Saturday, June 4, 2016

Lepasan SPM

KePada Sesape yg anaknye baru dpt result SPM
👇👇👇
NOTA PENTING UNTUK LEPASAN SPM
➖➖➖➖➖➖➖
Isi borang-borang di bawah...
⬇⬇⬇⬇⬇
🔴 Laman UTAMA UPU
👉 http://upu.moe.gov.my
🔴 Borang UPU Online
👉https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu_2015
🔴 Portal RASMI Kementerian Pendidikan Malaysia (Jabatan Pendidikan Tinggi)
👉 http://upu.moe.gov.my/web
🔴 Facebook RASMI berkaitan UPU
👉 https://www.facebook.com/pages/Kemasukan-BPKP-JPT-FB-rasmi-UPU/646433295426674
🔴 Laman RASMI POLITEKNIK
👉 http://www.politeknik.edu.my
🔴 ePanduan kemasukkan lain-lain agensi
👉 https://online.moe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan
🔴 Borang Online kemasukkan ke IKBN
👉 http://eikbn.gov.my/sistemonlineikbn/page1.php
🔴 Senarai IKBN
👉 http://www.kbs.gov.my/index.php/my/2014-02-27-08-44-57/portal-rasmi-iktbn-ikbn
🔴 Permohonan ke Jabatan Tenaga Manusia
👉 http://www.kbs.gov.my/index.php/my/2014-02-27-08-44-57/portal-rasmi-iktbn-ikbn
🔴 Info permohonan CIAST
👉 http://www.ciast.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan/orang-awam-pelajar
🔴 Borang online CIAST
👉 http://aplikasi.ciast.gov.my/vto/daftarmasuk.php?sesi::2015//
🔴 Panduan kemasukkan KOLEJ KOMUNITI
👉 http://www.jpkk.edu.my/jpkk/index.php/bahan-media/makluman/569-buku-panduan-kemasukan-pelajar-baharu-2015.html
🔴 Borang Online ke KOLEJ KOMUNITI
👉 http://online.jpkk.edu.my/eborangkk/default_xie.asp
🔴 Info program latihan Kementerian Pertanian
👉 http://www.moa.gov.my/program-latihan-kemahiran-pertanian-kebangsaan
🔴 Info MARA
👉 http://www.ekemahiran.edu.my
🔴 Borang ONLINE MARA
👉 http://apponline.mara.gov.my/spupim
🔴 Info latihan SEPARA PERUBATAN KKM
👉 http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan
🔴 Borang online latihan SEPARA PERUBATAN KKM
👉 http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Nota : Info disediakan oleh
..www.iklan-video.com..
➖➖➖➖➖➖➖
SENARAI UNIVERSITI
➖➖➖➖➖➖➖
.. UNISZA = https://www.unisza.edu.my
.. UMK = www.umk.edu.my
.. UNIMAS = http://www.unimas.my
.. USM = http://www.usm.my
.. UIAM = http://www.iium.edu.my
.. UMP = http://www.ump.edu.my
.. UPM = http://www.upm.my
.. UTEM = http://www.utem
.edu.my
.. UITM = http://www.uitm.edu.my
.. UMS = http://www.ums.edu.my
.. UPNM = http://www.upnm.edu.my
.. UTHM = http://www.uthm.edu.my
.. UKM = http://www.ukm.my
.. UMT = http://www.umt.edu.my
.. UPSI = http://www.upsi.edu.my
.. UTM = http://www.utm.my
.. UM = http://www.um.edu.my
.. UNIMAP = http://www.unimap.edu.my
.. USIM = http://www.usim.edu.my
.. UUM = http://www.uum.edu.my
⚫ MMU = www.mmu.edu.my
⚫ OUM = www.oum.edu.my
✔ KURSUS PANTAS = http://www.islam.gov.my/en/node/46735
Selamat maju jaya 😘. Langkah 🏃 anda hari ini adalah penentu masa depan anda.
[19:45, 04/03/2016] SHARIFAH RASHID.: http://www.selangkah.uitm.edu.my/

Cuba masukkan result anda / anak anda pada link di atas. Ia akan cadangkan kursus apa yg layak mohon UPU. Mohonlah yg itu sahaja. Jika tiada dalam senarai yang dicadangkan, bermakna jika mohon juga, besar kemungkinan tak dapat.

Tqvm. All the best.

Boleh kongsikan kpd rakan-rakan untuk anak2 atau saudara-mara mereka ya. 👍😀

Friday, October 11, 2013

Masa yang terbaik untuk anda bersenam

Apakah masa yang terbaik untuk anda bersenam? Memandangkan betapa sibuknya kehidupan zaman sekarang, ia adalah masuk akal untuk meluangkan beberapa minit untuk bersenam.

Di sini, kami berikan anda tip-tip yang boleh membantu anda mencari masa yang terbaik untuk jadual bersenam anda berdasarkan target yang ingin dicapai.

Jika anda mempunyai mesyuarat tegang yang telah dirancang. Bersenam sebelum itu. Tiga puluh minit senaman berintensiti sederhana boleh mengurangkan tindak balas fisiologi badan terhadap tekanan dengan meningkatkan neurotransmitter baik seperti dopamin. Selain itu, ia juga menggalakkan otak anda untuk mematikan tindak balas tekanan ini. Anda akan merasakan kesan kira-kira 15 minit selepas anda selesai bersenam.

Jika anda mempunyai masalah tidur. Bersenam dengan betul sebelum tidur. Anda mungkin pernah mendengar bahawa bersenam sebelum tidur menjadikan seseorang lebih sukar untuk tidur. Namun begitu, menurut satu kajian baru-baru ini, orang yang bersenam pada bila-bila masa, tidak kira siang atau malam akan mendapat tidur lebih nyenyak. Jika tidur anda tidak lena, aktiviti yoga yang ringkas adalah yang terbaik serta lebih selamat daripada pil tidur.

Jika anda mahu mengelakkan kecederaan. Lakukan senaman pada awal petang. Senang untuk kejang otot atau terseliuh buku lali? Tunggulah sehingga selepas kerja untuk bersenam. Pada awal pagi, suhu badan semula jadi anda adalah rendah, jadi anda mungkin terdedah kepada tekanan dan kecederaan jika bersenam pada waktu tersebut. Untuk mengelakkan kecederaan, bersenamlah dalam lingkungan masa 4 – 8 petang.

Jika anda mahu untuk mengurangkan berat. Bersenam sebelum sarapan pagi. Memaksimumkan potensi pembakaran kalori badan anda dengan pergi ke gimnasium pada waktu pagi. Orang yang berlari di atas 'treadmill' sebelum sarapan, pembakaran lemak berlaku kira-kira 20 peratus lebih banyak berbanding dengan orang yang bersarapan terlebih dahulu.

Jika anda mahu mengelakkan serangan alahan. Bersenam di waktu malam. Alahan biasanya disebabkan oleh debunga yang banyak ada pada waktu 4–10 pagi. Ini bermakna jika anda fikir bersenam pada waktu pagi di luar akan membekalkan anda tenaga, fikirkan semula sekiranya anda seorang yang mudah jatuh sakit. Ia akan membuatkan anda pening dan terdedah kepada gejala-gejala alahan sepanjang hari.

Sumber : Yahoo.com

Thursday, October 10, 2013

4 Kombo makanan yang sangat berkhasiat untuk tubuh badan

Adakah anda tahu bahawa apabila anda menggabungkan dua makanan yang sihat bersama-sama, khasiat mereka lebih banyak berbanding makan satu jenis sahaja? Terdapat penemuan baru dan menarik tentang bagaimana kombinasi makanan tertentu sebenarnya boleh melambatkan penuaan dengan mengurangkan keradangan sel serta membolehkan anda untuk kelihatan baik dan sihat berbanding sebelumnya. Di sini, kami senaraikan 4 gabungan makanan yang dipercayai baik untuk kesihatan anda dan melambatkan penuaan.





















Limau gedang + Avokado = Cegah kerosakan sel-sel dalam badan
Limu gedang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ianya kaya dengan 'lycopene', sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat mengurangkan keradangan dan mencegah kerosakan sel. Tetapi apabila anda menggabungkan lima gedang bersama avokado, lemak sihat yang terkandung dalam avokado boleh membantu dalam meningkatkan penyerapan 'lycopene', menjadikannya lebih lebih efisien untuk digunakan untuk badan.

Cubalah gabungkan limau gedang dan avokado 1 atau 2 kali seminggu. Anda boleh mencampurkan mereka ke dalam makanan anda atau jadikan mereka sebagai salad.





















Kubis 'Brussels' + Minyak zaitun = Baik untuk melindungi mata
'Lutein' yang terdapat dalam kubis 'Brussels' berupaya untuk mengurangkan risiko katarak dan penglihatan kabur yang berkaitan dengan usia. Sudah semestinya, ia adalah salah satu daripada nutrien yang paling bermanfaat untuk penglihatan anda. Bahkan, apabila anda tambahkan minyak zaitun bersama kubis 'Brussels', lemak minyak yang sihat tersebut akan meningkatkan jumlah 'Lutein' yang mana boleh disimpan oleh badan anda untuk kesihatan yang baik.

Salah satu cara yang lazat untuk makan kombo ini ialah gunakan beras perang yang boleh dimasak menggunakan gelombang ketuhar dan kukus kubis 'Brussels' bersama minyak zaitun dengan daging ayam belanda. Ianya sangat lazat!






















Epal + Coklat Gelap = Cegah penyakit jantung
'Quercetin' yang terkandung dalam buah epal dan kulitnya sangat bagus untuk anti keradangan. Selain itu, anda boleh meningkatkan khasiatnya dengan menggabungkan epal bersama coklat gelap yang kaya dengan 'flavonoid'. Kajian menunjukkan bahawa apabila anda makan gabungan ini bersama-sama, kedua-dua makanan yang sarat dengan antioksidan ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan bantu mencegah pembekuan darah.

Untuk pencuci mulut yang lazat, potong buah epal dalam hirisan yang nipis dan campurkannya bersama coklat gelap yang cair serta kacang yang telah cincang, kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jangan risau, pencuci mulut ini boleh dinikmati setiap hari!





















Teh hijau + Lemon = Buatkan kulit tampak lebih muda
Seperti yang anda tahu, teh hijau sangat kaya dengan 'catechin', satu antioksidan yang sangat bagus. Dengan tambahan jus lemon, anda akan memaksimumkan kebolehan 'catechin' untuk menjaga kulit anda supaya kelihatan lebih muda. Vitamin C dalam jus lemon juga melambatkan pencernaan antioksidan yang terkandung dalam teh yang mana boleh digunakan oleh badan anda untuk masa yang lebih lama. Gabungan yang lazat ini boleh dinikmati setiap hari tanpa had.

Sumber : Yahoo.com

Alcatel, Masih Belum Dilupakan

Anda mungkin mengenali Alcatel mungkin menerusi model One Touch Easy DB yang dikeluarkan pada tahun 2000 berbentuk kandibar yang mempunyai hanya rangkaian 900/1800MHz dengan skrin hanya membolehkan tiga baris memuatkan perkataan tertentu.

Ia dihidupkan pula bateri jenis AAA tetapi masih mampu dilengkapi fungsi kunci butang, pembesar suara dan jam loceng.

Kemudian selepas beberapa model, Alcatel seakan lenyap di dunia namun kembali dengan model baru yang memang unik ditambah pula dengan rekaan yang cantik pada harga sangat berpatutan meskipun 'enjin'nya agak berkuasa.

Menerusi model OneTouch Idol X, Alcatel seakan mengembalikan memori lama anda jika anda sudah memakai telefon pada tahun 2001 hinggalah 2004. Ketika itu jenama-jenama seperti Alcatellah yang mengekori rapat Nokia dari jauh.


smartphone


























OneTouch masih dikekalkan sebagai keluarga telefon mereka dan menariknya mengenai Idol X yang baru ini adalah ia mensasarkan telefon pintar bagi pengguna yang mengutamakan citarasa, rekabentuk menarik dan prestasi terbaik.

Saya memang bersetuju dengan kenyataan tersebut memandangkan paparan 5-inci Full HD IPS hingga kepada badannya yang nipis serta pemproses quad-core 1.5 GHz, membolehkannya berdiri sebaris telefon mahal. Kalau anda mahukan kelainan, Idol X memang jawapannya juga. Selepas memakainya untuk beberapa minggu. Jarang pula saya mengalami masalah biasa seperti 'hang' dan cepat panas. Dari aspek rekaan, telefon ini merupakan pakej lengkap yang anggun dan baik dari segi dalamannya mahupun dari segi luarannya.

Hasil seni pembuatan halus ini membolehkannya ditawarkan senipis 6.9mm jadi saya langsung tidak menghadapi masalah memuatkannya dalam poket. Apabila dipegang pun, ia selesa dan tidak membebankan. Cukup-cukup dalam tangan. Apa yang menari perhatian adalah paparannya. Teknologi pelaminaan penuh memastikan tiada jurang di antara paparan hablur cecair (LCD) dan panel sesentuh. Penghantaran cahaya yang lebih tinggi memudahkan paparan telefon dibaca baik di bawah sinaran matahari terang mahupun di dalam gelap, manakala In-plane Switching Technology (IPS) menawarkan sudut penglihatan  yang terbaik di pasaran pada 170 darjah. Anda boleh menikmati imej berkualiti tinggi yang diambil menggunakan kamera 13.1 Megapixel di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Cara penggunaan peranti ini yang tersusun memberikan pengalaman penggunaan Android yang terbaik. Bagi memudahkan penggunaan, OneTouch Live menawarkan pelbagai aplikasi yang menarik untuk dimuat turun, jadi anda boleh menjadikan telefon anda mengikut citarasa anda yang tersendiri dengan mudah.

Ketahanan bateri ketika penggunaan aktif? Cukup untuk 7 jam!
Harganya pun murah saja, hanya RM1,099 namun pembelian anda pasti berbaloi. Sayangnya, ia tidak dimasukkan bersama pelan tertentu dalam pakej telekomunikasi. Saya cadangkan kesemua syarikat telekomunikasi menyediakan telefon ini sebagai salah satu pelan peranti Android masing-masing jadi bolehlah harganya dikurangkan lagi.
Sumber : Yahoo.com

Sunday, October 6, 2013

iPhone 5C, Ceriakan Hari Anda Terutama Wanita!

iphone 5s
























Sebelum mencuba model iPhone terbaru iaitu 5S, lebih baik kami mencuba model yang lebih berwarna-warni iaitu 5C. Tapi jangan risau, JOM UJI edisi khas iPhone 5S akan diterbitkan juga tidak lama lagi.

Ramai yang salah meneka C sebagai Cheap apabila Apple akhirnya memaklumkan ia sebenarnya Colors dan ia menggambarkan betapa cerianya iPhone baru kepada pengguna. Harganya pun boleh tahan. Saya memperolehnya dari Amerika Syarikat dan ia menelan kos sehingga $549 (edisi paling murah) atau sekurang-kurangnya RM1,756 kalau mahu diikutkan nilai tukaran ringgit semasa.

Nasihat awal, kalau mahukan ciri lebih baik, anda boleh dapatkan harga hampir sama dengan model Samsung Galaxy S4, HTC One, Sony Xperia Z atau Nokia Lumia 925 yang kebanyakan harganya telah dimurahkan.

Tetapi, produk Apple mempunyai kekuatannya sendiri yang menjadikan harga bukan ukuran. iPhone bukan pada mesin atau kerangka kecil bersaiz 4 inci itu tetapi rasa premium memakainya. Pada hakikatnya, anda bukan beli telefon tetapi anda membeli jenama.

iphone 5c


























Kelainan iPhone 5C banyak terletak pada body luar dan keupayaan iOS 7 yang sudah dimaklumkan dalam artikel sebelum ini. Tetapi yang mencuri tumpuan saya adalah meskipun ia beroperasi hanya pada pemproses A6 seperti yang didapati dalam iPhone 5, model iPhone 5C beroperasi lancar apabila dibantu iOS 7.

Apabila saya katakan lancar, ia bermakna jika anda membuka satu aplikasi ke aplikasi lain, atau meleretkan jari menukar antaramuka ke antaramuka yang lain. Termasuk jugalah membuka video, menontonnya dan kemudian melalukan kerja lain tanpa henti. Pendek kata, iPhone 5C beroperasi baik dan tidak mendatangkan masalah. Mungkin juga kerana ia masih baru tetapi sesetengah produk lain sudah menampakkan masalah meskipun baru dua tiga hari memakainya.

Dari segi rekaan, terus-terang saya katakan, kombinasi warna pada iPhone 5C tidak sehebat kombinasi warna pada Lumia 625. Senang cerita, warna Lumia 625 lebih cantik. Tapi body iPhone 5c tidak terlalu licin jadi selesa saja ketika digenggam.

Kekuatan 5C sama saja jika anda sedang memakai model 5. cuma rekaan dan warna saja yang membezakan kedua-duanya. Bagaimanapun, skrinnya 1136 x 640 piksel Retina yang sama juga didapati untuk model 5S.

Sehingga kini, ramai yang beranggapan 5c adalah ‘iPhone Bajet’ tapi ia ternyata bukan begitu! Saya rasakan, iOS7 akan lebih membantu pengeluaran iPhone pada kali ini.

Bateri pula boleh dikatakan 20% lebih baik. Sebelum ini, jika anda memakai iPhone 5, tempoh paling lama sekiranya anda seorang yang sangat aktif mungkin 7 jam jika anda menggunakan dari pukul 8 pagi hingga 3 petang. Kadang-kadang, pukul 12 tengahari pun sudah habis.

Saya juga secara tidak sengaja menjatuhkan iPhone 5C di atas jalan tar. Rosaknya tiada tapi sedikit calar memang menjengkelkan terutama jika anda memakai warna terang. Jadi, saya nasihatkan cepat-cepat beli pelindung plastik jernih. Kalau beli pelindung plastik lain, tak nampak pula warnanya yang comelkan?

iPhone 5C baru juga mengekalkan kuasa kamera yang menarik. Jarang saya melihat pengguna iPhone tidak mampu merakam foto yang cantik. Meskipun terdapat aplikasi pihak ketiga yang memberikan kelebihan pada fotografi, kamera 8 megapiksel iPhone 5C menawarkan kualiti dibantu saiz apertur f/2.4.

Disebabkan iPhone 5C mempunyai lima warna yang berlainan, saya pasti wanita antara pembeli yang sangat menyukai model terbaru Apple ini!

Sumber : Yahoo.com

Saturday, October 5, 2013

Aksesori penting untuk lelaki

Tampil bergaya bukan saja terletak pada gaya pemakaian tetapi aksesori juga menjadi 'item' penting untuk mengayakan sesuatu fesyen itu . Apatah lagi jika aksesori yang dipakai itu menunjukkan personaliti yang memukau yang pasti boleh membuat individu itu lebih kelihatan maskulin, berkuasa dan lasak.

Disini antara beberapa 'item' yang pasti penting buat sang jejaka:

Cermin mata hitam
Lelaki dan kaca mata hitam boleh diumpamakan rakan karib seperti 'isi dengan kuku' atau 'bagai aur dengan tebing'. Kebanyakan jejaka gemar mengayakan cermin mata hitam yang melambang personaliti yang menarik dan sesuai untuk dipakai di mana-mana. Cermin mata hitam juga sesuai dipakai memandang cuaca yang panas dan dianggap penting juga untuk memberi sang jejaka lebih tampak yakin untuk membuat sesuatu perkara.

Tali pinggang
Tanpa tali pinggang rasa pasti pelik apabila mengayakan seluar, tali pinggang itu boleh dianggap sebagai pelengkap kepada aksesori fesyen kerana jika golongan adam ini memakai baju kemeja dan seluar slack tanpa tali pinggang. Dengan kata mudah, tali pinggang itu menonjolkan lagi lagi aura dan pesona sang jejaka. Tidak kira walau sebesar manapun pinggang anda, tali pinggang penting untuk tidak nampak selekeh.

Kasut kulit
Kasut kulit adalah lambang lelaki profesional, kerana jika si lelaki itu seorang eksekutif yang terlibat dalam bidang kerja profesional atau pun berkerja dalam suasana yang memerlukan pakai kasut kulit sudah tentu akan memilih kasut kulit kerana ia akan menyerlahkan lagi karisma anda ketika berjalan dan sudah tentu ia lebih berkualiti tinggi. Biarpun dia cuma seorang penganggur pasti kasut kulit tetap jadi idaman.

Jam tangan Jam tangan adalah pelengkap pada kehidupan si lelaki yang begitu mementingkan ketepatan waktu supaya tidak membazirkan waktu dan jam tangan juga merupakan sesuatu yang penting kerana dengan adanya jam tangan kehidupan sang jejaka pastinya lebih teratur dan berdisplin. Ia juga melambangkan semangat lelaki itu yang akan menepati masa.

Beg sandang
Sekarang ini, bukan kaum hawa sahaja yang minat memakai beg sandang kerana kaum adam juga sudah mula berjinak-jinak dengan beg sandang kerana ia tampak lebih santai dan tidak lengkap tanpa beg sandang yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Telefon bimbit
Ini 'item' yang paling penting kerana sesiapa pun tanpa telefon bimbit di sisi pastinya akan merindui dan bosan jika hidup tanpa telefon bimbit kerana di arus kemodenan ini telefon bimbit sudah menjadi 'item' wajib. Telefon bimbit juga haruslah yang terkini dan tercanggih sesuai dengan jiwa lelaki yang sentiasa seiring dengan teknologi dan zaman.

Jika anda seorang lelaki sudah pasti anda mahu tampil penuh gaya dan berkeyakinan dengan penampilan istimewa. Sudah pasti ketampanan dan 'kemachoan' anda akan lebih terserlah jika menggayakan aksesori yang sepadan dan hebat. Jadi sebagai lelaki kita harus bijak memilih item untuk kelihatan bergaya dan maskulin.

Sumber : Yahoo.com

Friday, October 4, 2013

HTC One kalahkan Apple dan Samsung

Telefon pintar HTC One telah berjaya menewaskan telefon pintar keluaran Apple dan Samsung untuk memenangi Anugerah Gajet Terbaik 2013 dalam majalah T3 pada yang diadakan di London.

Walaupun peranti baru Apple yang mendominasi jualan dalam pasaran telefon pintar, tetapi HTC One berjaya dinobat juara tahunan serta rekaan terbaik dalam majalah tersebut.

Menurut editor T3 Kieran Alger, "Tahun ini agak sukar untuk memilih siapa yang terbaik kerana setiap pemenang masing-masing mempunyai kelebihan dari segi inovasi dan rekaan."

Namun Begitu, Apple berjaya memenangi anugerah komputer dan tablet tahunan, manakala Samsung pula memenangi Anugerah Jenama Terbaik . Turut berada dalam senarai pemenang ialah Sony yang memenangi Anugerah Kamera Digital & Televisyen Terbaik 2013.

Sementara itu, Michael Acton Smith, pengasas bersama syarikat hiburan "Mind Candy" yang mencipta Permainan Moshi Monster, telah dianugerahkan pencapaian terbaik atas sumbangan cemerlang beliau dalam teknologi.

Sumber : Yahoo.com