Thursday 20 July 2017

ANTARA RAHASIA KALIMAT TAHLIL

APAKAH ANTARA YANG LAIN RAHASIA KALIMAT TAHLIL ITU?
(Kalimat: Laa ilaha illallah).

Bahawa bagi kalimat Laa ilaha illallah itu ada beberapa rahsia.

1.Kesemua hurufnya adalah huruf jaifiah yakni huruf yg berongga ini mengisharatkan bahawa kalimat itu hendaklah DIUCAPKAN DARIPADA RONGGA YANG KHALIS IAITU......'HATI'.

2.Segala hurufnya tidak bertitik ini isyarat bahawa hendaklah bagi siapa yang melafazkan dia MEN-SUNYI-KAN HATINYA DARIPADA APA APA YANG SELAIN ALLAH.

3.Terdiri dari dua belas huruf..seperti bilangan bulan-bulan dalam setahun.Kalimatnya empat seperti bilangan bulan-bulan haram dalam setahun. Huruf JALALAH (ALLAH)itu huruf tunggal (Tersendiri), sedangkan kalimat yang tiga lagi (La ilaha illa) tersusun menurut tertibnya seperti bulan haram yaitu Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rajab yang tunggal tersendiri adalah bulan-bulan yang afdhal..maka khasiatnya barangsiapa berkata 'La ilaha illallah' dengan hati yang ikhlas nescaya terhapus daripada dosa-dosanya setahun.

4.Malam dan siang terdiri daripada dua puluh empat jam..maka La ilaha illallah dengan Muhammadun-Rasulullah terdiri daripada dua puluh empat huruf..khasiatnya tiap-tiap satu huruf mengkifaratkan dosa satu jam.

5.Kalimat La ilaha illallah Muhammadun- Rasulullah(mengikut ejaan huruf jawi-Arab)itu tujuh..sedangkan pintu-pintu neraka itu tujuh..khasiat tiap-tiap kalimat itu menutup akan tiap pintu neraka yang tujuh itu terhadap orang yang mengucapnya..insha-Allah.

6.Mengikut kata Al-Imam Fakhuruddin al-Razi bahawa 'MAKSIAT'itu masuk melalui TUJUH ANGGOTA..Yaitu Dua Telinga,Dua Mata,Dua Tangan,Dua Kaki,Lidah,Perut dan Kemaluan.Maka tiap-tiap satu kalimat daripadanya MENGKIFARAT akan maksiat suatu anggota (kitab Jauhar-Mauhub).Oleh yang demikian mendapat mamfaat kpd ahli zikirnya adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah SWT.

7.Berkata ulama yang muhaqiqin dan ahlu thoreqat:

a.Bagi orang mubtadi (Baru masuk kepada gulungan ahlullah) orang yang pada peringkat permulaan dalam perjalanan menuju Allah sesuai syuhudnya ketika berzikir kalimat La ilaha illallah itu ialah dengan pengertian La ma'budu ilallah...ertinya,Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Allah.

b.Bagi orang yang mutawasith..Yakni orang yang pada peringkat pertengahan didalam perjalanan ( batin)nya menuju Allah,kalimat Thoyyibah itu ialah dengan isyarat La maqsudu- illallah..ertinya tiada yang di qasadkan atau dituju(dimaksud) oleh hati atau jiwanya melainkan Allah.

c.Dan bagi orang MUNTAHI yakni orang yang telah 'sampai'(wasil) pada matlamat ruhaniah yang ditujunya..maka kalimat La ila ha illallah itu dengan isyarat LAA MAUJUUDU ILLALLAH..ertinya tiada yang maujud(pada hakikatnya)melainkan Allah..maknanya ialah bahawa tiada yang maujud yang sebebenar pada hakikatnya melainkan Al-Haq Taala jua.
Adapun yang selain-Nya itu bathil(Wujudnya tiada haqiqi).Hanya ibarat bayang-bayang sahaja nisbah pada wujud Al-Haq Taala yang muthlaq itu.

Kesimpulanya inilah satu lagi sebab kenapa zikir La ilaha illallah itu paling utama untuk peringkat semua manusia daripada para nabi yang mursal dan wali-wali yang muqarrab yang karam dalam laut Ahdiyah hinggalah kepada orang muslim yang awam yang masih bergelomang dosa dan tebal hijab-hijab yang menutup hatinya.

Tahniah kepada sesiapa yang memperbanyak menyebut atau bertahlil kalimat La ilaha illallah dengan menghadhirkan hatinya dengan melengkapi aqaidul-iman hingga maknanya jelira dengan daging darahnya..moga dapat melihat asrar(rahsia)yang ajaib yang tidak terkira banyaknya terkandung dalam kalimat yang sangat mulia ini.

Sebaik-baiknya sila ambil talqin zikirnya dari guru mursyid yg ada tali temali ijazah hingga ke Rasulullah s.a.w.

Wallahu a'lam bissawab.Wassalam.

No comments:

Post a Comment

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...