Mengenai Kampung Kami

Asal Usul Nama Gelang Chinchin


Kampung ini mempunyai cerita tersendiri yang disampaikan dari generasi ke generasi...
Namun banyak versi cerita mengenai sejarah terciptanya nama kampung Gelang ChinChin.... 

      Alkisah pada asalnya ada seorang Puteri yang bernama Puteri Embun,tinggal di sebuah Kampung yang bernama Kg Bumbun.Sangat rupawan sehinggakan ramai jejaka terpikat akan kecantikannya termasuklah seorang panglima.
             

        Panglima tersebut menggunakan pelbagai cara untuk memikat Puteri Embun,tetapi setiap lamaran daripada Panglima tersebut ditolak.Terkesan dengan penolakkan lamaran tersebut,Panglima itu melarikan Puteri Embun ke sebuah  kawasan bukit yang berbatu yang sangat indah.Puteri Embun meronta ronta minta dilepaskan.tapi tidak diendahkan.Suasana jadi kelam kabut,Gelang dan Cincin milik puteri tersebut tercicir.Peristiwa tersebut menjadi sejarah dimana KG GELANG CHINCHIN mendapat nama. 



Logo Kg Gelang Chinchin






Jumlah Penduduk




KAMPUNG RANGKAIAN DI BAWAH KAMPUNG GELANG CHINCHIN
 
Di bawah kawasan Kampung Gelang Chinchin ini, terdapat lagi beberapa kampung kecil yang bernaung dibawahnya. Antaranya adalah :-

Nama asal - Kampung Sermin 2
  1. (Kampung Induk - Kampung Gelang chinchin)
  2. Kampung Tadok
  3. Kampung Keritak
  4. Kampung Bangas
  5. Kampung Bangas
  6. Kampung Selumpur




Keluasan Mukim Sermin
Luas keseluruhan mukim sermin 1 ialah 29945.7 ekar (12118.5 hektar).Manakala keluasan untuk Kg Sermin 2 pula ialah 620 ekar. 



Barisan Kepimpinan Kampung Gelang Chinchin 2014-2015


















0 comments:

Post a Comment