Friday, December 16, 2011

KAU PANGGIL AKU BODOH???

salam.

dulu aku ni bodoh. ye, aku bodoh. ikutkan sangat cakap ketua aku. hari-hari dia suruh aku punch card untuk dia. hari-hari ye.

bila waktu yang dia nak aku punch??

-datang awal. aku selalu datang 9.30 pagi. dia datang 10 lebih. kekadang sampai 10.30 pagi. tapi time aku sampai 9.30 pagi aku punch untuk dia sekali. konon-konon dia datang pukul 9.30 sama macam aku.

-waktu rehat. dia selalu rehat pukul 3. dia nak aku punch pukul 3.30 ataupun pukul 4. sedangkan dia rehat 2 jam kekadang 2 jam setengah. mesti lebih la 2 jam.. cuba kira ye adik-adik, 3 sampai 3.30 cukup dua jam ke? ahaks. okay. aku ikutkan je.



ni rupa mesin punch card kat tempat aku kerja. lebih kurang la. ni aku amik kat google.


satu hari tu, dia keluar pukul 1.30. dia nak aku punch pukul 2.30. tapi aku punch kat dia pukul 3. sepatutnya hari tu aku balik awal, 3.30. tapi sampai 3.45 dia tak datang-datang lagi. ishhh. aku nak balik. lebih masa dah ni.

secara tiba-tiba supervisor datang. hantar stokk!! dan kebetulan dia baru masuk kedai. terus dia cepat-cepat amik card dan punch pukul 3.55.

aku pun cakap la ' eh u, tadi i dah punch dah'

dia balas ' punch lagi sekali la, BODOH.'

aku balas lagi, ' tapiii i dah punch laaaa'

dia kata lagi, ' punch je sekali lagi, BODOH'

aku terus amik beg, terus blah dari kedai.

sejak dari hari tu, dia datang lewat, pukul 10 lebih, aku tak punch dah. 2 hari aku datang pukul 9.30, aku tak punch untuk dia. dia masuk dia punch sendiri. memang tarik muka la kan.

so satu hari tu dia tanya ' apsal u tak punch kat i lagi?'

aku balas, ' sebab dah selalu sangat dok punch, jadi manja, selalu datang lewat, sekarang dah mengada-ngada, melampau!'

dia senyap je.

sebelum dia rehat, dia cakap ' eh u tolong punch pukul 2.30 okay'

aku balas, ' punch sendiri. malas nak punch, datang lambat ke awal ke, punch sendiri'

lepas tu muka aku memang masam gila.

dia balik je rehat, memang tepat-tepat dua jam la, lepas tu kelam kabut terus punch.

sejak dari hari tu, dia tak tegur aku dah, dia langsung tak cakap dengan aku dah. kalau cakap pun, nak mintak tolong, selain dari tu, HELL NO.

persoalannya sekarang, selama ni 3 bulan aku kerja kat tempat tu, dia kawan dengan aku sebab aku tolong punch untuk dia je ke? lepas aku tak nak punch dengan dia, dia tak nak kawan dengan aku dah?

sungguh aku kecik hati. tawar hati. aku tolong dia selama ni, dia boleh panggil aku BODOH. hello, sebodoh-bodoh aku pun aku ada diploma, dia spm pun tak de. belajar sampai form4 je, sapa BODOH sekarang?

nasib la lagi 2 minggu aku nak bekerja. nasib la.

tu la, dari dulu lagi buah hati aku tak kasi kerja situ, nak jugakkkkkk. sekarang, dapat balasan, padan muka, melawan lagi.

ketua aku kaum ****. macam tu ke **** layan melayu? pergunakan orang. aku takkan cakap semua **** berperangai macam tu sebab kawan2 *** yang lain yang pernah aku kenal tak pernah buat aku macam tu, sebabkan dia sorang, aku dah mula pandang serong dah pada kaum beliau.

mungkin dia seorang berperangai macam tu. mungkin la. sapa pernah baca entry aku sebelum ni, tau la sapa ketua aku kan.

betol jugak dia kata aku BODOH. ye, BODOH sebab aku ikut je cakap dia. tamatlah sudah aku jadi LEMBU beliau. sila cari LEMBU lain ye. terima kasih.

9 comments:

Mak Lin said...

sabar fatin..sabar..~

Hana said...

bodoh dalam hati sudah la..kita xtau..hehe

Unknown said...

Dulu ade jgk experience keje dgn cha ya nun alif ni... biasanye dorang ni xboleh dpt kuasa mmg perangai mcm tu...tp xsume la...mcm org kite org melayu jgk...sabar itu buahnye manis...salam kenal & follow disini~

Ce'gu JAERA said...

sabar ya fatin.. ada hikmah juga atas apa yang berlaku. lepas ni jangan sesekali cuba bersubahat nak tolong punch kan orang. Itu melibatkan periuk nasi orang. bila mencuri masa, maknanya pendapatan pun kurang berkat.. kita yang menolong pun dikira bersubahat bersama

nuyui a.k.a miss YUI said...

erk..tu la.ayat tu kuar mlmpau..wat org sakit hati..

emarieys said...

mulut bos fatin memang sangat celupar

sahromnasrudin said...

tolong punch memunch nie bukan amalan yg mulia huhuhhhh

Nurul Marikan said...

ilex2.... huhuhu bawak bsabar.. hihi

NasQ said...

benda2 melibatkan punch ni biar je, jangan dilayan, nanti jadi lemak!

ARTIKEL RAKAN BLOGGER