Masya-ALLAH.. sangat terkena kejutan budaya saat masuk ke dashboard... bila berubah setting????  ana sampai kejang tak tahu nk klik mana nak taip post... ni jumpa-jumpa je terus gambarkan ke'jakunan' dengan menaip dekat sini...

update blog yang di 'follow' pun sempat nampak sekilas pandang tadi sementara page 'dashboard' nak berubah ke page 'compose' ni.. tapi rasanya cool jugakan setting baru ni.. nantilah ana 'explore', dah banyak tertinggal kapal rasanya...

dah lama tak masuk ke sini, mari kita 'update' tentang diri sendiri lah ya (blogger kena wajib ada perasaan macam satu dunia teringin nak tahu tentang diri dia kan kan kan)... *muntah*
pertama sekali ana nak panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana berlabuh sahaja tirai senja hari ini, bermakna telah 23 hari umat Islam yang lelaki di Malaysia berpuasa.. yang perempuan pun rasanya ada je tu yang cukup 23 hari.. =)

sangat pantas rasanya bulan Ramadhan ni berlalu...secara peribadi, ana sebak bila Ramadhan dah nak berakhir kurang seminggu.. dulu mak pernah cakap, "adik tahu tak, masa bulan Ramadhan, arwah tok, arwah wan, arwah anyah semua balik jenguk kita..masa ni lah ALLAH bagi mereka semua untuk balik jenguk kaum keluarga yang mereka sayang..jadi adik janganlah seronok sangat dok nyanyi lagu raya dan bertakbir sebelum hari raya.." hmmm.. tak tahulah sejauh mana kebenaranya..sesungguhnya hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI....dan sekarang mak disebelah sana garisan hidup.. maka bertambah-tambah sayu hati ana.. "jangan kata lagu raya, baju raya dan juadah raya pun adik tak fikir lagi mak" T_T

bab itu memang sungguh-sungguh ana lepaskan pada baba dan abang.. aci tak?? hehehe.. Alhamdulillah, ana rasa sangat bertuah dikurniakan hero-hero yang soleh tu.. kenal erti tanggungjawab dalam masa dunia sekarang makin tandus lelaki yang tahu akan tanggungjawab mereka... moga ALLAH memanjangkan usia baba dan abang lebih panjang dari usia ana.. amin ya RABB...

beberapa hari yang lepas, sebaik sahaja ana dapat slip keputusan yang terakhir, maka berakhirlah tugas ana sebagai 'undergradute student'.. perasaan? sangat lega yang pastinya... rindu zaman belajar? ikhlasnya tidak.. mungkin sebab dah terlalu lama.. tapi yang pasti, ana rindukan teman-teman ana sepanjang di sana... itu lumrahkan.. cuma untuk kita lebih menghargai sesuatu itu, kita kenalah tinggal-tinggalkan.. nanti bila bertemu kembali, insyaALLAH perasaannya pasti sangat membahagiakan =)





perkara terakhir yang perlu ana lalui sebelum berakhirnya alam ijazah ana adalah latihan industri a.k.a 'internship'.. dulu, semasa mula-mula terima tawaran UPU, mak yang sangat teruja.. sebab 'course' yang ana dapat adalah pilhan mak.. yang ana letakkan pada pilihan ke-7 daripada 8 pilihan ke semuanya.. 6 yang pertama semuanya untuk menjadi guru matematik sebab ana memang sangat jatuh cinta dengan subjek dan profesion tersebut.. dalam masa mengisi tu, mak minta satu pilihan tu isilah ikut pilihan mak... dan akhirnya itulah dia, ana letakkan di tempat ke-7 dan akhirnya memang itu yang ana dapat.. doa mak kan =)

sebaik dapat sahaja tawaran, nah terus mak memasang angan-angan.. "nanti bolehlah adik buat praktikal di pejabat mak kan.. nanti adik jadi bos mak lah.. bolehlah kita ke pejabat dan balik sama-sama..nanti kalau di pejabat adik nak panggil mak apa?" 


"mestilah adik panggil mak.."- ana melayan angan-angan mak...

dan bila sampai waktu dan ketikanya, ana nekad tidak memilih untuk praktikal di situ... biarlah kenangan tu abadi selamanya tanpa ana perlu hadir di pejabat itu dengan mengubah situasi yang pernah mak bayangkan =)


sudahnya ana pilih untuk buat di ipoh.. tempoh 2 bulan 6 hari tu dah pun berlalu dengan sebulan yan terakhir ana berulang dari rumah.. sungguh mencabar fizikal.. boleh kata kebanyakkan masa ana dihabiskan atas jalan raya.. macam mana pun ana rasa sangat bersyukur sebab rasanya ana tak tersalah pilih 'company' dan ada hikmah rayuan ana untuk tukar 'company' dulu di tolak oleh pensyarah.. =)

sekarang secara rasminya ana menjadi penganggur terhormat.. tapi tidak bermakna ana tengah buat 'job hunt'... kita relaks-relaks la dulu ye tak.. ewah..

bercakap tentang kerja ni, pada mulanya memang ikut perancangan, ana nak tumpu ikut bidang yang ana dah terjebak ni dan cadangnya nak kerja di sebelah utara juga, lagi dekat dengan rumah, lagi bagus.. tapi perancangan ALLAH yang terbaik kan.. makanya, ana redha kalau rezeki ana bukan lagi dalam bidang yang ana belajar selama ni dan nun jauh tercampak di hujung bawah Malaysia.. doakan yang terbaik yek, syukran.. =)
Hit: 0 Laman Asal