20100731

SUATU HARI BIASA MENJADI LUAR BIASA



Nasib baik spesies yang mencari tikus jek...
klu x, mmg dah kena ngap ku punya tangan

20100720

TAZKIRAH 3

Tajuk 3 : MEMBERI SALAM

· Hukum memberi salam adalah sunat. Hukum menjawab salam adalah wajib
· Salam bukan sahaja satu ucapan tetapi ia juga merupakan harapan atau simpati antara dua pihak
· Sabda Rasulullah :” bersalam-salamlah kamu supaya hilang rasa hasad dengki”
· Orang yang utama disisi Allah ialah orang yang memberi salam
· Orang yang tidak menjawab salam akan ditanggalkan oleh Allah roh kemuliaan
· Apabila orang memberi salam, iblis akan menangis
· Memberi salam hak makhluk, menjawab salam hak Allah
· Memberi salam akan memanjangkan usia
· Memberi salam kepada keluarga akan menambahkan kebajikan
· Hendaklah bersungguh-sungguh memberi salam. (bukan bermain-main dengan salam) Sekurang-kurangnya kita memberi salam kepada 10 orang muslim setiap hari.

TAZKIRAH 2

Tajuk 2 : Bergurau
Disampaikan oleh : Kak Zaleha Syed Ahmad


Bergurau merupakan salah satu darpd bentuk senda atau jenaka. Tujuan bergurau adalah untuk menghiburkan jiwa apabila kita mengalami kejemuan atau dirundung kesedihan. Bergurau berlebihan juga merupakan satu perkara yang bahaya dalam kehidupan kita sehari-hari. Bergurau ibarat garam. Biar sikit dan secukup rasa. Kalau terlebih ia boleh :
  1. mematikan fikiran seseorang
  2. mengganggu ketenteraman orang lain


Antara tempat&waktu yang tidak boleh bergurau
  1. Dalam majlis ilmu
  2. sewaktu azan
  3. sewaktu solat

FORUM HAL EHWAL ISLAM KAT CEMARA


7 april 2010


TAZKIRAH TAHUN 90-an

Time cuti biasalah bersihkan rumah. Buang, kemas, simpan, belek……..akhirnya aku terjumpa sebuah buku tazkirah yang disampaikan oleh kakak2 senior masa aku tinggal di asrama. Semua ada 27 tajuk yang disampaikan oleh kakak seniorku yang sekarang entah di mana berada. Jejak dengan FB pun dah tak dapat. Adala 2,3 orang yang dapat kujejaki tapi segan pulak nak add…. :P
Apa kata aku sampaikan pada kalian semua tazkirah itu mengikut urutan buku catatanku ini……….


Tajuk 1: sepuluh doa orang yang tidak diterima oleh Allah SWT


  1. Orang yang mengenal Allah tetapi tidak menunaikan tanggungjawab terhadapnya
  2. Orang yang membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan ajarannya
  3. Orang yang mengatakan syaitan itu musuhnya tetapi menjadi korbannya
  4. Orang yang mengaku umat Muhamad tetapi tidak mengamalkan sunnahnya
  5. Orang yang ingin menduduki syurga Allah tetapi tidak beramal dengan amalan2 yang membawanya ke syurga
  6. Orang yang berdoa minta dijauhkan dari api neraka tetapi masih melakukan kemungkaran dan amalan yang akan membawanya ke neraka
  7. Orang yang mengakui mati itu pasti tetapi tidak bersedia untuk menghadapinya malah seolah-olah ingin hidup kekal di dunia
  8. Orang yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi ia sendiri lupa akan keaiban dirinya sendiri
  9. Orang yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah
  10. Orang yang mengkebumikan mayat saudaranya tetapi tidak langsung mengambil iktibar dari pekerjaannya itu

20100717

PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK

- Ketandusan ilmu yang menyebabkan iman rapuh dan mudah dirobohkan
- Pegangan agama yang longgar
- Tidak berminat dengan amal kebajikan
- Tiada perasaan malu
- Tidak gerun dengan azab dan ancaman ALLAH
- Kemungkaran menjadi pilihan hidup
- Sistem masyarakat yang pincang
- Anak-anak dianggap beban dan dibiarkan tanpa bimbingan yang sempurna