saya mewakili keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Awwal Muharram 1435 Hijriyah. Semoga tahun- tahun yang mendatang bakal kita sinari dengan cahaya keimanan yang tinggi dan peningkatan dari segi ibadah. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan pada hari yang berbahagia ini untuk sama-sama bermuhasabah diri dan beristighfar atas segala dosa yang kita telah lakukan sama ada kita sedar atau tidak. 

Klik untuk imej lebih jelas 



Citer Pasal Bola lah Pulak

Assalamualaikum 

Apa kabo Semua ? Alhamdulillah syukur kerana masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk menukilkan beberapa pandangan dan komentar di blog usang ini. Semalam sempat meluangkan masa untuk menemani isteri menonton perlawanan bola sepak Watson Piala Malaysia 2013 antara pasukan kelantan dan pasukan pahang. Perlawanan berlangsung dengan baik dan syukur juga Allah kurniakan nikmat hujan kat padang tersebut dan membolehkan kita semua merasa sejuk dan tenang bila menonton sesuatu perlawanan. 

Biasalah adat pertandingan ada menang ada kalah. Tahniah saya ucapkan pada pasukan "Tok Gajah" Pahang Darul Makmur yang telah berjaya meraih kejayaan malam tadi dan syabas juga saya ucapkan kepada pasukan Kelantan kerana berjaya juga menampilkan aksi yang memberansangkan dan mengujakan penjaga gol pahang. 

Khamis, 19 September 2013

Must Read !! Kronologi Kemunculan Syiah

Assalamualaikum 
 Saja nak share ngan korang kronologi Munculnya Golongan Syiah atas muka bumi ini...
1) Runtuhnya Empayar Parsi/Sassanid/Iran di tangan Umar al-Khattab.
2) Fairuz, putera Maharaja Parsi Yezdager 111 men jadi tawanan perang, dia menjadi hamba kepada Mughirah r.a.(Gabenor Kufah)
3) Dimerdekakan & diberi nama Abu Lu'luah. Dia datang ke Madinah untuk membunuh Umar al-Khattab.
4) Tragedi subuh, Umar di bunuh oleh Abu Lu'luah ketika mengimamkan solat subuh. Abu Lu'luah dibunuh/membunuh diri sendiri.
5) Utsman menjadi Khalifah. 6 tahun kemudian, muncul Abdullah b. Saba' seorang Yahudi yg mengaku masuk Islam.