Rabu, 20 Februari 2013

Meniti Suratan Kehidupan

Hari ini 20/2/2013 bersamaan Hari Selasa, admin MUHAMMAD AMIRUL BIN RAZAK, UK24204, PELAJAR DIPLOMA SAINS PERIKANAN di UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. Telah menamatkan pengajian dalam bidang tersebut selama 3 Tahun. So admin akan menjadi salah sorang "Pentanam Anggur" (maksudnya menganggur ler) hehe. Alhamdulilah dan bersyukur sangat-sangat kepada Allah sepanjang belajar di sini bermacam-macam dugaan suka,duka, bersama serta dapat mematangkan diri sendiri. dan akhirnya berjaya juga menamatkan belajar. Alhamdulilah.


Kini bertemu dan berpisah sudah menjadi lumrah hidup dan sebati dalam hidup admin ini. 

Dalam meniti titian kehidupan ini ,
kita perlukan semangat untuk terus melangkah,
Kita perlukan sesuatu untuk menyokong kita,
membisikkan kata semangat,
menemani tika kesedihan,
memberi senyuman tika bahagia,
memimpin tika kegelapan,
Tapi ingatlah tidak ada yang kekal disisi kita
melainkan DIA Yang Satu,
Dalam menyusur setiap arus yang mengalir
usahlah kita berharap hadirnya sesuatu
yang setia untuk memberi apa yang kita perlu,
Bila terasa diri kita lemah dan semangat kita mula hilang,
Pandanglah wajah kita sendiri
kerana ia lebih mengenali
siapa diri kita yang sebenar.

 

Kepada semua kawan,teman,saen,sahabat sekalian, admin ucapkan "TAHNIAH" kepada semua Pelajar DIPLOMA PERIKANAN.  dan Terima Kasih juga kepada semua yang selama ini turut membantu admin sama ada secara langsung or tidak langsung, dan kawan-kawan yang lain berjaya sampai ke tahap ni.

Akhir kata Kita jumpelah lagi ea. huhu. 
Assalammualikum.

Sekian.

"LOVE U ALL"

3 ulasan: