Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

30/08/2011

Pembuangan Bayi Lagi.....

SANDAKAN: Di mana hilangnya nilai kemanusiaan seorang ibu apabila membuang bayi di tempat pembuangan sampah ketika umat Islam membuat persiapan akhir menyambut ketibaan 1 Syawal.
Lebih malang, mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu hanya dibalut plastik hitam dan dipercayai baru dilahirkan itu ditemui berhampiran bazar Ramadan di belakang sebuah pasar raya, di sini, semalam.

Mayat bayi itu ditemui tukang sapu Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Hajjah Kijar, 60, ketika membuang sampah di tempat pembuangan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marung, berkata mayat bayi itu ditemui tukang sapu ketika membersihkan kawasan berkenaan, kira-kira jam 2.20 petang.

Menurutnya, pekerja terbabit terkejut apabila melihat satu plastik hitam yang mencurigakan ketika mahu membuang sampah ke dalam tong di kawasan itu.

“Lelaki terbabit memeriksa plastik itu dan terkejut apabila menemui mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalamnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Rowell, tukang sapu itu membuat aduan kepada dua anggota polis yang bertugas di bazar Ramadan di kawasan itu.

Rowell berkata, beberapa anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan pemeriksaan mendapati bayi itu mempunyai kesan darah dan bertali pusat. “Bayi cukup sifat ini dibalut dengan plastik hitam, namun tiada kesan kecederaan lain ditemui pada tubuhnya dan mayat itu sudah dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat dan usaha mengesan individu bertanggungjawab membuang bayi terbabit giat dijalankan.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318, Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, Inspektor Joseph Anak Jumit di talian 019-8052069 bagi membantu siasatan,” katanya.
Nampaknya kes pembuangan bayi semakin meningkat, dimanakah silapnya?

Cikgu Mangsa Penipuan Warga Asing

KUALA LUMPUR – Gara-gara terlalu percaya dengan teman baru di Internet, seorang guru kerugian RM140,000 gara-gara diperdaya dua lelaki Nigeria daripada sindiket sama menerusi penipuan bungkusan dan Black Money.
Lebih malang lagi, mangsa yang berusia 36 tahun dan bujang itu sanggup membuat pinjaman bank sebanyak RM90,000 bagi memenuhi hasrat kedua-dua lelaki kulit hitam yang dikenali sebagai James dan Charles.
Perkenalan antara mangsa dari Melaka dengan suspek pertama James, 28, bermula pada Januari lalu menerusi laman sosial Facebook.
Selepas tiga bulan berkenalan, James yang kononnya menetap di Washington, Amerika Syarikat menawarkan untuk menghantar cenderamata berupa sepasang kasut kepada mangsa kononnya sebagai tanda persahabatan.
Pada Mac lalu, seorang wanita yang mendakwa dirinya dari sebuah syarikat penghantaran di negara ini menghubungi mangsa memaklumkan bungkusan atas nama wanita itu tersangkut di syarikat berkenaan.
Wanita itu diminta memasukkan sejumlah wang ke dalam satu akaun kononnya sebagai bayaran cukai bagi menuntut bungkusan tersebut.
Mangsa yang teruja untuk mendapat hadiah tersebut memasukkan wang yang semuanya berjumlah RM20,000 ke dalam satu akaun yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat. Kesemua wang tersebut dibuat dalam beberapa transaksi.
Selepas membuat bayaran itu, mangsa kemudian dihubungi pula seorang lelaki yang mendakwa sebagai pemilik syarikat penghantaran dan menawarkan untuk berjumpa dengan mangsa kononnya bagi menyelesaikan urusan berhubung bungkusan tersebut.
Mangsa kemudian bertemu dengan pemilik syarikat penghantaran yang memperkenalkan diri sebagai Charles, 30-an, di sebuah hotel di ibu negara pada April lalu.
Dalam pertemuan itu, Charles memperdaya mangsa untuk melabur modal membeli sejenis cecair untuk melunturkan kertas hitam (black money) yang kononnya mampu menggandakan wang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Tanggal 29 Ramadhan 1432H bersamaan 29 Ogos 2011M adalah hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa. Menjelang waktu maghrib, maka kalendar umat Islam berubah menuju ke 1 Syawal 1432H.

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

28/08/2011

Kisah Anak Paderi Peluk Islam

Assalamu'alaikum Arrasul datang dengan dengan satu tujuan, Mengajak semua manusia mengabdikan diri kepada Allah semata- mata. Mengajak kepada kebajikan yang paling besar , "MA 'RUF AL AKBAR", adalah mengajak kepada pengabdian dan ketaatan hanya sanya kepada Allah. Melarang dari kemungkaran yang paling besar ,"MUNGKAR AL AKBAR", adalah melarang daripada mensyirikkan Allah dengan apa pun. Dalam menyampaikan misi ini Arrasul tidak pernah menepikan dakwah kepada bukan muslim, malah itulah kumpulan sasaran Baginda. Baginda sentiasa mencari hati-hati yang mahu menyambut dakwahnya di kalangan mereka orang-orang bukan Muslim. Berapa puluh atau ratus kali
baginda bertemu dengan abu jahal ? Celik-celik Abu Bakar dengan Islam, dia sentiasa mencari-cari siapakah yang mahu didakwahkan hari ini. Begitu juga Saidina Omar dan sahabat-sahabat lainnya... Beginilah sehingga sampainya Islam kepada kita sekarang. Sasaran DAKWAH mereka adalah kepada BUKAN MUSLIM. Dalam masa yang sama ( secara serentak) mereka sentisa mendapat bimbingan dari Rasulullah untuk mengislahkan diri mereka. Jadi jika kita tengok kepada kedua-dua misi ini, ie DAKWAH dan ISLAH ia sentiasa jalan serentak. Sasaran Peng ISLAHAN mereka adalah untuk diri dan jamaah MUSLIM itu sendiri. Saya harap pembaca dapat memahami apa yang saya nak sampaikan. Kita kehilangan misi yang pertama dan juga tidak bersungguh dengan misi yang kedua, kalau adapun masih banyak yang perlu di tambah, kita jauh dengan pendidikan Al Quran, sepertimana yang dilakukan Baginda di
rumah Arqam Bin Abi Arqam, dan di Institusi Masjid Nabawiyyah. Saya ingin fokus kembali kepada misi pertama, Mengajak kepada kebaikan yang paling besar, iaitu ma'ruf yang Al Akbar, adalah mengajak manusia untuk mengesakan Allah, mengajak manusia menyembah hanya Allah. Ajakan dakwah ini berlaku dengan dakwah kepada yang belum beriman atau yang masih mensyirikkan Allah dengan yang lain. Inilah sebesar-besar dakwah selepas kita mendapat hidayah Allah s.n.t. Dalam itu juga terkandung melarang kepada mungkar Al Akbar. Jadi sasaran dakwah adalah kepada kumpulan BUKAN MUSLIM...!

Di manakah Tahap Anda Sebagai Isteri?

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

21 Amalan Menuju Syurga

Syurga adalah tempat tinggal yang abadi di hari akhirat disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang mukmin.

Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad SAW. bersabda maksudnya : "Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."

Seorang ahli hikmah berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat didunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan didunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada didunia."

Terdapat 21 soalan dan jawapannya telah diberikan oleh Rasulullah SAW untuk kalian mendekatkan diri kepada Allah SWT, mendapat balasan pahala dan jalan menuju kesyurga Allah SWT.

1. Adakah kalian ingin mendekatkan diri kepada Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Seorang hamba itu paling hampir dengan Allah adalah ketika dia sujud, hendaklah kamu banyak berdoa sewaktu sujud".( Hadis Riwayat Muslim)

2. Adakah kalian inginkan pahala seperti mengerjakan haji?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mengerjakan umrah pada bulan Ramadan adalah seperti mengerjakan haji bersama-samaku". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Adakah kalian inginkan sebuah istana didalam syurga?

Bekas Manusia Terendah Di Dunia Ingin Menawan Antara Bangunan Tertinggi Di DuniaMenara Berkembar Petronas

KUALA LUMPUR - "Saya mahu 'tawan' menara tertinggi di sini (Menara Berkembar Petronas)."
Demikian kata bekas manusia terpendek di dunia, Khagendra Thapa Magar dari Nepal yang akan berada di beberapa lokasi di negara ini bagi mempromosikan Tahun Melawat Nepal 2011 sehingga 1 September depan.
Khagendra, 19, yang tiba di ibu negara pagi semalam berkata, peluang melawat Menara Berkembar Petronas yang sering diceritakan rakan-rakannya sebelum ini pastinya tidak dilepaskan kali ini, tambahan pula hasratnya sebelum ini tidak kesampaian apabila terpaksa membatalkan lawatannya ke negara ini pada tahun lepas.
"Saya memang sukakan tempat dan bangunan yang tinggi meskipun saya pendek.
"Malah, jika ikutkan hati, Gunung Everest di negara saya juga saya mahu tawan namun kesihatan saya kurang mengizinkan," katanya pada sidang akhbar sempena Tahun Melawat Nepal 2011 di sini semalam.
Turut hadir ialah Duta Besar Nepal ke Malaysia, Dr. Rishi Raj Adhakari dan bapanya, Rup Bahadur.
Dilahirkan pada 14 Oktober 1992, Khagendra yang hanya setinggi 0.67 meter merupakan manusia terpendek di dunia yang diiktiraf Guinness Bookof Records sejak 14 Oktober 2010 sebelum rekod itu diambil alih oleh Jun Rey Balawing, 18, seorang lelaki warga Filipina yang hanya setinggi 0.59 meter pada 12 Jun lalu.
Khagendra bersama artis-artis tempatan Nepal dijadualkan berada di empat lokasi berasingan di seluruh negara bagi mempromosikan Tahun Melawat Nepal 2011.

27/08/2011

Balik Kampung 

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
( ulang dari mula )





Setiap kali menjelang musim perayaan, pasti lagu ini menjadi pilihan tidak kira radio, televisyen ataupun komputer. Penyanyi asal lagu ini, Allahyarham Sudirman Hj Arshad pada mula bukanlah menyanyikan lagu ini untuk perayaan tapi hanya memuatkan lagu tersebut dalam albumnya berjudul LAGU DARI SEBUAH BILIK tahun 1984 dan pada masa tersebut bukan untuk raya pun. Aura lagu tersebut begitu kuat menjelanng raya. Apa yang membuatkan lagu tersebut menjadi pilihan adalah kerana intro lagu tersebut begitu jelas menyebutkan tentang pulang ke kampung dan bertetapan dengan suasana penduduk Malaysia yang akan ke kampung apabila perayaan. Rasanya tidak lengkap jika lagu tersebut tidak diputarkan didalam kereta  ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Jika dibandingkan dengan lagu-lagu lain, lagu ini paling seronok diputarkan ketika perjalanan. Lagu ini juga menjadikan suasana untuk pulang ke kampung begitu terasa.

Mohd Safiq Rahim dipikat


Dunia bola sepak tempatan kini semakin menjadi tempat bukan setakat di kalangan masyarakat setempat, tapi di mata pengurus pasukan luar negara. Setelah pemergian Safee Sali ke Indonesia, kini kapten pasukan pula, Mohd Safiq Rahim menjadi pilihan Cardiff City untuk bermain di bersama pasukan tersebut. Pengerusi kelab,  Datuk Chan Tien Ghee merupakan salah seorang ahli perniagaan Malaysia telah membuat perbincangan dengan Rahim. Walaupun baru peringkat pemilihan namun Rahim tetap menerima tawaran tersebut. Rahim akan melalui sesi pemilihan selepas raya ini iaitu pada bulan Oktober dan jika dapat pengurus berpuas hati dengan tahap prestasi, beliau akan ditawarkan kontrak untuk bersama pasukan tersebut. Ujian pemilihan akan dijalankan selama 3 minggu. Beliau dianggap pakar sepakan percuma. Semoga beliau berjaya melepasi ujian tersebut dan dapat menempatkan diri sebaris dengan barisan pemain bola sepak antarabangsa.

26/08/2011

Tiada Mercun punca raya kurang meriah?

Kebiasaannya musim perayaan mesti dikaitkan dengan pembakaran mercun dan bunga api. Tak kira lah perayaan apa sekali pun. Aidilfitri, Aidiladha, Deepavali, Thaipusam, Bulan Hantu, Tahun Baru Cina dan banyak lagi lah. Tapi paling hangat pembakaran mercun pada Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Seolah-olah dua perayaan ini tidak boleh dipisahkan dengan mercun. 
Bukan setakat orang dewasa je yang menjual bunga api dan mercun ni tapi kanak-kanak pun terllibat sama untuk cari duit raya kononnya. Jika dahulu kerajaan belum mengharamkan pembakaran mercun, memang meriah bunyi dentam dentum. Tak kira dimana-mana pun ada saja cahaya kilauan dari bunga api dan mercun tapi pada masa tu jenis-jenisnya pun belum banyak bukan macam sekarang dah ada macam-macam jenis. Mercun Osama pun ada. Kalau dulu nak tengok bunga api besar-besaran hanya pada malam tahun baru dan merdeka saja tapi kini masa raya pun dah boleh tengok. Siap boleh pilih nak berapa das. Rasanya paling sikit pun 16 dan paling banyak 138. Kalau tak salah lah. Harga mercun sekarang pun dah mantul. Hehehe. Bayangkan kalau satu hari nanti tiada langsung mercun dan bunga api lagi dalam dunia. Mesti aman je tapi kurang cahaya. Di Malaysia dahulu ada kilang mercun terletak di Sungai Buloh, malangnya kilang tersebut telah terbakar dan merupakan kebakaran bangunan paling besar di Malaysia. Selepas kejadian tersebut kerajaan mengharamkan permainan mercun dan bunga api yang melampau. Ada bunga api yang boleh dibakar dan ada yang tak boleh.Selepas kerajaan mengharamkan permainan mercun, semakin banyak bentuk dan nama mercun muncul. Permainannya semakin ganas dan membuatkan pembakarnya pula semakin kreatif untuk modifikasi. Padahal mercun yang telah direka mengeluarkan bunyi yang kuat dan boleh didengar dari jarak yang jauh. Atas keghairahan manusia sendiri, mercun tersebut diubah semakin memakan diri kerana tidak mengikut speksifikasi buatan. Zaman dahulukala, sebelum terciptanya mercun, atuk-atuk kita dulu guna buluh je buat letupan. Masa tu meriam buluh cukup terkenal. Jika kita tengok bentuknya mungkin akan menimbulkan keraguan samada tahan ke meriam tu, tak pecah ke? Pelik juga kan. Jika difikirkan memang akan pecah buluh tu pada zaman dulu tiada pula orang beraya di rumah sakit akibat bermain meriam buluh. Apa-apa sekali pun bagi yang suka dan addict mercun, mainlah dengan selamat semoga dapat beraya dengan gembira. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

25/08/2011

70 Koleksi lagu Aidilfitri untuk di sedut....

Sempena nak raya, saya kongsikan sikit lagu2 raya untuk diputarkan di komputer pejabat...hehhee

Pilih mana-mana lagu yang anda suka dan klik untuk download percuma:
p/s: Semua lagu di atas adalah dibenarkan copy dengan syarat mengekalkan link asal...

21/08/2011

Berpendidikan tinggi bukan penyelesaian

Belajar tinggi-tinggi tapi pemikiran masih di tahap rendah. Inilah yang terjadi di Selangor. Seorang bapa 5 anak yang bekerjaya sebagai doktor, mempunyai pendidikan tinggi tapi tidak dapat berfikir dengan matang apabila sanggup menghantar anak-anaknya ke Gereja Methodist.

Pihak gereja yang prihatin telah menghubungi pihak Baitul Fiqh untuk menyerahkan anak-anak tersebut tetapi si bapa enggan menghantar dan masih dengan pendiriannya untuk terus menghantar anak-anak tersebut ke gereja. Takkanlah sebab ada krisis keluarga dengan isteri tetapi sanggup menggadai akidah anak-anak.

Menurut Seksyen 35 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan: “Mana-mana orang yang menjual, memberikan atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada seseorang yang bukan beragama Islam adalah melakukan satu kesalahan. Apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Rasanya hukuman yang ditetapkan oleh mahkamah syariah begitu ringan untuk dikenakan terhadap bapa tersebut.Hukuman pancung adalah paling sesuai untuk si bapa tersebut kerana sanggup menggadaikan akidah anak-anaknya.

Isu speaker di waktu subuh

Kartun sindiran 21/8/2011 yang menyebut tentang isu penggunaan speaker di waktu Subuh. Kenapa isu ini dibangkitkan padahal sebelum ini tiada pertikaian dan sepatutnya tidak perlu dipertikaikan langsung kerana telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia bahawa Agama Islam adalah agama persekutuan. Lebih menyayat dan menyedihkan orang Islam sendiri ada yang menyokong supaya speaker tidak digunakan ketika waktu Subuh.

Terdapat kisah benar di sebalik isu speaker waktu subuh. Seorang mualaf terpegun dengan Islam apabila ketika sebelum Islam beliau menjadikan azan Subuh sebagai jam locengnya untuk bangun pagi. Sepanjang 2 tahun beliau mendengar azan Subuh di waktu pagi dan akhirnya mendapat hidayah untuk memeluk Islam pada tahun 2004. Pada tahun 2010, beliau telah di anugerahkan tokoh saudara baru peringkat daerah dan tahun 2010 juga beliau dianugerahkan johan Qariah peringkat Kebangsaan kategori Saudara Baru Millineum.

Ini menunjukkan bahawa azan subuh bukan isu yang sepatutnya perlu dibangkitkan oleh golongan kiasu. Tidak perlu juga dipolitikkan bagi menarik dan membangkitkan kemarahan masyarakat Islam. 

Agen UNHCR ketua sindiket penyeludupan manusia

Harapkan pagar, pagar makan padi. Ini ayat yang sesuai untuk diungkap kepada agen UNHCR. Saspek sebelum ini pada 6/8/2011 telah ditahan setelah disyaki menjadi dalang sindiket penyeludupan manusia ke Malaysia. Saspek ditahan bersama rakannya di bawah ISA. Saspek sebelum ini bekerja dengan UNHCR dan kini menjadi agen UNHCR. Saspek menggunakan kelebihan yang ada padanya iaitu fasih berbahasa Melayu dan berkahwin dengan rakyat tempatan untuk memperdagangkan manusia.

Saspek melindungi warga China yang dibawa masuk dengan cara mendapatkan taraf pelarian politik. Sepatutnya kerajaan memandang serius perkara ini dan menbanteras hingga ke akar umbi sebelum menjadi lebih parah. Jika perkara ini tidak dikawal, negara akan menjadi pusat transit utama bagi sindiket pemerdagangan manusia.

Dipetik dari Mingguan Malaysia 21/8/2011

19/08/2011

Upin Ipin keluar album pula....




Aidilfitri tahun ini bertambah meriah lagi dengan kemunculan album lagu “Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin”. Album istimewa ini dinyanyikan sendiri oleh pelakon suara Upin & Ipin iaitu Asyiela Putri dengan menampilkan 5 buah lagu raya yang sudah dikenali seperti Suasana Di Hari Raya, Selamat Hari Raya, Satu Hari Di Hari Raya, Suasana Hari Raya dan Balik Kampung. Kesemua lagu-lagu ini digubah semula supaya lebih bercirikan Upin & Ipin. Diantara komposer yang terlibat ialah Eddie Hamid, Fauzi Marzuki dan pemuzik jemputan khas, Mohar.Album raya ini  berada dipasaran pada 10 Ogos ini. Bagi setiap pembelian album ini juga, akan diberi hadiah sampul raya eksklusif secara percuma.




Lirik Lagu Suasana Di Hari Raya
Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberi ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak diberi

Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira



Lagu-lagu ini sudah mula diputarkan di radio-radio tempatan...Tahniah untuk Upin dan Ipin....

Radix Fried Chicken @ RFC


Radix Fried Chicken @ RFC merupakan antara salah satu produk makanan keluaran bumiputra dan merupakan produk buatan Malaysia. RFC mempunyai pusat operasi di Lagenda Height, Sungai Petani, Kedah. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad iaitu Pengarah Urusan HPA. Radix Fried Chicken mula beroperasi mulai 1 Jun 2008. Kini RFC telah mempunyai cawangan di luar negara seperti Arab Saudi. Selain itu, Radix Fried Chicken juga terkenal akan kopinya iaitu Kopi Radix.

RFC adalah alternatif kepada makanan segera yang diperkenalkan oleh syarikat luar negara. Objektif utama pewujudan RFC untuk memberi peluang kepada pengguna untuk memilih makanan yang disediakan menepati kaedah halal dan organik bermula dari sistem penternakan ayam yang akan digunakan dalam rangkaian restoran RFC.

Permulaan cetusan idea berlaku setelah berlaku pendedahan dalam media di Malaysia berkenaan tahap keraguan penghasilan ayam daging menggunakan bahan ragu bermula didalam makanan ayam konvensional.Pada Mac 2008 Pengarah Urusan HPA telah mengadakan perbincangan di Pusat Latihan Telekom Wilayah Timur, Marang ,Terengganu .Beberapa rakan berpengalaman dalam penternakan ayam daging termasuk seorang ahli veterinar (bidang penternakan ayam daging) Dr. Saari b. Husin (DAHP,DVM - UPM ) hadir . Keputusan diambil dari perbincangan dengan mengamanahkan kepada Dr. Saari untuk menyusun dan merangka sistem penternakan berskala besar bermula merangka rumusan rangsum organik ( bebas bahan asas rumusan makanan yang meragukan dalam konteks syarak terutama sumber protin dalam rangsum , bebas bahan kimia seperti antibiotik dan "growth promotant" ).

Kentucky @ KFC


Sebut saja KFC pasti anda terbayang ayam gorengnya. Pada tahun 80-an dan 90-an KFC lebih dikenali dengan nama Kentucky. Masa tu kalau goreng ayam bahagian paha pasti akan menjadi rebutan di kalangan kanak-kanak dan ianya akan dipanggil ayam kentucky padahal digoreng oleh ibu di rumah. Sampai begitu sekali pengaruh KFC dalam masyarakat.

KFC bermula dengan Kolonel Harland Sanders yang lahir 1890. Beliau begitu gemar memasak ketika berusia 6 tahun lagi pada tahun 1896. Pada ketika itu beliau telah menjadi anak yatim, bapanya telah meninggal dunia. Beliau masak untuk dirinya ketika ibunya pergi bekerja. Beliau merupakan pengasas utama KFC yang berasala dari Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Perkataan Kentucky yang terdapat pada KFC adalah berasal dari tempat tinggalnya iaitu Kentucky di Amerika Syarikat. KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.

Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands, Inc.


KFC mula memasuki Malaysia pada tahun 1973 dengan restoran yang pertama terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) Kuala Lumpur.  Cuba tengok gambar di atas pemandangan KFC pertama di Malaysia. Sehingga kini terdapat sekurang-kurangnya 500 buah restoran KFC di Malaysia. Syarikat ini akan terus menambah cawangan di dunia dan akan terus berubah mengikut peredaran zaman.



KFC dengan logo dan design terkini.

18/08/2011

Awalan Nama Malaysia....

Sejauh mana kebenaran kita tau tentang asal usul wujudnya nama Malaysia yang digunaka oleh negara Malaysia sendiri?

Sejarah Dah Tipu Kita?
1. Nama MALAYSIA sudah wujud lebih 100 tahun yang lepas
2. Mengikut buku "The Reluctant Politician" bio Tun Dr Ismail, MALAYSIA ditakrifkan pada: Malay shire (Kawasan Pentadbiran Melayu)
3. Nama Malaysia sudah termaktub Dalam Buku Ripley's Believe It Or Not cetakan pertama tahun 1929.
4. Nama, lagu negaraku dan bendera MALAYSIA berasal dari barat.


1) Kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi. Perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON!

Ketamadunan Melayu

1. Melayu ada tamadun, tetapi telah dipadamkan dari catatan sejarah oleh penjajah. Jika tamadun Rom diiktiraf, kenapa tamadun Melayu tidak diiktiraf? Ini adalah konspirasi.

2. Tanah Melayu ada tamadun sebagaimana Malaysia, iaitu tamadun yang ditiru pada zaman semasa.

3. Islam disebarkan oleh keturunan Rasulullah sendiri iaitu wali songo dan para ulama yang mengikuti kapal pelayaran.

4. Islam telah sampai seawal abad ke-10 di Tanah Melayu dan bukan abad ke-14.

5. Kemungkinan bangsa Melayu berasal dari Kemboja dan ada kemungkinan juga dari keturunan anak Nabi Yaakob serta pengikutnya yang berhijrah ke Nusantara.

6. Parameswara memeluk Islam setelah datang Melaka kerana keadaan sudah pun Islam ketika itu. Paramewara hanya memajukan Melaka yang kebetulan ketika itu Melaka tidak mempunyai pentadbiran berpusat walaupun sudah ada pelabuhan.

7. Sejarah Malaysia perlu dikaji dari negeri Kedah dan bukan dari negeri Melaka. Kedah sering diserang oleh siam, ini membuktikan kerajaan Kedah ialah kerajaan yang kaya (ufti sebagai kedamaian diberikan kepada siam). Sesebuah negara yang kaya pasti negara yang bertamadun. Namun, kedah tidak membangunkan teknologi perang dan tentera sebagaimana Parameswara membangunkan sektor ketenteraan berdasarkan ilmu dan pengalamannya ketika di Srivijaya yang diserang Majapahit.

Rumpun Bangsa Melayu

Konsep Rumpun Bangsa Melayu atau Bangsa Melayu dicadangkan oleh ahli sains Jerman Johann Friedrich Blumenbach (1752–1840), dan diklasifikasikan olehnya sebagai bangsa perang.Sejak Blumenbach, banyak ahli antropologi telah menolak teori lima bangsanya, memetikkan kerumitan mengklasifikasi bangsa yang besar. Meskipun, istilah Melayu masih sering digunakan dalam konteks ini, dan ia adalah asas untuk pengenalan Melayu dalam negara Malaysia. Konsep "bangsa Melayu" berlainan dengan kumpulan etnik Melayu yang berpusat di keliling Malaysia dan sebahagian dari pulau Sumatra di Indonesia.

Istilah bangsa Malay telah pada umumnya digunakan pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Puak-puak ini menduduki sebuah kawasan dikuasai oleh puak Austronesia.Bangsa Melayu dianggap sebagai subbangsa bangsa Mongoloid.

Dalam 1775 doctoral dissertation berjudul De generis humani varietate nativa (On the Natural Varieties of Mankind), Blumenbach menggaris bentuk empat bangsa manusia utama mengikut warna kulit, iaitu Caucasian (putih), Ethiopian (black), Orang Asli Amerika (merah), dan Mongolia (kuning).

Pada 1795, Blumenbach menambahkan suatu bangsa bergelar 'Melayu' yang dia anggapkan suatu subkategori bangsa Ethiopia dan Mongoloid. Rumpun bangsa Melayu adalah mereka yang "berkulit perang, dari zaitun dan mahogani jelas kepada bunga cengkih yang tergelap atau buah berangan perang." Blumenbach menjelaskan istilah "Melayu" untuk memasuki pendudukan asli Marianas, Filipina, Maluku, Sunda, Indochina, dan juga Pulau Pasifik seperti orang Tahiti. Dia menganggapkan sebuah tengkorak Tahiti dia telah menerima sebagai pautan yang hilang; menunjukkan pemindahan di antara bangsa "asas", bangsa Caucasian, dan bangsa "merosot", Negroid.

Pizza hut berasal dari Itali?


Menu tambahan sempena ramadhan
Pizza Hut antara makanana fast food yang terkenal bukan sahaja di kalangan orang dewasa tetapi kanak-kanak pun dah tau namanya..Jikalau dulu iklan yang dipaparkan di kaca televisyen melibatkan penggunaan sistem penghantaran @ delivery. 7552525 nombor yang tidak asing lagi ketika iklan ini di tayangkan dimainkan..sampai kanak-kanak pun dah hafal nombor tersebut.

Mari kita selidik asal usul makanan ini. Biasanya kita dengar pizza hut berasal dari Itali tapi percaya tak kalau dikatakan makanan ini tidak pernah pun sampai ke negara Itali? Sila baca dengan teliti.

Pizza Hut diasaskan pada 15 Jun 1958 oleh dua orang penuntut kolej, Dan dan Frank Carney di Wichita, Kansas, Amerika Syarikat. Syarikat itu memperoleh kesedaran seluruh negara dalam kempen pengiklanannya yang sulung, iaitu "Putt Putt ke Pizza Hut," yang diperkenalkan dalam televisyen Amerika Syarikat pada tahun 1965. Syarikat itu dibeli oleh PepsiCo pada tahun 1977.

Pizza Hut dijadikan sebagai sebuah syarikat sampingan "Restoran-restoran Sejagat Tricon" ("Tricon Global Restaurants") pada Oktober 1997 dan syarikat induknya kemudian dinamakan Yum! Brands, Inc.. Lambang Pizza Hut yang paling nyata ialah reka bentuk tanda dagangnya yang menonjolkan bumbung restoran berwarna merah yang mencerun ke atas; reka bentuk terkini digunakan mulai dari tahun 1969, dengan pindaan pada tahun 1999.

Peliknya, walaupun Pizza Hut beroperasi di seluruh dunia, ia tidak pernah memasuki pasaran Itali.

Maklumat Lanjut

Diskaun Tol Sempena Aidilfitri & Kemerdekaan 2011

Sebanyak 24 lebuh raya bertol di seluruh negara akan memberi diskaun antara lima dan 37.5 peratus pada 30 dan 31 Ogos ini sempena Aidilfitri tahun ini.
Lebuh raya yang terbabit ialah Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint), Lebuh Raya KL-Karak (KLK).
Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).
Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke), Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuh Raya Smart, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP), Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor, berkata Lebuh Raya Latar yang baru dibuka juga bersetuju untuk memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos.
“Pengguna Lebuh Raya LDP pula tidak akan dikenakan apa-apa bayaran pada Hari Kemerdekaan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Aidilfitri peringkat Kementerian Kerja Raya di Plaza Tol Lagong Lebuhraya Guthrie di sini hari ini.
Beliau berkata, pemberian diskaun itu adalah sejajar dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara yang baru yang diumumkan bulan lalu iaitu bagi memerangi kos kehidupan yang kian meningkat.
Terdapat beberapa lebuh raya terutamanya yang di luar Kuala Lumpur yang menawarkan diskaun lebih awal bermula pada 28 Ogos ini sehingga dua hari selepas hari raya.
Walaupun lazimnya bilangan kenderaan di jalan raya meningkat dua kali ganda pada musim perayaan, Shaziman berkata, beliau yakin keadaan trafik pulang ke kampung pada kali ini akan lebih terkawal memandangkan tempoh cuti yang agak panjang membolehkan jadual perjalanan lebih teratur.
Beliau berkata, bagi mengelak kesesakan jalan raya di Pantai Timur dalam masa empat hari lagi sebahagian jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua akan dibuka.
Tiga laluan akan dibuka iaitu bermula dari Persimpangan Bertingkat Bukit Besi ke Persimpangan Bertingkat Ajil sepanjang 42.4 kilometer (km), laluan baru yang dikenali sebagai Bukit Payung Spur Road sepanjang 16.3 km dan Persimpangan Bertingkat Telemong ke Persimpangan Bertingkat Kuala Terengganu sepanjang 9.2 km.
Shaziman juga berkata, bagi keselamatan pengguna jalan raya yang semakin meningkat, Kementerian Kerja Raya melakukan beberapa inisiatif termasuk kerja pembaikan di 37 lokasi tertentu di jalan-jalan persekutuan dan di 10 lokasi di lebuh raya pada tahun lalu.
- BERNAMA

Sejarah Ayat Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bin Sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Cara Mencuci Kemaluan Yang Betul

Lelaki :
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Lepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.
Wanita :
Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.  Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?
Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.  Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.  Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya ”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”. Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Pengakuan Bekas Paderi Melayu

Berita Harian, 13 Ogos 2011 

Dua Tahun Dibiayai Gereja – Pengakuan Bekas Paderi Melayu

SEREMBAN: “Jauh di sudut hati, saya tahu masih Islam, namun keadaan memaksa saya membawa keluarga ke rumah perlindungan itu sebelum dibaptiskan dan dilatih menjadi paderi Melayu,” kata bekas penagih hanya mahu dikenali sebagai Mohamad yang pernah dikristiankan, namun insaf selepas diselamatkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Beliau yang kini berusia 38 tahun tinggal dua tahun bersama isteri dan tiga anak berusia satu hingga 13 tahun di rumah perlindungan Kristian di negeri ini, ketika hidupnya kucar-kacir selepas dibebaskan dari penjara kerana kesalahan dadah.

Mohamad mendakwa terpaksa membawa keluarga lari dari kampung di Perak kerana bekas sahabat yang bertugas dengan pasukan keselamatan menganiayai isterinya ketika di penjara dan selepas dia dibebaskan.

“Ketika bergelut dengan ketagihan, tidak diterima masyarakat, tiada kerja dan terdesak membawa isteri jauh dari tempat itu, kami terpaksa menerima tawaran rumah perlindungan itu,” katanya di sini semalam.

Mohamad yang diberi nama Kristian di rumah itu berkata, dia berjaya mengatasi ketagihan selepas empat bulan dengan bantuan kaunseling dan rawatan kerohanian oleh paderi.

Katanya, mereka dipisahkan daripada kehidupan luar dengan rutin harian hanya membantu menguruskan rumah berkenaan dan waktu selebihnya digunakan mengkaji kitab Kristian.

Dia mendakwa diberi elaun tetap RM500 sebulan, manakala isterinya (RM300) dan anaknya berusia 13 tahun yang juga pelajar kitab Injil terbaik di rumah perlindungan itu (RM100).

Katanya, kehidupan keluarganya disusun seperti orang Kristian alim dan dilarang mengambil minuman keras serta melakukan perkara dianggap berdosa dalam agama itu.

Dia berkata, walaupun hati kecilnya masih mengingati Allah, keadaan hidup yang disogokkan dengan ajaran Kristian sepanjang masa akhirnya memesongkan akidahnya sebelum menyerahkan diri menjadi murtad.

“Saya sering memberontak kerana tidak mahu terus murtad sebelum melarikan diri dan berjanji kepada anak isteri untuk membawa mereka keluar.

“Selepas itu ekoran tekanan, saya kembali menagih sebelum menyerah diri kepada polis. Ketika di penjara, saya meminta tolong selamatkan akidah saya dan keluarga,” katanya.

Februari lalu Jabatan Mufti Negeri Sembilan berunding dengan pengurusan rumah perlindungan itu sebelum Mohamad dan keluarga dibantu untuk memulakan hidup sebagai Muslim

17/08/2011

12 individu Islam yang hadir dalam gereja di Selangor....

Menurut SUMBER, inilah nama-nama individu yang telah hadir dalam majlis di gereja ketika JAIS membuat operasi. Sebelum ini, MB Selangor memberitahu akan membentangkan laporan tetapi sehingga kini masih belum dikeluarkan.
i) Nadeane Binti Che Mohd Salleh (Sofea) (79xxxx-01-6094)
ii) Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah (69xxxx-08-6039)
iii) Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir (85xxxx-71-5018)
iv) Ade Andrian Putra Bin Mahadzir (94xxxx-02-5609).
v) Nea Reima Mareana Binti Mahadzir (90xxxx-02-5778).
vi) Rasyidah Binti Razak (77xxxx-01-5908).
vii) Nur Umrah Binti Razak (95xxxx-01-6002).
viii)Mohd Haslan Bin Bob Hasnan (80xxxx-10-5045).
ix) Faridah Binti Abdul Rahman (71xxxx-12-5478)
x) Nur-Al Ashikin Binti Shaikh Dawood (72xxxx-10-5072)
xi) Faridah Binti Abdul Latep (72xxxx-71-5256)
xiii)Sahrunida Binti Asaad (81xxxx-08-6246)

untuk keterangan lanjut, sambung bacaan di bawah :-
BAHAGIAN 2

sekiranya ada penambahan, akan dilaporkan kemudian...

Isu Gereja di Selangor? PAS macamana?






Kartun sindiran terhadap PAS. Sumber hari ini menceritakan tentang pendirian PAS dalam menangani isu gereja di Selangor...Petikan berita...



Pas belum ada pendirian rasmi

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Pas yang sebelum ini beria-ia mahu menjadi orang tengah berhubung kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu masih gagal menyatakan sebarang pendirian rasmi berkenaan hal itu.
Kegagalan itu agak menghairankan kerana Exco Hal-Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dari Pas sebelum ini menyatakan beliau menyokong tindakan JAIS tersebut atas bukti terdapat cubaan menyebarkan agama bukan Islam ke atas penganut Islam di gereja tersebut.
Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, pendirian rasmi parti itu tidak dapat dibuat kerana pihaknya masih belum berpeluang menemui pihak pengurusan DUMC untuk mendapatkan kepastian berhubung tindakan JAIS berkenaan.
“Sepatutnya hari ini berlaku pertemuan pimpinan Pas dengan pihak DUMC pukul 4 petang ini tetapi semalam saya terima surat dari pihak gereja menyatakan supaya ditangguhkan dahulu pertemuan ini.
“Sebabnya, antara disebut kerana isu ini sudah jadi satu perhatian umum begitu hebat, ditafsirkan macam-macam dan baru ini dalam surat pertama yang dikirim pada kita minta tiada liputan media,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pada 3 Ogos lalu, JAIS melakukan pemeriksaan ke atas gereja berkenaan selepas menerima maklumat kehadiran orang Islam dalam sebuah majlis yang dianjurkan di situ.
Penganjur dikatakan turut mengedarkan kuiz mengenai agama Islam kepada hadirin dengan 12 soalan yang dikemukakan antaranya ‘apakah maksud perkataan Islam’, ‘apakah maksud perkataan muslim’, ‘apakah maksud perkataan Quran’, ‘apakah 5 rukun Islam’ dan ‘apakah 6 perkara iman muslim’.
Selain Hasan yang menyokong tindakan JAIS, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan at Tantawi turut mendesak pemimpin tertinggi parti itu supaya mengeluarkan pendirian rasmi mereka mengenai apa yang dilihat sebagai cubaan memurtadkan para penganut Islam.
Dalam sidang akhbar itu, Mustafa turut menyatakan Pas masih tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan hal itu kerana selain kegagalan bertemu DUMC, parti itu juga belum bertemu JAIS.
“Kita nak jumpa JAIS dan DUMC untuk kita dapat maklumat versi masing-masing supaya kita boleh buat pertimbangan dan kesimpulan. Jadi, oleh kerana tiada pertemuan maka tiada kesimpulan, dua-dua pihak tidak dapat jumpa,” katanya.
Walaupun Pas belum mengadakan pertemuan rasmi dengan JAIS berkenaan hal itu, Hasan sebagai salah seorang pemimpin parti itu mempunyai pengetahuan luas berhubung operasi JAIS tersebut berdasarkan kedudukannya sebagai ahli Exco Selangor.

Along dibunuh???

Biasanya dalam akhbar dan berita melaporkan kejadian along yang menyimbah asid, mengganggu mangsa, menyimbah cat, ugut bunuh dan macam-macam lagi untuk tuntut hutang. Kali ini lain pula jadinya apabila along dibunuh sebab menuntut hutang. Nampaknya along kini sudah tidak senang duduk dan pastinya along akan berfikir dahulu untuk memberi hutang. 


PETALING JAYA: Padah menimpa seorang ceti haram (along) yang mahu menuntut hutang apabila dia dipercayai dibunuh pemilik sebuah pusat karaoke berhampiran Petaling Jaya Commercial Centre (PJCC), PJS5/30, di sini.
Difahamkan, mangsa pergi ke premis tiga tingkat milik suspek yang menjalankan perniagaan kopitiam dan pusat karaoke itu petang semalam untuk menuntut hutang daripada lelaki terbabit.

Malangnya mangsa dikenali Phua Wei Loon, 25, dipercayai dibunuh suspek dalam tandas pusat karaoke yang beroperasi di tingkat satu premis berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa ditemui tertiarap dan berlumuran darah oleh seorang rakannya yang datang untuk mencari mangsa selepas dia gagal dihubungi.

"Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, rakan mangsa yang berusia 24 tahun itu naik ke tingkat atas premis dan menemui mangsa dengan keadaan berlumuran darah dalam tandas.

"Rakannya bertindak menghubungi polis sebelum sepasukan penyiasat tiba ke tempat kejadian dan melakukan pemeriksaan pada mayat mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, malam tadi.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Banting dekat sini, dipercayai maut akibat kesan tetakan dan kecederaan parah di badan serta kepalanya.

"Hasil siasatan awal kita dimaklumkan rakan mangsa terbabit, mangsa datang ke premis berkenaan untuk berjumpa dengan pemiliknya bagi tujuan menuntut hutang.
"Malah, pemeriksaan polis turut mendapati ada kesan pergelutan namun, tiada senjata ditemui di tempat kejadian," katanya.

Arjunaidi berkata, pihaknya percaya mangsa dibunuh pemilik premis itu yang juga rakyat tempatan dan usaha memburu suspek sedang dijalankan.

Selain itu, premis berkenaan baru beroperasi dan belum mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, ketika kejadian premis terbabit dipercayai tidak beroperasi dan tiada pekerja namun tidak menolak kemungkinan suspek lebih daripada seorang.

"Premis ini dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) namun tidak menghala ke arah tempat mangsa dipercayai dibunuh. Namun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan waktu kejadian.

"Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Keluarga mangsa juga sudah dimaklumkan berhubung kejadian itu," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh

SUMBER 

Matahari



Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.
Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.
Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.
Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons